"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)-Al-Mulk Ayat 2
Sunday, March 27, 2011
Tajdid Iman: Istighfar amalan kekal nikmat, hindar musibah, hapus dosa
Ibadah menghidupkan insan jiwa, menggetarkan hati beku oleh maksiat
Assalamualaikum warahmatullah,
Sesungguhnya kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia.
Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.
Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.
Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.
Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.
Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni? Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?
Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka?
Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dalam sembahyang malam dengan lafaz yang bermaksud: “Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Jika kekasih Allah masih menganggap dirinya berdosa, mengapa manusia biasa tidak sudi mengaku hina? Sesungguhnya tangisan taubat umpama air hujan yang menyuburkan tanah, menghasilkan rimbun daun dan lebatnya buah.
Ia menghidupkan jiwa insan yang hampir mati, menggetarkan hati beku oleh maksiat dan membuka jalan bagi mengenali Tuhan. Oleh itu, hanya yang pernah merasai kemanisan taubat memahami hakikat ini.
Mereka tidak pernah jemu membuat pengakuan dalam hati dan lisan setiap kali melakukan suatu perbuatan, mengharap Allah mengampuni apa yang tersilap secara disedari atau tidak. Kemanisan taubat bukan hanya dapat dirasai dalam hati tetapi ia janji Allah bagi mereka yang menepati.
Begitulah khabar daripada al-Quran dan sunnah mengenai keutamaan taubat. Ada tiga kesenangan yang layak dimiliki pencinta taubat. Pertama, dikurniakan kenikmatan berpanjangan. Kemudian terhindar daripada pelbagai musibah dan ketiga, menjadi penghapus dosa. Adapun dalilnya disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menjadi cahaya bagi orang mencari jalan keselamatan.
Nabi Hud menyeru umatnya untuk kembali kepada Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)
Begitu juga Nabi Nuh yang bersabar selama 950 tahun menasihati umat supaya bertaubat. Al-Quran merakamkan kenyataan Nabi Nuh dengan janji yang turun daripada Allah yang bermaksud: “Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengulas mengenai nikmat dikurniakan Allah kepada orang yang bertaubat, bahawa kenikmatan itu mencakupi jasmani dan rohaninya. Kerana ramai orang yang nampak saja bahagia dengan harta benda tetapi menderita jiwa dan rohaninya.
Sedangkan Allah tidak sesekali menurunkan kesusahan, kecemasan dan penderitaan kepada orang yang mencintai taubat dengan rezeki menggembirakan hati. Oleh itu, sesiapa merasai kesedihan dan suka merungut dengan pemberian Allah hendaklah memperbaharui taubatnya. Boleh jadi tiada keberkatan dalam rezekinya disebabkan dia meninggalkan taubat.
Yang kedua, taubat menjadi benteng melindungi seorang hamba daripada musibah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33)
Sesungguhnya ada dua jenis musibah dalam kehidupan manusia iaitu musibah yang memberi pengajaran semata-mata untuk mempertingkatkan keimanannya kepada Allah, berlaku kepada orang Islam dan musibah berupa azab yang menutup peluang serta merta kepada orang kafir yang dilaknat.
Walau bagaimanapun, musibah tetap menjadi suatu kenyataan menakutkan bagi orang mukmin dan mereka disuruh berlindung kepada Allah daripada sebarang mudarat yang boleh membahayakan iman.
Hakikatnya, musibah paling dahsyat bagi orang mukmin adalah terhalangnya diri daripada merasai kenikmatan bermunajat kepada Allah. Hal ini pernah diungkapkan melalui luahan jiwa seorang pendeta bani Israil seperti mana disebut dalam kitab Shaydul Khatir.
Ibnul Qayyim mengungkapnya: “Pendeta bani Israil itu berkata: Wahai Tuhanku, betapa aku sering melakukan maksiat kepada-Mu, tetapi mengapa tak kunjung datang azab-Mu menimpa diriku? Didatangkan ilham kepadanya melalui ilmunya: Alangkah besarnya azab Allah kepadamu, tetapi engkau tidak mengetahui hakikatnya. Tidakkah engkau berasa dirimu dihalangi daripada merasai kemanisan beribadat kepada-Nya?”
Untuk itu benteng bagi orang beriman adalah taubat kerana dengan istighfar sesukar apapun musibah yang ditelan ia tidak akan menjejaskan agamanya dan hatinya pun sentiasa diliputi kemanisan iman. Ia adalah janji dan pertolongan Allah kepada pencinta taubat.
Keutamaan taubat yang terakhir, ia menjadi penghapus dosa dan pembuka pintu syurga seperti firman Allah yang bermaksud:“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136)
Sesungguhnya sesiapa yang mencari kasih sayang Allah, carilah ia dengan taubat, sesiapa yang menjual dunia untuk mendapatkan akhirat janganlah lupakan taubat, kerana walaupun amal soleh berjaya dikumpulkan tidak mustahil dicemari hasutan syaitan.
Tangisilah dirimu, biarkan syaitan berputus asa. Hakikatnya, tangisanmu itu membuat syaitan menangis juga. Seperti mana dia menangis melihat seorang hamba bersujud kepada Allah, sedangkan dia dulu tidak mahu bersujud.
Renung-renungkan!
Thursday, March 10, 2011
Tiga kebahagiaan insan
Assalamualaikum warahmatullah,
Tiada siapa yang inginkan kesedihan, kemurungan dan keresahan. Jika ditanya kepada sesiapa sahaja pun, saya yakin dan pasti yang merekan akan berkehendakkan akan kebahagiaan. Hidup tanpa bahagia ibarat terbakar dalam neraka dunia.
Namun, apakah itu kebahagiaan sebenarnya? Adakah wang ringgit? Adakah makanan yang lazat? Adakah anak-anak? Atau segala perkara material yang mampu kita lihat atau mungkin ianya merupakan satu perasaan yang mana kita merasa aman, sentiasa ceria walaupun bermasalah.
Sebenarnya, langkah paling awal untuk mengecap kebahagiaan adalah memahami diri sendiri. Dalam erti kata lain, menguasai segala sifat negatif yang selama ini terbentuk dalam benak minda hingga ada yang dizahirkan dengan perbuatan. Selagi kita duduk dalam lingkaran energi negatif, maka kita tidak akan dapat lagi dari tempiasnya.
Lebih memburukkan keadaan, apabila tenaga negatif-negatif ini terkumpul dan terpendam menjadi seakan satu gunung berapi dalam diri yang boleh meletus pada bila-bila masa sahaja. Setelah itu kita akan melihat kedatangan kebahagiaan, namun jangan dilupakan bahasa kebahagiaan duniawi anak Adam terbit atas tiga perkara yang kadang kala kita lupa untuk mengupasnya dengan penuh hikmah.
Dalam sebuah hadis, daripada Saad bi Abi Waqqas dinyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,“Kebahagiaan anak Adam itu ada tiga, manakala kecelakaannya juga ada tiga. Sesetengah daripada kebahagiaan anak Adam itu ialah isteri yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang elok. Dan sebahagian kecelakaan manusia itu ialah isteri yang jahat, rumah yang buruk dan kenderaan yang buruk.” (Hadis riwayat Ahmad)
Secara mudahnya, kebahagian akan datang dengan jelas apabila kita mempunyai tiga perkara, iaitu, isteri (pasangan), tempat tinggal dan kenderaan. Mungkin lebih bagus seandainya kita dapat mengupasnya sedikit secara satu persatu.
1 – Isteri
Sebelum mendapat isteri yang solehah, kita sendiri mestilah soleh. Jika diri sendiri tidak soleh, agak mustahil pula kita dapat membentuk seorang isteri yang solehah. Berkenaan isteri atau pasangan hidup, hal ini dilihat cukup linear kerana seandainya kita dan isteri tidak sehaluan, mana mungkin kita akan mengecap kebahagiaan. Kita sering mengatakan pasangan hidup mestilah sekufu, dari sudut sekufu yang sama arah dan tahap pemikiran. Jika kita mempunyai masalah dalam rumahtangga, kita selalunya akan membawanya ke tempat kerja, maka hasil produktiviti akan merudum dan mungkin lama kelamaan kita boleh hilang pekerjaan dan kepercayaan yang diberi majikan.
Masalah dalam berpasangan ini sering mencetus emosi yang tidak terhenti dan emosi yang ada dalam minda akan memberi reflek fizikal yang negatif juga. Dari emosi ini, lahirlah kata-kata nista, timbullah prasangka dan akibatnya kita akan sentiasa diselubungi suasana yang negatif.
Apa yang lebih buruk adalah apabila ia melibatkan rezeki kerana apabila rezeki mula terjejas, hilanglah kewarasan minda. Kita akan mula membuat keputusan yang di akhirnya memberi beban yang berat dalam mengharungi kehidupan.
Justeru itu, apabila diri kita sudah menjadi positif, kita juga perlu sehaluan dengan pasangan ktia dan apabila isteri adalah isteri yang solehah, maka ketaatannya akan membuat kita kurang berlaga fikiran. Ini akan membawa kepada keharmonian dan rezeki yang lebar lagi luas.
Sunday, January 23, 2011
Cantiknya Wanita...(^_^)
Sunday, December 19, 2010
Mentertawakan orang
Cara ini salah. Mendapatkan perhatian dari orang lain dengan cara yang rendah hanya akan merendahkan lagi maruah kita.
Kedua, orang yang melihat kelemahan orang lain. Apabila kita melihat kelemahan orang lain, hendaklah kita sama-sama membantu untuk mereka meningkatkan diri. Jika seseorang itu membantu orang membuat kebaikan, dia akan mendapat pahala selagi mana orang itu berbuat kebaikan yang dianjurkannya.(maksud hadith)
Mentertawakan orang lain hanya membuatkan kita seolah-olah gembira tetapi tidak memberi kebaikan pada kita dan orang itu. Orang yang hebat ialah orang yang dapat menjadikan orang lain hebat sepertinya.
Nabi saw hebat, kerana baginda menghebatkan orang lain. Salahuddin hebat kerana dia berusaha menghebatkan orang yang ada di sekelilingnya. Muhamad al-Fateh hebat kerana dapat membimbing pengikutnya menjadi hebat. Jika sunnatullah ini yang kita ikut, insyaAllah, Allah akan turut menganugerahkan kehebatan pada kita. Hebat di dunia dan hebat di akhirat.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa meningkatkan diri kita dan meningkatkan orang lain. Agar, semua yang ada di sekeliling kita menjadi orang yang dianugerahkan kehebatan di dunia dan di akhirat, amin..
Tuesday, November 2, 2010
Kehebatan Perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih'!
Sumber :i lv islam
Oleh:NUR SYAMIMI MOHAMAD NAPIS

"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.
"Cheers!" Dia membalas.
Dalam satu kejadian lain,
"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.
"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.
"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~
Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.
*****
Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.
"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.
Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.
"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.
Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.
"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.
"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.
"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"
"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."
Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.
Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.
Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.
"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.
Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.
Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?
Orang berbudi, kita berbahasa..kan?
Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.
Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University."Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut,"Again?"
Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"
Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.
Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?
Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.
Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."
Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."
Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.
Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.
Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!
Manners are not born with us, they are acquired.
Coretan ak(~_^)
Salam,buat semua teman-teman tidak kira yang sedang menempuh peperiksaan ataupun bakal tempuh tidak lama lagi,gd luck...!!
Berhubung artikel ini bagi ak pengamalan perkataan "Tolong " dan "Terima kasih" dalam kehidupan sehari-hari sebenarnya secara tidak langsung dapat menundukkan ego dalam diri kita. Ak akui bukan mudah nak jadikan ia sebagai tabiat ,ak dulu pun camtu jugak,bila abah ak minta guna perkataan 'Tolong "dan "terima kasih" pabila terima pertolongan orang dan meminta sesuatu.Siap berbahas lagi,tapi lama-lama ditegur,alhamdulillah ,boleh pulak lekat perkataan itu,bila dah besar barulah ak tahu kesan dari pengamalan 2 perkataan itu dan hubungan kami adik beradik pun makin erat ....Alhamdulillah...Sayang kamu..ngeh3
~JALAN2 ~
MASA ITU EMAS
~~SALAM UKWAH FILLAH~~
Artikel disiarkan di sini kebanyakannya bukan ditulis oleh saya sendiri tetapi diperoleh dari pelbagai sumber sebagai koleksi peribadi dan juga sekadar berkongsi pegetahuan dengan pembaca.
~~~.selamat datang~~~
"KEHIDUPAN DUNIA INI TIDAK LAIN KECUALI PERMAINAN & HIBURAN ,SEDANG KAMPUNG AKHIRAT ITULAH HIDUP YG SEBENAR ,ANDAI MEREKA MENGETAHUI"
~~al -ankabut 64~~
- 1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
- 2) Menghapuskan Al-Qur'an.
- 3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
- 4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
- 5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
- 6) Lemahkan bangsa Arab.
- 7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
- 8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
- 9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
- 10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Nabi saw bersabda:-
Barangsiapa yang membebaskan Riqab (golongan yang terhamba ini) Allah akan menyelamatkan setiap sendinya dari api neraka.
Nota:Riqab org terhamba iaitu org yg menghidap Aids & seumpama dgnnya
~MUTIARA DAKWAH~
glitter-graphics.com
"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."
~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~
Buatmu Para Dai'eah:
Beritahu pd muslimah i2 diriny ibarat kaca; dsentuh tguris, dhantuk serpih, dhempap bkecai. Beritahu muslimah i2 jaga tutur kata; ckp tinggi nnti dbenci, tlalu rendah dpijak pula, ckp sombong mngundang lawan, hati2 mluah kata, krn pulut santan binasa, krn mulut bdn binasa. Beritahu pd muslimah i2 jaga tingkah laku; hrga diri letakny di situ, jgn mluru ikut telunjuk nafsu, ssekali tsilap langkah, akn dhukum selamany, kturunan dcerca payah, mnyesal kemudian bkn faedah. Beritahu pd muslimah i2 jg pakaian; ia cermin pribadi, jg lambang bangsa, d mana & dlm keadaan mcm mnpn, biar org kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pd muslimah i2 simpan secebis malu; krn malu itu, sbahagian drpd iman..(~_^)
“Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmunya apa yang telah diperbuat dengannya.” (HR At-Tabarani dengan sanad yang sahih).
Kata2 hikmah yg selalu menemaniku:
Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah dalam GENGGAMAN.
“sekuat mana pun godaan yg kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yg harus kita jalani, sebesar apa pun kegagalan yg kita rasai, sesusah mana pun hari2 yg kita lalui, jgn pernah berhenti berharap pd ilahi Rabbi… kerana harapan adlh masa hadapan.. kerana harapan adalah sumber kekuatan.. kerana doa adlh pintu kebaikan dan kerana doa adalah senjata org beriman…”
Label
~TOP POST~
-
Sumber:Ahmad Baei Jaafar Apabila suami mengijabkabulkan pernikahan, sudah terbeban pada bahunya suatu tanggungjawab yang tidak boleh diabai...
-
Hari ini kls pertamaku utk short sem ini.camnerpun kls tak bermula agi,kls akn bermula hr jumaat ni,itupun start dgn lab dulu memandangkn ...
-
SUMBER:Ummu Husna (LINK) Sejak keluar dari rumah jam 6.15 petang tadi, hujan masih turun mencurah. Tiada tanda akan berhenti. Sambil men...
-
sebelum tu ak nak berceloteh dulu(^_~) Tadi ak berkesempatan membuka email yg sudah lama tak bukak ,banyak juga email yg ...
-
Eidulfitr atau Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa adalah perayaan umat Islam yang disambut oleh umat Islam pada setiap tahun. Ianya d...
MINDA PEMIMPIN
::ONLINE::
-
-
-
-
-
-
-
assalamulaikum16 years ago
-
-
DUNIA BUDAK2 MEDIC
PAUTAN MAYA
-
4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - Sekiranya anda menjalankan perniagaan, dan belum lagi menggunakan video, saya sarankan anda perlu lakukan. Video adalah trend perniagaan penting terkini da...4 years ago
-
TESTIMONIAL - S.L - PART 3 (Jewelry Designer & Property Agent - Singapore) - Dear Master Lilian, Thank you for all your help. Here’s my testimonial. I hope it will help someone. I have been divorced since 2014 but since then I had ...6 years ago
-
Misteri Dunia Politik - Ahmad Baei Jaafar Antara keajaiban dunia yang sehingga kini belum ada jawapannya ialah isu politik. Kita tidak membacanya secara logik. Saya senarai perist...7 years ago
-
Permohonan Kemasukan IKB MAIWP Sesi Januari 2018 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah mengikut had kifayah semasa yang d...8 years ago
-
Save pdf smaller size mac online - High image quality, bring your ideas to life save pdf smaller size mac online beautiful presentations. and instantly got the shrunken file! Although the de...8 years ago
-
Tudung El-Zayn (TERBARU) - Harga : Empat Segi / Bawal: RM35.90 Tudung Labuh : RM41.00 Shawl Two Loops (saiz S) : RM37.00 Shawl Two Loops (saiz M) RM50.00 Shawl Two Loops (saiz L) : ...9 years ago
-
Masa Depan - Assalamualaikum laaaaama sungguh tidak menulis di blog kesayangan ini. Selepas overhaul interface.. baru kali ini saya bercadang dan menguatkan diri untuk...9 years ago
-
-
Genggam Bara Jadi Permata - Khusus buat rakan2 wanita sahaja - *MOTIVASI WANITA: GENGGAM BARA JADI PERMATA: * Membicarakan isu keganasan rumahtangga dan hak wanita menurut undang-unda...11 years ago
-
Takde Idea Nak Jual Apa? - Semakin hari semakin ramai yang ingin menceburi bidang bisnes. Namun, ramai juga yang masih tercari-cari apakah barangan atau servis yang boleh diniagak...11 years ago
-
Laman Page Dan FB Saya - Salam kepada semua pembaca. Setelah sekian lama tidak menjenguk sesawang ini, suka untuk saya maklumkan tentang Facebook yang menjadi medan saya sekarang ...12 years ago
-
Pembedahan Tulang Belakang - Azlan, Ishak, Syukri Fuh fuh, berhabuk blog azlanshahjb. Hampir setahun ia tidak dikemas kini, diisi dengan apa-apa cerita dan pengisian yang bermanfaat. J...12 years ago
-
Keuntungan Dan Kerugian Lensa Buatan Dalam Pengobatan Katarak - *Mata Katarak | Pengobatan Katarak* [image: sehingga menjadikan penurunan penglihatan Keuntungan dan Kerugian Lensa Buatan Dalam Pengobatan Katarak] Sumb...13 years ago
-
Dugaan Di Alam Perkahwinan - 17hb Mei 2011 bersamaan 13 Jamadil Akhir,genaplah 5 bulan usia perkahwinanku.Bagi sahabat-sahabat yang belum maklum,aku telah mengikat tali pernikahan ini ...15 years ago
-
LUAR BIASA HEBAT DENGAN SIKAP "TETAP LAPAR, TETAP BODOH" - Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang telah memberi keluangan dan kesempatan untuk saya menulis, berkongsi ilmu sekaligus saling belajar antara saya da...15 years ago
-
Masam itu Manis - Cabaran dan dugaan adalah fitrah kehidupan. Adakalanya ombak taufan datang menggoncang hati menghasilkan kegelisahan yang melenyapkan sebuah ketenangan. Ha...16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
SAHABAT PPIK , PKPIM & ABIM
-
Senjata Utama Keselamatan Diri - Siri Keselamatan Diri – Jangan Jadi Mangsa 2 Senjata Utama Keselamatan Diri Oleh: Zulkipli bin Ismail Sebelum kita ambil tahu senjata utama keselamatan ...3 months ago
-
Perbahasan terhadap Artikel KELAHIRAN SEMULAJADI MENURUT ISLAM oleh Dr H. A - Perbahasan Akademik Terhadap Artikel KELAHIRAN SEMULAJADI MENURUT ISLAM oleh Dr H. A dan Mengapa Ayu Raudhah Bukan Dr H.A. Oleh: Dr. Jacknaim10 years ago
-
Luaskan Peranan Mahkamah Syariah Untuk Pengharmonian Dua Bidang Kuasa - Isu perundangan Syariah sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran yang berat lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan M...10 years ago
-
-SeHaTKaN oTaK- - Assalamualaikum wrt Salam sejahtera! Salam aurora! Salam kebahgiaan! Semua orang nak bahagia kan? ^_^ Macam-macam orang buat nak dapatkan rasa bahagia. Te...13 years ago
-
Agenda Bersih 3.0 - MASIHKAH kita ingat akan tragedi Misi Kemanusiaan Mavi Marmara yang mengocak sensitiviti umat Islam sedunia? Saya berpandangan di kalangan kita pun sedia m...13 years ago
-
Wakafkan Ekuiti Untuk Menampung Kekurangan Bilionair Melayu - oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim Beberapa akhbar nasional minggu lepas melaporkan senarai warga Malaysia terkaya. Laporan yang memetik artikel majalah Ma...14 years ago
-
Berlindung di ‘Puncak Mahligai’ - Oleh ASMA HANIM MAHMOOD utusankelantan@utusan.com.my PASIR MAS 27 Jun – Mat Zain Yaacob, 64, yang dilahirkan dalam keluarga miskin dan yatim sejak dari kec...15 years ago
-
hatimu tak sesempurna hatiku,hatiku tak seseindah hatimu.. - Pernah dengar sebuah kisah tentang hati yang indah? Kisah ni simple, tapi ade maknenye. Kisahnye begini… Tersebutlah kisah, pada suatu hari, seorang pemu...15 years ago
-
TV-i Lahir Remaja Unggul: Pendidikan Teras Utama - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada pelancaran TV*-i* yang disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaa...15 years ago
-
12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI ) - Barisan pertama: Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg meny...15 years ago
-
Tips 3 : Al-Maalik - Sahabat, saya dan kamu adalah Raja atas diri masing-masing, maka sewajarnya, mulai detik hari ini, kuasailah dirimu. Jika kamu ingin marah, kuasailah diri...16 years ago
-
-
-
-
JARINGAN
-
e-Magazine SinaLead 3 - TRUE LEADERSHIP begins with COURAGE to embrace Change, WISDOM to lead with Integrity, and COMMITMENT to create a LEGACY that out lives our Position Hijrah ...3 weeks ago
-
PENGEMBALIAN ELAUN PERPINDAHAN SATU KEPUTUSAN YANG PERLU DISEGERAKAN - Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) menyambut baik keputusan bersejarah kerajaan memberikan kuasa penuh kepada Kementerian ...5 weeks ago
-
Sporting KC-Minnesota United Delivers Most-Watched MLS Telecast of Any Kind in 2020 - Thursday’s Sporting KC-Minnesota United matchup on FOX is the most-watched MLS telecast of any kind in 2020 ⚽️ pic.twitter.com/IH6Way1NUX — FOX Sports PR...5 years ago
-
An Insight to Post Covid-19: Are We Ready for the Challenges? - On the 11th of April 2020, Ustaz Syed Israa’ was invited by Isma Eropah to give a talk on the challenges that we can anticipate once this pandemic is over....6 years ago
-
Subuh Terakhir di Bumi NZ - Hari ni merupakan hari terakhir subuh di AUT Masjid. Solat subuh agak lambat sikit sebab pintu lock. Maybe security tu lupa nak bukak pintu tapi semua se...9 years ago
-
iftar perakan malaysia melaka - Assalamualaikum Anak Kelantan di Melaka? Lambai2 sikit.. 🙋🙋 jgn malu2 & jgn segan2. Iftar Perakan Malaysia Melaka Pada : 25 Jun 2016 Masa : 5.30ptg – 10....10 years ago
-
-
-
BANTAH BEKU PINJAMAN - *Kenyataan Rasmi* *Berhubung Pembekuan Pinjaman PTPTN ke atas Mahasiswa Unisel* Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) *membantah dan mengecam* ti...14 years ago
-
BENGKEL Media - ICT - ABIM Kelantan menganjurkan Bengkel ICT kepada staf-staf agensi ABIM dan NGO kaitan ABIM pada 2 Jun 2010 di Bilik Gerakan ABIM Negeri Kelantan, Tanjong Mas...16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
::AKHWAT ONLINE::
-
Trip Musafir ke Miri, Sarawak! - Part 1 26 Februari 2016 Alhamdulillah, syukur atas keizinan Allah dengan rahmat dan jagaan kasih sayang Allah kami sekeluarga selamat sampai di Miri, Sara...10 years ago
-
Misi Mencari dan Terus Mencari - Kini.. Dipenghujung tahun 2015.. Setelah pelbagai peristiwa yg berlaku, yg dihadapi, yg dilalui, Inilah kehidupan.. Terkadang kita mencari hala tuju ke arah...10 years ago
-
Bismillah [2015] - Bismillahirrahmanirrahim, Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Segala puja dan puji kepada Allah tuhan sekalian alam, sudah lama saya tidak menulis apa-apa di blog ...11 years ago
-
...mengapa ESP Shaklee?... - Bismillah Assalamualaikum... ESP ni ape sebenarnya? ESP atau nama surat beranaknya Energizing Soy Protein Ni ha rupa empunya diri Berat 850gram Didatangk...11 years ago
-
HASIL KENAL ALLAH AL-BAASITH - Sifat Mulia 21 Sentiasa Berlapang Dada & Suka Melapangkan Orang Lain Al Baasith Sifat sentiasa berlapang dada dan suka melapangkan orang lain hasil kurni...11 years ago
-
kerusi tandas - baru lepas baca blog http://ladydyot.blogspot.com/2014/05/pengalaman-berpantang.html cerita bab berpantang. saya memang suka baca bab berpantang ni.. palin...11 years ago
-
PROMOTION - Assalamu'alaikum... ^_^ Ramadhan dah dekat..Ramadhan dah hampir.. Bulan ni bulan Sya'aban. Preparation untuk Ramadhan bagaimana? Kita kena sediakan menta...12 years ago
-
Permulaan yang BARU - Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah., masih ada kesempatana ana nak menulis ni. Sbnarnya dalam plan, ana nak tulis diary. At lea...12 years ago
-
Alhamdulillah - Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan rahmat dariNya. Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga m...12 years ago
-
The Doctor's Life - It is not as sweet as the name implies.. Not as terrible as the 'world' sees.. Sometimes you hardly get the breakfast until at the end of your day.. But, a...12 years ago
-
Treatment dengan personal dentist~ - Bismillah... Dah lama tak buat treatment dengan doktor peribadi a.k.a encik zauj. Awal-awal lepas kawen dulu sangatlah selalu ke klinik gigi UIA di bangu...13 years ago
-
Syria Tanpa Surianya Lagi - *SYRIA TANPA SURIANYA LAGI* Hari ini, hari yang suram buat kami. Cahaya mentari yang menyimbah bumi dan menerangi bilik kecil ini melalui atap rumah kami ...13 years ago
-
Permulaan Cinta Yang Halal... - Detik waktu ini dengan izin Allah SWT genap 19 hari aku berstatus 'Isteri'. Isteri kepada seorang hamba Allah yang suci dan telus hatinya yang te...13 years ago
-
Permulaan Perkongsian - Assalamualaikum... Tajuk tak boleh blah kan..haha..sebenarnya dah tak tau nak letak tajuk ape. Tapi memang betul jugak tajuk tu.. Permulaan Perkongsian Ko...13 years ago
-
-
ulangtahun kelahiran & penghijrahan - salam maal hijrah =) Minggu terakhir yg sgt kalut.. Minggu tu jgk aku final exam Minggu tu jgk aku kene siapkan thesis Minggu tu jgk aku kene prank ngn me...14 years ago
-
Rancang Kewangan Anda - Sekali lagi saya diberikan ruang dan peluang untuk menulis kembali di blog ini=).Topik yang ingin saya coretkan di blog ini ialah mengenai perancangan kewa...14 years ago
-
Come Back!!~ - Lama sudah aku tinggalkan blog ni. Lebih dari satu semester atau lebih tepat lagi sejak diamanahkan sebagai exco Penerbitan dan Penerangan PMKUM. ntah la.....16 years ago
-
NILAI(8) GAGASAN 1 MALAYSIA: - Nilai yang terakhir bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu yang kelapan adalah integriti. Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan ...16 years ago
-
Menjengah kembali - Allahu yusallimukum.. Dirafa’kan kesyukuran yg tidak terhingga kpd Rabbul Jalil krn msh memberi nikmat ISLAM dan IMAN tuk hambaNya..Buat sekian...16 years ago
-
MELUKIS SEHARI YANG BERMANFAAT - *AKU DAMBAKAN, SETIAP HARIKU,* *DIPENUHI DENGAN ZIKIR MENGINGATI-MU* *AKU DAMBAKAN, SETIAP HARIKU,* *DIPENUHI DENGAN ZIKIR MENGINGATI-MU,* *AKU DAMBAKAN, ...16 years ago
-
SEANDAINYA KAU MEMAHAMI….. (BHGN 1) - Seawal jam 7.40 pagi Fatimah sudah sampai di kawasan meletak kereta di depan Bank Rakyat. Dari tingkap kereta, dia melemparkan pandangan ke luar. Dada lang...17 years ago
-
-
-
-
-
-
::IKHWAN ONLINE::
-
Senjata Utama Keselamatan Diri - Siri Keselamatan Diri – Jangan Jadi Mangsa 2 Senjata Utama Keselamatan Diri Oleh: Zulkipli bin Ismail Sebelum kita ambil tahu senjata utama keselamatan ...3 months ago
-
cakna89 - cakna89 - YouTube https://www.youtube.com/user/cakna89 cakna89. 5 years ago; 46 views. This video shows that Universiti Malaysia Pahang (UMP) has spread the...9 years ago
-
KEWUJUDAN TIDAK TERASA - Menjangkau setahun sudah sepi tanpa sebarang nota catatan di ruangan ini. Bukann kerna kecewa atau berhenti berkongsi. Namun, atas keperluan dan kekangan y...10 years ago
-
Jaringan Setiakawan & Approach Bijaksana Dlm Dakwah - “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah” As-Sarawaki, 2 Jamadits Tsani 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin atas segala-galanya. Sudah lebih 2...11 years ago
-
Penghapus Dosa - *Lihatlah* pada mereka yang *SAKIT,* *DAHULUny*a mereka pernah *SIHAT,* *Lihatlah* pada mereka yang *TUA,* *SUATU KETIKA* dahulu mereka juga pernah *MUDA...11 years ago
-
TAHNIAH DATUK DR HARON DIN : KAMI AKAN SENTIASA BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA - *KUALA LUMPUR*: Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti itu yang baharu. Dr Haron dipilih untuk meng...11 years ago
-
15 February: Selamat Datang umur 26 tahun & Selamat Tinggal Paman Yayi ku - 1. Menjejak tarikh 15 Feb 2014 yang lalu maka telah selamat TTT diberikan kesempatan umur 26 tahun di atas muka bumi ini. Tiada perancangan apa apa untuk m...12 years ago
-
KEMBALILAH WAHAI DIRI - Wahai jiwa yang tenang..Kembalilah kepada Allah…berharaplah kepada Allah.. Kita sudah terlalu lama meletakkan pengharapan kepada manusia, menyangka manus...13 years ago
-
PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI - *“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta per...14 years ago
-
Imam Ibnu Al-Jazari:Imam Qiraat - IMAM Ibnu al-Jazari (meninggal dunia 833 hijrah) mengkaji dengan teliti perkembangan Qiraat pada zamannya dan mendapati Qiraat yang menjadi amalan harian k...14 years ago
-
KITA MASIH PUNYA MASA..... - *Untuk apa ALLAH menghidupakan kamu hari ini???Tak lain tak bukan,ALLAH masih membuka pintu taubatnya kepada hambanya.kerana apa??kerana sebagai insan bia...15 years ago
-
5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W - Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya di israkkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya : 1. Janganlah engkau gantu...15 years ago
-
BerSUCI - *Erti suci* Bersuci pada bahasa ialah bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada dalam bentuk hissiah iaitu yang boleh dirasa seperti najis ...15 years ago
-
-
Kek Kepala Meja!!! - sekadar hiasan One cake popular in the 1940s and 1950s was the KEK KEPALA MEJA, lite...15 years ago
-
Masam itu Manis - Cabaran dan dugaan adalah fitrah kehidupan. Adakalanya ombak taufan datang menggoncang hati menghasilkan kegelisahan yang melenyapkan sebuah ketenangan. Ha...16 years ago
-
Pesanan Rasulullah saw. buat para pemuda Islam - Pembinaan dakwah Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk mengharungi kehidupan. Kepada kamu wahai pemuda-, saya kemukakan bebera...16 years ago
-
Politik dunia Islam 2009: 10 berita utama - Perkembangan dunia Islam terus menjadi berita-berita utama antarabangsa, memberi kesan kepada politik serantau dan global, bermula dengan serangan Israe...16 years ago
-
Petua Mencuci Hati - (Dari laman web Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah www.fadzilahkamsah.com) Ditulis Oleh Mohd Aidil Yahya Jumaat, 26 Jun 2009 1) Dirikan solat dan banyak...16 years ago
-
-
"Don't judge the book by it's cover?" - "Kenapa kau tak pakai tudung, Esah? Kan dalam Islam, semua perempuan Islam wajib memakai tudung?," tanya Soon Hin. "Eh, aku nie luaran je nampak tak pakai...17 years ago
-
Persahabatan - Apabila kau ingin berteman Janganlah kerana kelebihannya Kerana mungkin dengan satu kelemahan Kau mungkin akan menjauhinya Andai kau ingin berteman Janganla...17 years ago
-
-
-
-
-
-
;;TEMAN ONLINE::
-
Selamat Bersekolah! - Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan untuk tahun 2020. Pada waktu begini, sibuklah ibu bapa yang menghantar anak-anak masing-masing ke seko...6 years ago
-
Pembersihan Blog.. - Admin cuma nak menyatakan di sini bahawa admin akan melakukan pembersihan terhadap blog-blog yang telah terlalu lama tak diupdate (sudah mencapai 2 tahun t...14 years ago
-
eGypt paRt 2: caiRo maRi - taRikh : 19 diSember 2009, saBtu jam : 0330 keJadian : aku tiBe di caiRo inTernational airPort....firsT skali jejak kaki kat sini, still bley tahan ag...coz...16 years ago



