Tuesday, March 31, 2009

Hidup ini memang mencabar~

Hidup ini sememangnya mencabar.
Tapi, bagi setiap cabaran, mesti ada cara nak memenanginya.
Andai kita menganggap life is hard maka itulah yang menjadi mindset yang diserap oleh minda separa sedar kita.
Bila dalam fikiran sudah terserap life is hard (hidup ini sukar) maka semua yang lakukan pastinya akan menjadi sukar.
Kesannya, kita jadi tertekan, kurang bermotivasi serta lebih cenderung menyalahkan takdir.
Semua yang keras, pasti ada cara melembutkannya.
Andai ada yang susah, mesti ada cara menukarkannya menjadi senang.
Semua yang senang, pasti ada cara menjadikannya lebih senang dari senang yang biasa.
Untuk menjadikan kita seorang pemenang berdepan dengan cabaran hidup, perlu ada ‘power’.
Power ni datang dari beberapa sumber, antaranya ilmu pengetahuan, semangat yang tinggi dan inspirasi yang tak pernah putus.
Lebih banyak sumber ni dikumpul, maka semakin power, semakin energetik kita jadinya.
Ramai orang berkata, knowledge is power.
Itu betul, bahkan telah dibuktikan oleh orang-orang berjaya sebelum ni.
Mereka berjaya kerana mengaplikasikan apa yang mereka tahu.
Seperti mereka, kita juga menjadi lebih power bila mengaplikasikan apa yang kita tahu.
Selain mengaplikasikan ilmu, kita boleh berubah menjadi semakin power bila bersemangat tinggi, disamping membara dengan inspirasi setiap masa, setiap kali kita bernafas bukan setakat sehari dua. Ini cara untuk memenangi cabaran hidup.
Masalah, emosi down, perbalahan, pertengkaran, kesilapan dan kegagalan tetap akan muncul dalam proses kita menempuh cabaran.
Tetapi, itu semua sementara.
Lama-kelamaan, semua yang sementara akan menghilang dan sesuatu yang lain akan menggantikan tempatnya, dengan syarat kita mesti sanggup berubah terlebih dahulu.
Bukan mahu, tapi mesti berubah!
Pandang hidup ini dari sudut yang positif.
Cabaran membentuk kita menjadi seorang yang kuat.
Kuat di minda, emosi dan rohani.
Serap masalah menjadi cabaran lalu tukarkan ia menjadi sesuatu yang positif. Berfikiran positif membolehkan diri kita memenangi cabaran tu lalu menggenggam kejayaan di akhir garisan.
Dalam sejarah tak pernah ada orang berfikiran negatif menang setelah berdepan cabaran, semuanya kecundang.
Jadi, sematkan dalam hati, kita tekad, BERANI berubah untuk kecemerlangan hidup

Ya Allah kuatkn ak menghadapi minggu ini yang benar2 mencabar dgn jayanya .....amin

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails