Tuesday, June 30, 2009

synopsis:1litter of tears

I wont be impatient
I won’t be greedy
I won’t be give up
Because everyone takes things step by step

I’m not the only one in pain
Not having other people understand
Not understanding others
Both of those are awful

My life is like a blossoming flower
From the start of my youth
I want to have no regret and treasure it

Mother,
In my heart
There always exist the mother that believes in me
From now this point forward, I leave it to you
I’m sorry for always making you worry

This disease, why did it choose me?
Fate. It can’t be put in words
You really can’t make people accept it

I want to make time machine to go back to the past
If it wasn’t for this disease,
Maybe I could have succeeded in love
I want to be hugged tightly by someone
I really want to be

I already don’t want to say that I want to go back in that day
I want to accept the me right now
And live on
Even though I will also be hurt by those heartless glances,
But also, I understand that at the same time gentle glances exist
Even though it’s like this I still want to be here
Because here is, the place that I exist

What’s wrong with falling down?
Because as long as I stand up again it’ll be just fine
If you look up at the sky after falling down
The blue sky is also today, stretching limitlessly and smiles at me
People shouldn’t dwell in the past
It’s enough to try your best in all that you’re doing now



Mother,
Will I be able to get married?

Thank you..

Ikite
Zutto


.
synopsis:

Drama ini mengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Aya yang berusia 15 tahun yang merupakan seorang pelajar yang aktif di sekolahnya .Dalam masa yang sama rupa-rupanya dia mempunyai penyakit yang boleh membawa kepada maut kerana masih belum ada ubat untuk meyembuhkannya.Setakat ini hanya ada ubat yang melambatkan proses penyakit ini..

.
Pada permulaan cerita dia tidak mampu menerima penyakit ini .Walaubagaimanapun ,dia sememangnya bertuah kerana ada keluarga yang memberi semangat yang sanggup bersusah untuk membantunya .Di samping kawannya Haruto yang akhirnya mereka menjadi sepasang kekasih.Walaupun dia mempunyai penyakit Haruto tetap setia & baik kepadanya.Disebabkan dia tidak dapat hidup lebih lama & penyakitnya makin teruk dari hari ke hari .Dia memutuskan hubungannya dengan Haruto & memulangkan hadiah yang diberi oleh Haruto..

.
Dalam cerita ini kita dapat merasai ketabahan & sikap yang positive yang ditunjukkan terhadap ketidaktentuan masa depan apabila menghidap penyakit (dalam cerita ini Aya menghidap penyakit .spinocerebellar atrophy-dimana pesakit akan hilang sedikit demi sedikit kemampuannya mengawal tubuh badannya sendiri).Drama ini megambil masa satu dekad bermuala dari umur dia 15 tahun hinggalah penyakit dia makin buruk & menghembuskan nafas terakhir pada umur 25 tahun ..

.
Dalam drama ini kita dapat meyelami komflik yang berlaku dalam diri pesakit ,keluarga ,kawan-kawan & masyarakat .Pesakit yang terpaksa menerima takdir yang ditetapkan olehnya....keluarga ....terutama mak ayah yang turut derita melihat penderitaan yang dihadapi anak & juga adik beradik yang turut terkesan sama.Kawan-kawan & masyarakat yang melihat dengan pandangan positive & ada juga yang berpandangan negetive..

.
Dalam skrip ini dalam masa yang sama menunjukkan jalan kepada penonton cara untuk menjaga pesakit yang memerlukan penjagaan yang tertentu.Setiapa hari Aya perlu menerima penghalang & juga perubahan kehilangan dari dirinya.Daripada seorang yang mampu bergerak cergas....terpaksa berjalan perlahan .....tidak boleh bergerak langsung kemudiaannya tidak dapat bercakap langsung malah makanan terpaksa disalurkan melalui tiub ....Walaupun begitu, dia tidak pernah putus menulis diary walaupun dalan keadaannya begitu ....Melalui diarynya dapat memberi motivasi kepada orang yang menghadapi masalah yang sama sepertinya.....Baginya melalui inilah dia dapat meyumbang kepada masyarakat yang selama ini membantunya......
.........................................................................................................................

.
Disebalik tabir sebenarnya drama ini diadaptasi dari seorang budak jepun Aya Kito yang menghidap penyakit spinocerebellar ataxia.Ia menulis diary diatas cadabgan doktornya & akhirnya dia menulis diary sehinggalah dirinya tidak mampu menulis lagi .

Sunday, June 28, 2009

~syabab musafir kasih

alhamdulillah dapat jugak ak menghabiskan novel yang dikarang oleh penulis favourite ak Fatimah Syarha Mohd Nordin ....bg ak novel karangannya memang berisi & sarat dengan dakwah..... sedikit sinopsis novel ini ...ia mengisahkan seorang anak yatim yang bernama syabab yang telah kehilangan ayah.l Ini meyebabkan ibunya terpaksa bekerja keras untuk menampung hidup.Hal ini meyebabkan anak-anak terbiar .Abang & kakaknya tidak mempedulikan nya .Orang kampung hanya tahu membenci & mencacinya.Hanya seorang jiran iaitu kak Zah yang sudi membantu & menasihatinya nya dalam menjalani kehidupan.Keikhlasan & kasih sayang kak Zah melembutkan hati syabab.

walaupun begitu sejauh manalah perhatian Nur Mumtazah terhadap syabab.Dia terpaksa berpisah untuk melanjutkan pengajian ke luar negara .Negara pilihannya adalah Jordan .Hal ini memakan masa 6 tahun .Walaupun berat hati untuk meninggalkan syabab yang masih perlukan bimbingan tapi demi ilmu terpaksa digagahinya juga. Syabab menderita merindui Mumtazah.Nasihat-nasihat kak zah sentiasa diingat.Dek kerana lama tanpa bimbingan perangai syabab makin menjadi-jadi . Ditambah pulak apabila dia masuk kumpulan Majid yang amat terkenal dikampungnya sebagai budak nakal di kampung Lintah Pacat.

Banyak perubahan yang berlaku dalam diri syabab ......
Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat malah membawa perubahan yang besar pada kampungnya. Mereka yang membencinya juga kini mengasihinya. ......nak tahu lebih mendalam bolehlah baca novel ini....insyaAllah duit yang dilaburkan bermakna...hanya RM22.90 ...ak pun pinjam dari kawan(t.kasih buat Miah.....buku2 yg lain tu insyaallah cuba habiskan dalam masa terdekat) ...tp insyaAllah ak akan beli novel ni lepas ni cz ia sarat dengan ilmu bagi ak ....

3 watak yang ak kagum dalam novel ini iaitu watak Mumtazah ,suaminya ust Mursyid & syabab sendiri.Kesanggupan mumtazah membimbing syabab walaupun dia tidak disukai oleh orang kampung dek kerana kenakalannya....tapi bagi ak, dia bukan nakal tapi dia tiada orang yang menunjukkan betul@ salah padanya....ibunya sendiri tidak sempat mengajarnya & juga
bagaimana Nur Mumtazah yang sudah berkahwin dan beranak dua, berganding bahu menjadi sayap kiri suami tercinta dalam menyebarkan dakwah terhadap remaja-remaja di Kampung Lintah Pacat. Ia membuatkan saya terfikir,. betapa bagusnya jika ada insan-insan seperti Nur Mumtazah dan Ustaz Mursyid di seluruh kampung-kampung di Malaysia ini..Ustaz Mursyid seorang yang berhikmah dalam meyelesaikan masalah terutama dalam perbezaan pandangan antara kaum muda(salaf) & tua(khalaf) .

Syabab,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan berbuah kematangan,

Wahai Syabab...
Ketekunanmu mengoborkan citi-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang,
Ayuh, SYABAB!
^^

Saya ingin mengajak teman-teman agar merenung, apakah peranan kita dalam keluarga dan masyarakat?

Persoalan itu untuk diri saya juga. Sekurang-kurangnya, tunjukkan diri sebagai seorang Muslim yang sejati. insyaAllah
.......

celoteh ak(^^,)

ak ingin megupas sedikit pasal peranan kita dalam keluarga kerana ia lebih dekat dengan kita .lagipun daripada keluarga jugalah terbentuknya masyarakat . sebelum tu ak nak tanya dulu , Sayangkah kita pada keluarga kita? Sanggupkah kita membiarkan mereka terus terlagha....tanpa tahu tujuan mereka diciptakan... tanpa ada matlamat hidup....& akhirnya menjadi bahan bakar api neraka.....nauzubillah.....Bagi ak setiap orang berperanan tidak kira dia anak sulung ,anak tengah @ lain2.....ak akui kadang kala agak sukar....apa yang penting perlulah bijaksana dalam menarik mereka.....jika mereka orang dewasa ada caranya ,begitu juga jika mereka remaja@ kanak2.Camnerpun insyaAllah dengan keikhlasan, kasih sayang & doa yang tidak putus kerana Allah, mereka akan dapat menerimanya walaupun megambil masa..Hal ini dapat dilihat dalam watak Mumtazah yang merupakan anak sulung dalam keluarga.....dalam sibuk dia belajar dia tidak lupa kepada adik2nya yang memerlukan bimbingannya dirumah.Dia menghabiskan masa cuti semester untuk mendidik adik2nya yang sedang membesar ,disamping selalu menelefon bertanya khabar perkembangan adik-adiknya tak kira dari sudut akhlak & juga pelajaran.Begitu juga dengan watak syabab yang tidak berputus asa dalam membawa adik beradiknya ke jalan keredaan Allah .Wahai kawan-kawan ....jaganlah kita hanya sibuk ke hulu ke hilir berdakwah ke masyarakat disekeliling sehingga terabai orang-orang tersayang disisi kita.
`````````````````````````````````````````````````````````````````````````
alhamdulillah start hari khamis lepas ak dapat pulang bercuti .....itulah sebabnya blog ak agak menyepi ....ikut hati nak jer tambah agi cuti ...hehe....lagipun semua ader adik2 ak ader kat umah ....dalam cuti ni ak cuma menghabiskan dengan membaca buku2 yg dah lama dibeli tapi hanya menjadi perhiasan di rak buku......bukan tak nak baca tapi tak sempat...dalam pada itu ak menziarahi kawan-kawan yang lama tak bertanya khabar dek kerana kesibukan masing-masing....ader antara mereka yang akan meyambung ke peringkat ijazah ....& tidak kurang juga yang tidak dapat sambung ijazah walaupun pointer mereka memang tinggi 3.5 ke atas (diploma).....ak pun tak tahu kenapa jadi camtu.....moga Allah permudahkan urusan mereka .....ak hanya mampu berdoa dari jauh .....moga mereka tabah,ini semua ujian .......

Semalam pun ak berkesempatan menziarahi sekolah lama ku SMKAL....kerana menemankan kawan ak Asmaa' meyelesaikan urusannya memandangkan dia akan meyambung pelajarannya ke Riau, indonesia.Dapat juga berjumpa beberapa orang cikgu.....agak lama jugak kitorang berborak .....cikgu masih mengenali kami kerana bilangan kami tidak ramai tika tu ,rasanya kami spm kali ke3 tika tu...malahan masa kami jugaklah nasyid sekolah kami dikenali masa tu dipimpin oleh kawanku Adam, tak silap dia bakal jadi cikgu....insYaAllah.....rezeki dia ....jadi cikgu cita2 ak sejak kecil tapi xder rezeki agi ...dapat engineering lah pulop....tak per ar jadi cikgu untuk anak2 ak pun jadilah.....kui3

camnerpun moga kita dapat gunakan kesempatan rejab ini sebaik-baiknya untuk mendekatkan kita pada-Nya.....kerana belum tentu kita akan berpeluang bertemu dengannya pada masa depan......wallahuallam

Ya Allah berkatilah kami pada bulan rejab & syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadhan
~Banyak perubahan yang berlaku pada sekolah ku walau baru tiga tahun ku tinggalkan~


Monday, June 22, 2009

~For my lovely dad.....hehe

A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.
He's someone who listens,
suggests, and defends.

A dad can be one
of your very best friends!
He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong
In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.


And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!
Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!

Daddy,
We wish we could tell you Daddy,
that how much you mean to us....
We have no words to say about
how much we appreciate you...
how much we admire you...
how much we thank you
for everything you've done.
We love you so much Daddy...
>Happy Father's Day

^


^


celoteh ak(^^,)

t.kasih abah atas segala2nya......

sms abah yg sentiasa ku baca tika ku patah semangat:

"untuk anak2 abah...insyaallah untuk kebahagiaan mu sentiasa bah doakan...pandai2 sesuaikan diri dgn keadaan ok...kalau penat belajar tu banyak2 ingati& berdoa kpd Allah ......sayang anak abah"abahku(10/9)-11:59:49

~cubalah membahagiakan mereka berdua (ibu& ayah) sementara mereka masih ada lagi dedepan mata-Sentiasa kah kita mendoakan mereka....???tepuk dada tanya dirimu sendiri......~





Saturday, June 20, 2009

~ummi akak Fail...

“Kring…kring..kring…”aku bergegas mengangkat telefon.

Seusai mengangkat telefon, kedengaran suara anak sulungku, Aisyah di talian teresak-esak menangis.

“Ummi, Aisyah sedih,” katanya.

Kaget aku seketika. Kenapa dengan anakku ini, Setahu aku, Aisyah seorang yang sangat susah untuk menangis.

“Aisyah, boleh ummi tahu kenapa Aisyah menangis tiba-tiba ni? Ada sesuatu yang buruk terjadi ke?” aku bertanya.

“Ummi, hari tu Aisyah ada cerita kan pasal exam Aisyah yang susah. Aisyah ‘fail’ ummi.” Serentak dengan itu, makin kuat esakannya.

“Aisyah , tidak mengapa, sabar Aisyah, ummi tahu, Aisyah dah berikan yang terbaik. Allah pun tahu Aisyah dah usaha sungguh-sungguh untuk paper Aisyah yang satu ni,” pujukku.

“Ummi, Aisyah sedih. Kawan Aisyah banyak yang lepas ummi, Aisyah seorang saja yang tersangkut ummi,” katanya dalam sedu sedannya.

“Aisyah, sabar sayang, banyakkan istighfar, nak.” Pilu hatiku mendengar esak tangisnya.
Teringat aku pada peristiwa yang sama yang pernah terjadi padaku dua puluh lima tahun yang lalu.

“Aisyah, tidak mengapa, gagal sekali ni bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Aisyah masih ada peluang nak baiki mana yang silap, yakinkan mana yang ragu, sebab Aisyah masih belajar. Nanti Aisyah masih ada peluang untuk ulang semula paper ni kan?” soalku.

“Ummi, tak sama ulang semula dengan tak perlu ulang semula. Aisyah malu.”

“Aisyah, malu yang diajar islam bukan begitu caranya. Kita perlu malu kalau kita buat salah dengan Allah, tak ikut apa yang Allah suruh buat, buat apa yang Allah larang. Lulus atau gagal ini letaknya di tangan Allah, Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Allah tak kisah kalau kita gagal atau lulus, tapi Allah kira usaha yang kita buat untuk jawab soalan kita,belajar, berdoa, itu semua termasuk dalam nilaian Allah. Lepas tu, keputusan itu di tangan Allah, dan kita sebagai umat islam diajar untuk redha dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita selepas kita dah berusaha dan bertawakal….sepatutnya Aisyah, kita kena rasa malu kalau kita tak percaya dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita,” nasihatku.

“Tapi ummi, perit sungguh rasa ni. Ummi, kenapa Aisyah ummi..Aisyah rasa tak cukup kuat pun nak hadapi ujian Allah ni,” esaknya.
“Aisyah, manusia ni pertimbangannya tak jauh. Ilmunya terhad, tak pernah sama dengan ilmu Allah. Yakinlah Aisyah, kalaupun Aisyah tak nampak, bahawa ini adalah yang terbaik untuk Aisyah. Jangan cakap seperti itu nak, itu tanda orang putus asa, Allah tak suka orang yang berputus asa,” pesanku.

“Aisyah, ingat tak ayat Quran yang ummi ajar Aisyah baca setiap pagi..
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya….”
(Al-Baqarah : 286)

“Aisyah, dalam ayat ni, Allah dengan jelasnya beritahu bahawa dia tdak akan uji kita kalau kita tak mampu. Ini kata-kata Allah Aisyah, yang tiada ragunya, yang sentiasa benar dari dulu hingga kini, kata-kata dari pencipta kita.,” katanya.

“Ummi, Aisyah tahu….tapi, susahnya ummi nak terima hakikat ni,” katanya.

“Aisyah sayang, ini barulah apa yang kita katakan praktikal dari apa yang kita belajar selama ini. Kalau dulu, ummi asyik ajar Aisyah teori bersabar, inilah waktunya bila mana Aisyah kena praktikkan sabar itu. Ummi tahu, ia memang manis dan sedap untuk diucapkan, tetapi hakikatnya susah untuk dilakukan. Sebab tu orang yang banyak bersabar ni ganjarannya tinggi di sisi Allah.”

“Aisyah, cuba kita tengok kisah Rasulullah dulu. Sayang Allah padanya, Allah uji dengan pelbagai ujian, Allah uji dengan kaum Mekah yang tidak jemu-jemu menentangnya, Allah uji dengan perginya orang-orang yang tersayang ketika baginda sangat-sangat memerlukannya, Allah uji dengan macam-macam lagi bentuk ujian. Allah tak bagi Rasulullah kemenangan dengan mudah, kerana Allah nak ajar Rasulullah s.a.w. dan umatnya bersabar itu bagaimana. Sabarlah Aisyah, Allah sayang padamu, sebab tu Allah uji dengan ujian sebegini rupa, sebab Allah nak Aisyah lagi dekat padaNya, Allah nak bagi peluang dekat Aisyah tambah pahala berlipat ganda dengan banyak-banyak bersabar.”

“Aisyah, kadang-kadang, gagal inilah yang akan memacu kita untuk lebih berjaya. Bersyukurlah sayangku, sebab Allah tunjuk kelemahan kita sejak dari mula lagi, Allah bagi kita peluang untuk baiki segala kesilapan kita dari awal supaya kita berjaya dengan cemerlang kelak. Allah ajar kita untuk pandai bahagikan masa antara kerja persatuan dan pelajaran, sebagai langkah awal sebelum menempuh alam rumahtangga yang pastinya lebih mencabar kelak.”

“Ummi, Aisyah rasa Aisyah dah bagi yang terbaik ummi,”katanya.

“Aisyah, sebab tu ummi kata, pengetahuan manusia ni terhad. Kita sukar untuk nampak hikmah di sebalik sesuatu peristiwa. Mungkin apa yang Allah nak didik Aisyah ialah kemenangan dan kejayaan kita bukan terletak pada banyak mananya usaha yang telah kita buat, tapi pada rahmat dan kekuasaan Allah.”

“Aisyah ingat tak kisah perang Hunain di mana bilangan umat islam yang ramai tidak menjamin kejayaan mereka. Kenapa agaknya Aisyah?” tanyaku.

“Kenapa ummi?” tanyanya berminat.

“Kerana bilangan yang ramai itu telah menyebabkan mereka lupa untuk bergantung penuh pada Allah, mereka merasa mereka kuat dengan tentera yang banyak, walhal kemenangan itu terletak pada tangan Allah.
“Samalah dengan usaha kita yang banyak. Usaha itu diibaratkan sebagai pancing untuk meraih rahmat dan redha Allah yang akan menentukan kejayaan atau kemenangan kita kelak.” ceritaku.

“Ummi, Aisyah rasa Allah nak ajar Aisyah untuk jadi hamba Allah yang betul-betul hamba, tanpa ada secebis pun rasa aku hebat dalam diri. Mungkin benar apa yang ummi cakap, sebab sebelum ni Aisyah kan sentiasa senang, cemerlang dalam segala-galanya. Nombor satu dalam kelas perkara biasa, semua ‘A’, pelajar terbaik sekolah sampai mungkin Aisyah terlupa untuk mengembalikan rasa syukur itu kembali kepada Allah,” jawabnya.

“Alhamdulillah, itulah yang ummi cuba sampaikan. Itulah yang dinamakan ujian dalam nikmat, yang mana kita selalu terlupa, bak Qarun yang terlupa untuk ingat Allah dengan banyaknya harta yang dimiliki.” kataku.

“Nauzubillah ummi, Aisyah tak nak jadi macam tu ummi.” katanya.

“Begitulah sayang, Allah suruh ambil pengajaran dari kisah-kisah terdahulu,” nasihatku.

“Terima kasih ummi, Aisyah rindulah nak jumpa ummi. Baiklah ummi, Aisyah akan usaha sungguh-sungguh lepas ni dan berdoa dan berharap betul-betul pada Allah.” janjinya.

“Alhamdulillah nak, kita kembalikan semuanya kepada Allah,” tambahku.

“Baiklah ummi, azan dah berkumandang tu, Aisyah solat dulu. Terima kasih lagi sekali, my dearest ummi.” katanya.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ummi,” katanya menutu bicara.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, anakku,” balasku.

Gagang telefon kuletak perlahan. Tanpa kusedari, air mataku bergenang, teringat perbualanku dengan ummiku 25 tahun yang dulu, yang nasihat dan perangsangnya telah banyak membantuku menjadi seorang doctor pada hari ni. Ummi, Ana rindu ummi juga…
http://ummukhadijah.blogspot.com/

celoteh ak(^^,)

Buat kawan2 redhalah atas result yg kita dapat ,mungkin result yg kita dpt x seperti yg kita harapkan ...ttp bersyukurlah....optimiskan minda & hargai peluang yg masih ada dihadapan...
Bg kawan2 yg dr fakulti makanikal& eklektrik kuatkan mental& fizikal untuk menerima perubahan yg bakal berlaku & jgn biarkan suasana yg mempengaruhi kita ,biarlah diri kita yg mengawal & merubah suasana tersebut ke arah yg lebih positif ......
ak pun sedih gak cz ader kls mlm kat kampus Pekan.....igtkan kls mlm kat kampus Kuantan jer,alahai,camnerpun salam perjuangan.............
^^
notes:
UMP akan membuka kampus induk di Pekan ,Pahang,bermula semester depan ....penghantaran pelajar akan dilakukan beransur2 memandangkan banyak lagi kawasan dalam proses pembinaan....ia akan dimulakan dgn penghantaran siswa/i dr fakulti elektrik & makanikal...walaupun begitu ,hostel masih lagi di kampus kuantan .....perjalanan dr Pekan ke kampus Kuantan mungkin megambil masa 1 jam....Hal ini agak membebankan dr segi masa....walau apapun nak @tak kami kena menerima perubahan ini....Mg dipermudahkan atas segalanya.....

Thursday, June 18, 2009

waktu2 doa mustajab

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

laila.jpg
Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Wallahu’alam.

Empat punca hidup manusia tidak tenteram


www.iluvislam.com
dihantar oleh: delirium
Editor: deynarashid

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.


Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

~p.Malam terakir sblm pulang short sem

Hari takder aper2 yg istimewa ak buat,cuma menjalankan rutin harian....
ditambah lak hari ni dah start tiada kelas memandangkan sylibbus dah habis...
cuma menunggu final 24/6...keadaan di ump lak tidak lagi sunyi memandangkan ramai yang dah mula datang kerana program tertentu & minggu ni dah start" prominds"....
iaitu kursus latihan untuk facy2 bagi meyambut kedatangan siswa/i baru,disamping tu,ada budak2 sekolah menumpang tido sini cz diorang ader pertandingan kawad peringkat kebangsaan kat kuantan dr 18-20/6...
hari jugak ak menghabiskan masa t/hari ku kat "secret recipe"...,
tahlah tiba2 nak makan kek....ak hanya pesan 'chocolate moist'.....
ingatkan sedap...alah macam kek biase jer....melayang duit ak rm 7.30...hehe,
'chocolate indulgence' lagi best bg ak....dlm pukul 4 lebih ak pergi lepak kat fakulti lak ngan kawan2 kat bilik encik Hamdan,PA( mentor) zaty & kawan2 ak...kiranya ak sesatlah menumpang sekaki....sambil2 tu ambik slip exam final ,tahlah kitorang rasa senang ngan pensyarah ni ,banyak pengalaman2 menarik .....memandangkan kami tak nak berbual lama kami malas nak duduk tp alih2 dia tawarkan buah deraham...walnut tak silap ak binya,....memang pandai betul encik nak suruh kami berbual lama...
sambil makan walnut kami berbual ,memandangkan masa tu dah nak pukul 5 ak
meminta izin nak keluar dulu nak cari pa ak(cz pensyarah dah mula berkemas barang...fakulti ak akan berpindah kat Pekan Pahang,malas nak gangu mereka pasni )...pergi tanya kaunter bawah dia cakap sekarang En IR Zahim jadi PA ak terbaru sblm ni En Amran....ak gi tanya IR ,dia tak tahu aper2 malu ak....
last2 ak pinjam latop En Hamdan bukak std(laman web u ak)...mujurlah encik ni sporting....sambil2 tu ak kenakan zaty.....tergelak cik Hamdan...tu laan saper suruh kenakan ak dulu....rupa2nya slip ak duk tangan En Amran lagi....terpaksalah ak mencari En Amran ......ni yg susah ni cz dia orang sibuk....penyudahnya ak ke kaunter fakulti ...memang rezeki ak ar jumpa dia kat situ...dapat jugak slip ak.....kesian ak asyik tukar PA jer setakat ni dah 2 kali ....bestnyer kalau En Hamdan yg jadi PA ak.....hehe...lewat petangnya kami naik basikal gi p.malam......mungkin rezeki kami jumpa sekali agi ngan En Hamdan ....last2 di belanja kitorang......haha....dapat jugak kurangkan bajet membeli kat p.mlm....kui3....kalau nak gi p.malam ak biasanya elakkan diri pergi awal ,tak mahu bertembung nganpensyarah matrik ak dulu...kmph...bukan bermaksud tak mahu bertemu mereka.....tp....kadang2 tak perasan mereka, tak tegur nanti mereka terasa hati...kat matrik dulu ak ni suka lepak kat bilik2 pensysrah nak kata tanya soalan...ader laa sikit kot....tp kebanyakannya temankan kawan berbual....melalui tu ramailah jugak pensyarah yg kenal.....tu ar yg tak sedap hati...bilalah berpeluang nak gi kmph balik .......

Wednesday, June 17, 2009

~Facebook agen rantaian israel~

sumber=sejarah2u


Bagaimana dengan kempen kita untuk memboikot syarikat-syarikat yang berhubung langsung dalam membiayai dan menyumbang dana kepada Israel? Sejarah2u mengharapkan agar kita terus istiqamah dan kreatif memboikot. Pada masa yang sama, terus mewara-warakan agenda dan mesej boikot ini ke seluruh dunia. Harap-harap tidaklah 'hangat-hangat tahi ayam' saja yer.

Posting kali ini sedikit sebanyak akan menguji tahap kesediaan berkorban dan solidariti kita dengan sahabat-sahabat seaqidah kita di seluruh dunia Islam, khususnya di bumi jihad Gaza, Palestin.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008', iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

AEPi stands with Israel


Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Andai ada kebenaran bagi persoalan di atas..tepuk dada, tanyalah iman dan taqwa (IT).

Salam perjuangan fillah.

Tuesday, June 16, 2009

khas untuk wanita=~Doa khusus untuk elak dirogol~

celoteh ak(^^,)

Hari ni baru jer lepas test,minggu depan insyaAllah dah boleh balik....dek kerana bosan takder teman untuk berbual ak rajinkan diri membelek2 blog ...alhamdulillah terjumpa artikel ni.,walaupun tarikh dia dah lama & ak rasa ak mungkin ada antara kalian dah membacanya tp ...ak rasa ada baiknya ak kogsi juga ,.....ak pun akhir-akhir ni malas nak tulis apa2,tak guna juga kalau kita menulis tak datang dari hati kita & kita sendiri tak mengamalkannya(pandangan ak jer....mungkin ak perlu banyak muhasabah diri dulu....insyaAllah) ....,cuma letakkan artikel yg ak rasa menarik pd pandangan ak jer....disamping ak membacanya dpt jugak ak kongsi dgn kalian diluar sana,tambahan lak ia ada berkait dgn artikel yg ak letak sblm ni "kes rogol meningkat"yg dikeluarkan oleh API(
Angkatan Pemuda-Pemudi Islam).....

ni doa tu...


Doa Khusus Untuk Elak 'Dirogol' (Hafal dan Sebarkan)
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa :

"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..
sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008

P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

note:
doa 1st tu ader dalam mathurat......apa kata kalau kita rajin2kan diri baca mathurat....insyaAllah terhalang dari perkara2 tak elok,disamping berzikir...wallahuallam

link

Sunday, June 14, 2009

Kes Rogol Meningkat?

Selasa, Jun 09, 2009


KES rogol membabitkan gadis berusia bawah 18 tahun meningkat 316 kes pada tahun lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,414 di seluruh negara. Statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu juga menunjukkan jumlah berkenaan adalah yang tertinggi berbanding 2006 dan 2007 yang masing-masing mencatatkan jumlah 2,431 dan 3,098.

Sepanjang tiga tahun itu, gadis berusia 13 hingga 15 tahun menjadi mangsa paling ramai dengan jumlah 4,136 kes. Ini diikuti gadis berusia 18 tahun ke atas dengan jumlah 2,493 kes dan gadis berusia 16 hingga 18 tahun dengan jumlah seramai 1,632 kes.

Jumlah yang meningkat ini menimbulkan curiga sama ada ia adalah kes tulen atau secara rela akibat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan hari ini.

Pegawai Siasatan Jenayah Seksual Bukit Aman, Deputi Superintendan Zaiton Che Lah, berkata daripada jumlah kes berkenaan hanya 10 peratus adalah kes rogol tulen yang kebanyakannya membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan selebihnya berlaku secara suka sama suka iaitu yang dikategorikan sebagai rogol statutory.

“Memang tidak dinafikan ada kes rogol tulen di kalangan gadis bawah umur seperti dipaksa melakukannya ketika duduk bersama pasangan di tempat sunyi atau diberikan pil khayal sehingga tidak sedar diperkosa. Paling menyedihkan, ada yang baru jumpa, tetapi sanggup ikut naik motor atau kereta ke hotel atau rumah bujang. Apabila disiasat, ketika kejadian mangsa seolah-olah tiada usaha untuk menolak atau cuba menjerit. Majoriti kes rogol yang dilaporkan berlaku di dalam bangunan seperti hotel dan rumah bujang,” katanya.

Kebanyakan kes dilaporkan oleh ibu bapa yang bimbang apabila anak tidak pulang ke rumah selama beberapa hari dan mengesyaki berlaku kejadian tidak diingini. Terdapat juga remaja yang melaporkan sendiri kejadian berkenaan di balai polis terutama yang sudah hamil dan segelintir lagi membabitkan kes berulang.

“Katanya gadis juga mudah jatuh ke dalam perangkap dan menjadi mangsa apabila mengikut teman lelaki ke rumah bujang. Awalnya gadis ini rela mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya itu, tetapi sebaliknya menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh rakan serumah teman lelakinya itu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tidak wujud istilah rela atau suka sama suka apabila hubungan seks membabitkan gadis bawah usia 18 tahun. Lelaki tidak kira bawah umur atau dewasa yang mengadakan hubungan seks dengan remaja bawah umur boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan dikenakan sebatan. Undang-undang baru pula membolehkan pesalah dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Pesalah berusia 18 tahun ke bawah boleh dituduh di mahkamah kerana merogol dan dihantar ke pusat pemulihan seperti Henry Gurney, manakala gadis yang sukar dikawal pula boleh dihantar ke pusat pemulihan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau badan bukan kerajaan lain atas arahan mahkamah.

Saturday, June 13, 2009

~makan-makan~

Hari ni ak berkesempatan makan kat luar bersama kawan2 seperjuangan short sem,tak ramai dlm 20 jer ...rata2nya yg megambil subjek 'digital eletronic'.Kesemua yg perempuan adalah drp budak power system tp yg leleki semuanya dari kalangan budak eletronic.Kami berkumpul dari pkl 8 mlm lagi & terus bertolak ke sana dengan 3 buah motosikal &2 buah kereta.....walaupun restoran agak penuh malam tu....alhamdulillah ada tempat untuk kami makan....restoran ni agak terkenal dengan tom yamnya yg sedap......boleh tahanlah.....

Pd asalnya kami bercadang untuk pergi 'berkelah' pd hari ni tp memandangkan air terjun tu kami belum lagi menjejakkan kaki ,kerana air terjun ni agak kedalam sikit tempatnya ,kalau nak pergi perlu ada kehadiran lelaki yg kita kenal agar lebih selamat.......camnerpun, pembatalan terpaksa dilakukan disaat akhir....kesian gak kat budak laki,....kerana rasa bersalah geng ak mengajak diorang makan kat luar lagipun short sem kami dah nak berakhir,ala2 jamuan perpisahan jugak laaa.....walaupun kami baru jer kenal tp alhamdulillah cepat rapat sebagai rakan sekuliah.....terima kasih atas pertolongan kalian sepanjang short sem ni....gd luck test 2 semua......tak banyak ak berhabis malam tu dlm 7 inggit jer....dalam pukul 11 kitorang bertolak pulang....harapan ak moga ukwah kami lepas short sem ni x putus...........

~~

Friday, June 12, 2009

Gila isim.....

Sudah 2 hari kami tidak melihatnya. Akhir kami bertemunya pagi kelmarin sewaktu solat Subuh di masjid. Sebaik sahaja bilal iqamah untuk solat Subuh, dia pun masuk dan terus mengangkat takbir untuk solat sunat. Dimana dia mengangkat takbir ? Di sebelah seorang ibu di shof muslimat. Datang tuan imam dan menarik tangannya supaya kedepan. Dia mengangkat takbir semula disaat orang ramai sudah memenuhi shof untuk solat Subuh. Entah mengapa, sebaik sahaja dia mengangkat takbir untuk solat sunat, terus dia berputar kebelakang dan pergi semula ke sebelah ibu dishof muslimat itu. Kami semua kaget sebentar melihat remaja lingkungan 20-an yang berbaju kemeja dan berkain pelekat itu membuat aksi ‘pelik’ di pagi hari. Seorang abang datang pula kepadanya dan menarik tangannya ke depan lagi.


Kali ini lebih melucukan. Seperti ayam mahu disembelih, dia menggelepar dan terus terbaring ke lantai sambil mengangkat tangan ke dada selesai sahaja bilal melaungkan iqamah sambil terkumat kamit membaca sesuatu. Selesai solat, lantas dia menghulurkan tangan dan menggenggam erat tangan teman saya. Dengan wajah serius, dia mengucapkan ‘malikinnas..malikinnas..malikinnas…’. Sambil berdiri, dipegangnya Qur’an terjemahan, dibeleknya helaian demi helaian penuh khusyu’. Kami tidak pedulikan dan orang kampung kelihatan sepertinya sudah biasa melihat perilaku mamat seorang ini. Pulang ke rumah, semua ketawa mengulang cerita.


Petang Selasa lalu, sewaktu saya dan teman-teman beriadhah di tempat pengajian, saya telah saksikan ‘aksi’ peliknya. Ketika siap untuk memulakan riadhah, dari kejauhan kami melihat seorang remaja mengekori 2 orang budak perempuan dari arah belakang. Gayanya seperti bapa mengiringi anak ke sekolah pula. Setelah 2 budak perempuan ini memasuki kawasan dewan utama institut, dia pun meninggalkan mereka. Mungkin mereka berdua ini mahasiswi disini juga. Setelah itu, dari jarak 200 m itu, dia berlari laju kearah kami dengan memakai kain pelekat dan baju Melayu. Tempat berhentinya ditengah-tengah kami yang baru sahaja ingin memulai riadhah. Gayanya seperti sudah kenal dengan teman-teman saya yang lain. Sambil mengucapkan salam dan tersenyum-senyum, dia menegur sapa semua kami. Semua teman-teman pening melihatnya. Tiada siapa yang mengenalnya melainkan saya ,kerana dia orang di kampong saya. Dengan penampilan tersengih-sengih dan ketawa, dia melaungkan “nggak ada apa-apa..nggak apa-apa..teruskan..teruskan..saya bersama…”


Aduh…dia terpandang saya pula di celahan teman-teman yang lain. “ Ya….akhi…apa kabar…disini kamu rupanya…” Terus dipeluknya saya penuh erat. Teman-teman lain terkebil-kebil melihat saya dipeluk. Ucapnya pada saya “ akhi…assalamu’alaika ya ahlil kubur…alhamdulillah..wassolatu wassalamu ‘ala rasulillah…gimana(bagaimana) akhi…” Saya melepasnya semula.


Kami terus membuat bulatan dan seorang dari kami memulakan pemanasan (senaman). Lantas dia mencelah masuk di antara bulatan kami. “ Ya…mulakan..angkat tangan..ya..ikut..ikut semua..” Habis kami ketawa. Teman yang mengconduct’ riadah meminta dia keluar dengan baik berkali-kali. Apa yang dibalasnya. “emm..saya menggangu kalian nggak? Nggak saya tanya ini..saya menggangu nggak..?kalau mengganggu..saya keluar…” kami saling berpandangan. “ Ok lah, bang duduk dibelakang kami diluar..dan ikut dari belakang aja..” kata teman ini. “ ok, saya keluar..tapi tolong tampar saya dulu…saya bisa keluar..tapi tampar saya dahulu…”katanya sambil menghulurkan pipi. “kalau nggak tampar..saya nggak mau keluar…kamu tampar ya…tampar aja..tapi yang kuat ya…ya, yang kuat sikit..baru saya keluar..” Muak dengannya, teman saya terus memulai riadhah tanpa mempedulikannay atas nasihat kami semua. Kalau ditampar, rasanya mahu ditampar semula nanti….:)


Setelah kami tidak melayannya, dia lalu masuk semula dan terus ke tengah-tengah bulatan. Gayanya persis YB pula. Sambil tangan memeluk tubuh dan berlegar-legar memusing ditengah-tengah, seorang demi seorang dikalangan kami diperhatikannya. Akhirnya ‘boring’ dengan layanan kami, lantas dia keluar dan berlari ke jalan dan masuk pula ditengah-tengah beberapa mahasiswa yang sedang berjogging. Dibarisan belakang sekali, dia berjogging bersama. Cuba bayangkan dia berlari berkain pelekat dan berbaju Melayu bersama budak-budak yang berjogging berbaju T-Shirt dan berseluar pendek….


Hasil kajian dan penelitian saya bersama teman-teman, maka rumusan awal mendapati beliau ‘gila isim’. Gila isim adalah gila yang hanya berlaku jarang sekali dan bukan setiap hari atau selama-lamanya. Tapi mungkin mamat ini lebih baik sedikit taraf keisimannya berbanding dengan seorang remaja ditempat saya dahulu. Sewaktu saya masih bersekolah rendah, ditengah-tengah orang ramai dimasjid, dia menjerit sekuat hati berkali-kali “aku anak angkat Dr.Mahathir..aku anak angkat Dr.Mahathir…”


Sebagai kesimpulan tahap pertama, yang boleh saya sampaikan :


1) Jangan belajar agama, membaca kitab-kitab baik soal hukum hakam, aqidah dan sebagainya tanpa ada guru. Jika tidak faham, bertanya kepada orang yang faham dan ahlinya.


2) Jangan berguru dengan sesiapa sahaja yang kurang beramal dengan ilmunya. Sebagai contoh, ustaz yang rokok pun masih dimulut, masjid pun jarang sekali nampak…


3) Jika mahu berthoriqat, pastikan thoriqat kita adalah jelas, sohih dari Nabi s.a.w, dilakukan oleh ulama’-ulama’ muktabar..Jangan terima thoriqat yang pelik-pelik dari sesiapa pun jika diragui. Thoriqat bermakna jalan. Jalan yang dimaksudkan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Maka mucullah pelbagai jenis zikir yang diamalkan oleh ulama’ untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ada yang jelas bersumber dari Nabi, ada yang tidak, ada yang diselewengkan, ada yang ditokok tambah dan sebagainya.


Bagi saya, cukuplah dengan zikir Al-Ma’thurat yang disusun oleh Imam Hasan Al-Banna dari hadith-hadith Nabi s.a.w . Jika mahu berthoriqat yang lebih tinggi lagi, pastikan soal ilmu ‘aqidah sekurang-kurangnya sudah berjaya kita fahami basicnya agar apabila datang apa-apa jenis thoriqat, kita mampu membezakan antara yang benar dan yang salah, yang sohih atau tidak – wallahua’lam.


Celoteh ak:(^^,)

~berdasarkan pengalaman ,kesian kalau tgk kawan yg ada masalah sebegini...memang kadang 2 tindakan dia membuatkan kita tergelak.....mg Allah memberi hidayah pada kita semua.....walau apapun tindakan kita, pastikan ia tindakan yg rasional & berilmu dan dipandu dengan wahyu insyaAllah berjaya dunia & akhirat....." penyakit begini."..x der kaedah ker untuk sembuhkannya....?????


Notes

~buat kawan2 seperjuangan ,ak rase tertarik untuk mengajak kalian sama2 merenung artikel yg kawan ak tulis ni untuk sama2 kita muhasanah diri.....alangkah baiknya jika dakwah dapat kita seimbangkan dgn akedemik kita "Dilema seorang pejuang" &

artikel bertajuk Study & dakwah bukan macam jongkang jongket



Remove Formatting from selection


Thursday, June 11, 2009

“Terima keputusan Lina Joy - PM”

Sijil Mati Untuk Lina Joy
www.iLuvislam.com
Aidamohamad
editor: almusafirq8




“Terima keputusan Lina Joy - PM”. Inilah tajuk utama Utusan Malaysia 1 Jun lepas(2007). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat supaya menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani atau Lina Joy dengan terbuka dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi emosi. Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Lina Joy yang mengaku murtad sejak 17 tahun lalu untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya dengan penghakiman secara majoriti 2-1. Mahkamah menegaskan Azlina, 42, yang menukar namanya kepada Lina Joy perlu mendapatkan perakuan daripada Mahkamah Syariah bahawa dia telah murtad sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Pada masa yang sama, Abdullah turut menyangkal dakwaan seorang wartawan media asing bahawa undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan negara ini. “Tak ada perkara macam itu (undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Persekutuan). Perlembagaan Persekutuan ialah Perlembagaan Persekutuan. Ada satu set undang-undang yang perlu kita patuhi. Ia merupakan sesuatu yang perlu kita patuhi, itu sahaja”, katanya [UM 01/06/07].

Pelbagai reaksi diberikan oleh umat Islam dengan keputusan ini. Banyak pihak melahirkan rasa gembira dan syukur dengan keputusan yang telah dibuat. Bagi segelintir yang lain, tiada apa yang nak dibanggakan dengan keputusan Mahkamah ini kerana isunya adalah isu ‘nama’ bukannya isu ‘agama’. Bagi non-Muslim, khususnya golongan Nasrani, mereka memandang serius akan hal ini kerana ini adalah persoalan hak asasi manusia dan ianya dijamin atau termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dipandang dari sudut ‘agama’, golongan Nasrani sudah lama bergembira kerana hakikatnya Lina Joy telah pun murtad, walau apa namanya sekalipun. Dan yang lebih penting, si murtad itu adalah seorang Muslim. Jika yang memeluk agama Nasrani itu berasal dari agama Hindu atau Buddha, kegembiraan mereka tidaklah seberapa. Persoalannya, sebagai seorang Muslim, adakah kita perlu menerima dan pasrah sahaja dengan keputusan ini, malah bergembira dengannya, atau apakah sebenarnya yang patut kita lakukan? Apakah kita juga turut bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri yang mengakui bahawa Perlembagaan Persekutuan mengatasi undang-undang Islam? Apakah kita harus redha sahaja kepada Perlembagaan yang diasaskan oleh Lord Reid ini? Inilah persoalan yang akan dikupas oleh Sautun Nahdhah pada kali ini.

Bersyukurkah Kita Dengan Keputusan Ini?

Dari berita-berita yang disiarkan, ramai di kalangan umat Islam di Malaysia menarik nafas lega dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, sehingga ada yang menyifatkan ia adalah satu kemenangan untuk Islam. Laungan ‘Allahu Akbar’ yang bergema di perkarangan bangunan ‘Palace of Justice’ pada hari itu menggambarkan kegembiraan di hati mereka yang hadir. Apa tidaknya, ini adalah keputusan Mahkamah tertinggi di negara ini yang mana selepas ini tidak ada lagi mahkamah yang lebih tinggi untuk merubah penghakiman yang telah dibuat. Bagi mereka yang keliru, ya, inilah kemenangan. Tetapi jika umat Islam berfikir lebih jauh sedikit dengan keputusan yang dibuat, mereka akan sedar bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah bukanlah soal bahawa seseorang itu ‘tidak boleh murtad’ tetapi penghakiman yang dibuat adalah berkenaan isu ‘perkataan Islam’ di dalam kad pengenalan, di mana Lina Joy tidak dibenar memadamkan perkataan tersebut di dalam myKadnya. Dengan kata lain, sesiapa sahaja yang ingin murtad masih boleh berbuat demikian, cuma mereka tidak dibenar menggugurkan perkataan ‘Islam’ di dalam kad pengenalannya, kecuali setelah mendapat izin dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Keputusan ini juga membawa implikasi bahawa seseorang itu masih boleh murtad dan mempunyai harapan untuk menukar status ‘Islam’ di dalam kad pengenalannya, jika diizinkan oleh Mahkamah Syariah.

Wahai kaum Muslimin! Pandanglah dengan pandangan yang jernih, apakah keputusan Mahkamah ini telah berjaya mengembalikan Lina Joy ke pangkuan Islam? Apakah persoalan akidah umat Islam itu ditentukan oleh ‘nama’ atau ‘perkataan Islam’ yang tertulis di atas sekeping dokumen? Tidakkah kalian sedar bahawa kewujudan kad pengenalan itu hanyalah sekadar urusan pentadbiran duniawi sedangkan akidah itu adalah ‘urusan ukhrawi’? Adakah apa yang tertera di atas sekeping kad itu boleh melambangkan apa yang tertera di dalam hati, sehingga jika dikekalkan perkataan Islam pada kadnya bermakna Islamlah hatinya? Apakah kalian akan beranggapan bahawa dengan keputusan ini akan dapat menyelamatkan akidah umat Islam yang lain jika mereka ingin mengambil langkah sebagaimana langkah neraka Lina Joy? Dalam satu masa umat Islam di Malaysia tidak henti-henti berjuang untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, yang dikatakan semakin hilang wibawa dan kuasanya kerana dihakis oleh Mahkamah Sivil, namun, dalam masa yang sama, umat Islam sebenarnya mengiktiraf dan bergantung harap kepada Mahkamah Sivil (Mahkamah Persekutuan) untuk mengembalikan wibawa tersebut. Sebagaimana yang telah kami kupas di dalam Sautun Nahdhah yang lalu, kewujudan ‘Mahkamah Syariah’ di Malaysia pada hari ini dengan sendirinya membawa erti bahawa Mahkamah selainnya adalah tidak syariah (tidak Islam).

Persoalannya justeru, apakah kewujudan Mahkamah yang tidak syariah ini dibolehkan oleh Islam? Jika tidak boleh, apakah kita cuma mahu bersikap pasrah (menerima bulat-bulat tanpa apa-apa bantahan) sahaja dengan kewujudan Mahkamah tidak Islam yang diwarisi dari British ini? Penerimaan kita akan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan (Mahkamah Sivil) ini bermaksud kita telah ‘mengiktiraf’ apa yang British wariskan kepada kita dan kita mengakui bahawa kedudukan Mahkamah Persekutuan sememangnya lebih tinggi dari Mahkamah Syariah. Tidakkah kalian sedar akan hakikat ini wahai kaum Muslimin? Oleh yang demikian, apakah wajar bagi kita untuk menerima dan bersyukur dengan penghakiman yang telah dibuat?

Sesungguhnya kewujudan sistem mahkamah yang ada sekarang, baik mahkamah sivil mahupun mahkamah syariah adalah kerana ia diwujudkan/diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Pengiktirafan kita ke atas kedua-dua institusi ini, malah bergembira dengan keputusan yang dibuat sedangkan ia langsung tidak memutuskan/berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, menunjukkan bahawa kita telah meletakkan undang-undang manusia mengatasi undang-undang Allah. Sedar atau tidak, kita sebenarnya telah meletakkan Perlembagaan itu lebih tinggi dari hukum Allah. Adakah kita ingin sependapat dengan Perdana Menteri dalam hal ini yang mengakui bahawa Perlembagaan Persekutuan lebih tinggi dari Islam, walhal Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya” ? [HR al-Baihaqi].


Bilakah Seseorang Dianggap Murtad?


Wahai kaum Muslimin! Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah Tuhan Yang Maha Mencipta. Dia mencipta manusia dan mencipta Deen untuk manusia. Dan Dia telah memilih bahawa Deen untuk manusia adalah Islam.
FirmanNya
, “Sesungguhnya Deen (yang diredhai) di sisi Allah itu hanyalah Islam”
[TMQ Ali Imran (3):19]

dan firmanNya,

“Barangsiapa mencari selain Islam sebagai Deen, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan di Hari Akhirat dia termasuk ke dalam orang-orang yang rugi”
[TMQ Ali Imran (3):85].

Dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada makna lain lagi yang boleh ditafsir atau ditakwil oleh sesiapa pun bahawa hanya Islamlah satu-satunya Deen yang diterima oleh Allah untuk dianuti oleh manusia. Dengan kata lain, sesiapa sahaja yang tidak beragama dengan Islam atau yang pada asalnya beragama Islam kemudian keluar dari Islam, maka Allah sekali-kali tidak akan redha kepadanya. Maka, jika Allah tidak redha kepadanya, kita juga sebagai umat Islam tidak boleh redha kepadanya. Justeru, apakah kita akan redha dengan Lina Joy yang telah secara terang-terangan mengaku memeluk agama Nasrani?

Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Fairuz berkata, JPN mempunyai justifikasi untuk mendapat pengesahan penguasa agama Islam bahawa Lina Joy telah murtad sebelum meluluskan permohonan wanita itu untuk memadamkan perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalannya. Beliau berkata, jika JPN menerima pengakuan seseorang bahawa dia telah keluar agama Islam berasaskan pengisytiharan pemohon semata-mata, maka JPN mengambil risiko apabila menyatakan dia sebagai bukan Muslim sedangkan mengikut undang-undang Islam, orang itu masih belum murtad. ‘‘Ini semua akan mengakibatkan celaan daripada masyarakat Muslim. Atas sebab ini, saya percaya, JPN mengguna pakai dasar bahawa perakuan bersumpah sahaja tidak cukup untuk membolehkan perkataan ‘Islam’ dipadamkan daripada kad pengenalan seseorang Muslim,” katanya [UM 31/05/07].

Nampaknya, celaan masyarakat lebih diambil kira dari celaan Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas si murtad! Inilah kedudukan terkini ‘undang-undang Islam’ Malaysia, di mana walaupun seseorang itu telah membuat pengakuan atau pengisytiharan murtad, tetapi dia masih belum dikatakan murtad sehinggalah ‘disahkan’ oleh Mahkamah. Jadi, walaupun pada hakikatnya seseorang itu telah murtad, tetapi dari segi undang-undang, dia masih lagi seorang Muslim! Sekali lagi, kami ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan kepada mereka yang keliru bahawa murtadnya seseorang itu bukannya diukur dari ‘perintah’ Mahkamah Syariah, tetapi diukur dari i’tiqad, perbuatan atau perkataannya. Mahkamah tidak boleh menjadi penentu kemurtadan seseorang. Murtad datangnya dari ‘qalbu’, bukannya dari perintah seseorang qadhi. Menurut Syeikh Abdurrahman al-Maliki, di dalam kitabnya, Nidzamul Uqubat Fi al-Islam, seorang Islam itu akan jatuh kafir (murtad) dengan empat indikasi seperti berikut,
(1) dengan keyakinan (i’tiqad),
(2) dengan keraguan (syak),
(3) dengan perkataan (al-qaul),
(4) dengan perbuatan

-
(1) dengan keyakinan (i’tiqad),
Pertama, dengan keyakinan. Ini dilihat dari dua sisi;

(a) meyakini dengan pasti sesuatu yang berlawanan dengan apa yang diperintah, atau yang dilarang. Contohnya meyakini bahawa Allah memiliki sekutu atau meyakini bahawa Al-Quran bukanlah Kalamullah
(b) mengingkari sesuatu yang sudah maklum dalam masalah agama seperti mengingkari jihad, mengingkari keharaman khamar, mengingkari hukum potong tangan, dan lain-lain.

(2) dengan keraguan (syak)

-Kedua, keraguan dalam berakidah dan semua hal yang dalilnya qath’i. Contohnya, ragu bahawa Allah itu satu; ragu bahawa Muhammad Salallahu 'alaihi wa Sallam adalah Rasulullah; atau ragu tentang hukum sebat bagi penzina dan seumpamanya.

(3) dengan perkataan (al-qaul),

Ketiga, dengan perkataan yang jelas, tidak perlu ditafsirkan atau dita’wilkan lagi. Contohnya, seseorang yang mengatakan (termasuk membuat pengisytiharan) bahawa dia telah keluar dari Islam dan memeluk agama baru, mengatakan atau mengakui bahawa Isa adalah anak Allah, Muhammad bukan nabi, dan lain-lain. Sedangkan perkataan yang masih belum jelas, atau masih perlu dita’wilkan maka tidak memurtadkan pengucapnya.

(4) dengan perbuatan

Keempat, dengan perbuatan yang jelas tanpa perlu ta’wil lagi. Contohnya, menyembah berhala, melakukan ibadat di gereja dengan tata cara ala gereja, sembahyang di Kuil Hindu dengan amalan ritual Hindu dan lain-lain. Sedangkan perbuatan yang belum jelas, tidak mengkafirkan pelakunya seperti masuk ke gereja, membaca Injil, dan lain-lain.

Oleh kerana manusia adalah makhluk Allah dan Allahlah yang mencipta agama untuk manusia, maka sesiapa sahaja yang keluar atau tidak beragama dengan agama Allah (Islam), maka, Allah jualah yang berhak menentukan hukuman baginya.



Untuk golongan yang keluar dari agama Allah ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi khabar ancam bahawa
,
"Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."
[TMQ Al-Baqarah (2):217].

Dan Allah telah menetapkan hukuman ke atas mereka yang murtad melalui lisan NabiNya bahawa,

“Sesiapa sahaja yang menukar agama (Islam)nya, maka bunuhlah dia”
[HR Bukhari].
Inilah ketetapan dari Pencipta manusia dan Pencipta agama Islam.
(Sila rujuk Sautun Nahdhah bertajuk ‘250,000 Murtad: Masihkah Kita Ingin Berdiam Diri?’ untuk perbincangan lanjut mengenai hukum ke atas orang yang murtad).

Peranan Mahkamah Dalam Islam


Wahai kaum Muslimin! Di dalam membincangkan isu murtad ini, hendaknya kita tidak dipengaruhi oleh sentimen lain selain Islam semata-mata. Murtad bermaksud keluar dari agama Islam, baik lelaki mahupun perempuan, baik seseorang itu berbangsa Arab, Afrika, India, Cina ataupun Melayu. Persoalan murtad langsung tidak ada kena mengena dengan bangsa. Jangan kita dipengaruhi oleh emosi assabiyyah menyebabkan kita memandang serius jika yang murtad itu adalah dari bangsa kita, tetapi jika si murtad adalah dari bangsa lain, maka kita langsung tidak mengambil peduli. Janganlah kerana Lina Joy itu adalah seorang Melayu, maka dengan itu kita menunjukkan keprihatinan kita. Tetapi kalaulah Lina Joy itu seorang Cina atau India atau seorang masyarakat asli, maka ini langsung tidak menarik minat kita. Hal ini adalah salah sama sekali dan bukannya datang dari ajaran Islam. Tidak ada istimewanya bangsa Melayu di sisi Allah berbanding bangsa yang lain. Persoalan bangsa ini tidak boleh kita pilih. Allahlah yang menentukan kita lahir sebagai bangsa apa, dan kita tidak akan dapat menukar hakikat ini hingga kiamat. Tetapi persoalan agama kita boleh pilih, agama apakah yang kita ingin anuti. Dan seseorang itu sepatutnya memilih untuk menjadi Muslim adalah kerana keyakinan akan kebenaran Islam, bukan berdasarkan keturunan atau bangsanya. Jika kita memandang dengan cahaya kebenaran, maka sudah tentu kita akan menganggap bahawa isu murtad merupakan sebuah persoalan utama, tanpa mengira bangsa atau negara mana sekalipun orang itu berada.

Jika benarlah kita beriman dengan Allah dan Hari Akhir, maka sesungguhnya yang wajib kita sayangi dan perjuangkan adalah Islam, bukannya bangsa. Dan Rasulullah telah menetapkan hukum bahawa siapa sahaja yang keluar dari agama yang benar ini hendaklah dihukum bunuh, tidak kira bangsa apakah dia. Seperkara lagi yang harus kita ingat adalah bahawa yang wajib dan berhak menjalankan hukum bunuh ke atas ke atas mereka yang murtad adalah Negara (Pemerintah). Seseorang individu atau mana-mana jemaah tidak boleh sekali-kali melaksanakan hukuman ini. Di dalam Islam, biasanya Negara akan menyerahkan tugas ini kepada Mahkamah atau Qadhi untuk melaksanakannya. Justeru, kita mestilah jelas apakah peranan yang wajib dimainkan oleh Mahkamah di dalam hal ini.
Dari keputusan terbaru Mahkamah Persekutuan di dalam kes Lina Joy ini, kita dapati bahawa jika seseorang ingin keluar dari Islam, dia mestilah memfailkan permohonan dan seterusnya mendapat kelulusan/perintah dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Khatimah


Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Azlina Jailani telah pun murtad, walau apa namanya sekalipun, walau apa yang tercatat pada kad pengenalannya sekalipun, samada dibenarkan oleh Mahkamah ataupun tidak untuk menukarnya. Sudah 17 tahun berlalu dan si murtad ini tidak pun bertaubat dan kembali semula kepada Islam. Hukum sekular yang ada sekarang langsung tidak menakutkan dia untuk terus berada di dalam kekafiran, malah dia berjuang untuk mendapat pengiktirafan terhadap kemurtadannya kerana ini adalah satu perjuangan yang dibenarkan oleh sistem sekular. Inilah ‘kejayaan’ konsep kebebasan yang ditanamkan oleh kafir Barat ke atas dunia Islam.
Umat Islam merasakan mereka bebas untuk bertingkah laku; bebas bersuara; bebas memiliki apa sahaja dan bebas untuk berakidah, asalkan dibenarkan oleh undang-undang sekular walaupun ia jelas-jelas haram menurut undang-undang Islam.

Wahai kaum Muslimin! Apakah kalian masih belum sedar bahawa punca kepada segala masalah adalah kerana tidak diterapkan hukum Allah di dalam kehidupan ini? Manusia melakukan pelbagai jenis kerosakan di muka bumi dan termasuklah merosakkan dirinya sendiri. Apakah kalian masih belum sedar bahawa sistem sekular yang ada tidak pernah dapat mencegah kerosakan ini malah memburukkan lagi kerosakan yang sedia ada. Apakah kalian masih ingin bernaung di bawah sistem ciptaan kufur ini dan terus mendokong penerapannya? Sampai bilakah kalian akan terus berdiam diri dengan sistem busuk ini yang membiarkan kemurtadan terus berlaku? Sampai bilakah kalian akan terus berpangku tubuh dan redha dengan hukum Jahiliyyah ini? Bilakah kalian akan mula bergerak untuk menegakkan kebenaran? Tidak takutkah kalian dengan azab Allah yang akan menimpa kalian kerana kalian tidak berusaha merubah kebatilan ini dan menggantikannya dengan hukum-hukum Allah? Ya Allah! Bukalah hati umat Muhammad untuk berjuang menegakkan agamaMu. Amien..

P/s:
klik disini untuk mengetahui kes isu aqidah Muhd Ridzuan
Related Posts with Thumbnails