Wednesday, February 2, 2011

AL-FATEH



Dr:Nota FB


Kronologi Penawanan Konstantinople
1. Era Umayyah : 5 xpdc - gagal
2. era abbasiyyah : 1 xpdc - gagal
3. uthmaniyyah : 2 xpdc - gagal
4. Mehmet fatih - berjaya

Mengapa Muhammad Al-Fatih berjaya??
1.jawapan mudah : sudah diramalkan oleh nabi saw
2. aspek kedua adalah sebab musabab :

Kekuatan Musuh :
 Kota konstantinople : kota yang kukuh-->Perlukan teknologi yang hebat

Tindakan Fatih :
1. Al-fateh guna strategi yang hebat : guna 70buah kapal merentasi ke daratan menggunaakan wooden runner jauhnya      3 batu--> memerlukan kepintaran suatu kesabaran, teamwork, teknologi, kesungguhanakhirnya kapal       dinaikkan ke tempat yg tinggi dan diluncurkan betul2 didepan pelabuhan golden horn.

2. Menggunakan meriam yang ketika itu tidak terdapat meriam sehebat itu, hingga org barat menyamakan meriam sbg the great bombast..
Peluru meriam :
1. paling ringan 300 kg
2. paling berat 1600 kg
akhirnya jatuhnya konstantinople dan berjaya menakluk kota konstantinolpe

Mengapa Konstantinople  tidak dapat ditawan d era sebelumnya (zaman sahabat ker??)?
- Ada isyarat jelas dari Allah yang ingin disampaikan :
  1. Allah nak tunjuk bahawa sahabat peringkat awalan mmg hebat (tabi' tabien) tapi Allah nak tunjuk juga bahawa umat        di terkemudian x kurang hebatnya.. walaupun x merangkumi tetapi ada penjuru2 yang hebat.

2. Tidak hanya kehebatan umat berada di awal islam... tetapi kehebatan umat juga ada di penghujungnya.
    mungkin boleh dijadikan motivasinya juga bahawa d  era yang maju dan terkemudian ini, kita juga ada kehebatannya      juga.. spt hadis nabi rwayat Ahmad : berbahagialah mereka yg melihatku dan beriman dengan ku... dan
     berbahagialah mereka yg tidak melihatku tetapi beriman denganku (3x)..berbahagilah pada tidak nampak tadi tapi
     bersandarkan pada al-quran dan sunnah...

3.  Utk menampakkan bahawa islam ini bukan shaja  berada di kalangan org arab..org bukan arab pun boleh hebat dgn       islam. Turki bukan Arab... mengikut kajian demografi,kajian populasi manusia 2009 : umat 1.57 billion.. 20 peratus       sahaja arab 80% lagi bukan arab.. Muhammad al-fateh menampakkan bahawa non-arab boleh berjaya dengan Islam


 Kepentingan anak muda :
22 /24 tahun mehmet menakluki kota konstantinople : anak muda tetapi bertaqwa... anak muda penting untuk islam

Soal akhlaq dan keperibadian
- karakter yang dibentuk agama.
- dia bukan datang dengan spontan.. tetapi didikan agama menyebabkan dia bentuk perangai.
- bukan sebab bangsa atau keturunan tetapi kerana agama.
- Sifat tawaduk Al-Fatih .... bukan senang pemimpin no 1 sifat tawaduk
- tengok peristiwa pembinaan membina rumeli hissari ( al-fatih tawaduk membuang serban dan bajunya, bersama rakyat dan tentera biasa menganagkat batu membina rumeli hissari). akhlaq bila pemimpin turun dengan rakyat. Dia mencontohi rasulullah . peristiwa nabi menolong para sahabat memecahkan batu ketika perang khandak ,bila rasulullah nampak sahabatnya tidak mampu, Nabi turun dan mnytakan biar Nabi yang memukulnya. .  Muhammad al-fateh meniru Rasulullah dan datang keberkatan dari Allah bila baginda meniru qudwwah Nabi.

Kesabaran
Peristiwa selepas mereka membawa kapal didaratan dan meluncur ke Golden Horn, mereka terpaksamenunggu bersabar selama 53 hari , sehingga mampu memasuki kota Konstantinople. "Sesunggguhnya allah bersama orang yang sabar"

Berani Kerana Benar
Al-Fatih berjuang bermati2an, berani kerana menengakkan kalimah Allah

Usaha
Al-fatih sudah mendapat jaminan dari sabda nabi
Al-Fatih juga mendapat jaminan dari Allah juga berdasarkan usaha mengambil kira hukum sebab musabbab.

Surah Al-Kahfi : Bila Zulkarnain menguasai Timur dan barat, kita mnjangkakan zulkarnain menguasai timur dan barat dengan kehendak Allah (kun fayakun)...

Tetapi Allah mengatakan 3 kali : Faatba'a Sababa
Dia mencuba sebab musabbab yg satu lagi, kemudian dia mencuba sabab musabab yang lain. itu yg diambil kira oleh Al-fatih! Mencuba!!

Dihalang ke perlabuhan tanduk emas dengan rantai yang besar...x boleh masuki dari selat bosporus, x boleh masuki perlabuihan bermakna tidak dapat berdepan dengan benteng..digunakan kreativiti angkat kapal , gunakan kayu yang boleh digolek2 kan luncurkan kapal di darat... masya Allah.. orang yang berani berusaha..

Aku nak berjaya, aku nak menang , bukan sekadar zikir dan angkat tangan berdoa.... disamping aku solat dan tahajud, solat dan zikir mesti ada, tapi usaha, teknologi, sebab musababab, rangka, kesungguhan, itu semua karakter dan akhlaq..  ini yang dimahukan..sebab itu islam x kenal putus asa.

Spt Muhammad Al-fatih :
Jika Aku jatuh aku akan bangun...selagi aku bernyawa, aku bangun dan terus bangun, aku jatuh sepuluh kali, sepuluh kali aku akan bangun. Dunia hari ini dunia yang  memerlukan kejayaan kita . tapi kita memerlukan Idola... jangan silap idola... jadikan idola kita seperti muhammad Al-fatih.

Visi dan Misi Yang Hebat
Zaman Othmaniyyah : Muhammad  Al-fatih
19 tahun jadi sultan . visi misinya hebat , kerana hebatnya wawasan ayahnya (Murad II),
kerana gurunya hebat (Syamsuddin al-wali) ..maka lahirlah anak muda yang hebat

mengapa hebat??
hebat disebabkan suluhan agama yang menyuluh visi dan misi .wawasan Muhammad Al-fateh adalah wawasan al-quran
Surah Al-baqarah : 201 (Rabbana atina fi dunya)
Wawasan hasanah : Aku mengejar kebahagian di dunia, aku juga mengejar kebahagian diakhirat tetapi kebahagian didunia, kebahagian yang menguntungkan akhirat.

bayangkan kalau anak muda x faham maksud surah ini... wawasan hasanah x ada. mereka hanya bercita2 nak jadi engineer, doktor, akaunten, tetapi itu hanya dunia, mana akhiratnya?? jika akauntan, engineer itu tidak solat, maka wawasan mereka adalah wawasan yang songsang. mungkin baik didunia, tetapi songsang di akhirat. padahal akhirat lebih utama


Misi dan Visi Al-Fatih
1. Visi Al-fatih  visinya dibentuk oleh al-quran.visinya dianugerahkan oleh guiru dan ayahnya yang kelas pertama.
2. Misi al-Fatih : Beribadah azzariyat : 56 ( x cipta jin dan manusia smata2 utk beribadah)
walaupun baginda ditahap tertinggi, sultan,empayar bukan kecil.. empayar yang mengusai 25 negara yang besar...
tetapi baginda berada di atas sekali, tetapi anak muda ini memahamai : aku besar manapun, aku kecil disisi allah, aku tinggi mana pun, aku rendah disisi allah.. itulah yang perlu kita tuntut.

ada setengah orang dia besar, dia bangga dengan kebesarannya.. tetapi sebenarnya hatinya kecil.
lihat al-fatih.. dia besar tetapi dia kecil disisi allah... dia sujud kepada Allah... sebab tujuannya adalah ibadah

Mengajak yang maaruf, menentang kemungkaran
dalam Islam , jihad bukan sekadari perang, sembelih itu dan ini, hancurkan itu dan ini..
saya berperang utk tegakkan yg maaruf dan cegah kemungkaran, itu kena jelas, barulah dinamakan fi sabilillah.
maka inilah piawaian bahawaal-fatih dapat..disuluh oleh al-quran dan sunnah yang baginda dapat dari didikan ayahnya dan gurunya.

Bagaimana utk bermula (lahirkan al-fatih)??
utk lahirkan al-fatih...  yang dibimbangi kita melahirkan al-patah..
patah semangat,patah emosi, patah spiritual, patah kerohanian, patah solatm, patah maruah
majoriti anak muda di pusat sarenti.

Bermula dengan Rumah Tangga
bagaimana nak bermula?
- kita bermula dengan rumah tangga. Disitu kita bermula sebelum anak itu keluar rumah, dia ada dalam rumah
sebab itulah semanagt asas. "setiap anak dilahirlah fitrah.ibu bapalah yang memajusikan , manasranikan "

jika mak bapak hanya faham agama sekadar khatam quran , buat puluh kenduri pulut kuning sahaja..itu celaru
bukan x penting..tapi kalau sekadar itu yang difahami,

anak2 perlu didekatkan dengan wahyu..mukjizat depan mata..
lihat nabi musa dan tongkat yang boleh bertuikar menjadi ular : itu mukjizat.

1. Suluhan Mukjizat Agung
tapi Allah tinggalkan mukjizat agung depan mata, iaiatu quran.
tetapi kita utk melihat mukjizat pun kita kena faham. kefahaman yang menyebabkan si anak muda tersentuih hati dengan al-quran, yakin dengan quran dan membuat perubahan dalam dirinya. sebab disitu al-fatih bermula..bermula dengan agama, bertunjang tuhan dan disokongi dengan assunnah..maka pastikan al-fatih itu bermula dari rumah.

2. Dari segi Tarbiyyah
bukan sekadar A akademik... tapi bukan itu sahaja keasyikan kita.
x bisa melahirkan al-fatih. bukan sahaja hebatnya akademik.. tapi moodnya kosong, nilainya songsang, dia x mampiu berjihad, dia x mampu menegakkan kebenaran di penjurunya.

bentuk al-fatih yang semangat juang tinggi..dia tahu nak buat apa...x terpengaruh dengan ajakan negatif anak muda
disekolah, disamping akademik, agama turut diambil berat.

3. Beri peluang kepada Anak Muda
beri peluang untuk anak muda mengembangkan kemahirannya.
ayahnya pergi bertapa..al-fatih ketika itu umurnya 16 tahun. dia beri kepercayaan kepada anaknya untuk memimpin kerajaan.

Rumusan Akhir:
"Aku bercakap tentang teori dan karakternya yang mana padaku tiada. Namun menjadikannya sebagai ikon dan melatih diri menjadi anak muda yang membentuk karakter berdasarkan Quran dan Sunnah, itulah tindakan kita."


nOTA:
T.kasih a.Afze


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails