Sunday, August 30, 2009

~Mahu jadi biasa ataupun luar biasa



Impian saya semasa kecil dahulu ialah menjadi seorang yang luar biasa. Saya mahu menjadi seorang yang mempunyai kuasa istimewa. Mungkin bukan seperti ‘Superhero’ yang terbang di angkasa, tetapi seorang yang mempunyai kuasa istimewanya yang tersendiri. Saya mungkin banyak terpengaruh dengan buku-buku yang mengisahkan watak-watak dengan kuasa istimewa. Paling terkesan ialah cerita Mathilda oleh Roald Dahl. Yang saya impikan ketika itu adalah mempunyai kuasa ‘psychic’ sepertinya. Pernah juga dulu rakan-rakan menggelarkan diri saya ini “GK”, dengan pelbagai maksud yang berbeza dek kerana saya gilakan kuasa yang pelik-pelik.

Bila menginjak usia remaja, saya telah memilih untuk menjadi orang yang ‘biasa-biasa’ saja. Bukan biasa dengan erti kata tiada kuasa istimewa, tetapi biasa seperti mana rata-rata orang Islam lainnya, atau lebih tepat lagi, biasa dalam erti kata 'Islamnya'. Kenapa? Kerana ketika itu bagi saya, orang yang membawa imej Islam nampak berbeza dari segi fizikalnya. Mereka seolah-olah manusia pelik. Kebanyakan mereka bertudung labuh lebih daripada biasa, senyap dan sangat bersopan. Bukan bermaksud saya tidak boleh menerima kewujudan mereka, tapi lebih kepada diri saya sendiri. Saya dapat rasakan bahawa diri ini akan menjadi pelik sekiranya saya menjadi seperti mereka. Ditambah lagi dengan tanggapan bahawa orang seperti mereka ni agak kolot, berfikiran tertutup dan asyik bersama dengan kelompok mereka sahaja. Saya kadang-kadang pelik dengan mereka. Bagaimana mereka nanti akan dapat menempuh dunia yang semakin mencabar dengan keadaan mereka yang sebegitu? Bagaimana mereka mahu bergaul dengan masyarakat dalam keadaan tidak boleh menerima pendapat semasa? Dan pelbagai lagi persoalan lain yang didasari tanggapan bebas diri sendiri.

Oleh kerana itu saya telah memilih untuk menjadi manusia yang biasa saja. Tidaklah baik sangat dan tidaklah teruk sangat (kononnya!). Pada hemat saya, cukuplah saya solat, belajar agama, menghormati Islam dan menjaga batas-batas (walaupun pada ketika itu apa yang saya ketahui sebenarnya sangatlah terbatas). Saya beranggapan bahawa dengan menjadi antara orang-orang yang di tengah inilah yang paling bagus kerana saya boleh menerima dan diterima sesiapa saja. Orang yang ‘biasa-biasa’ dengan moto hidupnya, "Enjoy-enjoy juga, solat jangan lupa!". (Enjoy=maratahon DVD, main game, hang-out dengan kawan-kawan, berlibur dan berhibur)


Tanpa saya sedari, rupanya sayalah manusia yang telah memilih ‘Jalan Kelabu’; Manusia yang memisahkan antara agama dan kehidupannya yang lain atau erti kata lainnya manusia yang SEKULAR.

Dan tanpa saya sedari juga, saya telah memilih jalan yang salah! ‘Jalan Kelabu’ itu tidak wujud sama sekali. Hidup ini hanya ada dua pilihan. Putih atau Hitam. Haq atau Batil. Benar atau Salah. Baik atau Jahat. Syurga atau Neraka.

Jalan Kelabu yang saya pilih itu hanyalah satu ilusi. Ilusi untuk membawa saya terjerumus ke Jalan Hitam. Bahkan bukan saya saja, tetapi juga orang-orang Islam yang melihat Islam dan kehidupannya seperti ada pemisah.

Ah, lihat saja.

Islam di sini kelihatan gah dengan masjidnya.

Islam di sini kelihatan bila orang ingin membina masjid mereka.

Islam di sini kelihatan dengan ritual ibadahnya saja.

Bagaimana pula dengan lainnya? Dan saya bakal ketawa geli hati bila mana orang memanggil ini negara Islam sedangkan seumur hidup saya tidak melihat islamnya.

Pergilah ke mana-mana kompleks membeli-belah terkemuka. Saya kadang-kadang terasa pelik. Seolah-olah saya berasa di bumi yang sungguh asing. Iklan yang terpampang langsung tidak menunjukkan pendirian negara ini; Oh, ya negara islam contoh. Sedang kebanyakan manusia yang menjadi isinya memilih untuk menjadi manusia yang biasa-biasa sahaja. Biasa dan sederhana dalam pengertian mereka sebagai seorang Islam. Oh, kalau dulu mungkin dilihat manusia yang biasa ialah mereka yang mematuhi semua rukun islam dan tidak nampak extreme dengan pakaian mereka.

Tapi itu definisi biasa pada manusia yang biasa pada masa zaman saya. Definisi yang dicipta oleh manusia akan berubah mengikut selera mereka. Kini, orang Islam dalam kategori biasa mungkin seperti ini pula:

-Solat. Tapi tidak cukup 5 waktu pun tak mengapa, janji solat.

-Berpacaran. Berpegangan adalah biasa, jika tidak itu alim.

-Bertudung. Dengan erti kata rambut atau sebahagian rambut itu tertutup. Tapi ya, hanya rambut, bahagian lain tidak termasuk syarat utama.

- dan senarai ini berterusan mengikut kehendak sendiri....


Kalau inilah definisi manusia yang ‘biasa-biasa sahaja’ pada masa sekarang, bagaimana pula nanti akan datang? Apa lagi ‘biasa-biasa sahaja’ yang akan mereka terjemahkan lagi? Akan makin kurang syaratnya?

Saya bukan mahu tujukan ini kepada sesiapa. Bukan juga mahu bersikap pesimis. Juga bukanlah kerana saya ingin berkata yang saya ini lebih bagus dan mereka tidak.

Adalah penting untuk kita jelaskan bahawa tidak wujud sama sekali definisi Islam dengan cara kita sendiri: Islam yang sekerat-sekerat dengan mengambil apa yang disukai sahaja. Masih ramai orang Islam hari ini yang mengambil cara mudah dengan memilih untuk berada di jalan tengah yang sememangnya tidak wujud sama sekali. Betapa ramainya lagi orang Islam dalam masyarakat kita yang masih kabur dengan memilih untuk menjadi orang Islam yang biasa-biasa ini? Mereka ingin menjadi orang biasa yang ingin mengambil Islam secara sederhana. Orang-orang yang mungkin juga berubah-ubah definisi mereka terhadap definisi 'sederhana' itu sendiri. Apakah maksudnya sederhana itu dengan memakai tudung sekerat cuma? Atau sememangnya definisi sederhana itu kepada mereka ialah dengan tidak mencampur adukkan urusan agama dengan kehidupan lainnya?

Sesiapa pun boleh memilih untuk menjadi orang biasa yang sibuk memikirkan persepsi orang lain terhadap mereka. Mungkin dengan memilih untuk menjadi orang yang biasa-biasa itu akan kelihatan lebih mesra dan mudah didekati oleh semua golongan. Boleh jadi juga manusia yang biasa-biasa ini ialah diri ini yang mungkin masih terlekat lagi jahiliyahnya kerana tidak mahu dilihat aneh oleh orang biasa-biasa yang lainnya.

Jika begitu, perlu saya mengingatkan diri ini bahawa Islam itu datang untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan total kepada Allah semata-mata. Andai kita masih melihat diri dari kaca mata manusia sahaja, apakah sudah lengkap Islam itu pada diri kita? Apakah kita masih ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang mungkin kelihatan aneh dan janggal dalam masyarakat sedangkan itulah hakikat Islam yang sebenar?

Sekarang, saya tidak mahu menjadi orang yang biasa-biasa lagi. Saya mahu jadi luar biasa! Luar biasa ke arah jalan yang Benar, jalan yang Haq, Jalan yang Putih, Jalan yang ke Syurga pastinya. Saya mahu berada di jalan Al-Haq, bukan lagi al-Hawa’. Saya tidak mahu lagi pilih jalan kelabu yang keliru itu. Saya harap kamu juga tidak begitu. Jadi kita boleh sama-sama mengikut jalan yang luar biasa tetapi benar ini. Saya harap untuk jumpa kamu di syurga, mahukah kamu?

Oh ya, jangan lupa juga bawa mereka yang berada di sekeliling kamu..saya pasti mereka juga mahu ke sana. Cuma, mereka mungkin keliru dalam memilih jalannya.



Saya teringin untuk mendengar Tuhan memanggil kita semua kelak apabila sampai di sana...

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah dalam SYURGAKU"

(89: 27-30)

.
(link)


SAMA2 KITA FIKIRKAN.....!!!
.SELAMAT MENEMPUH RAMADHAN...moga2 apabila kita keluar dari madrasah ramadhan ini menjadikan kita hamba yang lebih baik ,sesuci bayi yang dilahirkan....amin

PALESTIN:(Terkini) Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis

Link


Khamis, 27/08/2009 – Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Wartawan Sweden, Donald Boustroum tidak berdusta ketika beliau melaporkan bagaimana beberapa keluarga Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza mendakwa tentera Zionis melakukan penculikan tersusun terhadap pemuda Palestin yang kemudiannya jenazah mereka dihantar pulang semula kepada keluarga mereka setelah beberapa organ badan mereka diambil. Beliau juga turut memberikan fakta jelas yang menunjukkan regim Zionis melakukan jenayah tersebut dengan tersusun terhadap rakyat Palestin yang diusir dari tanahair mereka secara paksaan.

Laporan oleh akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ menunjukkan kewujudan suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan keterlibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir



(Terkini) Israel tubuhkan mahkamah khas untuk menahan kanak-kanak Palestin


Khamis, 27/08/2009 – Pihak Keselamatan Israel telah mengumumkan bahawa mereka bakal membina sebuah mahkamah khas untuk kanak-kanak Palestin yang ditahan tentera Israel di wilayah Palestin yang mereka jajah. Ini merupakan keputusan yang pertama kali didengari sejak menjajah Palestin selama 42 tahun. Sumber Israel melaporkan, Jeneral Brigade Gadi Shamni, GOC Central Command bagi tentera Israel, telah mengesahkan penubuhan mahkamah tersebut yang bakal menghukum segala kes melibatkan tahanan-tahanan bawah umur.

Berdasarkan keputusannya, hakim bakal diberi latihan khas bagi melibatkan diri dalam kes-kes tahanan bawah umur tersebut dan akan dilantik melalui sistem Ketua Mahkamah Israel. Tahanan kanak-kanak Palestin sebelum ini, langsung tidak diberi layanan istimewa, malah sama seperti tahanan politik yang dewasa. Ketua Unit Undang-undang dan Hak Kanak-kanak Antarabangsa ( DCI ) cawangan Palestin berkata, mahkamah baru ini merupakan tidakan lewat dan terdesak Israel bagi menutup kegagalan sistem undang-undang mereka yang menghukum kanak-kanak seperti orang dewasa.

Quzmar menambah,penubuhan mahkamah tersebut bakal tidak membawa sebarang perubahan, malah akan menambah lagi tahanan rakyat Palestin yang tidak berdosa.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929


JANGAN LUPA MENDOAKAN SAUDARA2 KITA WALAU DIMANA MEREKA BERADA

Friday, August 28, 2009

~untuk sama-sama kita fikirkan~

Surat ini telah disiarkan dalam Harakah edisi Jumaat, 31 Julai-2 Ogos 2009

Penghalang Dakwah Adalah Sikap Kita Sendiri.

Surat ini ditulis untuk mengetuk sanubari pendakwah dalam kalangan masyarakat kita agar lebih cakna dengan isu melibatkan kaum bukan Islam.

Hari ini, (19 Julai 2009) selepas bersolat Maghrib di Masjid Negeri Perak (Masjid Sultan Idris II), saya telah melihat seorang wanita India datang ke masjid sambil sebelah tangan mendukung anak kecil. Sebelah tangan yang lain pula mengepit botol susu. Wajah wanita India itu serius, seolah-olah mengalami masalah. Sampai di kawasan masjid, dia memberitahu hasratnya untuk bertemu dengan 'ustaz' di masjid tersebut pada seorang pengawal keselamatan (kelihatannya bukan bertugas di masjid tersebut). Pada fikiran saya mungkin dia ingin bertemu dengan Imam atau Bilal di masjid berkenaan.

Saya tersentak apabila pengawal tadi berkata dengan nada serius tanpa memandang wajah wanita India itu bahawa ustaz tiada! Saya terkejut. Kenapa perlu bercakap sekasar itu di hadapan individu bukan Islam serta di kawasan masjid?

Saya terus bertanya kepada pengawal berkenaan kenapa bercakap sedemikian rupa, beliau segera menjelaskan, “Untuk apa dia ingin berjumpa Imam, kalau hendak masuk Islam boleh lah”. Bagaimana seseorang itu boleh menganut Islam jika akhlak sebegitu yang kita tonjolkan? Saya kecewa apabila pengawal keselamatan tersebut menghalau wanita itu dan menyuruhnya berjumpa ustaz ‘India’ di Masjid India Ipoh. Saya berusaha mencari wanita India berkenaan tetapi hampa kerana gagal menjumpainya.

Saya segera menghubungi Haji Zamanhuri (Pegawai Masjid) untuk mengadu kepadanya. Beliau menyatakan telah banyak kali pihak masjid membantu golongan bukan Islam yang berada dalam kesusahan kerana itu juga adalah dakwah. Beliau juga tidak bersetuju degan sikap umat Islam sepertimana yang ditonjolkan oleh lelaki berkenaan.

Pihak gereja senantiasa memberi khidmat masyarakat dalam usaha menyebar agama Kristian. Mengapa pula kita menutup dakwah dengan sikap prejudis kita terhadap kaum bukan Islam? Mengapa menganggap kehadiran mereka ke kawasan masjid adalah untuk meminta sedekah semata-mata? Mungkin wanita itu didera atau dipukul oleh suami yang mabuk. Mungkin wanita itu pernah ditolong oleh kaum Islam serta tertarik dengan kebaikan Islam, lantas ingin mengadu ke masjid.

Rasulullah SAW dahulu juga berhadapan dengan kaum Badwi yang kasar, datang untuk meminta nasihat dan bantuan Nabi. Baginda membantu mereka serta berdakwah dengan lemah lembut. Jika begini sikap kita, mana mungkin kita boleh menjadi penyebar risalah agama?

Muhammad Nuruddin Bashah

p/s:
dakwah yang paling baik adalah akhlak kita sendiri

Tuesday, August 18, 2009

H1N1 Tahap Tenat!

Monday, August 17, 2009


KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.


Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.

Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.


Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.


Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.


“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.


Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.


“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.
Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.


“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.

sumber

Labels: GLOBAL, Info MALAYSIA

Saturday, August 15, 2009

semoga bertemu lagi



Alhamdulillah ...akhirnya blog yang ak tinggalkan hampir seminggu tanpa apa-apa post terbaru dapat jugak ak jenguk .Hal ini berlaku memandangkan ak agak kesuntukan masa & masalah wayerless & juga kabel dah berminggu-minggu takder connection di bilik aku.

Ditambah juga , dengan komitmen baru yang asalnya mahu dielak berkali-kali tetapi disebabkan rasa tanggungjawab dikuatkan juga semangat untuk megambilnya, Tambahan pula, setelah diminta oleh orang yang ak respect.Moga-moga Allah mempermudahkan urusan .Disamping itu ,ak turut bersyukur dikurniakan kawan yang turut sama memperuntukkan masa mereka memegang tanggungjawab baru ini.Moga-moga usaha kita yang tidak seberapa ini ada nilainya disisi Allah.Ya Allah ikhlaskan niat kami semua kerana-Mu.

Sekarang juga di kampus ak , sibuk dengan test 1 .kesian juga bagi pelajar-pelajar yang kena kuarantin H1N1 .Banyak sylibbus yang perlu mereka cover balik. Moga Allah permudahkan urusan mereka.

Ucapan selamat datang ku kepada pelawat blog ini.Harapannya ,agar pengisian yang diletakkan dalam blog ini dapat memberikan input yang sama-sama kita fikirkan dan megambil tindakan sekiranya ia memberi kebaikan bagi kita .Kebanyakan post yang saya letakkan adalah sebagai ingatan pada diri saya sendiri dan juga yang berlaku di sekeliling saya .

Misalnya nikah khitbah.saya tertarik meletakkan artikel itu kerana rungsing melihat couple yang berdua-duaan yang hanya ditemani oleh orang yang ketiga iaitu syaitan yang juga merupakan musuh yang tidak sedar ,yang mana akhir-akhir ini masalah ini semakin menjadi-jadi.

.Ada yang mampu ditegur dan ada juga yang diluar kemampuan .Apa yang mampu dilakukan hanya mampu menegur dengan hati & mendoakan dari jauh......astarfirullalazim...lemahnya imanku...

Dalam hal memberi nasihat ini,ia adalah tanggungjawab semua ,teringat ak satu kata-kata:kitahidup ibarat satu kapal,apabila seorang daripada kita menebuk lubang pada kapal tersebut....akhirnya semua yang berada di atas kapal tersebut pasti turut sama tenggelam.

Begitu juga dalam hal tegur menegur ini, jika kita sendiri tidak megambil inisiatif tegur kawan -kawan yang terlibat @ bermuhasabah diri kita balik sekiranya turut sama terlibat dalam hal ini.....ingatlah sekiranya Allah hendak menimpakan bala pada sesutu tempat itu, bukan orang yang terlibat saja yang akan terlibat tapi juga orang yang tidak terlibat turut sama merasa.

Walaubagaimanapun,dalam bab tegur menegur ini,buat lah dengan kasih-sayang ,bukan kerana nak tunjuk ilmu kita banyak tapi kerana rasa tanggungjawab atas dasar saudara sesama islam.....

Pada masa ini juga, kita di dalam kerunsingan berhubung penularan virus H1N1(selsema babi).Moga-moga kita sama-sama megambil langkah berjaga-jaga & menguatkan antibodi masing-masing dengan menjaga kesihatan dengan baik....banyakkan minum jus buah-buahan yang segar & ada juga mengatakan bawang putih boleh menguatkan antibodi...wallahuallam....bagi yang menghidapi penyakit kronik ,diharapkan lebih peka tentang langkah-langkah pencegahan virus ini.

Boleh dikatakan ini semua terjadi adalah amaran Allah yang sama-sama perlu fikirkan .......ia juga sebagai jawapan setiap perintah yang Allah tetapkan didalam al-quran tentang pengharaman babi .Semakin banyak kejadian pelik berlaku semakin banyak kebenaran dari al-quran tersingkap.....wallahuallam

Panjanglah pulop, di akhir kalam ku ucapkan "selamat meyambut ramadhan al-Mubarak buat semua buat semua.Moga-moga selepas berakhir Ramadhan kali ini dapat melahirkan kita sebagai individu baru yang hatinya dekat dengan-Nya. Gunakan kesempatan ini sebaiknya kerana belum tentu kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang kemudian ,ditambah lagi dengan keadaan sekarang yang tidak menentu...maafkan ak atas silap salah....huhu

Ya Allah permudahkan Ramadhan kali ini agar kami dapat mengunakan sepenuhnya peluang yang engkau berikan.....

note:
-Di post yang bawah ada sedikit artikel tentang bulan Ramadhan ....
-mungkin ak bersara sekejap kot selepas ni....kui3


SINGGAH DI MADRASAH RAMADHAN

singgah di Madrasah Ramadhan,
sering aku malu melihat pakaian aku sendiri,
yang masih selekeh,
membaluti jasad hitam berdaki,
singgah di Madrasah Ramadhan,
selalu aku segan,
membelek buku disiplinku,
yang makin bertambah,
catatan dakwat merahnya,
disana sini kutemui ulasan buruk,
oleh Atid yang mengawasi .
singgah di madrasah Ramadhan,
kerap ku menyesali laku lalu,
mentajdid niat,
mengulang amal,
yang sering ku lupakan,
sepanjang perjalanan sebelas purnama

~Zaid Akhtar~
Ramadhan Karim

~selamat Meyambut Ramahan Mubarak~

Firman Allah sw.t:

"wahai orang yang beriman , diwajibkan ke ats kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan oleh orang terdahulu daripada kamu,moga-moga kamu bertakwa"
(al-Baqarah 2:183)


Bagai tak terasa bulan ramadhan bakal menjelang semula.Tambahan pula, kita dihambat urusan -urusan yang tidak berkesudahan sehinggakan kita kadang-kadang terlepas pandang hari-hari penting dalam islam.

Ramadhan berkunjung lagi memberikan peluang kepada kita untuk meningkatkan iman dan juga menambahkan pahala ibadah.Peluang yang hanya diberikan setahun sekali ini sepatutnya direbut dengan meningkatkan amalan,memperbetulkan niat,memperhebatkan lagi tekad dan meningkatkan lagi hidup kita sebagai Muslim.


Ingatlah !
selain itu diampunkan dosa-dosa yang lepas bagi sesiap yang berpuasa dengan penuh iman dan azam.


Firman Allah(s.a.w):

"Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh ,Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu



Di mana dalam bulan ini islam melatih diri umatnya mengawal diri daripada berlebih-lebihan ,seperti mengawal diri daripada keinginan mengawal syahwat di siang hari.

Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang diutamakan .


Firman allah s.w.t:
"Bulan Ramadhan yg padanya diturnkan al-quran yang menjadi petunjuk kepada sekalian umat manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan salah"
(Baqarah:2:185)

Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu malam.

Firman allah s.w.t:
"sesungguhnya kami turunkan (Al-Quran ) ini pada malam lailatul-Qadar .dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa kebesaran Malam Lailatul -Qadar lebih baik dari seribu bulan ."
(al-Qadar 97:1-3)


Dari kecil lagi kita dididik berpuasa,bulan menahan diri dari makan dan waktu berbuka adalah saat yang sangat ditunggu-tunggu.Walaupun hidangannya serba sederhana.
Tetapi, kita perlu sedar bahawa ,kewajipan berpuasa bukan setakat kita menhan diri dari lapar dan dahaga tetapi juga menjaga diri dari perbuatan mengumpat(Ghibah),mengadu domba ,berbohong & lain-lain sifat mazmumah.

Disamping itu,Ramadhan juga sepatutnya peluang untuk kita sama-sama memakmurkan masjid Allah dengan memperbanyakkan ibadat-ibadat sunat.Tapi ,jangan pula ibadat yang kita lakukan hanya sekadar pada bulan puasa sepatutnya .Ia perlu dilakukan secara istiqamah pada bulan-bulan lain juga.Rasulullah sendiri ada mengatakan amal ibadat yang paling baik adalah sedikit tapi berterusan dilakukan lebih baik dari amalan yang dilakukan dengan banyak tapi tidak berterusan.

Dalam sejarah islam sendiri,bulan Ramadhan juga adalah bulan jihad,juga bulan kemenangan bagi umat islam.Banyak juga perang yang berlaku pada bulan ramadhan.Contohnya umat islam menghadapi Badr Al-Kubra dalam bulan Ramadhan.

Tradisi ini juga berterusan pada zaman selepas kewafatan Nabi s.a.w.Contohnya Salahuddin berjaya mengalahkan tentera salib juga dalam bulan Ramadhan.Tariq Bin ziyad dan tentera islam mendarat di Gibraltar ,dalam usaha membebaskan Andalusia juga dalam bulan Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan perjuangan.Iaitu menempuh musuh dari luar atau dalam .kenikmatan Ramadhan hanya dapat dirasai oleh orang yang ikhlas berjuang .salam Ramadhan Al-Mubarak dari saya.~salju~
Related Posts with Thumbnails