Monday, March 28, 2011

Didik anak mengikut usia

Sumber:Roslah Othman
MEMIKUL tanggungjawab menjadi ibu dan bapa bukan satu perkara yang mudah. Matlamat keibubapaan itu sendiri perlu diketahui supaya anak dapat dibimbing untuk mencapai potensi menjadi insan yang berguna, bertanggungjawab dan produktif.

Penceramah Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Rahmah Othman berkata, dalam konsep keibubapaan sendiri, bapa adalah ketua dan pemimpin keluarga, manakala ibu sebagai pembantu bapa dalam pengurusan keluarga dan rumah tangga serta menjadi pemimpin semasa ketiadaan bapa.

Dalam cabaran masa kini, ibu bapa perlu ada anjakan paradigma supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik lagi.
Rahmah berkata, dalam mendidik anak, terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu diketahui dan diikuti oleh setiap ibu bapa.

‘‘Anak berusia satu hingga tujuh tahun perlu dididik secara bergurau dan jangan dipukul. Bagi anak berusia lapan hingga 14 tahun, sebaiknya didik mereka dengan disiplin, tunjuk ajar dan kasih sayang.

‘‘Sementara di peringkat remaja iaitu 15 hingga 21 tahun, anak harus dididik macam kawan, jangan dirotan dan dimarah. Sebaliknya, peluk, pujuk dan nasihati mereka. Manakala selepas usia 21 tahun, ibu bapa perlu memberi kebebasan mereka membuat keputusan dan tindakan,’’ ujarnya ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ibu bapa Teman Sejati’ pada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga Ilmu Keluarga @ LPPKN bertajuk Anakku, Kalian Segalanya di Bangunan LPPKN, baru-baru ini.

Menerangkan lebih lanjut mengenai mendidik anak, khususnya anak remaja, perhubungan dan interaksi positif ibu bapa dengan anak perlu ada. Ia termasuk saling menghormati, sedia mendengar, memberi galakan dan sokongan serta menerima anak itu sebagai individu yang istimewa.

Katanya, peringkat usia 10 hingga 19 tahun merupakan masa yang paling kritikal kerana remaja akan mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan meliputi perubahan fizikal, mental, psikologi, emosi dan sosial.

‘‘Pada peringkat usia ini mereka akan menghadapi pelbagai persoalan yang menekan jiwa. Ketika ini jugalah proses mencari dan membentuk identiti, perubahan fizikal pada tubuh badan, perasaan yang bercelaru dan keinginan untuk dihargai boleh menyebabkan berlaku tekanan jiwa,’’ ujarnya.

Menerangkan mengenai remaja berumur 10 hingga 14 tahun kata Rahmah, di peringkat itu mereka lazimnya, bersifat logikal, sentiasa ingin tahu, suka bertanya itu dan ini, lasak, bertenaga, suka meneroka cabaran, namun masih bersifat keanak-anakkan.

Pada peringkat inilah, kata beliau hubungan dengan keluarga amat penting, termasuk keinginan untuk mereka berbincang dengan ibu bapa masih ada.

Sementara remaja peringkat pertengahan 14 hingga 17 tahun mereka mula utamakan rakan sebaya daripada keluarga. Remaja peringkat ini dikatakan suka memaksa dan mendesak.
Malah, di peringkat ini juga mereka mula mencari identiti diri dengan cuba membentuk peribadi menjelang 
kedewasaan.

Di peringkat ini, kata Rahmah, jika remaja tidak dibimbing dengan sewajarnya, kemungkinan untuk mereka terlibat dengan gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas dan lari dari rumah adalah tinggi.

Sementara, peringkat 17 hingga 19 tahun, kata Rahmah, mereka lazimnya telah mengenali dan menghayati identiti diri yang sebenar. Ikatan dengan rakan sebaya semakin berkurangan dan beralih kepada individu berlainan jantina. Malah di peringkat ini keupayaan mereka untuk berfikir juga lebih terbuka dan mula berfikir untuk masa depan.

‘‘Remaja di peringkat ini bukan sahaja boleh berdikari tanpa ibu bapa, tetapi juga daya fikiran dan imaginasi digunakan untuk kepentingan pelajaran dan kerjaya,’’ terangnya.

Remaja di peringkat ini juga, kata Rahmah, sememangnya memerlukan perhatian dan tumpuan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa atau mempunyai ruang untuk mendekati dan mendampingi anak remaja mereka.

Malah ibu bapa juga perlu bertanggungjawab untuk mengetahui apa yang anak sedang buat, apa yang anak sedang difikirkan, apa yang ada dalam begnya, apa yang disembunyikan, siapa kawan-kawannya dan di mana tempat yang dikunjunginya.

Menerangkan beberapa cara menzahirkan kasih sayang kepada anak remaja, beliau menjelaskan ia termasuk melalui percakapan, pujian, pengiktirafan, bergurau senda dan ucapan yang baik. Malah ia juga boleh ditunjukkan melalui perlakuan atau gerakan badan, bersalaman, memeluk, mencium, memberi hadiah, beriadah bersama dan saling menghormati.

Dalam masa sama, ibu bapa sewajarnya mengambil inisiatif menerangkan atau menjelaskan mengenai peraturan berkaitan sentuhan. Akibat terlalu naif, ada remaja terlibat dengan gejala itu sekadar ingin mencuba tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung.

‘‘Anak-anak perlu diterangkan tubuh mereka adalah milik mereka sahaja, tidak siapa berhak menyentuh bahagian sulit tubuh mereka kecuali bagi tujuan kebersihan atau kesihatan. Begitu juga tiada siapa berhak meminta menyentuh bahagian sulit tubuh mereka.

‘‘Malah jika mereka tidak berasa selesa apabila disentuh seseorang, katakan ‘tidak’, lari dan beritahu orang lain yang dipercayai,’’ ujarnya sambil menegaskan anak-anak juga perlu diterangkan tentang bagaimana membezakan antara sentuhan selamat, selesa dan sebaliknya.

Dalam ceramahnya juga Rahmah turut menerangkan bagaimana terdapat empat gaya keibubapaan yang menjadi amalan ibu bapa hari ini tanpa disedari amat mempengaruhi seorang anak itu.

Empat jenis yang dimaksudkan, jenis A Autoritarian (tinggi kawalan, rendah kasih sayang), jenis B-Permisif (rendah kawalan, tinggi kasih sayang), jenis C-Pengabaian (rendah kawalan, rendah kasih sayang ) dan jenis D-Autoritatif (tinggi kawalan, tinggi kasih sayang).

Berbanding jenis A, B dan C, jenis D iaitu Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia.

‘‘Ibu bapa yang menggunakan pendekatan jenis D dalam mendidik anak merupakan ibu bapa yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan atau nafsu anak-anak,” katanya.


Sumber: Utusan 10/07/2008

Bapa moden kurang berinteraksi



Peranan sebagai ketua keluarga menuntut tanggungjawab besar supaya dapat jadi contoh terbaik kepada anak

PERUMPAMAAN bapa borek anak rintik begitu besar maknanya dalam masyarakat Melayu. Ia menggambarkan betapa seorang bapa itu menjadi ikon kepada anak. Bapa sebagai ketua keluarga, dilihat berkuasa, bertanggung jawab sepenuhnya dan amat dihormati seluruh ahli keluarga. Sayangnya, gambaran ini tidak lagi relevan dengan bapa zaman kini kerana semakin ramai bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mendapati kebanyakan bapa kurang berbincang dengan anak mereka mengenai kehidupan seharian serta kurang komited dalam menerapkan nilai murni kepada anak remaja.

Hasil kajian itu turut membuktikan, bapa moden kurang memainkan peranan mereka sebagai ketua yang sepatutnya membimbing keluarga masing-masing. Sebaliknya, tugas berkenaan lebih banyak diambil alih oleh isteri.

Penolong Pegawai Penerangan, Unit Pendidikan LPPKN, Hamzah Ibrahim pada Kursus Ilmu Keluarga LPPKN, berkata bapa hari ini perlu diberikan kesedaran untuk memperkasakan diri bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga agar lebih dihormati anak, tambahan pula bapa sentiasa diteladani anak yang cenderung meniru sikap mereka tidak kira negatif mahupun positif.

“Sebagai pemimpin, bapa adalah idola anak. Apabila bapa tidak memainkan peranan yang sepatutnya, anak hilang arah tuju. Sebagai pemimpin, bapa ada kuasa dan hak dalam keluarga. Kalau tidak mampu memainkan peranan seperti mengajar agama, seorang bapa perlu menghantar anak kepada mereka yang lebih arif untuk belajar mengenai agama. Berdosa jika tidak menunaikan tanggungjawab ini,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Kursus Bersiri LPPKN bertajuk Bapa dan Keluarga: Tanggungjawab dan Cabaran, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penyelidikan yang dijalankan pada 2004 dan setiap 10 tahun itu membabitkan ibu bapa muda berusia sehingga 49 tahun di sekitar Lembah Klang melalui pelbagai soalan yang dikemukakan kepada mereka. Soalan menyentuh mengenai pembabitan mereka sebagai teman anak, kekerapan berbincang dengan anak mengenai cita-cita, cara berpakaian, hal peribadi, perbelanjaan, pergaulan dengan rakan dan pendidikan.

Bapa juga mengaku kurang menerapkan nilai murni di kalangan anak berusia antara tujuh hingga 12 tahun berbanding ibu. Nilai murni yang dimaksudkan seperti rasa bersyukur, disiplin, berilmu, bertakwa, amanah, jujur dan hormat pada orang lain.

Hamzah berkata, berdasarkan dapatan daripada kajian itu beliau menyeru agar semua bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak dan keluarga agar dapat mengenali diri setiap anak.

“Kalau boleh jangan biarkan hanya ibu mengambil alih semua tugas ini sedangkan ia adalah amanah yang dipikul oleh bapa. Kurang membabitkan diri dalam aktiviti keluarga menyebabkan anak hilang rasa hormat terhadap bapa. Justeru, tidak hairanlah seandainya anak gemar melawan dan tidak mendengar nasihat bapanya kerana tidak melihat bapanya sebagai contoh yang baik.”

“Isteri juga tidak boleh dibiarkan keseorangan untuk menjaga anak sedangkan bapa keluar untuk melakukan aktiviti sendiri seperti memancing dan sebagainya. Kalau mahu keluar juga, mintalah keizinan isteri,” katanya.

Beliau berkata, kuasa bukan bermakna bapa perlu bersikap dominasi atau garang tidak tentu pasal. Sikap tolak ansur perlu terhadap anak dan isteri demi memastikan keluarga hidup aman damai. Justeru, amat penting seorang bapa mengenal diri sendiri. Sekiranya sikap mereka itu tidak sesuai untuk dijadikan contoh keluarga, berusahalah untuk mengubah suai atau mengawalnya.

“Perubahan ini boleh dilakukan dengan mengenali sifat diri atau jenis personaliti yang dimiliki. Mengikut ilmu psikologi, setiap individu memiliki sifat atau gabungan sifat haiwan seperti kancil, singa, unta dan kuda. Kancil dianggap sebagai penghibur, singa pula pengarah, unta adalah pendamai dan kuda sebagai pemudah cara. Berdasarkan sifat ini, anda boleh mengubah suai dan mengawal diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi atau anak.

“Renungkan ke dalam diri anak bagi mengenal pasti sifat mereka pula dan cuba fahami diri mereka. Misalnya, kancil sebagai penghibur gemar berseronok, suka perubahan, kreatif dan banyak berbicara. Jika anak suka mencabar, kuat semangat, berdikari, gemar mengawal atau membuat keputusan, bermakna dia memiliki sifat singa. Mengenali sifat diri dan anak, memudahkan anda berinteraksi dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Kaunseling Bahagian Pembangunan Keluarga LPPKN, Dr Khamsiah Ibrahim tidak menafikan bapa moden hari ini berdepan cabaran berbeza dengan bapa dulu. Bagaimanapun, cabaran ada kalanya diperlukan bagi memberikan perubahan positif dan mendorong untuk melakukan perubahan dalam hidup.

Cabaran bapa di bandar mungkin berbeza dengan cabaran bapa di kampung. Apa yang sama adalah menjadi bapa bukan secara kebetulan! Cabaran tetap wujud walau di mana lokasi anda menjadi bapa.

“Cabaran dihadapi bapa semakin meningkat apabila bilangan anak bertambah, kos sara hidup yang tinggi, masa bekerja yang sibuk dan menyebabkan mereka kurang berada di rumah untuk bersama anak-anak dan isteri. Hasilnya, kurang masa berbual, kurang memahami anak yang berpunca daripada kurang peluang untuk mengenali mereka. Kuasa penuh ayah mendidik anak berkurangan, tetapi kuasa mendidik ini berpindah kepada pembantu rumah, rakan sebaya mereka atau persekitaran seperti televisyen dan internet,” katanya.

Beliau berkata, berbanding bapa tradisional berkuasa veto dalam membuat keputusan, mereka menjadi punca pendapatan utama dan menjadi model kepada anak-anak tanpa pengaruh internet seperti yang ada pada hari ini. Bapa moden pula adalah ‘ketua kerajaan campuran’ kerana suami isteri sama-sama bekerja. Kuasa veto bapa moden hari ini semakin menipis.

“Justeru, bagi memperkasakan diri seorang bapa, mereka perlu tampil hebat pada pandangan mata anak. Seorang bapa perlu ada pengetahuan dan penampilan yang unik agar boleh dibanggakan anak iaitu kehebatan dari segi emosi dan sosial. Mereka perlu menjadi demokrasi dan bertoleransi, pakar rujuk, dihormati dalam membuat keputusan. Anak berhak mendapat perhatian, empati (sifat memahami), didengari, merasa selamat, gembira dan dilindungi ketika bersama bapa,” katanya.

Bapa yang tidak mengajar anaknya mengenai tanggungjawab mereka adalah bersalah, sama dengan anak yang mengabaikan mereka. Kata-kata Confucius ini seharus direnung setiap lelaki yang bergelar bapa. Besarnya tanggungjawab bapa bukan saja pada anak dan isteri, tetapi peranan mereka sebagai anak. Jangan salahkan anak apabila mereka tidak mengendahkan ibu bapa kerana hakikatnya tanggungjawab itu tidak dilatih atau ditunjukkan contoh oleh anda sebagai bapa.

Aduhai bapa moden....

Kaedah umum didik anak - lelaki & perempuan





Sumber:Laman Seri:




Assalamualaikum warahmatullah,

Akhir-akhir ini kita disajikan dengan kisah anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa sendiri. Si Tanggang versi moden ini tegar menginggalkan ibu/ayah tua di pusat dialysis, perhentian bas, rumah orang tua dan sebagainya. Mengapa anak-anak zaman sekarang tidak tahu dan tidak mahu mengenang budi ibu dan ayah yang telah banyak menabur jasa dan bersusah-payah membesarkan anak-anak sehingga anak-anak ini dapat hidup dengan selesa dan sempurna?

Tidak dapat kita nafikan, ada kalanya kita fikir ibu dan ayah tadi telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, mungkin ini sudah takdirnya diuji begitu. Tetapi benarkah ibu bapa sudah memberikan didikan yang sempurna didikan kepada anak-anak? Saya percaya, jika anak-anak diberi didikan yang cukup mantap dalam agama, insya Allah, kisah si Tanggang moden ini dapat kita minimumkan. Mari kita refresh didikan asas untuk anak-anak dan kenal-pasti kelemahan yang masih kita perbaiki.

Dari segi prinsip dan perkara pokok dalam didikan, mendidik anak lelaki dan anak perempuan sama saja. Tanggungjawab ibu bapa Mukmin dalam soal ini ialah memberi sebaik-baik didikan sebagaimana yang Allah dan Rasul kehendaki. Kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah – sama ada anak itu ‘menjadi’ atau tidak. Kerana setiap kita akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti berkenaan amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan di pundak kita. Memberi didikan yang baik dan sempurna ini adalah hak paling utama bagi anak-anak yang wajib ditunaikan oleh ibu bapa.

Kesedaran ibu bapa secara mendalam terhadap hak pendidikan anak-anak ini sangat perlu dan penting bagi memelihara zuriat dan keturunan mereka daripada kehinaan, kerendahan dan kejahilan. Untuk itu, ibu bapa perlu memahami paling tidak perkara yang dikira asas ilmu pendidikan itu sendiri. Dengan itu, tidaklah kita hanya menyerahkan bulat-bulat anak kita kepada sekolah dan guru-guru. [NB: Saya masih ingat lagi pada hari pertama saya menghadirkan diri ke sekolah anak pada awal tahun ini (anak sulong masuk Pra-sekolah) guru besar sekolah anak berulang-ulang kali berpesan dalam ucapan alu-aluannya, “Ibu bapa adalah guru pertama dan utama dalam setiap anak. Kami sebagai guru cuma pemegang amanah kedua selepas ibu bapa dan bertanggungjawab terhadap anak-anak dalam masa yang ditetapkan sahaja.” Maksudnya, guru cuma memegang amanah dalam lingkungan masa anak berada di sekolah sahaja, sepanjang waktu selain dari waktu sekolah adalah tanggungjawab mutlak ibu bapa anak-anak itu sendiri.]

Dalam soal mendidik anak lelaki dan anak perempuan, kaedah yang digunakan ada yang berbentuk umum dan ada yang berbentuk khusus. Bila dikatakan kaedah umum, maksudnya ada kaedah pendidikan yang sama dikongsi anak lelaki dan anak perempuan. Kaedah khusus pula adalah kaedah yang hanya tertentu kepada anak lelaki atau anak perempuan sahaja – sesuai dengan fitrah, tanggungjawab dan peranan mereka yang berbeza.

Kaedah umum dalam mendidik anak-anak, baik yang lelaki atau perempuan, meliputi perkara-perkara berikut:

1. Mendidik iman dan akidah yang hak

a. Mengenalkan Allah – Lahir sahaja anak ke dunia, biarlah perkataan pertama yang didengarinya adalah sebutan nama Allah. Sebab itu disunatkan azan di telinga kanan, iqamah di telinga kiri bayi sama ada bayi lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah SAW, “Bukakanlah (baca dan ucapkanlah) kepada anak-anak kamu kalimat pertama dengan La ilaha illallah.” (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a.)

b. Mentaati Allah – Ini merupakan didikan iman paling asas selepas mengenalkan anak-anak kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan. Sebab hal itu akan melepaskan mereka dari seksa neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)


Keputusan itu hak milik mutlak Allah SWT






Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang itu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi, "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin."

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?

Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa, "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kagetterkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita, "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." 

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

Moral
Pertama : Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua : Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan.

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allahseperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan... oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi bersama.
“Ketika Allah memberimu, Dia memperlihatkan kepadamu belas kasih-Nya. Ketika Dia menolak memberimu, maka Dia memperlihatkan kepadamu kekuasaan-Nya. Dan dalam semua itu, Dia memperkenalkan diri-Nya kepadamu dan menghadapmu dengan kelembutan-Nya.”

Renung-renungkan!

Sumber : Dr.AzharrHjSarip/mw/08/2007

Ego – musuh dalam rumahtangga

Sumber :Laman Seri


Assalamualaikum warahmatullah,

Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, rumusan itu diperolehi daripada kajian Jakim yang dijalankan pada 2005. Bahagian Penyelidikan Jakim mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004.

Di pihak suami, tiada persefahaman merupakan punca utama perceraian iaitu 43.33%; tidak bertanggungjawab (32.93%); masalah akhlak dan sosial (12.03%); masalah pihak ketiga (5.54%) dan masalah ekonomi (2.62%). Bagi pihak isteri pula, punca perceraian kerana tiada persefahaman 69.44%; tidak bertanggungjawab (17.68%); masalah akhlak dan sosial (5.84%); masalah pihak ketiga (4.42%) dan masalah seksual (1.38%). Rekod menunjukkan 135,136 umat Islam berkahwin pada 2009 sementara bilangan yang bercerai pula 27,116 orang. (Utusan 9/12/2010)

Dalam kehidupan berumahtangga, kita takkan dapat lepas daripada berhadapan dengan konflik mahupun pertelingkahan. Sering kali juga keadaan menjadi makin panas bila antara mereka berdua tidak mahu mengakui kesalahan lantaran keegoan diri. Selain apa yang digariskan oleh Jakim itu, saya ingin menambah satu lagi iaitu ego. Sama ada ego seorang suami atau ego seorang isteri atau kedua-duanya sekali, hal ini bukan olok-olok untuk dipandang remeh begitu sahaja.

Maklumlah, zaman sekarang ramai orang berpendidikan tinggi. Apabila kelulusan tinggi jawatannya juga jadi tinggi. Suasana di pejabat selalu dibawa-bawa ke rumah. Apabila sama-sama berjawatan tinggi dan berkelulusan tinggi, cara bercakap pun menjadi begitu tinggi. Sepatutnya apa pun kedudukan anda di tempat kerja, di rumah anda adalah suami isteri. Cara suami isteri berbicara tidak sama seperti seorang bos berbicara kepada orang bawahannya.

Kalau sayangkan rumah tangga kurang-kurangkanlah rasa ego. Bertukarlah sewaktu berada di rumah, sebagaimana iguana menukar warnanya mengikut warna di mana ia berada. Untuk selamat banyak haiwan kecil menukar warna masing-masing; ada yang berupa daun, berupa ranting, kulit kayu dan sebagainya, lalu selamat.

Apabila pulang ke rumah, biarpun anda seorang bos paling besar letakkan kembali diri anda pada heiriki rumah tangga sebenar. Jika suami, jadilah suami bukan bos besar lagi; jika isteri, jadilah isteri penyayang bukan pengarah yang hanya tahu mengarah.

Ketahuilah, ego juga boleh meningkat disebabkan:
  • Kecurangan atau wujudnya ‘kekasih gelap’.
  • Jahil dalam agama.
  • Terlebih keperluan asas dunia, dalam kata lain banyak harta.
  • Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, selalunya juga terdiri daripada ibu bapa dan kawan karib.
Malah, situasi ego ini jugalah yang menyebabkan banyak hubungan suami isteri berantakan hingga akhirnya mereka memilih perpisahan. Sekiranya ada kalangan suami isteri yang bersikap keras kepala, maka sewajarnya ia dikikis. Tiada salahnya untuk tunduk dan mengakui kesalahan diri demi keharmonian dan kelangsungan rumahtangga.

Namun begitu, ramai juga antara pasangan yang lembut hati dan takkan senang bila melalui konflik rumahtangga apatah lagi kesalahan itu terang-terangan adalah berpunca dari diri mereka. Lalu apa yang mesti dilakukan? Jangan terus keras kepala atau keras hati mengakuinya, kali ini Laman-Seri kongsikan beberapa tips di bawah :

1 – Jujur menghadapi

Jangan bertangguh atau lari dari masalah meskipun mengetahui ia berpunca dari kesilapan sendiri. Sikap tersebut hanya akan membuatkan masalah bertambah serius. Ungkapkan dengan jujur tanpa berselindung dengan pasangan. Cara ini mempamerkan anda jujur dan membantu pasangan memahami isutasi yang anda hadapi.

2 – Berani akui kesalahan

Kalau sudah silap, jangan pula takut untuk mengakuinya. Walau apa jua masalah yang anda timbulkan, jangan takut atau malu mengakui kesalahan tersebut. Sebagai contoh, sikap anda yang cuai iaitu lupa menutup pintu rumah telah menyebabkan kediaman dimasuki pencuri dan anda mengalami kerugian yang besar. Berani mengakui kekurangan dan kesalahan adalah ciri-ciri orang berjiwa besar.

3 – Memperlihatkan penyesalan

Selepas mengakui kesalahan diri, maka perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memperlihatkan penyesalan. Tapi jangan pula ia hanya sekadar lakonan bagi menyedapkan hati pasangan anda. Katakan betapa anda sangat menyesali tindakan menyakiti hati suami atau isteri. Rasa penyesalan yang mendalam dan tulus akan dapat dibaca dari sikap yang anda tampilkan.

Sunday, March 27, 2011

Siapa juara ego?

Sumber: Laman Seri






PADA awal perhubungan, mungkin tidak nampak sifat dan sikap sebenar seseorang pasangan. Semuanya indah belaka. Bila semakin lama, mulalah berlaku pelbagai kepincangan, perselisihan faham hinggakan natijahnya mencetuskan perbalahan yang akhirnya membawa perpisahan. Salah satu punca yang sukar disedari ialah sifat ego tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Rata-rata wanita gemar menuduh lelaki lebih tinggi ego, sebaliknya pula si lelaki pula akan menyalahkan wanita pula sehingga menyebabkan persengketaan. Berikutan masing-masing suka menuding jari menyalahkan antara satu sama lain sifat ego bukan saja menjadi masalah dalam hubungan pasangan bercinta, malah turut menjadi isu dalam keluarga, ipar duai, tempat bekerja dan hubungan kemasyarakatan.

Bagi yang tidak sedar memiliki sifat ego, penulis merungkai sifat berkenaan tanpa disedari oleh rata-rata manusia di muka bumi ini. Sifat buruk itu hanya dapat diubah oleh diri sendiri, sebaliknya ego yang semulajadi sukar untuk diubah oleh orang lain. Kali ini, kita lihat apa pandangan ramai?

Bagi pendapat seorang doktor gigi, Dr Aziz Md Yassin, berkata jika dikatakan lelaki lebih ego daripada wanita, memang ada betulnya, tetapi itu kebanyakannya wujud dalam 15 tahun lalu yang mana lelaki lebih dominan daripada wanita. Namun, zaman semakin berubah.

“Wanita banyak yang menimba ilmu hingga ke menara gading dan banyak yang berkerjaya, jadi mata pencarian keluarga datang juga daripada wanita. Maka, ego akan terhasil daripada duit, harta, kepandaian, status dan gaya hidup yang tinggi, selain dipengaruhi oleh rakan sekeliling dan sifat peribadi seseorang. Sehubungan itu, zaman moden tidak kira lelaki atau wanita sama saja.”

“Ego juga datang dengan kuasa yang ada pada seseorang. Contohnya, lelaki yang tidak berpelajaran tinggi, tidak berharta dan tidak kacak (contohnya) tapi masih ada lagi yang ego terhadap isteri berikutan lelaki sudah dicop sebagai 'ketua keluarga' oleh masyarakat kita. Jadi, ketua di sini mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju keluarga. Itu juga penyumbang kepada sifat ego. Ego perlu ada juga sebagai perisai untuk menjaga maruah tapi mestilah berpada dan kena bertempat,” katanya.

Sifat ego adalah penyakit batin. Ia adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego.

Fakta : Tanda sifat ego

* Bila jawapan yang diberi betul, dia akan rasa terhibur, senang hati dan bangga.
* Jika tidak dilantik memegang sesuatu jawatan, dia akan rasa kecewa dan tidak tenang.
* Jika seorang ketua, dia selalu bersikap kasar ketika memberi arahan.
* Jika orang bawahan, dia susah untuk taat kepada ketuanya dan bersikap degil.
* Mudah marah<img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/14.gif' alt='X('/> bila dinasihati.
* Emosional dan mudah tersinggung.
* Memilih kawan yang setaraf dengannya.
* Menonjolkan diri secara berlebihan.
* Memperlekehkan orang lain.
* Suka menyampuk perbualan orang lain
* Berburuk sangka terhadap orang lain
* Suka meninggikan suara ketika bercakap

INFO : Kenali sifat ego
  • Menolak kebenaran, tidak mahu menerima pandangan orang lain. Sering saja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terserlah menerusi perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.
  • Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.
  • Sangat memilih kawan terutamanya dalam kalangan orang yang setaraf dengannya sahaja.
  • Mudah menjadi marah terutama kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
  • Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain.
  • Kalau terbukti bersalah, sakat sukar meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula, sangat sukar memaafkan.
  • Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran.
  • Sangat suka dipuji malah senitasa menunggu-nunggu saja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya, maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipuji.
  • Suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas juga bukan untuk mencari kebenaran, tetapi untuk kemenangan walaupun salah.

Pandangan mengenai sifat ego, lelaki atau wanita?

Siti Ruby Ashikin Ariff : "Lelaki lebih ego, kerana memang tak boleh kalah dalam setiap perbuatan dia orang. Asyik nak betul saja."

Dyb Yusoff : "Lelaki dan wanita memiliki sifat ego ini dan egonya sama tinggi. Bagaimanapun, wanita lebih cepat beralah sementara lelaki, bergantung pada keadaan."

Fransisca Razak : "Dua-dua pun ada ego, baik lelaki atau wanita. Tapi sejauh mana ketinggian ego itu hanya empunya diri saja yang boleh menjawabnya. Namun, masalah dgo boleh dapat diselesaikan jika kedua-dua pihak sanggup dan boleh saling toleransi. namun, pada pendapat saya, rata-rata lelaki lebih tinggi egonya kerana golongan itu tidak boleh tercabar atau dicabar!"

Amer San : "Pada pendapat saya, dua-dua pun sama, ada ego masing-masing. Ada orang kata lelaki lebih ego, tapi saya rasa itu dulu. Wanita zaman sekarang pula ego lebih terutamanya wanita yang sudah berkahwin dan pangkat lebih tinggi daripada suami. Ini semua adalah 'true fact'. Siap dah ada orang buat drama. Nak selesaikan masalah ini, senang saja, dua-dua kena ada 'give and take' serta toleransi."

Moon Bulan : "Setuju dengan Amer San. Tapi, saya percaya wanita patutnya belajar lenturkan ego, sebab itu kekuatan kita. Hakikatnya memang lelaki dikurniakan ego yang tinggi sebagai pemimpin, kalau mereka gunakan ego itu dengan bijak."

Laman-Seri : Sifat ego lelaki atau wanita mest dijauhi umat Islam. Tak bagus ego ni, sebab inilah sikap 'si dia'  yang tak mahu sujud pada Nabi Adam dahulu. Siapa yang ego, dia hampir menyerupai 'si dia' inilah. Jauhkan diri kita daripada sifat-sifat mazmumah, tidak baik untuk diri sendiri dan hampir tiada manfaatnya di dunia, apatah lagi di kampung akhir

Kelemahan isteri bukan kelebihan suami

Sumber:Laman Seri

Assalamualaikum warahmatullah,


Sesabar manakah anda mendampingi pasangan? 10, 20 atau 30 tahun taat mengabdikan diri dengan setia? Beratus, beribu atau berjuta kali ditegur, dinasihati hingga dimaki? Sentiasa bersedia untuk disakiti, mendengar luahan hati pasangan yang mengatakan anda tidak berguna, sia-sia dan tidak berharga?

Sesabar manakah hati anda menelan kesilapan pasangan untuk kesejuta kalinya, semakin ditegur semakin tidak memahami kemahuan anda, jika didiamkan semakin menjadi-jadi. Jadi, bagaimana anda menghadapi kelemahan pasangan dengan jiwa yang tenang?

1 – Fokus kepada kelebihannya

Boleh jadi jika dihitung prestasi pasangan sehalus-halusnya tentang sikap yang baik dan buruk, mungkin hanya satu keburukan di antara seratus kebaikannya. Tapi sayang, kerana tidak mampu menahan marah, semua kelebihan pasangan tertutup dengan satu kesilapan sahaja.

Kalaulah suami sentiasa mengingati kebaikan isteri, tidaklah tergamak hati untuk memarahinya kerana gulai yang terlebihkurang masin sedangkan air matanya tidak pula kita kira saat menghiris bawang, berdiri selama dua jam dan menghadap bahang kepanasan di dapur menyediakan makan malam dan terpaksa menghabiskan kerja rumah sehingga larut malam sementara kita tidur seenaknya seperti ular sawa kekenyangan lagaknya.. 
g suka merungut dan meminta kemewahan yang tidak dimiliki suami, janganlah merendahkan maruahnya sedangkan makan minum keluarga telah dilunasi, tempat berteduh sudah pun dilindungi dan pakaian serta perhiasan telah diberi apa lagi nikmat Tuhan yang mahu diingkari? Padahal suami sudi berkorban nyawa demi anak-anak dan isteri.

Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Demi Dzat yang diriku ada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu mencintai saudaramu. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu.” (Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Syurga dunia dan akhirat boleh kita rasa dengan mencintai tanpa syarat bahawa si dia haruslah sempurna di mata kita. Tuhan pun tidak menentukan syarat supaya kita sempurna menjadi hamba-Nya. Bukankah pasangan anda juga manusia seperti anda, jadi banyakkanlah mengingati kelebihannya kerana anda pun sebenarnya sama saja.

2 – Dia lemah tidak bermakna anda lebih baik

Saat menahan geram<img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/14.gif' alt='X('/> menghadapi perangai pasangan, kadang kala kita lupa si dia pun sering merasai perasaan yang sama seperti kita. Kelemahan dia tidak bermakna kita lebih baik daripadanya. Boleh jadi jika Allah SWT menghisab kita, maka banyak lagi kelemahan diri sendiri dibandingkan dengan kelemahan yang kita boleh cari daripada pasangan.

Tiada manusia yang sudi dilucuti cacat-celanya di hadapan orang lain, jika kita cuba mencari-cari kelemahan pasangan, berwaspadalah saat Allah Taala menghitung sehalus-halusnya kelemahan kita.

Sebagai pasangan hidup, anda dan dia saling terikat satu sama lain. Jika baik dirinya, baiklah anda pada penilaian Allah Taala begitu juga sebaliknya. Kerana anda berdiri sebagai pemegang amanah Allah dalam perkahwianan ini. Adakah anda berperanan menegakkan amar makruf nahi mungkar dalam perhubungan suami isteri? Semua itu bermakna anda dan pasangan saling mempengaruhi, kebaikan anda memantulkan kebaikan pada pasangan anda dan sebaliknya. Jadi, jangan tuduh si dia saja yang lemah kerana boleh jadi anda menjadi penyebab kelemahannya.

3 – Selesaikan dengan muhasabah

Tidak ada manusia yang sempurna, oleh itu telah diciptakan kehidupan ini dengan segala ketidak sempurnaan supaya manusia mencari jalan menuju Allah SWT Yang Maha Sempurna. Carilah kesempurnaan nikmat sejati hanya di sisi Allah kerana nikmat perkahwinan itu akan datang dan pergi setiap ketika. Boleh jadi hari ini anda bahagia dengan sikap pasangan, esok pula menahan sakit hati. Jalan yang selamat itu hanya kembali kepada Allah, jangan cari jalan selain-Nya, nescaya anda tidak akan berasa puas.

Setiap konflik yang berlaku, kembalikanlah ia ke jalan Allah, di situlah jalan keluar yang sebenar-benarnya. Ramai orang mahu menyelesaikan masalah rumahtangga dengan terapi psikologi, menruskan stres melalui hiburan, wang, perhiasan, dengan mencuba ubat-ubatan, kursus-kursus keperibadian, yoga atau meditasi. Padahal, Rasulullah SAW telah diutus membimbing jiwa manusia ke jalan selamat dengan agama Islam, alangkah ruginya mereka yang tidak memahami apa yang dibawa Rasul-Nya. Sedangkan di sanalah jawapan atas setiap persoalan kehidupan.

Selesaikan masalah anda dengan al-Quran dan hadis, carilah jalan agama dengan semangat mendekatkan ilmu sehingga Allah SWT dekat di hati anda berdua. Suami dan isteri diciptakan bukan hanya untuk merasai lazatnya perkahwinan bahkan ujian rumahtangga itu sebenarnya rahmat Allah kepada mereka supaya nanti dapat merasai kelazatan abadi di syurga Ilahi.

Setiap kali anda merasa tidak berpuas hati dengan pasangan, cubalah ingat tiada siapa yang mahu dihina kerana kelemahannya. Itulah sifat manusia, bukankah lebih baik kawal perasaan anda, kemudian berbincanglah walaupun sudah sering kali dia terlupa, tersilap dan tersalah faham dengan kemahuan anda.

Cintailah dia dengan segala kelemahan dan kelebihannya, tidak guna marah-marah kalau mesej yang anda sampaikanbebelkan kepadanya tidak juga sampai. Jika mahu merubah pasangan, kuasai dulu hatinya, barulah sikap dan perbuatannya akan ikut berubah. Sedangkan hakikatnya, hati suka kepada kelembutan, pujian dan penghargaan bukannya leteran dan penghinaan. Ingatlah kelemahan pasangan adalah bukti nilai diri anda!

Renung-renungkan...

Suami wajib menjaga keselamatan isteri

Sumber:Ahmad Baei Jaafar

Apabila suami mengijabkabulkan pernikahan, sudah terbeban pada bahunya suatu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan sehingga akhir hayat. Dalam Islam perkara itu dianggap sebagai hak isteri.
Perlu dijelaskan di sini, apabila dikatakan hak isteri, isteri ada hak menuntut apabila tidak diberi oleh suami. Isteri juga ada hak melarang jika suami melanggarnya. Semua ini terpakai selagi isteri itu tidak melakukan nusyuz.
Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud: “Apakah hak isteri yang wajib dijaga oleh suami? Baginda bersabda: Memberi nafkah kepada isteri; belanja dapur, pakaian dan rumah, jangan memukul muka isteri tetapi mendidik isteri dengan baik, dan tidak menghina isteri dan tidak meninggalnya bersendirian kecuali dalam rumah.”
Terdapat tiga hak isteri yang wajib dijaga oleh suami, namun kebanyakan suami cuai dalam hal ini. Kesan daripada kecuaian itulah, berlakunya ketidak sempurnaan rumah tangga yang dibina itu.

Perhatikan tiga perkara itu dengan baik:

1. Memberi nafkah kepada isteri; belanja dapur, pakaian dan rumah. Sama ada isteri itu kaya atau tidak, suami wajib memberi nafkah kepadanya kecuali isteri dengan rela hati tidak mahu menyusahkan suaminya.
Nafkah yang perlu diberi ialah soal makan dan minum seharian. Tuntutan lain daripada makan dan minum bukanlah nafkah yang wajib ditunaikan, namun kalau suami boleh memberinya itulah pahala besar yang bakal diterimanya kelak.
Nafkah yang kedua ialah pakaian. Pakaian bukan keperluan setiap hari. Tetapi kalau dia perlu maka wajib dipertimbangkan dengan segera. Tuntutan selain dari kategori pakaian tidak wajib ditunaikan.
Nafkah yang ketiga ialah menyediakan tempat tinggal. Suami wajib menyediakan rumah untuk penginapan sama ada rumah sendiri atau dengan menyewa. Tuntutan lain daripada rumah tidak wajib ditunaikan kerana ia tidak termasuk dalam kategori nafkah.

2. Jangan memukul muka isteri tetapi mendidik isteri dengan baik. Suami dilarang memukul isteri atas niat mendera. Maka memukul isteri pada bahagian muka termasuk dalam kategori mendera. Hal ini kerana muka terlalu sensitif kulitnya, mudah lebah dan bercalar.
Tetapi memukul bahagian lain dibenarkan dengan syarat tidak atas tujuan mendera. Islam membenarkan suami memukul isteri dengan niat mendidik. Mungkin dengan pukulan itu dia sedar akan kesalahannya lalu bertaubat.

3. Tidak menghina isteri dan tidak meninggalnya bersendirian kecuali dalam rumah. Hak ketiga ini jarang disedari oleh suami mahupun isteri. Maka setiap detik perbualan mereka terungkap kata-kata menghina. Akhirnya mereka bergaduh hingga membawa kepada perceraian.
Suka disebut di sini, suami tidak boleh menghina isteri ketika mereka berduaan, apatah lagi kalau di hadapan orang lain termasuk anak-anaknya sendiri. Jadi, janganlah kerana tidak pandai masak, isteri dihina, janganlah kerana isteri tidak pandai dalam sesuatu urusan, dihina isteri.
Seterusnya yang paling penting ialah tidak meninggalkan isteri bersendirian kecuali di dalam rumah. Maknanya kalau pasangan itu keluar ke bandar, lalu dia tinggalkan isterinya di situ dalam keadaan marah. Sedangkan dia balik atau ke mana-mana destinasi. Perbuatan itu adalah salah di sisi Islam.
Islam menyediakan peraturan itu adalah untuk menjaga keselamatan isteri zahir dan batin. Percayalah jika semua suami dapat lakukan yang terbaik seperti di atas, pasti tidak berlaku pergaduhan dan penceraian.

Tajdid Iman: Istighfar amalan kekal nikmat, hindar musibah, hapus dosa

Sumber:Laman seri



Ibadah menghidupkan insan jiwa, menggetarkan hati beku oleh maksiat

Assalamualaikum warahmatullah,

Sesungguhnya kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia.

Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.

Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.

Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.

Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.

Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni? Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?

Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka?

Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dalam sembahyang malam dengan lafaz yang bermaksud: Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku. (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Jika kekasih Allah masih menganggap dirinya berdosa, mengapa manusia biasa tidak sudi mengaku hina? Sesungguhnya tangisan taubat umpama air hujan yang menyuburkan tanah, menghasilkan rimbun daun dan lebatnya buah.

Ia menghidupkan jiwa insan yang hampir mati, menggetarkan hati beku oleh maksiat dan membuka jalan bagi mengenali Tuhan. Oleh itu, hanya yang pernah merasai kemanisan taubat memahami hakikat ini.

Mereka tidak pernah jemu membuat pengakuan dalam hati dan lisan setiap kali melakukan suatu perbuatan, mengharap Allah mengampuni apa yang tersilap secara disedari atau tidak. Kemanisan taubat bukan hanya dapat dirasai dalam hati tetapi ia janji Allah bagi mereka yang menepati.

Begitulah khabar daripada al-Quran dan sunnah mengenai keutamaan taubat. Ada tiga kesenangan yang layak dimiliki pencinta taubat. Pertama, dikurniakan kenikmatan berpanjangan. Kemudian terhindar daripada pelbagai musibah dan ketiga, menjadi penghapus dosa. Adapun dalilnya disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menjadi cahaya bagi orang mencari jalan keselamatan.

Nabi Hud menyeru umatnya untuk kembali kepada Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)

Begitu juga Nabi Nuh yang bersabar selama 950 tahun menasihati umat supaya bertaubat. Al-Quran merakamkan kenyataan Nabi Nuh dengan janji yang turun daripada Allah yang bermaksud: “Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengulas mengenai nikmat dikurniakan Allah kepada orang yang bertaubat, bahawa kenikmatan itu mencakupi jasmani dan rohaninya. Kerana ramai orang yang nampak saja bahagia dengan harta benda tetapi menderita jiwa dan rohaninya.

Sedangkan Allah tidak sesekali menurunkan kesusahan, kecemasan dan penderitaan kepada orang yang mencintai taubat dengan rezeki menggembirakan hati. Oleh itu, sesiapa merasai kesedihan dan suka merungut dengan pemberian Allah hendaklah memperbaharui taubatnya. Boleh jadi tiada keberkatan dalam rezekinya disebabkan dia meninggalkan taubat.

Yang kedua, taubat menjadi benteng melindungi seorang hamba daripada musibah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33)

Sesungguhnya ada dua jenis musibah dalam kehidupan manusia iaitu musibah yang memberi pengajaran semata-mata untuk mempertingkatkan keimanannya kepada Allah, berlaku kepada orang Islam dan musibah berupa azab yang menutup peluang serta merta kepada orang kafir yang dilaknat.

Walau bagaimanapun, musibah tetap menjadi suatu kenyataan menakutkan bagi orang mukmin dan mereka disuruh berlindung kepada Allah daripada sebarang mudarat yang boleh membahayakan iman.

Hakikatnya, musibah paling dahsyat bagi orang mukmin adalah terhalangnya diri daripada merasai kenikmatan bermunajat kepada Allah. Hal ini pernah diungkapkan melalui luahan jiwa seorang pendeta bani Israil seperti mana disebut dalam kitab Shaydul Khatir.

Ibnul Qayyim mengungkapnya: “Pendeta bani Israil itu berkata: Wahai Tuhanku, betapa aku sering melakukan maksiat kepada-Mu, tetapi mengapa tak kunjung datang azab-Mu menimpa diriku? Didatangkan ilham kepadanya melalui ilmunya: Alangkah besarnya azab Allah kepadamu, tetapi engkau tidak mengetahui hakikatnya. Tidakkah engkau berasa dirimu dihalangi daripada merasai kemanisan beribadat kepada-Nya?”

Untuk itu benteng bagi orang beriman adalah taubat kerana dengan istighfar sesukar apapun musibah yang ditelan ia tidak akan menjejaskan agamanya dan hatinya pun sentiasa diliputi kemanisan iman. Ia adalah janji dan pertolongan Allah kepada pencinta taubat.

Keutamaan taubat yang terakhir, ia menjadi penghapus dosa dan pembuka pintu syurga seperti firman Allah yang bermaksud:“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136)

Sesungguhnya sesiapa yang mencari kasih sayang Allah, carilah ia dengan taubat, sesiapa yang menjual dunia untuk mendapatkan akhirat janganlah lupakan taubat, kerana walaupun amal soleh berjaya dikumpulkan tidak mustahil dicemari hasutan syaitan.

Tangisilah dirimu, biarkan syaitan berputus asa. Hakikatnya, tangisanmu itu membuat syaitan menangis juga. Seperti mana dia menangis melihat seorang hamba bersujud kepada Allah, sedangkan dia dulu tidak mahu bersujud.

Renung-renungkan!
Related Posts with Thumbnails