Friday, May 8, 2009

redha dgn ujiannya...

Sdg asyik membelek2 blog ak terjumpa satu cerita yg dptku kongsikn bersama kwn2
iaitu ttg seorg adik yg menghidapi penyakit ,ak amat tertarik dgn perbualannya bersama abgnya ......si adik amat redha dgn ujian Allah keatasnya...terdetik dihatiku mampukah ak setabah itu...Allah memberkati arwah

Seorang abang telah bertanya kepada adiknya yang menghidap penyakit yang tidak pasti. Usianya masih muda. Akibat daripada penyakit yangdialaminya, matanya menjadi juling, jasadnya menjadi lumpuh dan hanya terlantar di kerusi roda. Walaubagaimanapun, dalam kekurangan itu, terkesan ketenangan pada wajahnya.

"Dik, aku kurang mengerti. Mengapa kamu boleh tenang sahaja walaupun dalam keadaan sebegini" Tanya abangnya bernada lembut untuk memancing isi hatinya.

Jawabnya,
"Bang, aku tahu penyakitku ini sukar dicari ubatnya dan Allah telah mentakdirkan aku tidak dapat beramal dengan jasadku (tidak dapat melakukan amalan yang melibatkan pergerakan anggota badan spt bersedekah, mengajar ilmu dll). Maka dengan ilmuku yang sedikit, aku cuba mmupuk hati menjadi redha pada ketentuan yang Allah telah takdirkan untukku. Jika ujian ini petanda kepada penghujung usiaku, ku harap inilah amalan yang terbaik dapat kubawa menghadapNya"

Hati abangnya tersentuh dan dia terus memeluk dan menciumnya.

"Bang, jika aku mati, matiku ini bukan kerana penyakitku. Tetapi kerana pinjaman Allah kepadaku sudah cukup tempohnya." Bisiknya lemah.

"Bang, aku, kamu, umi dan walid berusaha bersama di sini (dunia), dan aku harap kita kekal bersama di sana (syurga)" Bisiknya lagi.

(lebih kurang beginilah isi perbualannya namun lenggok gaya bahasanya telah ku touch up ))

Setelah beberapa tahun, dia meninggal dan abangnya menjadi seorang guru agama,mungin kesan daripada adiknya.

Perbualan ringkas itu memberi kesan bermakna bg sesiapa yg menghayati. Perbualan ringkas yang sarat dengan tasawuf

nota:

mengigatkn ini ak teringatkn seorg kwn ak yg jg disahkn menghidap pelbagai penyakit yg tak krg beratnya...bertapa tabah menghadapi dugaan drNya membuatkn ak respect pd-Nya....Mg Allah memberikn ketenangn & ketabahan pd-nya...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails