Friday, July 31, 2009

Nikah Khitbah! Satu solusi untuk couple......




Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja!
Oleh : Ustaz Maszlee Malik


Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.

Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.


“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.
Akibat Kurang Bercinta

Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota .

Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.

Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.
Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.

Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kearah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.


Risiko

Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!


celoteh ak:

Tidak salah untuk bercinta tapi biarlah masa yang sesuai & dalam keadaan diri bersedia memegang tanggungjawab ....walauapapun ,dalam nak bercinta yang paling penting tegas berpegang pada hukum & ada pendirian....jika iman tidak kuat & tidak ada matlamat untuk menuju ke arah perkahwinan tidak usah bercinta.....lagipun cinta yang tidak berlandaskan syara' amat dekat dengan murka-Nya.......nauzubillah

Teringat ak ttg pesan ustaz ak baru-baru ini.....alam perkahwinan tidaklah seindah alam percintaan ....bukan seperti kita tengok drama @ baca novel & sebagainya....yang mana pengarah @ pegarangnya menciptakan sesuatu yang mengasyikkan yang diimpikan oleh seorang remaja semata-mata untuk megautkan keuntungan ...padahal sebahagian cerita itu hanyalah penipuan semat-mata....hakikatnya hidup ini tidak selalu indah...hidup tidak sempurna
.Jadi susunlah lah jalan untuk menjadi manusia yang sedar hakikat sebenar kehidupan....


Bagi ak,ak menghormati seorang lelaki yang ada pendirian ...ada prinsip yang berserta dengan ilmu...ilmu agama yang baik...dengan ilmu tersebut dia mampu membuat keputusan dengan betul & dapat memimpin isteri & anak-anak ke jalankeredaaan-Nya.... dengan ilmunya juga dia dapat memperbetulkan sesuatu keadaan & jadikan suasana rumahtangga tenang...kerana tidak semua lelaki memiliki kemampuan ini....kadang2 ada yang lari bila masalah timbul & ada juga yang menyelesaikan dengan cara yang salah akhirnya makin parah....

wallahuallam.....

Sejarah usrah

usrah. Satu perkataan yang tidak lagi ganjil di kalangan orang yang sudah terlibat dengan apa-apa persatuan atau gerakan Islam. Pernah suatu ketika dahulu ia merupakan satu perkataan yang menimbulkan bermacam-macam persoalan dan sesiapa yang mengikutinya dianggap sebagai orang-orang yang merancang kejahatan (baca: aktiviti underground). Mungkin juga sekarang, ada sesetengah tempat yang masih lagi mempunyai inersia yang sedemikian tetapi di kebanyakan tempat ia sudah menjadi satu perkataan yang lazim dan begitu sinonim dengan badan-badan Islamik.

Persoalannya, ada apa dengan usrah?

Buat mereka yang ada latar belakang Islamik, yang ibu bapa mereka giat di dalam aktiviti-aktiviti Islam maka mereka mungkin sudah mengetahui apakah usrah. Tetapi buat sebahagian besar dari yang lainnya itu, di tempat-tempat mereka mengenali wadah Islamlah tempat mereka mengenali apakah itu usrah. Itupun bernasib baik jika dipanggil sebagai usrah, adakalanya sesetengah tempat menggunakan nama-nama lain seperti Halaqah al-Qur'an (HAQ), Majlis Diskusi Pelajar (MDP) dan lain-lain lagi.

Bagi ramai, mereka memahami bahawa usrah itu adalah perjumpaan mingguan yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan iman di masa-masa yang lapang. Andaikata masa tersebut lapang, maka insya Allah dia akan menyertai. Tetapi jika ada hal lain, haa... "Saya fikir-fikir dulu ye kak?" biasa lah tu.

Tetapi...

Sebelum masuk kepada "ada apa dengan usrah?" saya suka ingin membawa anda kepada melihat sirah usrah itu sendiri.

Pada peringkat awal permulaan da'wah Islamiyah, RasuluLlah SAW yang telah bermula dengan seorang diri. Lalu ia dikongsikan dan disebarkan kepada keluarganya terapat, di dalamnya termasuk Khadijah, zaujah baginda dan Ali, anak saudaranya. Selain dari itu, beberapa sahabat RasuluLlah yang terapat juga telah disampaikan dengan risalah agung ini, contohnya Abu Bakar as-Siddiq dan datang daripadanya pula Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain lagi.

Zaman awal tersebut merupakan suatu zaman yang tertumpu kepada penjernihan fikrah; penjernihan aqidah Islam kepada yang tulen. RasuluLlah SAW pada ketika itu banyak berjumpa dan mengajar sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam, tetapi suasananya penuh dengan kerahsiaan. Sebabnya mudah; kaedah da'wah yang dilakukan adalah da'wah fardiyah dan setiap orang ingin menjaga keselamatan masing-masing.

Ayat-ayat yang paling awal diturunkan pula pendek-pendek. Mesejnya jelas. Setiap hentian membawa seseorang kepada memikirkan keindahan ayat-ayat tersebut. Rentaknya pula sangat kena dengan hati yang berkarat, yang dipenuhi dengan anasir jahiliyah. Apa yang kita dapat perhatikan ialah kebanyakan ayat tersebut berada di dalam bahagian Mufassal al-Qur'an (dari Qaf, 50 hingga an-Nas, 114). Isinya tidak lain dan tidak bukan untuk membersihkan pemikiran manusia dari cengkaman keindahan hidup yang merosakkan, agar mereka mengetahui tujuan hidup mereka, ke mana mereka akan dikembalikan, siapakah tuhan mereka dan persoalan-persoalan asasi yang perlu diketahui oleh makhluk yang bernama manusia (juga jinn).

Dalam konteks tersebut, RasuluLlah telah membuat pertemuan-pertemuan di rumah beberapa sahabat. Antara yang paling masyhur sekali kisahnya ialah pertemuan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Satu majlis yang kecil yang terdiri daripada beberapa orang sahabat tertentu dibuat untuk membentuk nilai-nilai Islamik ahlinya. Tetapi, pada ketika itu ia tidak disebut sebagai usrah.

Selepas berlalunya zaman tersebut, Islam kembali menjadi asing. Suatu janji yang disebutkan sendiri oleh RasuluLlah SAW: "Islam datang dalam keadaan gharib (asing) dan akan kembali menjadi gharib (asing)..." (Muslim). Dan kita melihat jahiliyyah kembali berleluasa, lagi-lagi ia berlaku dengan lebih rancak lagi setelah kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir pada tahun 1924M.

Hassan al-Banna (1906-1949) yang menyedari hakikat ini telah memulakan usaha-usaha untuk mengembalikan sistem Khilafah tersebut. Antara perkara yang diperhatikan ialah bagaimana institusi keluarga itu telah gagal di dalam membentuk peribadi muslim yang tulen. Ibu bapa gagal mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah Islamiyah yang betul. Maka dari situ, lahirlah satu sistem yang mengumpulkan orang-orang yang ingin berubah dan mengubah di dalam satu kumpulan khusus bernama usrah.

Usrah (baca: keluarga). Kenapa? Kerana ia bertujuan membawa fungsi membentuk individu muslim dengan tarbiyah Islamiyah yang tulen kepada ahlinya sementara institusi keluarga (baca: usrah) yang sebenar belum dapat menjalankan fungsi tersebut dengan baik. Ketuanya (baca: naqib) umpama seorang bapa. Ahlinya yang lain umpama anak-anak. Seorang naqib memainkan peranan yang sangat penting sebagai bapa untuk menjaga kebajikan ahlinya, seorang syeikh dalam memberi pengisian ruhiyah, seorang ustaz di dalam mendidik dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, dan seorang qiyadah di dalam memberi arahan yang perlu dilaksanakan.

Hasilnya ialah, sistem usrah itu bertujuan menjadi salah satu daripada wasilah tarbiyah untuk memndidik dan membina individu-individu muslim yang tulen lagi "tegar". Dan perkara ini hanya akan terhasil setelah menepati rukun-rukun usrah yang ada: (1) Ta'aruf, iaitu saling berkenalan sesama ikhwah hingga sampai tahap mengenali potensi dan kelemahan setiap individu di dalam kumpulan tersebut, (2) tafahhum, saling memahami hingga seorang akh itu dapat menegur dan ditegur oleh akh yang lainnya, dan (3) takaful, lalu memenuhi seruan Rasul; "Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan".

Akhirnya, usrah yang berkesan itu adalah usrah yang mendapat partisipasi dari hebat dari ahlinya di samping bimbingan dan panduan yang mantap dari naqibnya. Tanpa kedua-dua ini, tidak mungkin wujud usrah yang muntijah.

Fikir-fikirkanlah apa yang patut dibuat.........link


celoteh ak:

Bagi ak usrah amat penting dalam mendidik diri....ia adalah satu peluang untuk kita bermuhasabah diri,tambahan pula dalam keadaan dunia sekarang yang fitnah berleluasa,sekurang-kurangnya dengan adanya usrah hati kita ada juga pengisian,ia adalah peluang untuk kita mentarbiyyah diri......

Memang tidak dinafikan kadang2 usrah yang dijalankan tidak menarik,bagi ak usrah menarik @ tidak ia juga bergantung pada diri kita sendiri...tidak dinafikan ia juga ada kena mengena dengan diri naqib/bah itu sendiri,tapi kita juga perlu aktif,naqib/bah hanyalah sebagai pemudah cara ,suarakan pendapat dengan cara yang betul ,cz kita bukan nak cari salah sesiapa tapi nak menghidupkan suasana usrah kita ,moga2 pengisian walaupun sekejap tapi bermakna .....camnerpun ia juga bergantung kepada niat kita tidak kira sebagai ahli @ naqib/bah itu sendiri......

.ak teringat kepada pesan seorang akak ni.....walauapapun kita dibidang apa sekalipun dunia & akhirat perlu seimbang....ilmu dunia tanpa diseimbangkan dengan ilmu akhirat ...hanyalah sia2 kerana akan menjauhkan diri dari Allah.....camnerpun ini tidaklah bermakna kita kena tinggalkan ilmu dunia ...keran dunia islam sekarang memerlukan kepakaran dari umat islam sendiri dengan itu kita dapat berdiri dengan kaki sendiri & tidak bergantung kepada orang bukan islam....ia ilmu fardu kifayah..... kalau bukan kita yang lakukan nak harapkan siapa lagi...!!!

Tadi ak mendengar sedikit pengisian drpd sdraku akhi safwan....walaupun dia diminta m'beri pegisian dgn tiba2 tapi alhamdulillah dia dapat buat dgn baik.....antara rumusan yang ak dapat simpulkan .....bayangkan kalau kita buat robot....tiba2 dia wat hal tak nak dengar cakap kita ...apa yg kita buat mestilah akan musnahkan dia kan......tp bertapa pemurahnya Allah s.w.t ,bertapa sayangnya Allah kat kita masih lagi memberikan peluang untuk kita bertaubat.....tidak seperti kaum2 yg terdahulu yg mana Allah turunkan terus balasan diatas ketelanjuran mereka.....muhasabah diri kita sendiri....moga2 diri kita lebih baik dari semalam.....

Tuesday, July 28, 2009

i fest





celoteh ak:

Alhamdulillah akhirnya I-Fest berakhir dengan jayanya.....banyak perkara yang ak belajar dari program ak pada kali ini....walaupun banyak perkara berlaku tidak kira sebelum ,@ ditengah program .....alhamdulillah berkat doa semua ....akhirnya ia dapat berakhir dengan baik...Antara program yang menarik yang diadakan ialah kempen derma darah dengan kerjasama HTAA,ladies night ,forum ,pameran yang semestinya acara yang wajib setiap kali karnival,Pertandingan2,kolokium dakwah kampus ,konsert nasyid & berakhir dengan sukaneka.

Antara yang ak benar2 menguji ak sebagai seorang urusetia logistik ialah pada acara yang dilakukan pada hari sabtu kerana banyak acara dilakukan dalam masa yang serentak tapi tenaga anak buah yang tidak ramai,ak tak bercadang ambil ramai memandangkan kami hanyalah bahagian logistik tapi tak tahulah dalam melaksanakan program banyak tugas sampingan yang kami dapat .....alhamdulillah anak buahku terdiri dari kawan2 ak sendiri jadi mereka tidak ada masalah untuk menolong....


mereka meyertai ak pun atas dasar tolong kawan & ini program yang bersangkut paut dengan agama......moga2 dengan keikhlasan niat mereka Allah mempermudahkan urusan mereka di Dunia & akhirat....pada hari itu memang benar2 menguji mental fizikal.......ak benar2 rasa bersalah kerana perlu menggunakan masa & tenaga mereka & kadang kala terlepas pandang kebajikan mereka....ak tahu mereka tak kisah kerana mereka tahu kedudukan yang sebenar tapi bagi ak , perasaan bersalah itu masih ada,tahlah nak cakap macammana...last2 setelah semuanya berakhir, air mata ak tertumpah juga...kui3... sebenarnya dah lama ak tahan....dari awal program lagi....tapi mampu lagi tahan memikirkan banyak kerja yang tak settle lagi....

Tapi bagi ak dalam banyak2 team yang pernah ak bentuk team kali ni adalah yang terbaik.... bagi ak mereka buat bukan atas dasar nak kan penghargaan tapi betul2 nakkan program yang dirancang berjaya dengan jayanya.....mungkin juga antara menjadikan kami rapat antara satu sama lain kerana kami sudah berkali-kali menjayakan program2 bersama2....hal ini menjadikan kami serasi & tahu kelebihan & kekurangan masing-masing...& dalam masa yang sama saling lengkap-melengkapi....indahnya menjayakan satu program atas dasar satu keluarga....

Ak tahu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki pada program kali ini...camnerpun program mana yang tidak ada masalah ....yang paling penting optimis dan jangan saling meyalahkan & bantu membantu antara satu sama lain apa yang penting selesaikan masalah itu bersama-sama kalau dah tak cukup tangan membantu doakan dari jauh.......yang paling penting kita sudi belajar....ak sendiri sebenarnya kurang yakin untuk memegang apa2 pun jawatan memandangkan kekurangan pengalaman ,ilmu& juga ada masalah ku sendiri tapi ak teringat pesan kawan ak.....

"anti ingat semua orang layakkah!!! anti ingat ana pegang jawatan ini sekarang ana layakkah.....!!!apa yang penting kita belajar dari orang yang dah biasa ...tanya pendapat mereka jangan bersikap pesimis....memandang rendah keatas keupayaan diri sendiri....semua orang yang hebat adalah manusia biasa macam kita...kita nampak dia hebat pegang jawatan ...tidak siapa tahu dalam hati mereka...yang paling penting sudi belajar...& tidak ego...yakin pada diri sendiri serta ada keberaniaan untuk cuba sesuatu yang baru...berani tanggung risiko....jika mahu pecahkan ketakutan itu mesti berani mencabar diri sendiri ,berani lakukan sesuatu yang sukar......bila diberi amanah lakukan dengan rasa penuh tanggungjawab....& pastikan kebajikan anak buah terjaga.....last sekali jangan tamakkan jawatan bina kepercayaan kat orang lain jugak ...bantu dia jika dia masih tidak biasa.....cz sesibuk manapun berpesatuan akedemik jangan letak belakang....cuma kita ambik jawatan tu ikhlas kerana Allah ,tidak guna hidup kalau tidak dapat memberi manfaat kat orang lain....."



apa yang ak dapat simpulkan seorang pemimpin perlulah mempunyai kemahiran berunding,kemahiran membahagikan tugas dan hubungan interpersonal ...iaitu kebolehan berunding dan mencapai kejayaan dan kepuasan kepada semua pihak......dia perlulah bersikap adil apabila membahagi tugas ....

jangan hanya pandai meyuruh tanpa menimbang dulu kemahiran ,masa & kewangan pekerjanya...semasa ada masalah jangan senang2 marahkan individu .....cuba periksa kenapa masalah boleh timbul& selesaikan masalah itu....

yang penting bersikap positif ...apabila bertemu masalah itu bukan masanya marah2 @ menunding jari.Masalah itu sendiri sesuatu yang perlu diselesaikan secara kerjasama & sepatutnya jika organisasi mempunyai banyak masalah ,itu akan memberikan alasan kuat untuk semua ajk untuk berkerjasama.....bukan makin pecah belah....

kerana kita kena ingat ....tidak semua ajk pandai buat bekerja,ada yang perlu diajar ...ketua yang baik ialah yang mampu membuat keputusan yang tepat....juga kena memikirkan soal manusiawi ... ajk juga manusia biasa ...jangan semata2 meyuruh dia buat kerja ,lepas itu kita lepas tangan...jangan mementingkan ego sendiri,orang lain juga ada ego...

sepatutnya kitalah membantu mereka secara mental & spiritual untuk meyelesaikan kerja mereka .....berikan pandangan dan cadangan alternatif supaya mereka dapat keluar dari jalan buntu...itu lebih baik dari marah2 ...lagipun marah2 tidak meyelesaikan masalah malah meyusutkan lagi kerjasama dalam organisasi....pemimpin mestilah kuasai emosi sendiri dan bersikap profesional ...insyaAllah orang lain akan menghormati setiap keputusan yang dikeluarkan.....


Terima kasih buat kawan2 yang banyak nasihat ak tika ak kealpaaan .....walau sesibuk manapun aktiviti dikampus jangan sambil terabai keluarga dirumah.....perkembangan adik2 bagi yang masih mempunyai adik2 perlu diambil perhatian...tidak kira dalam segi akedemik tetapi juga dari sudut kerohaniaan.....hadapi mereka dengan cara berhikmah.......

makin banyak kita faham mengenai hidup ,makin banyak masalah yang perlu kita hadapi.....
makin banyak kita mengerti tentang tanggungjawab ,makin banyak amanah yang perlu kita galas....
berlalunya waktu itu bererti makin berganda cabaran yang perlu kita tempuh.....
susah senang ,berdiri @ rebah,berjaya atau gagal kita perlu telan dan rasai sendiri....namun jika kekeluargaan ada disisi ,segala yang penat itu menjadi ringan......insyaAllah






Friday, July 17, 2009

Mahkamah Hati



Oleh: Ustaz Pahrol Mohammad Juoi



Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan.

Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya "body" yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki. Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan. Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.

Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setia masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran. Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran'. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi.

Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan. Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan.

Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati! Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab: "Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya." Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak.

Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita. Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati!



10 'K' Dalam Persahabatan


ikrami



"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya."

. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.





"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"


10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN

merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).


* KASIH SAYANG

lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.


* KEIKHLASAN
dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN

terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN

dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN

juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN

. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN.

Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN.

Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN

di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.

"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"



celoteh ak:

minggu ni agak tidak terancang masa ak,memandangkan tanggungjawab yang makin bertambah.....ak ambik pun atas dasar nak menolong....moga Allah permudahkan program yang kami rancang ....ak akui ak agak stress dengan masalah yang timbul.....mungkin disebabkan masalah yang bertalu-talu dari program sebelum ini menjadikan ak agak selamba untuk program kali ini .......dihati hanya Allah yang tahu..... bagi ak masalah adalah peluang untuk kita belajar benda baru...lagipun program mana tidak ada masalah.....& ak percaya ak buat kerja baik insyaAllah pertolongan Dia akan sampai jua.... walaubagaimanapun begitu kelas sem ni tidak sepadat sem lepas.....sikit sebanyak ak masih ada masa untuk diri ak sendiri.........

Apa yang meyedihkan bulan rejab seakan akan berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa pengisian .....hati ak sendiri terasa ada yg tak kena ....tidak lagi sesensitif dulu.....mungkin seperti kawan ak katakan kita kekurangan tarbiyyah ruhiyyah .....ak patut banyakkan muhasabah diri buang sikap mazmumah & tingkatkan diri dengan sikap mahmudah......mungkin juga akhir-akhir ini ak diuji dengan cinta manusia yang mana sikit sebanyak meyebabkan bercambahnya bintik-bintik hitam yang sedia ada dalam diri......astarfirullahalazim ,......semoga petunjuknya masih lagi sudi bertandang di hatiku....amin.....

LAYAKKAH HADIRNYA CINTA MANUSIA



arisha27




Layakkah kita mencintai manusia lain??

hmm...bagi aku sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berHAK.

CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

1) ALLAH YANG MAHA ESA:

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"


Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.

2) AGAMA:


Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak.

Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

3) IBU BAPA & KELUARGA:

Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA.

Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

4) PASANGAN:


Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA.

Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...




http://penaarisha.blogspot.com

Sunday, July 12, 2009

Artikel untuk parent and parent to be..

sumber;http://ibnukamaruzaman.blogspot.com/

Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

Beberapa
minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn
pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni
lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise
sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku
nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu
semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine
yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat
aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar
aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1.
Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah,
tapi kena buat seikhlas
hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau
anak korang tu dah tidur,ramas- ramas jari atau tangan dia, macam
picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.
Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap
melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia
suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal.... sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2.
Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek. .buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab
bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat
otak kanan die
bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh
buat card 1,2,3, gambar-gambar. .. potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3.
Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami
dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... ... satu lagi
cuba korang lukis gambar,
contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan
suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah
lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan
otak kanan....Korang
tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab depa makan guna
chopstik.... chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan
otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab
depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa,
pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5.
Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die
orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah
merapu takpa....... .. kita pun bukan tak biasa merapu...... .

6.
Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and
suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
macam.....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six
sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue
tu........ni semua utk aktifkan
otak sebelah kanan. Tapi
ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat
setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

note;
Sebelum
buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh
buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror
ini semua satu cara yang Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak
kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur
kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui
dak......



Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor
UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada
ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna
perkataan jangan kat anak-anak... .. itu lah yang anak akan buat.....so
lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain
plak...contohnya. ...Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm
Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2
ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2
doa dimakbulkan.


celoteh ak(^^,)

T.kasih ar buat org yg bagi email ni.....susah ugak ek nak jadi ibubapa ,apa yg penting mesti ada ilmu & niat yang ikhlas kerana-Nya.... terima kasih buat ibubapa ak yg sanggup berkorban dan menasihati ak tika ak agak lalai......bg ak nasihat diorg ada isi2 & tidak megulangi perkara yg sama ...

.ummi & abah ak ni jenis orang yg agak menjaga adab.....mungkin hal ini menjadikan ak agak kisah berhubung hal ini terutama hal2 yg berhubung dgn janji.Sampai sekarang ak ingat kisah tika ak ting 5 dulu....ak menghadiri program anjuran luar yang diadakan pada hari cuti ....hal ini memaksa ak pulang lewat ke asrama ,waktu yang sepatutnya pkl 6 mesti dah ada kat asrama tapi ak tiba pukul 8 malam kerana program tu habis lewat.......abah tanya "akak kena pulang lewat ni doh bagitahu kat warden ker"abah ak."tak bah...."ak jwb,cz ak dah faham cara felo ak ,pkl 11 mlm baru dia tanya saper yg tak dtg lagi....lagipun ak baik ngan jaga...tu ar berani wat hal...tak pasal2 kena marah dek abah ....igt agi ak ayat tu"awak ni ....org bagi tahu dulu,ni abah tak suka macam ni.....lain kali bagitahu kat warden dulu nanti dia rungsing ...."abah ak.walaupun lembut abah cakap,ak boleh tahu abah marah,dari mimik muka dia & disamping dia bahasakan diri ak dgn awak bukan akak....apa yang ak respek kat abah ak dia tak pernah tinggikan suara walaupun dia marah & stp kali dia minta apa2 dia pasti dahulukan dgn perkataan tolong......Ya Allah berkatilah mereka berdua....amin

Minggu ni memang minggu yang sibuk .....banyak benda yang berlaku pada hari yang sama,lain yang dirancang lain yang jadi ....walau apapun, kenalah dahulukan yang lebih utama....sepatutnya hari minggu ni ak ada program kat sekolah kebangsaan kempadang...memang dah janji betul2 ngan kawan ak nak tolong ....memang sedih & bersalah jugaklah, tapi nak buat macammana perancangan Allah lebih hebat,tiba2 baru tahu ada kerja lain pada hari minggu tu jadi tak dapat nak join ....apa yang ak mampu buat cuma tolong kawan ak settlekan yang terdaya sebelum program...apa yang ak kagum kami buat kerja macam keluarga walaupun tidak ada apa-apa balasan .....walaupun banyak dugaan yang datang bertalu-talu,kawan ak pun hampir putus asa ,tapi alhamdulillah dapat settlekan juga...syabas buat kalian berdua....

Buat adik angkatku....akak doakan baitul muslim yang bakal dibina dalam redhanya....bg akak apa yg penting buatlah persediaan yang betul ......insyaAllah kamu dpt atur masa dengan baik walaupun masih sedang belajar.....insyaAllah .......walaupun begitu, kamu tetap adik akak yang baik hati......sayang kamu....

Thursday, July 9, 2009

UNTUNGKAH BER‘COUPLE’?



Saya ingin berkongsi dengan pembaca beberapa alasan yang sering diberikan oleh remaja yang bercinta teruna dan dara atau bercouple dalam usia muda. Saya tanyakan hal ini kepada remaja di kampung dan juga beberapa peserta program yang pernah saya sertai. Berbagai jawapan yang diberikan, namun secara kesimpulan saya dapati jawapan mereka terbahagi kepada tiga. Dan saya akan memberi respon bagi setiap jawapan yang dibangkitkan.


SOALAN 1 : Apa tujuan bercouple?


Jawapan 1 : Mahu tanda bahawa dia kekasih saya. Tak nak bagi orang lain dapat.


Respon : Jawapan sebegini biasanya digunakan oleh remaja kampus. Namun, bagi penulis ia adalah satu alasan yang paling popular untuk membolehkan sesebuah pasangan bercinta teruna dan dara.


Kita perlu sedar bahawa manusia biasa tidak mampu meramal masa depan. Adakah dengan bercouple atau mengikat tanda yang seseorang itu adalah kekasih kita, maka semuanya sudah terjamin?


Ini belum tentu terjamin lagi!


Orang bertunang bertahun-tahun pun masih ada kemungkinan berpisah. Orang berkahwin pun masih ada kemungkinan bercerai. Ini bererti kita tidak mampu meramal masa depan. Sekalipun kita tanda ke, kita ikat ke, kita tuning ke, jodoh tiada siapa yang tahu. Jadi, sepatutnya kita perlu banyak berdoa.


Lagi satu, jika benar mahu tanda. Jangan jumpa dengan pasangan saja. Jangan asyik berkepit dengan empunya diri sedangkan keluarganya tidak tahu status hubungan itu. Sepatutnya pasangan perlu berterus-terang dengan berjumpa orang tua masing-masing. Beritahu niat dan minta mereka memberikan restu. Itu yang sepatutnya.


Jadi…fikirkan wahai remaja.


Jawapan 2 : Mahu mengenali bakal pasangan dengan lebih dekat.


Respon : Jawapan ini adalah alasan lemah bagi pasangan yang ingin bercinta. Kerana apa? Sesungguhnya manusia tidak mampu mengenali manusia lain sedalam-dalamnya. Berkenalan atau taaruf adalah proses sepanjang hidup. Orang berumahtangga hampir 20 tahun masih lagi tidak mengenali pasangan dengan sepenuhnya. Inikan pula bagi couple yang berkenalan baru setahun dua.


Lagipun, manusia adalah makhluk beremosi. Manusia sentiasa berubah-ubah berdasarkan kondisi dan situasi. Ada manusia yang baik kemudian bertukar jahat. Ada manusia lembut akhirnya bertukar keras. Mengenali pasangan itu penting, tetapi sepatutnya proses mengenali ini bermula setelah anda duduk bersama sebagai suami isteri.


Sebelum berkahwin, kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, anda terkejut selepas berkahwin.


Ramai kawan saya yang terkejut selepas berkahwin. Apa yang mereka bualkan dan rancang sebelum kahwin, boleh dikatakan berubah sama sekali selepas bersama di bawah satu bumbung. Ini adalah realiti. Justeru, masa yang paling sesuai untuk mengenali pasangan bukanlah sebelum berkahwin tetapi selepas bersama di bawah satu bumbung dengan ikatan yang sah.


Wahai remaja…tidak perlu terburu-buru mengenali bakal pasangan terlalu intim.


Alasan 3 : Mahu memahami wanita dan membiasakan diri dengannya. Agar tidak kekok.


Respon : Jawapan ini adalah jawapan kurang matang. Bagi saya, penyesuaian sebelum berkahwin tidak perlu. Ini kerana penyesuaian antara lelaki dan wanita akan berlaku dengan cepat. Ini adalah tabiat manusia dan manusia akan mudah menyesuaikan diri dengan pasangannya. Selepas kahwin, proses itu akan berlaku dengan sendirinya. Insya Allah.


SOALAN 2 : Apakah keuntungan bercouple?


Jawapan 1 : Bersemangat untuk belajar. Sumber inspirasi.

Respon : Saya fikir memang jawapan ini ada benarnya. Tapi reality menunjukkan masih ramai yang gagal mengawal emosi apabil bercinta sehingga menyebabkan tugu inspirasi mereka tersungkur. Jika dibuat pantauan. Remaja bercouple lebih banyak mengalami pergaduhan dengan pasangannya. Terutamanya apabila musim exam. Masing-masing mudah stress dan tertekan, dan ini akan memberi kesan terhadap exam. Berdasarkan pengalaman peribadi saya, orang bercouple lebih banyak ‘konflik’ jiwa berbanding orang yang ‘Single’. Dan ini mengundang risiko dalam pengajian.


Memang ada pasangan yang saling memberi inspirasi. Namun, rata-rata pasangan yang bercinta mengalami banyak konflik. Konflik ini selalunya mengganggu fokus pada pengajian. Jadi, elakkan saja. Jangan mengambil risiko jika anda bukan seorang yang mampu mengawal gelora emosi.


Jadi…hati-hati dalam bercinta. Kelak masa depan kita juga yang merana.


Jawapan 2 : Cepat matang dan bijak dalam pergaulan.


Respon : Betulkah akan cepat matang? Mungkin betul. Tapi…untuk matang masih ada banyak cara lagi. Berdasarkan pengalaman peribadi saya. Orang bercouple kebiasaannya adalah rendah maruahnya. Mudah ditewaskan dengan emosi dan terburu-buru dalam mengikut perasaan. Orang sebegini lambat matang. Orang yang cepat matang ialah yang memberi penekanan kepada harapan keluarga, kerjaya dan prospek masa depan, serta tahu merancang hidup. Di samping tidak mencuaikan emosi dan perasaan kasih sayang.


Justeru, bersosial memang mampu mematangkan seseorang. Lebih luas pergaulan, lebih banyak pengalaman. Lebih banyak kenalan, lebih cepat memahami karenah orang. Justeru, berkomunikasi dan berinteraksi perlu fleksibel. Bukan sekadar berbicara dengan kekasih malah perlu berbicara dengan orang yang lebih tua.


Apa yang sering berlaku ialah pasangan yang bercouple tidak suka bergaul dengan orang lain. Orang bercouple tidak mahu orang lain busy body tentang urusan peribadinya. Malah, kebanyakan remaja yang ada pasangan sering bersendirian melayan handphone dan sms. Sehinggakan kerap berlaku pergaduhan mulut apabila ada kawan yang lain menegur atau seolah-olah mengganggu privacy mereka.


Realitinya, remaja yang bercinta ini lebih cepat merajuk dan lebih cepat melatah. Kadang-kadang orang bercinta ini sensitifnya melampau-lampau sehingga menyusahkan mereka untuk bersosial. Ini adalah suatu perkara yang memang berlaku dan selalu saya temui. Akibatnya apa? Akhirnya remaja yang bercinta ini sukar ditegur, sukar dinasihati, sukar didekati dan menjadi lebih teruk perangainya. Bukan makin matang, malah makin tidak cerdik.


Jadi…hati-hati jika anda mahu bercinta. Jangan tersalah memberi alasan. Kononnya mahu cepat matang, akhirnya jadi lebih lembab.


Monday, July 6, 2009

~antara tips untuk menarik non muslim yang mahu dekati islam

1. Anda hendaklah terus berusaha untuk berkomunikasi dengannya. Bahkan, diperingkat ini, mengekalkan hubungan dengannya menjadi lebih penting kerana ia membolehkan pintu komunikasi terus terbuka sehingga anda dapat terus bebincang dengannya. Usahakanlah untuk lebih kerap berkomunikasi denganya.

2. Elakkanlah dari mengambil pendekatan berleter dan “menyerang”. Berusahalah untuk memahami dirinya dahulu. Berikanlah pandangan anda dari posisi seorang yang ingin memberi huraian alternatif kepada perkara-perkara yang mendorongnya membuat pilihan sedemikian. Tidak mudah sebenarnya untuk seorang Melayu meninggalkan agamanya, jika tidak kerana sebab-sebab psikologi, sosial dan lain-lain yang begitu mendesaknya.

3. Jangan tertekan oleh masa untuk mengembalikannya semula. Yang lebih penting ialah untuk mengekalkan hubungan dan interaksi dua hala yang baik dan saling menghormati kerana dia bukan lagi seorang anak kecil.

4. Satu cara untuk lebih memahami dirinya ialah dengan memasuki jaringan sosialnya di internet seperti Facebook, Friendster dll. Dari situ, anda boleh dapat petunjuk mengenai faktor-faktor mempengaruhinya dan mengambil langkah untuk meminimakannya.

5. Carilah di internet mengenai masalah yang sama yang ditanyakan dan cuba dapatkan pengajaran-pengajaran dari jawaban-jawaban yang diberi. Anda boleh berusaha juga untuk mendapatkan nasihat dari Darul Arqam (www.darul-arqam.org.sg) yang mempunyai banyak pengalaman dalam masalah ini.

6. Mulakan interaksi anda dengan soalan-soalan yang cuba mencungkil darinya jawaban, kenapa dan bagaimana? i.e apa sebenarnya yang telah berlaku? kenapa agaknya mesti buat seperti itu? Jangan mulakan dengan mempersoalkan keputusannya atau meleterinya.

7. Pujuk dan ajak dia untuk mempunyai pemikiran yang terbuka agar ia sentiasa mempunyai “option” untuk menilai kembali keputusannya. Selama dia mempunyai pemikirang yang terbuka, selagi itu peluang masih ada. Pujuk dia untuk mempelajari semula Islam di Darul Arqam atau di mana-mana tempat yang sesuai untuknya, tanpa meminta dia untuk meninggalkan agama baru yang dipilihnya. Dengan ini, mungkin dia akan terjumpa apa yang dia tidak terjumpa mengenai Islam sebelum ini yang menyebabkan dia memilih agama lain.

8. . Setelah anda mula berbincang, akan mula timbul isu-isu tertentu yang anda mungkin kurang arif untuk menanganinya. Dapatkanlah nasihat dari yang pakar dan bolehlah meminta bantuan dari saya juga.


9 Jangan putus asa. Kekalkanlah optimisme. Jangan lupa untuk mendoakannya agar Allah taala mengembalikannya semula.
Link


Sumber ustz Mohd Haniff)

celoteh ak(^^,)
alhamdulillah sem baru telah bermula,walaupun pada mulanya ak agak berat hati untuk datang tapi alhamdulillah akhirnya Allah telah bukakan hatiku untuk menerima hakikat sem baru dah bermula...huhu.....walaupunpun begitu ak agak terkilan kerana permulaan sem ak telah melakukan kesilapan ......moga Allah megampuni dosa2 ku.....sem ini agak kalut sedikit memandangkan fakulti ak akan berpindah ke Pekan sepatutnya awal sem ini tapi disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan akhirnya proses perpindahan ditangguhkan ke suatu masa yang akn diberitahu kelak.......

jadi semua perkara yang berkaitan dengan lab terpaksa ditangguhkan....walaupun begitu ak bersyukur kerana mempunyai pensyarah yang berdedikasi .....walaupun pada hari pertama ak dah habis 2 sub topik malah minggu ni dah ada kuiz....kui3...yg tu tak sedap dengar..... walauapapun good luck semua untuk sem baru ni..........moga dipermudahkan segala-galanya......reda Allah ku pohon dalam setiap tindakan....amin
1. Anda hendaklah terus berusaha untuk berkomunikasi dengannya. Bahkan, diperingkat ini, mengekalkan hubungan dengannya menjadi lebih penting kerana ia membolehkan pintu komunikasi terus terbuka sehingga anda dapat terus bebincang dengannya. Usahakanlah untuk lebih kerap berkomunikasi denganya.

2. Elakkanlah dari mengambil pendekatan berleter dan “menyerang”. Berusahalah untuk memahami dirinya dahulu. Berikanlah pandangan anda dari posisi seorang yang ingin memberi huraian alternatif kepada perkara-perkara yang mendorongnya membuat pilihan sedemikian. Tidak mudah sebenarnya untuk seorang Melayu meninggalkan agamanya, jika tidak kerana sebab-sebab psikologi, sosial dan lain-lain yang begitu mendesaknya.

3. Jangan tertekan oleh masa untuk mengembalikannya semula. Yang lebih penting ialah untuk mengekalkan hubungan dan interaksi dua hala yang baik dan saling menghormati kerana dia bukan lagi seorang anak kecil.

4. Satu cara untuk lebih memahami dirinya ialah dengan memasuki jaringan sosialnya di internet seperti Facebook, Friendster dll. Dari situ, anda boleh dapat petunjuk mengenai faktor-faktor mempengaruhinya dan mengambil langkah untuk meminimakannya.

5. Carilah di internet mengenai masalah yang sama yang ditanyakan dan cuba dapatkan pengajaran-pengajaran dari jawaban-jawaban yang diberi. Anda boleh berusaha juga untuk mendapatkan nasihat dari Darul Arqam (www.darul-arqam.org.sg) yang mempunyai banyak pengalaman dalam masalah ini.

6. Mulakan interaksi anda dengan soalan-soalan yang cuba mencungkil darinya jawaban, kenapa dan bagaimana? i.e apa sebenarnya yang telah berlaku? kenapa agaknya mesti buat seperti itu? Jangan mulakan dengan mempersoalkan keputusannya atau meleterinya.

7. Pujuk dan ajak dia untuk mempunyai pemikiran yang terbuka agar ia sentiasa mempunyai “option” untuk menilai kembali keputusannya. Selama dia mempunyai pemikirang yang terbuka, selagi itu peluang masih ada. Pujuk dia untuk mempelajari semula Islam di Darul Arqam atau di mana-mana tempat yang sesuai untuknya, tanpa meminta dia untuk meninggalkan agama baru yang dipilihnya. Dengan ini, mungkin dia akan terjumpa apa yang dia tidak terjumpa mengenai Islam sebelum ini yang menyebabkan dia memilih agama lain.

8. Cuba kumpulkan teman-teman atau ahli keluarga yang boleh berpakat untuk bersama menangani masalah ini dengan cara yang saya cadangkan. Berhat-hati, agar tidak menyertakan individu yang hanya akan merosakkan hubungan baik yang dipelihara.

9. Setelah anda mula berbincang, akan mula timbul isu-isu tertentu yang anda mungkin kurang arif untuk menanganinya. Dapatkanlah nasihat dari yang pakar dan bolehlah meminta bantuan dari saya juga.

10. Jangan putus asa. Kekalkanlah optimisme. Jangan lupa untuk mendoakannya agar Allah taala mengembalikannya semula.
Link

Friday, July 3, 2009

~Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan


Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.



Amalan


Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.


Sumber Disediakan oleh:
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka
www.al-azim.com


Pernah diterbitkan:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=57

~Petua Berjaya Yang Luar Biasa


www.iluvislam.com
Ustaz Hasrizal**


Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.

Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.

Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.

Pertandingan memanjat pokok pinang.

30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.

Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.

“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.

“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.



Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.

Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.

Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.

Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.

“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.

“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.

“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.

Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.

“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.

“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.

Cicak terus mencanak.

Batang pinang dipanjat tak kira orang.

Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.

Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.

Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.

Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.

Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.

PENGAJARAN

Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.

“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]


* Olahan semula daripada sebuah kisah rakyat masyhur yang dimuatkan di dalam buku Setengah Berisi Setengah Kosong tulisan Bapak Parlindungan Marpaung, terbitan PTS.

**Ustaz Hasrizal aktif menulis di blog beliau di http://saifulislam.com/
Related Posts with Thumbnails