,,,Salam ukwah fillah,,,
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)-Al-Mulk Ayat 2
Wednesday, January 18, 2012
Lelaki Yang Soleh
Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?
Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.
Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?
Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.
Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,
Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.
Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.
Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:
“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).
Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:
Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan sumpah palsu.
Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.
Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan bermasalah jua.
Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.
Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.
Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.
Rasulullah bersabda“ Sesempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
Jadi pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh
* Sikap Wanita Pujaan Hati Lelaki
Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…
8 Sikap Lelaki Peyayang
1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.
2) Suka Kanak-Kanak
- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya. Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu MK tak pasti, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe
3) Berat Akan Orang Tua
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.
4) Berat Akan Adik-Adik
- Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT, ADIK..bukan adik beradik..bukan kakak atau abangnya. Mengapa MK berkata begitu?. Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang
5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.
6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati
7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting mcmni korang ati-ati la..
8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je)
Petua Memujuk Lelaki Merajuk
Mengapakah si dia merajuk?
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?
Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.
1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.
Kenali Cara Lelaki Merajuk
Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )
Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
~JALAN2 ~
MASA ITU EMAS
~~SALAM UKWAH FILLAH~~
Artikel disiarkan di sini kebanyakannya bukan ditulis oleh saya sendiri tetapi diperoleh dari pelbagai sumber sebagai koleksi peribadi dan juga sekadar berkongsi pegetahuan dengan pembaca.
~~~.selamat datang~~~
"KEHIDUPAN DUNIA INI TIDAK LAIN KECUALI PERMAINAN & HIBURAN ,SEDANG KAMPUNG AKHIRAT ITULAH HIDUP YG SEBENAR ,ANDAI MEREKA MENGETAHUI"
~~al -ankabut 64~~
- 1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
- 2) Menghapuskan Al-Qur'an.
- 3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
- 4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
- 5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
- 6) Lemahkan bangsa Arab.
- 7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
- 8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
- 9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
- 10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Nabi saw bersabda:-
Barangsiapa yang membebaskan Riqab (golongan yang terhamba ini) Allah akan menyelamatkan setiap sendinya dari api neraka.
Nota:Riqab org terhamba iaitu org yg menghidap Aids & seumpama dgnnya
~MUTIARA DAKWAH~
glitter-graphics.com
"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."
~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~
Buatmu Para Dai'eah:
Beritahu pd muslimah i2 diriny ibarat kaca; dsentuh tguris, dhantuk serpih, dhempap bkecai. Beritahu muslimah i2 jaga tutur kata; ckp tinggi nnti dbenci, tlalu rendah dpijak pula, ckp sombong mngundang lawan, hati2 mluah kata, krn pulut santan binasa, krn mulut bdn binasa. Beritahu pd muslimah i2 jaga tingkah laku; hrga diri letakny di situ, jgn mluru ikut telunjuk nafsu, ssekali tsilap langkah, akn dhukum selamany, kturunan dcerca payah, mnyesal kemudian bkn faedah. Beritahu pd muslimah i2 jg pakaian; ia cermin pribadi, jg lambang bangsa, d mana & dlm keadaan mcm mnpn, biar org kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pd muslimah i2 simpan secebis malu; krn malu itu, sbahagian drpd iman..(~_^)
“Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmunya apa yang telah diperbuat dengannya.” (HR At-Tabarani dengan sanad yang sahih).
Kata2 hikmah yg selalu menemaniku:
Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah dalam GENGGAMAN.
“sekuat mana pun godaan yg kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yg harus kita jalani, sebesar apa pun kegagalan yg kita rasai, sesusah mana pun hari2 yg kita lalui, jgn pernah berhenti berharap pd ilahi Rabbi… kerana harapan adlh masa hadapan.. kerana harapan adalah sumber kekuatan.. kerana doa adlh pintu kebaikan dan kerana doa adalah senjata org beriman…”
Label
~TOP POST~
MINDA PEMIMPIN
::ONLINE::
-
-
GPTD telah berpindah ke lama sesawang baru4 years ago
-
-
-
-
-
assalamulaikum14 years ago
-
-
DUNIA BUDAK2 MEDIC
PAUTAN MAYA
-
4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - Sekiranya anda menjalankan perniagaan, dan belum lagi menggunakan video, saya sarankan anda perlu lakukan. Video adalah trend perniagaan penting terkini da...2 years ago
-
TESTIMONIAL - MAX - (Selangor, Malaysia) - *How a skeptic found solace in the strange universe of Master Lilian Lai* I lost my sanity as the construct of my morality, religion and everything good th...3 years ago
-
Fahami hukum melalui perintah dan larangan Allah - Ahmad Baei Jaafar Apabila kita membaca al-Quran, kita akan bertemu dengan ayat perintah, ayat larangan dan ayat cerita. Setiap bentuk ayat itu memberi mese...5 years ago
-
Blog My Love - Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah berkesempatan nak aktif semula blog. Rindu sungguh nak berblog kembali. Maklumlah, sejak 2005 Syahadah berblog. Mas...6 years ago
-
BODYPUTEH PRO WHITENING GEL - *Apa itu BodyPuteh?* BodyPuteh merupakan gel anti daki yang dapat membantu mencerahkan kulit sekaligus meremajakan kulit anda. Anda ada masalah macam ni...7 years ago
-
Permohonan Kemasukan KKTM MJII IKM Januari 2018 - Permohonan Kemasukan KKTM MJII IKM Sesi Januari 2018 Para lepasan Sijil Kemahiran, SPM, SPMV, STAM, STPM dan yang setaraf dengannya dipelawa membuat perm...7 years ago
-
Save pdf smaller size mac online - High image quality, bring your ideas to life save pdf smaller size mac online beautiful presentations. and instantly got the shrunken file! Although the de...7 years ago
-
Tudung El-Zayn (TERBARU) - Harga : Empat Segi / Bawal: RM35.90 Tudung Labuh : RM41.00 Shawl Two Loops (saiz S) : RM37.00 Shawl Two Loops (saiz M) RM50.00 Shawl Two Loops (saiz L) : ...7 years ago
-
Genggam Bara Jadi Permata - Khusus buat rakan2 wanita sahaja - *MOTIVASI WANITA: GENGGAM BARA JADI PERMATA: * Membicarakan isu keganasan rumahtangga dan hak wanita menurut undang-unda...9 years ago
-
Takde Idea Nak Jual Apa? - Semakin hari semakin ramai yang ingin menceburi bidang bisnes. Namun, ramai juga yang masih tercari-cari apakah barangan atau servis yang boleh diniagaka...10 years ago
-
Laman Page Dan FB Saya - Salam kepada semua pembaca. Setelah sekian lama tidak menjenguk sesawang ini, suka untuk saya maklumkan tentang Facebook yang menjadi medan saya sekarang ...10 years ago
-
Pembedahan Tulang Belakang - Azlan, Ishak, Syukri Fuh fuh, berhabuk blog azlanshahjb. Hampir setahun ia tidak dikemas kini, diisi dengan apa-apa cerita dan pengisian yang bermanfaat. J...11 years ago
-
Keuntungan Dan Kerugian Lensa Buatan Dalam Pengobatan Katarak - *Mata Katarak | Pengobatan Katarak* [image: sehingga menjadikan penurunan penglihatan Keuntungan dan Kerugian Lensa Buatan Dalam Pengobatan Katarak] Sumb...12 years ago
-
Dugaan Di Alam Perkahwinan - 17hb Mei 2011 bersamaan 13 Jamadil Akhir,genaplah 5 bulan usia perkahwinanku.Bagi sahabat-sahabat yang belum maklum,aku telah mengikat tali pernikahan ini ...13 years ago
-
LUAR BIASA HEBAT DENGAN SIKAP "TETAP LAPAR, TETAP BODOH" - Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang telah memberi keluangan dan kesempatan untuk saya menulis, berkongsi ilmu sekaligus saling belajar antara saya da...13 years ago
-
Sikap Positif Arab - *Entry kali ini hanya coretan pengalaman saya bersama sahabat-sahabat Arab di kuliah. Petang tadi setelah tamat peperiksaan, saya berbual dengan kawan-k...14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
SAHABAT PPIK , PKPIM & ABIM
-
Penyelesaian Mudah Untuk Bantu Palestin - Isu peperangan dan kekejaman yang berlaku di wilayah Palestin bukanlah satu isu baru, tetapi adalah merupakan isu yang telah berlaku secara konsisten dan...4 weeks ago
-
Perbahasan terhadap Artikel KELAHIRAN SEMULAJADI MENURUT ISLAM oleh Dr H. A - Perbahasan Akademik Terhadap Artikel KELAHIRAN SEMULAJADI MENURUT ISLAM oleh Dr H. A dan Mengapa Ayu Raudhah Bukan Dr H.A. Oleh: Dr. Jacknaim8 years ago
-
Luaskan Peranan Mahkamah Syariah Untuk Pengharmonian Dua Bidang Kuasa - Isu perundangan Syariah sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran yang berat lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan M...9 years ago
-
-SeHaTKaN oTaK- - Assalamualaikum wrt Salam sejahtera! Salam aurora! Salam kebahgiaan! Semua orang nak bahagia kan? ^_^ Macam-macam orang buat nak dapatkan rasa bahagia. Tet...12 years ago
-
Agenda Bersih 3.0 - MASIHKAH kita ingat akan tragedi Misi Kemanusiaan Mavi Marmara yang mengocak sensitiviti umat Islam sedunia? Saya berpandangan di kalangan kita pun sedia m...12 years ago
-
Wakafkan Ekuiti Untuk Menampung Kekurangan Bilionair Melayu - oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim Beberapa akhbar nasional minggu lepas melaporkan senarai warga Malaysia terkaya. Laporan yang memetik artikel majalah Ma...12 years ago
-
Berlindung di ‘Puncak Mahligai’ - Oleh ASMA HANIM MAHMOOD utusankelantan@utusan.com.my PASIR MAS 27 Jun – Mat Zain Yaacob, 64, yang dilahirkan dalam keluarga miskin dan yatim sejak dari kec...13 years ago
-
hatimu tak sesempurna hatiku,hatiku tak seseindah hatimu.. - Pernah dengar sebuah kisah tentang hati yang indah? Kisah ni simple, tapi ade maknenye. Kisahnye begini… Tersebutlah kisah, pada suatu hari, seorang pemu...13 years ago
-
TV-i Lahir Remaja Unggul: Pendidikan Teras Utama - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada pelancaran TV*-i* yang disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaa...13 years ago
-
12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI ) - Barisan pertama: Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg meny...14 years ago
-
Tips 3 : Al-Maalik - Sahabat, saya dan kamu adalah Raja atas diri masing-masing, maka sewajarnya, mulai detik hari ini, kuasailah dirimu. Jika kamu ingin marah, kuasailah diri...15 years ago
-
-
-
-
JARINGAN
-
5 ciri produk kesihatan boleh menipu anda - Rasa bersalah pula kalau saya tidak menegur teknik promosi melalui media sosial produk-produk kesihatan yang tumbuh ibarat cendawan terutama sekali apabila...2 months ago
-
Mengesan Anak Hidap Masalah Mental - Pakar Psikiatri dan Pensyarah Kuliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Rozanizam Zakaria menyifatkan masalah mental dalam ka...3 months ago
-
Sporting KC-Minnesota United Delivers Most-Watched MLS Telecast of Any Kind in 2020 - Thursday’s Sporting KC-Minnesota United matchup on FOX is the most-watched MLS telecast of any kind in 2020 ⚽️ pic.twitter.com/IH6Way1NUX — FOX Sports PR...3 years ago
-
An Insight to Post Covid-19: Are We Ready for the Challenges? - On the 11th of April 2020, Ustaz Syed Israa’ was invited by Isma Eropah to give a talk on the challenges that we can anticipate once this pandemic is over....4 years ago
-
Subuh Terakhir di Bumi NZ - Hari ni merupakan hari terakhir subuh di AUT Masjid. Solat subuh agak lambat sikit sebab pintu lock. Maybe security tu lupa nak bukak pintu tapi semua se...7 years ago
-
iftar perakan malaysia melaka - Assalamualaikum Anak Kelantan di Melaka? Lambai2 sikit.. 🙋🙋 jgn malu2 & jgn segan2. Iftar Perakan Malaysia Melaka Pada : 25 Jun 2016 Masa : 5.30ptg – 10....8 years ago
-
-
-
BANTAH BEKU PINJAMAN - *Kenyataan Rasmi* *Berhubung Pembekuan Pinjaman PTPTN ke atas Mahasiswa Unisel* Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) *membantah dan mengecam* ti...12 years ago
-
BENGKEL Media - ICT - ABIM Kelantan menganjurkan Bengkel ICT kepada staf-staf agensi ABIM dan NGO kaitan ABIM pada 2 Jun 2010 di Bilik Gerakan ABIM Negeri Kelantan, Tanjong Mas...14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
::AKHWAT ONLINE::
-
Intai intai - Bersawang dah blog ni, in shaa Allah Cuba nak menulis kembali...doakan ye. =)4 years ago
-
Trip Musafir Ke Miri, Sarawak ( Hari Kedua ) - Hari kedua, 27 Februari 2016 Maka alhamdulillah, menjelmalah jua hari seterusnya di Miri ini. Bangun pagi, Subuh yang sejam lebih awal daripada semenanjung...8 years ago
-
Misi Mencari dan Terus Mencari - Kini.. Dipenghujung tahun 2015.. Setelah pelbagai peristiwa yg berlaku, yg dihadapi, yg dilalui, Inilah kehidupan.. Terkadang kita mencari hala tuju ke arah...8 years ago
-
-
Isra' & Mikraj (Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang) - Bismillah, Untuk post pertama bagi 2015M. Semoga bermanfaat. semoga kita sentiasa diberikan hati yang sentiasa memohon Hidayah Allah.9 years ago
-
HASIL KENAL ALLAH AL-BAASITH - Sifat Mulia 21 Sentiasa Berlapang Dada & Suka Melapangkan Orang Lain Al Baasith Sifat sentiasa berlapang dada dan suka melapangkan orang lain hasil kurni...9 years ago
-
kerusi tandas - baru lepas baca blog http://ladydyot.blogspot.com/2014/05/pengalaman-berpantang.html cerita bab berpantang. saya memang suka baca bab berpantang ni.. palin...10 years ago
-
PROMOTION - Assalamu'alaikum... ^_^ Ramadhan dah dekat..Ramadhan dah hampir.. Bulan ni bulan Sya'aban. Preparation untuk Ramadhan bagaimana? Kita kena sediakan mental...10 years ago
-
Permulaan yang BARU - Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah., masih ada kesempatana ana nak menulis ni. Sbnarnya dalam plan, ana nak tulis diary. At lea...10 years ago
-
Alhamdulillah - Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan rahmat dariNya. Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga m...10 years ago
-
The Doctor's Life - It is not as sweet as the name implies.. Not as terrible as the 'world' sees.. Sometimes you hardly get the breakfast until at the end of your day.. But, a...10 years ago
-
Flashmob dan PRU. - Bismillah... Saja nak update pengalaman yang lepas. Biarpun PRU dah lepas. Sekali-sekala mengimbau masa silam (masa silam la sangat) dan mengenang memori ...11 years ago
-
Syria Tanpa Surianya Lagi - *SYRIA TANPA SURIANYA LAGI* Hari ini, hari yang suram buat kami. Cahaya mentari yang menyimbah bumi dan menerangi bilik kecil ini melalui atap rumah kami l...11 years ago
-
Permulaan Perkongsian - Assalamualaikum... Tajuk tak boleh blah kan..haha..sebenarnya dah tak tau nak letak tajuk ape. Tapi memang betul jugak tajuk tu.. Permulaan Perkongsian Ko...11 years ago
-
-
ulangtahun kelahiran & penghijrahan - salam maal hijrah =) Minggu terakhir yg sgt kalut.. Minggu tu jgk aku final exam Minggu tu jgk aku kene siapkan thesis Minggu tu jgk aku kene prank ngn me...12 years ago
-
Rancang Kewangan Anda - Sekali lagi saya diberikan ruang dan peluang untuk menulis kembali di blog ini=).Topik yang ingin saya coretkan di blog ini ialah mengenai perancangan kewa...13 years ago
-
Come Back!!~ - Lama sudah aku tinggalkan blog ni. Lebih dari satu semester atau lebih tepat lagi sejak diamanahkan sebagai exco Penerbitan dan Penerangan PMKUM. ntah la.....14 years ago
-
NILAI(8) GAGASAN 1 MALAYSIA: - Nilai yang terakhir bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu yang kelapan adalah integriti. Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan ...14 years ago
-
Menjengah kembali - Allahu yusallimukum.. Dirafa’kan kesyukuran yg tidak terhingga kpd Rabbul Jalil krn msh memberi nikmat ISLAM dan IMAN tuk hambaNya..Buat sekian...14 years ago
-
MELUKIS SEHARI YANG BERMANFAAT - *AKU DAMBAKAN, SETIAP HARIKU,* *DIPENUHI DENGAN ZIKIR MENGINGATI-MU* *AKU DAMBAKAN, SETIAP HARIKU,* *DIPENUHI DENGAN ZIKIR MENGINGATI-MU,* *AKU DAMBAKAN, ...15 years ago
-
SEANDAINYA KAU MEMAHAMI….. (BHGN 1) - Seawal jam 7.40 pagi Fatimah sudah sampai di kawasan meletak kereta di depan Bank Rakyat. Dari tingkap kereta, dia melemparkan pandangan ke luar. Dada lang...15 years ago
-
-
-
-
-
-
::IKHWAN ONLINE::
-
Penyelesaian Mudah Untuk Bantu Palestin - Isu peperangan dan kekejaman yang berlaku di wilayah Palestin bukanlah satu isu baru, tetapi adalah merupakan isu yang telah berlaku secara konsisten dan...4 weeks ago
-
cakna89 - cakna89 - YouTube https://www.youtube.com/user/cakna89 cakna89. 5 years ago; 46 views. This video shows that Universiti Malaysia Pahang (UMP) has spread the...8 years ago
-
-
AYUH TOLAK GST - Setelah 18 hari GST mengambil alih sistem percukaian barangan di Negara kita dengan menggantikan sistem SST yang sudah melabuhkan tirainya 18 hari yang lal...9 years ago
-
Penghapus Dosa - *Lihatlah* pada mereka yang *SAKIT,* *DAHULUny*a mereka pernah *SIHAT,* *Lihatlah* pada mereka yang *TUA,* *SUATU KETIKA* dahulu mereka juga pernah *MUDA,...9 years ago
-
15 February: Selamat Datang umur 26 tahun & Selamat Tinggal Paman Yayi ku - 1. Menjejak tarikh 15 Feb 2014 yang lalu maka telah selamat TTT diberikan kesempatan umur 26 tahun di atas muka bumi ini. Tiada perancangan apa apa untuk m...10 years ago
-
KEMBALILAH WAHAI DIRI - Wahai jiwa yang tenang..Kembalilah kepada Allah…berharaplah kepada Allah.. Kita sudah terlalu lama meletakkan pengharapan kepada manusia, menyangka manus...12 years ago
-
PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI - *“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta per...12 years ago
-
Imam Ibnu Al-Jazari:Imam Qiraat - IMAM Ibnu al-Jazari (meninggal dunia 833 hijrah) mengkaji dengan teliti perkembangan Qiraat pada zamannya dan mendapati Qiraat yang menjadi amalan harian k...12 years ago
-
‘Eid Mubarak 1432H.. عِيْدُ مُبَارَكْ .. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ - Selamat Hari Raya ‘Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin. As-Sarawaki, 31 Ogos 2011: Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh Muslimin amnya dan t...13 years ago
-
KITA MASIH PUNYA MASA..... - *Untuk apa ALLAH menghidupakan kamu hari ini???Tak lain tak bukan,ALLAH masih membuka pintu taubatnya kepada hambanya.kerana apa??kerana sebagai insan bia...13 years ago
-
Wanita apa pilihanMU?? - Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa.. Mudah diperoleh.. Diparut.. Diperah.. Dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang… Yang Kedua.. Ka...13 years ago
-
BerSUCI - *Erti suci* Bersuci pada bahasa ialah bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada dalam bentuk hissiah iaitu yang boleh dirasa seperti najis ...13 years ago
-
-
Kek Kepala Meja!!! - sekadar hiasan One cake popular in the 1940s and 1950s was the KEK KEPALA MEJA, lite...14 years ago
-
Sikap Positif Arab - *Entry kali ini hanya coretan pengalaman saya bersama sahabat-sahabat Arab di kuliah. Petang tadi setelah tamat peperiksaan, saya berbual dengan kawan-k...14 years ago
-
Pesanan Rasulullah saw. buat para pemuda Islam - Pembinaan dakwah Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk mengharungi kehidupan. Kepada kamu wahai pemuda-, saya kemukakan bebera...14 years ago
-
Politik dunia Islam 2009: 10 berita utama - Perkembangan dunia Islam terus menjadi berita-berita utama antarabangsa, memberi kesan kepada politik serantau dan global, bermula dengan serangan Israe...14 years ago
-
Petua Mencuci Hati - (Dari laman web Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah www.fadzilahkamsah.com) Ditulis Oleh Mohd Aidil Yahya Jumaat, 26 Jun 2009 1) Dirikan solat dan banyak...14 years ago
-
-
"Don't judge the book by it's cover?" - "Kenapa kau tak pakai tudung, Esah? Kan dalam Islam, semua perempuan Islam wajib memakai tudung?," tanya Soon Hin. "Eh, aku nie luaran je nampak tak pakai...15 years ago
-
Hidayah..~ - Hidayah dari Allah dtg dari bermacam2 cara.. 5 minit td ak terima msg dari seorang sahabat.. Dia mengatakan yg emaknya ckp yg slh seorg abangnya pg td dah so...16 years ago
-
-
-
-
-
-
;;TEMAN ONLINE::
-
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha - Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Semoga sambutan pada kali ini mengajar kita nilai-nilai pengorbanan dan kesyukuran.4 years ago
-
Pembersihan Blog.. - Admin cuma nak menyatakan di sini bahawa admin akan melakukan pembersihan terhadap blog-blog yang telah terlalu lama tak diupdate (sudah mencapai 2 tahun t...12 years ago
-
eGypt paRt 2: caiRo maRi - taRikh : 19 diSember 2009, saBtu jam : 0330 keJadian : aku tiBe di caiRo inTernational airPort....firsT skali jejak kaki kat sini, still bley tahan ag...coz...14 years ago