Tuesday, April 27, 2010

Allah tidak perlukan kamu.



Dan kamu itu kerdil lagi tidak punya apa-apa. Menunduklah. ~ picture by MichaelCh of Deviant Art
Dan kamu itu kerdil lagi tidak punya apa-apa. Menunduklah. ~ picture by 'MichaelCh of Deviant Art
Sebahagian dari kita mungkin berfikir bahawa, seandainya dia tidak bersama-sama dengan kafilah yang menyebarkan kebaikan dan mencegah kejahatan, nescaya Islam itu akan rugi dan seakan-akan kekuasaan Allah itu berkurangan.
Mereka kadangkala melepaskan kegeraman atas kemalangan yang menimpa mereka dengan berhenti berdoa kepada Allah dan tidak lagi sujud kepada-Nya. Mereka mencaci maki Allah dan berpaling dari agama-Nya.
Mungkin pada mereka, Allah akan rugi dan melemah dengan tindakan mereka.
Tetapi manusia tersilap.
Allah hakikatnya langsung tidak memerlukan mereka.

Allah Maha Kaya
Hakikatnya, orang-orang yang merasakan bahawa mereka mampu memberikan Allah masalah, kekurangan, kesukaran, adalah orang-orang yang cetek akalnya.
Sesungguhnya, Allah SWT tidak pernah memerlukan manusia untuk menyembah-Nya, untuk tunduk kepada-Nya, untuk taat kepada-Nya. Allah tidak menjadi lebih besar dengan ketundukan manusia kepada-Nya, juga tidak menjadi lebih kecil dengan keingkaran manusia kepada-Nya.
Manusia itulah yang hakikatnya menjadi mulia bila sujud kepada Allah, dan menjadi hina apabila meninggalkan-Nya. Hal ini kerana, Allah adalah Pencipta, Yang Maha Besar, Yang Berdiri dengan Sendiri, Yang Maha Perkasa dan tiada tandingan untuk-Nya. Kita memerlukan Allah untuk memandu kehidupan kita di dunia dan memberikan kita kejayaan di akhirat.
Tetapi Allah, Dia tidak memerlukan kita. Bahkan di dalam Al-Quran, Allah sering kali mengulang perkara ini. Antaranya pada ayat 8 Surah Ibrahim.
“Kalau kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal yang demikian itu tidaklah merugikan Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Surah Ibrahim ayat 8.
Dan kalian boleh lihat banyak ayat sebegini di dalam Al-Quran. Antarannya di:
“Dan sesiapa yang kufur, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia” Surah An-Naml ayat 40.
Allah Maha Kaya. Pengingkaran kita, langsung tidak memberikan-Nya kesan apa-apa.
Kitalah yang rugi. Rugi serugi-ruginya
Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai ujian. Diciptakan kita di atas dunia ini untuk diuji, untuk mengharungi ujian dan memilih antara kejayaan abadi atau kesenangan fantasi.
Justeru, apabila kita meninggalkan Allah SWT, ataupun hatta mengisytiharkan perang kepada Allah SWT, itu semua tidak memberikan kesan langsung kepada Allah SWT. Bahkan, yang meruginya adalah kita.
Allah SWT adalah Pemberi Ketenangan, Pencipta Kebahagiaan, Punca kepada segala kesenangan. Meninggalkan Allah SWT, maka semua itu akan tertanggal daripada kehidupan kita. Jiwa tidak tenang, hati sentiasa gelisah dan kehidupan tidak terurus. Ya, mungkin sahaja kita lihat rumahnya besar, wajahnya sering sahaja bersama senyuman, tetapi siapa tahu apa yang bergejolak di dalam hati? Mulut boleh sahaja manis bicara berkata: “Aku bahagia” sedangkan di dalam jiwa siapa yang mengetahui?
Dan kerugian tidak terhenti setakat di atas dunia. Bahkan berlanjutan hingga ke akhirat. Dan di akhirat itulah nanti, orang yang meninggalkan Allah SWT itu menyedari kerugian mereka yang nyata.
Ke neraka abadi selama-lamanya. Allah SWT sendiri mengiktiraf mereka sebagai yang rugi. Itulah dia rugi yang sebenar-benarnya.
“Katakanlah sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarga mereka di hari kiamat kelak. Dan ingatlah yang demikian itulah kerugian yang nyata” Surah Az-Zumar ayat 15.
Sesungguhnya, kita yang memerlukan Allah
Manusia adalah lemah. Tidak berkemampuan dan tidak stabil. Sifatnya terkawal oleh sifat kalbu yang berbolak balik. Maka ada waktu dirinya kuat dan wujud pula masa dirinya lemah tidak larat. Hidup manusia juga turun dan naik. Bukan selamanya senang dan bukan setiap masanya susah. Tambah pula cabaran-cabaran kehidupan yang pelbagai seperti pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan sebagainya, semuanya cukup menjadi ‘rencah’ kepada kemasyghulan manusia dalam kehidupan.
Maka hendak tidak hendak, manusia memerlukan Allah SWT.
Allah yang Maha Kuat, Allah yang Maha Hebat, Allah Yang Maha Perkasa, Allah Yang Maha Mengetahui, Allah Yang Maha Memerhati, Allah yang Maha Mendengar, untuk memerhatikan mereka. Dan sesungguhnya, Allahlah pembantu terutuh manusia yang mendkeat kepada-Nya.
“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu(agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu” Surah Muhammad ayat 7.
Dan kita jugalah yang memerlukan Allah. Allah, Dia langsung tidak memerlukan kita.
“Tidaklah Kami yang meminta rezeki daripadamu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu…” Surah Toha ayat 132.
Penutup: Menunduklah wahai Faqir
Faqir itu, dari segi bahasanya, lebih bawah dari taraf miskin. Hal ini kerana, miskin masih mempunyai harta, cuma sedikit, cukup-cukup makan. Tetapi Faqir membawa maksud, langsung tidak mempunyai apa-apa sehingga terpaksa meminta.
Itulah dia kita di hadapan Allah SWT.
“Wahai manusia, kamulah yang faqir(sentiasa berhajat) kepada Allah, sedang Allah itu Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji” Surah Faatir ayat 15.
Maka menunduklah. Hanya yang menunduk, takut kepada-Nya, merapat kepada-Nya, yang mendapat kebaikan.
“…Dan akibat yang baik hanyalah untuk yang bertaqwa” Surah Toha ayat 132.
Menunduklah wahai Faqir. Kamu yang memerlukan Allah.
Sedang Allah langsung tidak memerlukan kamu.

Thursday, April 22, 2010

Konspirasi Bola sepak Dunia

Sebelum anda terus membaca artikel ini saya berharap supaya anda membukafikiran anda seluasnya. Tujuan saya terbitkan artikel ini adalah untukmencerahkan apa yang sebelum ini gelap dan diikuti oleh ramai dari kita semuatanpa mereka sedari. Semoga apa yang dipaparkan akan membuka minda anda. Dan apa yg kami paparkan bukanlah tertakluk kpd beberapa contoh yg kamiberikan saja. Contoh yg selebihnya, anda carilah sendiri. Kami menunjukkanjalan, anda yg perlu melaluinya atas usaha anda sendiri. Selamat Membaca!

image image

Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepaktersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handalserta sumber kewangan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangipiala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentas benua Eropah dandi pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyaipenyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.
Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memilikisokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpanpelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Danakelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan denganFreemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, MalcomGlazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangatmemusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yangbertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milanditerajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).

image

Malcolm Glazer

Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yangmenyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelabmemilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puakkafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan warna rasmi bagi syaitan itusendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merahsangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran diluar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktusenja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akanmenyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahayamerah sangat tinggi menjelang senja.
image

Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana matadikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang matasatu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikanbetul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:

imageimage

perhatikan garis hijau yg membentuk mata dan perkataan united dibawahnya. United under the one eye?/bersatu dibawah mata satu?
imageimage
the one eye of Ra, the Sun God (the all-seeing eye)

Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memeganggarfu’ yangmemang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turutdigunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagimelambangkan kelab berkenaan. Dua garisan merah di atas dan bawah logo dusatukanoleh dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan membenteuk sebiji mata yg dikatakanoleh pengkaji konspirasi sebagai mata Ra atau Amon-Ra yang merupakan TuhanMatahari bagi masyarakat Mesir Purba.
Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakanangka yang melambangkanangka sialbagi masyarakat Eropah dan juga melambangkannombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskanseperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bintangberbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitanberkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yangmelambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olahmenyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.

image image

Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selainitu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakanDewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkandalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakilihuruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan.Contoh:
M=13 A=1 N=14 U=21
1+3+1+1+4+2+1=13
Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.
E dan R
E=5, R=18
18-5=13
N,C,H,E,S,T
N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20
1+4+3+8+5+1+9+2+0=33
No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjattertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, menyembah syaitan dalamritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan mindapada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkansalib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristianpersilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjangsebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. SalibKnight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knights of Templar dan salib Kristian:

Salib Templar

image


Salib Kristian
image

Salib Templar di Logo AC Milan
image

Knights of Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yangmenyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Merekamerupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah,ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knights of Templar juga adalah asas bagipertubuhan Freemason moden.

Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahunpenubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1 dan 8ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang adadan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angkaLambangRaksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salibberkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat disebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juga terpakai pada logoini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:
A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai parapenyembah syaitan.
image

Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarahperlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Merekajuga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokongkelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab inisehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTROdan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.
image

Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokonganmereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluangsemata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib(ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang matasehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam. Dajal lebihmengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu dan dia menggunakannya untukmelemahkan kita. Dan dia menggunakan kelemahan kita ini untuk merosakkan jiwa kitatanpa kita sedar.
Adakah ini yang mahu anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskanbanyak duit dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka ini?Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka sesungguhnya tidak akanberputus asa menjauhkan kita dari maha pencipta, Allah s.w.t. Dan sedarkah andasepanjang anda menyokong, memuja mereka anda telah memuja syaitan dan telahmenduakan Allah?

Tidak diakui lagi? Lihat persamaan ketara ini pula:

image

Bukankah muka SETAN di logo Man U hampir sama dengan muka Baphomet danpentagram tersebut? Lihat bagaimanadiatersenyum kepada kita yg menyokong dia.

image

Bagaimana pula dgn yg ini? Adakah ini gambar singa seperti yg anda fikirkan? Adakah inisinga jantan? Tidak. Ini adalah seekor singa betina kerana singa jantan mempunyaimahkotaiaitu rambutnya dan singa di logo Chelsea ini tidak. Kenapa singa betina?Kerana ini :
image
Ini adalah Firaunsinga betinaTefnut. Inilah apa yg diletakkan didada kita sebenarnya.Bukan seekor singa garang spt yg mulanya kita fikirkan.

image

Checkered floor

image

image

Masonic/Kabalistic Moon and Star

image

Fleur-de-lis, symbol kerajaan-kerajaan lama eropah terutamanya Perancis dan jugasymbol kpd Priory of Sion

image

priory of sion

image

Mahkota diatasnya yg mempunyai salib adalah sama seperti St Thomas’ Cross yg menjadi symbol St Thomas Christians (Nasrani Menorah)

Selama kita memakai PAKAIAN MEREKA selama itulah kita membawa gambar firaun, iblis, syaitan dan keturunannya dan lambang-lambang lain yg memuja mereka

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Al-Hijr 39-40

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

Muhammad Bin Abdullah



SUMBERhttp://freeourmind-blog.blogspot.com/2010/04/konspirasi-bola-sepak-dunia.html

Anda mungkin juga meminati:
Related Posts with Thumbnails