Tuesday, March 31, 2009

~SELAMAT MEYAMBUT HARI LAHIR KE-22 BUAT SAHABAT TERSAYANG~




warkah buat yang tersayang,

Selamat hari lahir ke-22 buat sahabat tersayang WAN SAMIHAH BT WAN MOHAMMAD moga dirimu sentiasa dipelihara disisiNya,dah tua dah ek...huhu...gurau jerk,....bila muhasabah diri balik ....makin bertambah umur makin muda kita menuju kematian ....innalillahiwainnailaihirajiun ...tapi manusia seakan -akan lupa sunnatullah ini ,mereka seakan -akan lupa setiap yg bernyawa pastinya akan menemui Tuhannya......begitu juga ak astarfirullahalazim ..... aku benar2 bersyukur dikurniakan sahabat sepertimu yg seringkali menasihatiku tatkala aku lagha...tak disangka2 pejam celik pejam celik hampir 8 tahun lebih kita berkawan ....alhamdulillah....persahabatan yang berusia membuatkan kita mengenali diri masing2...rasanya br semalam kita bertemu dibumi maahad ,terima kasih krn sudi menerima diri ini & menerima aku seadanya .


ku tujukan lirik nasyid ini buatmu menggambarkan luahanku pdmu syg :



SEBUAH PERTEMUAN~UNIC~

ketika diri mencari sinar,
secebis cahaya menerangi haluan,
adakalanya langkahku tersasar,
tersungkur dilembah kegelapan,
bagaikan terdegar bisikan rindu,
megalun kalimah menyapa keinsafan ,
kehadiranmu meyentuh kalbu,
menyalakan obor pengharapan,



Tikaku kealpaan,
kau bisikan bicara keinsafan ,
kau beri kekuatan,,
tika aku diuji dengan dugaan,
saatku kehilangan keyakinan,
kau nyalakan harapan,
saatku ragukan keampunan tuhan ,
kau katakan rahmatnya mengatasi segala,



Menitis air mataku ku keharuan,
kepada sebuah pertemuan,
kehadiranmu mendamaikan,
hati yang dulu keresahan,
cinta yang semakin kesamaran,
kau gilapkan cahaya kebahagiaan ,
tulus keikhlasan menjadi ikatan dengan restu kasihmu tuhan,
titisan air mata meyubur cinta & rindu pun berbunga,
tdak pernah layu,
yang dulu resah keliru ,
cintaku takkan pudar diuji dengan dugaan ,
mengharum dalam harapan,
mogakan kesampaian
kepada tuhan ,
lantaran diri hamba kerdil dan hina,
syukur ku dihati ini,
dikurnia teman sejati menuju jalan dekatinya,
tika diri dalam kebuntuan,


Bertapa aku menghargai ,
kejujuran yang kau beri ,
mengajar ku megenal erti,
cinta yang hakiki yang abadi,
Tiada menjadi impian selain kasih rahmatmu tuhan,
yang terbias pada ketulusan ,
sekeping hatiseorang insan ,
BERNAMA TEMAN.


Friends and Best Friends MySpace Comments and Graphics

Comments - Graphics - Layouts - Photobucket



Harapanku agar jalinan ukwah terbina berkekalan & ada nilainya diakhirat sana serta dalam reda & petunjuk-Nya , terima kasih ats sglnya....pemberian mu tak mampu ku balas hanya dia yang layak membalasnya .....salam sayang...muahhh...apa ek hadiah nk bg tahun ni...???huhu..

Hidup ini memang mencabar~

Hidup ini sememangnya mencabar.
Tapi, bagi setiap cabaran, mesti ada cara nak memenanginya.
Andai kita menganggap life is hard maka itulah yang menjadi mindset yang diserap oleh minda separa sedar kita.
Bila dalam fikiran sudah terserap life is hard (hidup ini sukar) maka semua yang lakukan pastinya akan menjadi sukar.
Kesannya, kita jadi tertekan, kurang bermotivasi serta lebih cenderung menyalahkan takdir.
Semua yang keras, pasti ada cara melembutkannya.
Andai ada yang susah, mesti ada cara menukarkannya menjadi senang.
Semua yang senang, pasti ada cara menjadikannya lebih senang dari senang yang biasa.
Untuk menjadikan kita seorang pemenang berdepan dengan cabaran hidup, perlu ada ‘power’.
Power ni datang dari beberapa sumber, antaranya ilmu pengetahuan, semangat yang tinggi dan inspirasi yang tak pernah putus.
Lebih banyak sumber ni dikumpul, maka semakin power, semakin energetik kita jadinya.
Ramai orang berkata, knowledge is power.
Itu betul, bahkan telah dibuktikan oleh orang-orang berjaya sebelum ni.
Mereka berjaya kerana mengaplikasikan apa yang mereka tahu.
Seperti mereka, kita juga menjadi lebih power bila mengaplikasikan apa yang kita tahu.
Selain mengaplikasikan ilmu, kita boleh berubah menjadi semakin power bila bersemangat tinggi, disamping membara dengan inspirasi setiap masa, setiap kali kita bernafas bukan setakat sehari dua. Ini cara untuk memenangi cabaran hidup.
Masalah, emosi down, perbalahan, pertengkaran, kesilapan dan kegagalan tetap akan muncul dalam proses kita menempuh cabaran.
Tetapi, itu semua sementara.
Lama-kelamaan, semua yang sementara akan menghilang dan sesuatu yang lain akan menggantikan tempatnya, dengan syarat kita mesti sanggup berubah terlebih dahulu.
Bukan mahu, tapi mesti berubah!
Pandang hidup ini dari sudut yang positif.
Cabaran membentuk kita menjadi seorang yang kuat.
Kuat di minda, emosi dan rohani.
Serap masalah menjadi cabaran lalu tukarkan ia menjadi sesuatu yang positif. Berfikiran positif membolehkan diri kita memenangi cabaran tu lalu menggenggam kejayaan di akhir garisan.
Dalam sejarah tak pernah ada orang berfikiran negatif menang setelah berdepan cabaran, semuanya kecundang.
Jadi, sematkan dalam hati, kita tekad, BERANI berubah untuk kecemerlangan hidup

Ya Allah kuatkn ak menghadapi minggu ini yang benar2 mencabar dgn jayanya .....amin

Friday, March 20, 2009

Madah Abdul Ghani, penyair sufi





Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau


Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh


Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu


Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.



"Ya Allah jk ak jth cinta....
cintakanlah ak pd seseorg yg melabuhkn cintanya pdMu agar bertambah kuat ku mencintai-Mu"




Thursday, March 12, 2009

Dunia Hanyalah Alat, Bukan Matlamat !

Sumber: syakirah al-hafizah~



Allah berfirman yang bermaksud ;

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau . Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.Maka tidakkah kamu memahaminya?" - Al-An'am : 32


Allah memberikan nikmat tidak terhitung banyaknya kepada manusia. Keluasan harta, banyaknya pengikut, ramainya anak, suami / isteri yang saling mencintai, kekuatan tubuh badan, kecerdikan akal fikiran dan sebagainya, sebenarnya hanyalah alat untuk digunakan bagi mendapat keredhaanNya, bukan sebagai matlamat kehidupan. Namun, sayang seribu kali sayang apabila alat bertukar menjadi matlamat, lalu jatuhlah martabat seseorang manusia itu di sisi Tuhannya, malah manusia yang sepatutnya membawa kemakmuran akan bertukar menjadi makhluk perosak di atas muka bumi ini.



"Dan apabila dikatakan kepada mereka : "Janganlah membuat kerosakan di muka bumi", mereka menjawab :"Sesungguhnya kami orang-orang yang membuat pembaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang yang membuat kerosakan , sedangkan mereka tidak sedar."- Al-Baqarah : 11-12


Krisis politik, sosial dan ekonomi di seluruh dunia begitu dahsyat. Belum lagi bala bencana yang menimpa beberapa tempat di dunia. Apakah isyarat ini tidak cukup kuat untuk manusia kembali menyuluh diri, mencari punca kefasadan yang berlaku? Alternatif Islam telah wujud sekian lama, bukan sebagai alternatif sebenarnya, malah sebagai penyelesaian mutlak yang wajib dirujuk.

"Sibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah?"- Al-Baqarah : 138


Penguasa berlumba-lumba merebut kekayaan dan meluaskan pengaruh di saat rakyat marhain semakin terdesak dan tertindas hidup mereka. Nafsu meraja menjadikan menusia makin sengsara. Kefakiran pula kadang kala menyebabkan manusia menjadi kufur apabila ada tangan-tangan yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh menghulur bantuan atas nama agama (Kristian terutamanya).

Apapun , yang pasti, selagi mana manusia meletakkan kepentingan diri di hadapan mengatasi perkara lain , selagi itulah penyelesaian yang dicita hanyalah ilusi semata-mata!

Kembalilah kepada Allah, wahai manusia ! Jangan menjadi pengikut kepada Firaun yang mengaku Tuhan tetapi saat nyawa sampai ke halkum baru ingin bertaubat, kerana pada waktu itu segala-galanya telah terlambat dan tiada berguna.

"Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas mereka, hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia :" Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai Bani Israil dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri kepada Allah.

Apakah sekarang baru kamu percaya, padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu , dan kamu termasuk orang yang berbuat kerosakan.

Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada tanda-tanda kekuasaan Kami" -Yunus : 90- 92


"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"- Ar-Rahman : 16

Wednesday, March 11, 2009

Lelaki dan Wanita : Makhluk Dari Dua Planet




Dalam celah-celah kesibukan , sempat juga saya mengintai helaian e-book "Men Are From Mars Women Are From Venus" karangan John Gray. Belum sempat menghabiskannya lagi, tetapi sempat membaca satu dua bab yang menarik perhatian.

Benarlah,perkahwinan yang dibina atas dasar cinta boleh musnah jika tiada persefahaman dan pemahaman bahawa lelaki dan wanita adalah seumpama makhluk yang datang dari planet yang berbeza. Mereka boleh bercakap bahasa yang sama tetapi membawa maksud yang berbeza. Tingkahlaku yang sama tetapi membawa mesej yang berlainan. Seringkali perceraian menjadi pengakhiran kisah cinta yang panjang semata-mata kerana silap faham dan kurang arif bentuk komunikasi yang sewajarnya dalam menghadapi pasangan.

Paling menarik ialah bagaimana lelaki dikatakan mempunyai emosi seperti getah, wanita pula seperti ombak. John Gray mengisahkan bagaimana wanita selalu tersalah tafsir apabila lelaki yang selalunya mesra tiba-tiba mendiamkan diri. Bagi wanita, mereka menganggap pasangannya sudah tidak cintakannya atau mempercayainya lagi. Hakikatnya, mengikut kajian yang dilakukannya, dalam tempoh-tempoh tertentu, lelaki memerlukan masa untuk bersendiri ( pergi ke 'gua'nya) untuk berfikir menyelesaikan masalah yang membelenggu pemikirannya tanpa bantuan orang lain. Seperti getah, biarkan dia tertarik jauh untuk meregang, akhirnya akan melantun semula. Ertinya, apabila lelaki berada di 'gua'nya, biarkan dia mengambil masa untuk berfikir, melakukan aktiviti yang disukainya sendirian, apabila selesai dan dia kembali tenang, dia akan segera kembali seperti sediakala seumpama tiada apa-apa yang berlaku.

Apabila membaca tentang hal ini, saya terfikir bagaimana Saidatina Khadijah telah menjadi tauladan buat para isteri , mendahulu teori pakar motivasi ini dalam mengenali hati seorang lelaki. Bagaimana fahamnya isteri bernama Khadijah ini terhadap keresahan hati suaminya Muhammad, dibiarkan suaminya beruzlah di Gua Hira' untuk mencari jawapan keresahan hatinya terhadap kefasadan umat. Dia tidak bertanya yang bukan-bukan, mencurigai yang tidak-tidak, malah dengan kasih sayangnya, beliau memahami, bahkan sanggup pula memanjat bukit menghantar bekalan makanan buat suami yang tercinta hinggalah selepas turunnya wahyu yang menobatkan Muhammad sebagai Rasul Umat ini, beliau jugalah yang menenangkan dengan kata-katanya yang indah dan mendamaikan.

Sebaliknya, wanita yang diumpama seperti ombak pula, apabila menghadapi masalah lebih suka meluahkan masalah yang dihadapi kepada seseorang. Walaupun teman di sisi sekadar mendengar dengan penuh setia, itu cukup untuk meredakan kekusutan yang dihadapi oleh seseorang wanita. Biarkan ombak menghempas kuat ke dasar lautan, kelak dia akan melambung tinggi semula. Biarkan wanita meluahkan ke'tension'annya, selepas itu apabila 'ombak' reda , dia menjadi wanita yang penuh kasih sayang seperti biasa. Wanita bukan ingin menghukum pendengar (lelaki sering merasa dipersalahkan apabila wanita meluahkan keresahan hatinya), tetapi dia sekadar inginkan perhatian dan sokongan daripada pasangannya.

Dalam hal ini saya teringat kisah Saidina Umar yang hanya diam mendengar isterinya membebel sehingga seorang sahabat yuang ingin mengadu tentang isterinya juga berasa hairan dengan tingkah laku Umar. Mungkin sahaja sahabat ini berfikir,"Ingatkan isteri aku je yang membebel, rupanya isteri Umar pun dua kali lima ." Apa jawab Umar r.a.? Dalam bahasa mudahnya,"Isteriku inilah yang melahirkan anak-anakku, memasak untukku dan mengurus rumahtanggaku, biarkan sahaja dia meluahkan isi hatinya."

Demikianlah secebis iktibar yang boleh kita ambil dari teori penulis Barat yang sebenarnya telah diamalkan oleh generasi Islam terdahulu. Bagi saya, kata kunci yang paling sesuai dalam merumuskan teori di atas ialah sifat SABAR dan BERLAPANG DADA.Buat adik-adik yang bakal berkahwin dan juga yang belum membaca buku ini, rasanya elok juga menambah ilmu komunikasi rumahtangga dengan membacanya. Mudah-mudahan kita dapat membina Baiti Jannati, menjadi pasangan yang saling memahami,bahagia untuk selamanya.

Teori ini boleh jadi tepat dengan sesetengah orang, boleh jadi juga kurang tepat bagi sesetengah yang lain. Bagi yang ingin mendapatkan buku ini, boleh dapatkan di kedai buku .

p/s : Oh, ye.Terlupa nak beritahu(harap tidak menjadi isu pula), saya tertarik membaca buku ini setelah membaca artikel di saifulislam.com, pun begitu artikel ini ditulis dengan berpandukan e-book John Gray tersebut, bukan copy paste artikel saifulislam.com. Persamaan isi kerana persamaan rujukan, anggap saja artikel ini ibarat artikel ulasan buku. Bukankah satu buku dibaca oleh berjuta-juta orang dan setiap orang berbeza ulasan mengikut persepsi masing-masing.Sebenarnya teori ombak dan getah ini pernah saya baca sebelum ini turut digunakan oleh Dr. Fadzilah Kamsah.

Hormatilah Diri Anda Sendiri, Nescaya Anda Akan Dihormati

Entah kenapa, tiba-tiba saya terfikir frasa di atas.Saya tidak ingat di mana saya mendengarnya buat pertama kali. Mungkin beberapa perkara yang berlaku di sepanjang hidup ini, di sekitar dunia hari ini menjadikan terlintas perkara ini di fikiran saya. Saya harap coretan ini mampu menjana minda dan hati kita untuk sama-sama memikirkan dan merenungkannya .

Saya juga sama seperti anda. Kita ingin dihormati orang lain, dilayan dengan baik, disayangi, tetapi tahukah anda bahawa kita hanya akan dihormati jika kita tahu menghormati diri kita sendiri. Menghormati orang lain kita selalu dengar, namun bagaimanakah cara untuk kita menghormati diri kita sendiri?

Berikut adalah antara cara bagaimana kita menghormati diri sendiri :

1. Mentauhidkan Allah, melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya
(Allah telah memberi kedudukan sebaik-baik makhluk kepada manusia, mengapa pula kita merendahkan martabat diri dengan menyanggah suruhan Allah yang kelak melayakkan kita digelar seperti haiwan , bahkan lebih buruk daripada haiwan seperti yang disebut di dalam Al-Quran)
2. Berakhlak dengan akhlak yang terpuji di mana jua dan dalam apa jua situasi, tidak kira sama ada ketika sedih, gembira, marah,tertekan dan sebagainya
3. Bersabar menghadapi segala ujian dan bersyukur atas segala kurniaan Tuhan
4. Jujur dan amanah tidak kira semasa bersendirian atau di khalayak ramai
5. Mengakui kesilapan diri dan bersedia memohon maaf
6. Bersedia menerima teguran dan memperbaiki diri
7. Berlapang dada dan pemaaf
8. Berfikiran positif dan bersangka baik
9. Berusaha bersungguh-sungguh melakukan setiap pekerjaan
10. Berfikir sebelum bertindak dan tidak tergesa-gesa membuat keputusan
11. Berterima kasih dan menghargai kebaikan orang lain
12. Berpada-pada dalam membenci atau menyayangi orang lain dengan menjadikan kasih sayang Allah dan RasulNya sebagai neraca
13. Menerima takdir dengan redha
14. Tidak menghina diri sendiri dengan merasakan diri tidak layak, tidak mampu, sedangkan usaha belum habis digembelengkan
15. Dan banyak lagi…

Kata kuncinya, Allah telah memuliakan kita sebagai khalifah di bumiNya, bahkan sebagai umat Penghulu Para Nabi, justeru sama-samalah kita berusaha memiliki sifat Khalifah Allah, jua sifat pewaris risalah Muhammad SAW yang jiwanya izzah dengan Islam dan hanya tunduk menghina diri kepada Penciptanya.

Tuesday, March 10, 2009

Allah adalah sebaik-baik tempat megadu....

When you are tired and discouraged from fruitless efforts...ALLAH knows how hard you have tried.
When you've cried so long and your heart is in anguish...ALLAH has counted your tears.

If you feel that your life is on hold and time has passed you by...ALLAH is waiting with you.

When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call...ALLAH is by your side.

When you think you've tried everything and don't know where to turn...ALLAH has a solution.

When nothing makes sense and you are confused or frustrated... ALLAH has the answer.

If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope... ALLAH has whispered to you.

When things are going well and you have much to be thankful for...ALLAH has blessed you.

When something joyful happens and you are filled with awe... ALLAH has smiled upon you.

When you have a purpose to fulfill and a dream to follow...ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Remember that wherever you are or whatever you are facing... ALLAH KNOWS!!




Betullah kata seorang kakak ,kawan yang paling memahami adalah Dia ....bukan semua masalah kita boleh cerita dekat orang ,ade juga yang kita perlu rahsiakan.Minggu lepas banyak perkara yang berlaku yang benar2 menggangu emosi aku,yang paling aku sedikit terkilan silap faham dengan kawan aku tp alhamdulillah dah selesai.Semakin bertambah umur semakin bertambah tanggungjawab .Kadang-kadang terasa berat utuk aku memikulnya,tapi aku yakin setiap sesuatu ada hikmahnya.Aku rindukan abah ,umi & adik-adik.Angah terlalu rindukan kamu semua.Ya Allah berkatilah mereka semua & pimpinlah mereka ,aku hanya mampu bagi nasihat & doakan dari jauh.Maafkan angah hanya mampu melihat kamu membesar dari jauh.Masa untuk kita bersama terlalu singkat dek kerana masing-masing kesibukan study.Aku pulak tak pasti lagi nak ambik short sem @ tak .Kalau ambik ...nampak gayanya makin tak der mase laa aku nak pantau perkembangan adik-adik.Bagi aku kejayaan aku yang sebenar-benarnya apabila dapat melihat adik-adik aku berjaya & senyuman bahgia di wajah kedua ibu bapaku .Moga dugaan yang kami hadapi membuatkan ikatan kami kuat & makin dekat dengannya.
Apa yang benar-benar membuatku terharu kata-kata abah aku bila aku tanyakan tentang acik nak buat short sem yang pastinya memerlukan duit yang agak banyak juga .Apa yang aku dapat adalah ketegasan abah aku kerana aku memikirkan pasal duit .Katanya :Duit abah & umi boleh cari ,demi anak -anak dapat belajar dengan sempurna,jangan fikir pasal duit lagi!!" Inilah ibubapa aku demi ilmu apa saja diorang sanggup lakukan .Alhamdulillah aku mempunyai ibubapa yang mementingkan agama,akhlak & pelajaran
Itulah ibubapa....moga-moga pabila aku memiliki keluarga nanti aku dapat meyediakan kepada mereka yang lebih baik dari mereka berikan.
Sayang kamu semua.......muahhhhhhhhh...........
Related Posts with Thumbnails