Friday, May 22, 2009

sejenak .....

Asal kejadian manusia, dari setitis air mani yang hina. Yang pastinya tiada harga. Yang mana bila jatuh ke bumi, tak patuk dek ayam, tak sudu dek itik. Tapi kenapa ??? bila saja manusia itu sudah sempurna penciptaannya. Dari segi jasmaninya & jua pemikirannya. Manusia itu bisa saja merasa diri teramat hebat dan jauh lebih hebat dari orang lain. Begitu juga ,Sang pejuang Islam, yang berkali-kali melontar kata-kata mengenai tarbiyyah dan dakwah, juga tidak terlepas dengan terasa diri hebat.

Hebatnya aku.


Hebatnya aku, ada ilmu yang tinggi. Tetapi Ingat, ada yang lebih tinggi. Hebatnya aku, berjuang untuk Islam.
Tetapi ingat
, ramai lagi yang berjuang. Hinggakan ada yang syahid ketika berjuang.


Sibuknya aku.


Sibuknya aku, terlibat banyak program dakwah

Tetapi Ingat
, berapa ramai yang lebih sibuk dari kita???


Wahai Sang pejuang,
Sibuknya, hebatnya kamu, kerana siapa?

Siapa yang menyibukkan kamu, sedangkan ada di kalangan kawan/kenalan kamu yang punyai masa terluang. Bebas untuk belajar, berpersatuan dan berpacaran. Siapa yang menghebatkan kamu, sedangkan ada ramai lagi yang masih terkapai-kapai mencari realiti hidup. Walhal, kepada yang sudah menjadi pemimpin, ada lagi yang masih merasa diri hebat.

Penulis menyeru semua sahabat, pejuang-pejuang, sehebat mana pun kita. Sesibuk mana pun kita berdakwah. Semuanya kerana izin Allah. Kalau Allah tidak mengizinkan, kekallah kita menjadi setitis air mani. Yang tak patuk dek ayam, tak sudu dek itik.


Jawatan

Sebagai pemimpin, kita tidak patut ada rasa ego. Malah sepatutnya, bila sudah ada amanah, kita lebih tunduk dan tawadhu' kepada Allah. Bukan mengangkat dada dan berbangga, "Nah, aku lebih hebat dari kalian semua." Ingat suatu perkara, apa yang dizahirkan di mulut, tak semestinya dizahirkan dengan perbuatan kita. Contohnya, "Eh, ana tak ada pun sifat ego ni." Tapi adakah kalian sedar yang perbuatan kalian itu menghimpun keegoan dalam diri. Kita kata, kita tak buat perkara begini. Tetapi perbuatan kita mebuktikan sebaliknya. Jadilah seperti padi, makin tunduk makin berisi. Makin luas ilmu di dada, makin kita rendah diri. Bila orang bawahan, atau sesiapa saja yang bagi nasihat, kita dengar. Jadikan ia tazkirah buat diri. Ini tidak. Bila orang bagi nasihat, kita cepat-cepat kata itu ini, mempertahankan diri. Untuk apa? Apa kepentingan kita mempertahankan diri? Inilah yang dikatakan ego. Rasa diri hebat. Bila rasa diri lebih hebat dari orang yang memberi nasihat, kita rasa dia tak layak untuk beri nasihat pada kita. Jangan jadi seperti lalang, semakin melangit. Jadi seperti beburung, yang bebas berterbangan di angkasa, tetapi pulang semula ke bumi, tempat asalnya. Padi yang menunduk, akhirnya berbakti pada manusia. Lalang yang melangit, bukan sahaja merimaskan dan melemaskan mata, malah menyusahkan orang lain.

http://bidahdeli.blogspot.com/search/label/tinta%20penulis


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s:

ish2 dah lama tak update blog, disbbkn kekangan masa & waktu ,mgkin slps ni banyak lagi komitmen yang menanti yg pastinya akan megurangkan masa yang sedia ada,...Ya Allah permudahkn agar ak dpt mengharungi onak & duri dlm memegang amanah yg engkau telah pertanggungjawabkan .

Sunday, May 10, 2009

Adakah kita nak jadi lobak,telur @ kopi???

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?”

“Lobak, telur dan kopi”jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak.Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk menghirup kopi. Si anak tersenyum seketika, menghirup kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.

Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, Ayah?”
Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah.
Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

“Kamu termasuk yang mana?,” tanya ayahnya.
“Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui… Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?”

IKTIBAR:

1. Apakah kita merupakan lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan diri.

2. Atau adakah kita hanyalah sebiji telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan terus menjadikan diri kita keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi adakah kita menjadi pahit atau keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

3. Atau adakah kita seperti serbuk kopi? Serbuk kopi yang boleh merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.
Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar juga menjadi semakin baik.



p/s:

. Kesedihan dan kegembiraan silih bergantiItulah perjalanan kehidupan. Dalam perjalanan usia meniti usia, pastinya kita akan tersungkur dan rebah berkali-kali. Namun yang penting setiap kali kita rebah dan tergelincir, kita bangun dan meneruskan perjalanan dengan sabar dan istiqamah. Melakukan kesilapan dalam kehidupan adalah perkara lumrah. Tetapi yang penting setiap kali tersasar, kita segera kembali kepada landasannya. Beruntunglah mereka-mereka yang ada "guru" dan "Sahabat" yang dapat memapah mereka untuk bangun setiap kali mereka rebah tersungkur.Ya ALLah hadiahkanalah aku mereka dalam hidupku....

Saturday, May 9, 2009

~~slmt hari ibu buat ummi tersayang~~

sejak seminggu yg lalu ak terfikir2 hadiah yg ak mahu dberikn buat ummi ku ,esk dah hr ibu tp hadiah tah kemana lg, tak per ar dulu nanti ak balik nanti insyaAllah ak beli yg special punya....yg ptg sbg anak ingatan itu lebih ptg.....tunggu angah telifon ummi esok....syg ummi muahhh

Terigtkn ak perbualan kami tika lepak makan ptg 2 mgu lepas."Mi kak da tengok video org melahirkn anak,eiii,takutnya..."kata kak Da adk ak ting 4."Video yg k.ngah wat balik hr tu pun gerun jg tgk ksian kat ibu senang2 jer doktor bukak perut ibu utk ambik anak dlm perut .....sakit nyer..."sampuk adik ak yg bongsu.Ibu ak hanya tersenyum sambil berkata" masa tu Allah jer tahu bertapa sakitnya macam nak putus nyawa....hanya pdNya mampu bertawakkal yg lain tak ingat dah,tp lega bila tengok anak sihat waaafiat".Byk lg ummi cerita tp ak rasa tak elok utk diceritakn disini krn ia berkaitan hal perempuan....ummi ak cukup terbuka memandangkn kami semua bukan budak2 lg, dah sesuai utk hal2 begini dgn berbincang begini meyebabkn kami cepat matang.....camnerpun itulah pengorbanan seorg ibu yg patut kita kenang & hargai........

Bg ak sikap yg paling ak suka ttg dirinya sikapnya yg pandai mengawal kemarahan,seigt ak ,ak tak pernah kena marah pun ....ak tahu bila dia marah dia senyap tp sekejap jer .....tu pun sekadar utk teguran ,apa lg sbg anak mestilah rasa bersalah cz benda yg dia tegur tu salah ak sendiri.Bg ibu ak dia tak suka marah org cz lepas tu dia akan rasa bersalah ......itu kot yg membuatkn kawan2 sekerjanya menyukainya....

Antara pengorbanan yg terbesar yg dia lakukan ialah melepaskn cita2 nya utk meneruskn pelajaran di UIAM krn memikirkn kami masih kecil tika tu ,pujukan kawan2nya tdk diendahkn ....sedih tak yah bg tau ar,lgpun pointer dia sblm tu mmg bagus walaupun stp minggu ulang alik dr KL ke Kelantan utk menjalankn tanggungjwb sbg isteri ,ibu & anak krn nenek ak pun dah tua ,ak dpt lihat sendiri tika acik menceritakn ttg uiam cz adik ak ni bljr disitu ,tambahn lg dia tak dpt menghantar adik ak mendaftarkn diri cz ada masalah keluarga ....camnerpun sedih lg bila memikirkn anak2 yg perlukn belaian ibu tak silap masa tu ak Darjah 3 & yg bongsu 3thn tak silap.TERIMA KASIH UMMI...kami benar2 menghargai......pengorbanan ummi akan kami balas dgn IJAZAH kami berlima amin......permudahkn kami Ya Allah.

Apa yg ak benar2 bersyukur krn Allah tabahkn hati ibuku dlm menghadapi ujian yg Allah timpakn buat kami sekeluarga br2 ni.....tak terdgr pun dr mulutnya keluhan ....mmg kami agak buntu utk menyelesaiknnya....tp apa yg ummi ak buat slt hajat & bc quran ,....dia tak menyesali apa yg terjadi cz semua tu ujian dr-Nya& dia dah buat terbaik dia mampu....stp dugaan ada hikmahnya.....insyaAllah jk kita sabar Allah akn bagi yg lebih baik didepan.....insyaAllah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



“sekuat mana pun godaan yg kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yg harus kita jalani, sebesar apa pun kegagalan yg kita rasai, sesusah mana pun hari2 yg kita lalui,
jgn pernah berhenti berharap pd ilahi Rabbi… kerana harapan adlh masa hadapan.. kerana harapan adalah sumber kekuatan.. kerana doa adlh pintu kebaikan dan kerana doa adalah senjata org beriman"'

Camnerpun apa yg ak belajar dr ummi ak ,agak susah nk jd wanita berkerjaya ,disamping nk mendidik anak menjadi insan berguna ddna & akhirat.Penat tak yah cerita ,apa lg kalau anak dekat2 yg ptg persediaan mental , fizikal& jg kewangan ptg(kena pandai mengatur kewangan apatah lg zaman skrang yg agak tinggi perbelanjaannya ).

Bg kawan2 yg akan melangsungkn perkahwinan isikn diri dgn ilmu keibubapaan , ilmu agama& ikhlaskn niat krnNya utk meramaikn lg umat muhammad,kualiti ptg bukan kuantiti.Mg anak kita menjadi anak soleh yg mendoakn kita di akhirat sana. Pendidikn agama penting !!!.lgpun berbuat baik kpd ibubapa adalah sumber rezeki & yg plg ptg ikhlas krn-Nya.Baik buruk ibubapa kita mrka ttp ibubapa kita, sekiranya kita meraskn ibubapa kita kdg2 tdk adil perhatian mrka atra adik beradik kita....jgn berkecil hati cz bukan mudah nk berlaku adil terhadap anak2,bila kita jd ibubp taulah mcmmana...hehe macam tahu2 lak ak....tp cam2lah ak tgk ibubp ak yg ptg atr adik beradik reda meredai atr satu sama ln & saling bantu membantu ...mmg susah tp bukan mustahil .Camnerpun ibubp akan membuat yg terbaik utk anak2.....cuma kita sbg anak adakah dah cuba buat yg terbaik utk mrka....muhasabah diri utk kita yg bergelar anak.
Kita sbg anak sekiranya ibubapa kita buat salah tegur baik2 .Tambahan pula, bg ibubpa yg dah meniti umur 50 an ke ats mrka agak sensitif .Jadi kebijaksanaan ptg dlm menegur mrka.Ni semua pesan ustzh ak masa ak berbual dgnnya tika sekolah menengah dulu.Rindu kat ustzh .Maaf tak sempat2 nk ziarah ustzh .InsyaAllah nanti berpeluang sy ziarah dgn Asma' cz dia pun dah hbs ....dah jd ustazah dah......alhamdulillah.........

~~SELAMAT HARI IBU ......BUAT UMMI DR KAMI ADIK BERADIK-SYG
UMMI...MUAHHH~~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Buat ummi & abah ,kami tdk mampu membalas pengorbanan kalian berdua ,hanya Dia yg mampu membalasnya ,apa yg kami mampu buat mendoakn mg Kalian berdua dirahmati oleh-Nya & dipanjangkn umur & kesabaran untuk mendidik kami....Ya Allah ak bersyukur krn dikurniakn ibubp seperti mrka berdua....mg ak dpt jd ibu mcm ummi ak..........

Disini ak dedikasi lirik lagu ini buat ummi tersayang:

Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biar pun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biar pun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana


Photo Cube Generator



notes:
buat Hamizah yg dah berbadan dua.....mg dipermudahkn ...& mg anaknya jd insan soleh ddna& akhirat.....bakal jd ibu rupanya kawan ak ni...alhamdulillah...



Get orkut-Graphics



~~redha Allah ku cari dlm stp tindakan~~

Friday, May 8, 2009

~sekadar perkongsian~~

Baru2 ni aku sempat berbincang dengan seorg kenalan yang juga aku kagumi ,tapi tak sempat berbincang lama tentang isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu yg menganut agama islam .Isu status agama 3 anak beliau.iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun).

Apa yg ak respect kat dia(knalan) sikap sukakan ilmu& tak jemu2 mengadakn program & sanggup walau pergi walau di ceruk manapun.Mg Allah permudahkn urusan beliau.

Dlm isu ini apa yang menambahkan complicated isu ini cz kabinet masuk campur sedangkn yg kita tahu eksekutif tdk blh masuk campur tangan dlm kehakiman .

pada 26 April lalu Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya - Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 - kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.

Tindakan kabinet adalah tidak sepatutnya kerana kes ini masih dalam perbicaraan .Pd 5 mei lalu kes ini telah dibicarakn di mahkamah Tinggi Ipoh Perak& Kes ditangguh hingga 12 Mei. (link).Sepatutnya kabinet tidak boleh tergesa-gesa mengeluarkan keputusan(menetapkan agama asal anak) demikian. Sepatutnya hal ini perlu dibawa berbincang dengan ulama-ulama dan mereka-mereka yang lebih berautoriti. Apa yang berlaku ini hanya akan menambah rumit lagi kes ini bukan membantu menyelesaikannya.

Dr segi islam:Ini hujah yg sy bc dr Ust Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net)

Berlaku lagi isu yang dianggap sensitif berkait isu agama, sebagaimana kes jenazah individu yang dipertikai sama ada telah menganuti Islam atau tidak semasa hayatnya.

Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.

Pelbagai artikel ditulis dalam hal ini, saya tidak berhasrat untuk mengulang-ulang apa yang telah ditulis. Fatwa dari empat mazhab turut disertakan. Secara ringkasnya, majoriti mazhab berpandangan anak akan menjadi Islam secara automatik sama ada ayah atau ibunya menganuti Islam. Manakala mazhab Maliki pula hanya meletakkan kemasukkan Islam secara automatik itu hanya berlaku jika si ayah yang menganuti Islam. Justeru itu, menurut pandangan keempat-empat mazhab, kes yang berlaku di Malaysia ini, anak turut automatik menjadi Islam.

Bagi yang berminat membaca lanjut boleh merujuk di link berikut .

PKPIM juga ada mengeluarkan kenyataan yang baik, disamping menyertakan beberapa kes lama yang boleh dijadikan panduan dalam menetapkan sikap terhadap kes terbaru ini, iaitu :-

"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

"Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga.

"Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,"

Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara autoamtik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya tuurt serta menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.

Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan,

Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa


dan jawapan. Wallahu'alam.

Note:

Dlm keadaan skrang bg ak amat ptg sbg org islam mengetahui perundangan sivil & pemahaman perlembagaan malaysia bkn skdr utk exam .cz kalu dulu utk mempertahankn agama jihadnya dgn mata pedang kini jihadnya dgn kepetahan & kefasihan dlm pemikiran berhujah .tahniah buat adikku acik krn membuat keputusan tepat utk meneruskn pengajian dlm bidang LAW(Svil+syariah ) di UIAM walaupn ia bdg sukar utk mengekalkn pointer .....huhu...insyaAllah dipermudahkn ........,ak kantoi sikit berhujah dgnnya cz dia byk hujah sgt ,yg sesuai berhujahnya adik ak yg laki seorg lg cz kedua2 nya mcm anjing dgn kucing -jgn marah ek...syg kamu berdua....muahh










redha dgn ujiannya...

Sdg asyik membelek2 blog ak terjumpa satu cerita yg dptku kongsikn bersama kwn2
iaitu ttg seorg adik yg menghidapi penyakit ,ak amat tertarik dgn perbualannya bersama abgnya ......si adik amat redha dgn ujian Allah keatasnya...terdetik dihatiku mampukah ak setabah itu...Allah memberkati arwah

Seorang abang telah bertanya kepada adiknya yang menghidap penyakit yang tidak pasti. Usianya masih muda. Akibat daripada penyakit yangdialaminya, matanya menjadi juling, jasadnya menjadi lumpuh dan hanya terlantar di kerusi roda. Walaubagaimanapun, dalam kekurangan itu, terkesan ketenangan pada wajahnya.

"Dik, aku kurang mengerti. Mengapa kamu boleh tenang sahaja walaupun dalam keadaan sebegini" Tanya abangnya bernada lembut untuk memancing isi hatinya.

Jawabnya,
"Bang, aku tahu penyakitku ini sukar dicari ubatnya dan Allah telah mentakdirkan aku tidak dapat beramal dengan jasadku (tidak dapat melakukan amalan yang melibatkan pergerakan anggota badan spt bersedekah, mengajar ilmu dll). Maka dengan ilmuku yang sedikit, aku cuba mmupuk hati menjadi redha pada ketentuan yang Allah telah takdirkan untukku. Jika ujian ini petanda kepada penghujung usiaku, ku harap inilah amalan yang terbaik dapat kubawa menghadapNya"

Hati abangnya tersentuh dan dia terus memeluk dan menciumnya.

"Bang, jika aku mati, matiku ini bukan kerana penyakitku. Tetapi kerana pinjaman Allah kepadaku sudah cukup tempohnya." Bisiknya lemah.

"Bang, aku, kamu, umi dan walid berusaha bersama di sini (dunia), dan aku harap kita kekal bersama di sana (syurga)" Bisiknya lagi.

(lebih kurang beginilah isi perbualannya namun lenggok gaya bahasanya telah ku touch up ))

Setelah beberapa tahun, dia meninggal dan abangnya menjadi seorang guru agama,mungin kesan daripada adiknya.

Perbualan ringkas itu memberi kesan bermakna bg sesiapa yg menghayati. Perbualan ringkas yang sarat dengan tasawuf

nota:

mengigatkn ini ak teringatkn seorg kwn ak yg jg disahkn menghidap pelbagai penyakit yg tak krg beratnya...bertapa tabah menghadapi dugaan drNya membuatkn ak respect pd-Nya....Mg Allah memberikn ketenangn & ketabahan pd-nya...

Tuesday, May 5, 2009

~~short sem bermula & sedikit renungan~~

Hari ini kls pertamaku utk short sem ini.camnerpun kls tak bermula agi,kls akn bermula hr jumaat ni,itupun start dgn lab dulu memandangkn pekakas makmal akn diangkut ke kampus pekan akhr bln 5 .Jd perkara2 yg berkaitan dgn makmal akn diselesaikn awal.

Kls ku tdk byk memandangkn ak ambik satu subjek jer(isnin,rabu & jumaat) Rasa2nya sbjk apa ak ambil ?? ...apa lg kalu bkn sbjk Digital Elektronik ,sbjk yg satu masa dulu ak tdk minat & subjek ni berkait dgn sbjk sem dpn...Ak bersyukur krn kls aku kali ni akan diajar oleh Pn Hazlina .


Sem dpn ak tdk dpt lari dr sbjk ni memandangkn sem dpn ,kami akn bljr sambungannya .Keadaan diUMP pula,agak meriah walaupun cti dah start cz ramai jg yg mengambil short sem pd kali ni ,ditambah dgn latihan pusat utk MASUM & pelbagai lg aktiviti.Ak sendiri tdk berasa kesunyian memandangkn roomate masih blm balik krn terlibat dgn MASUM.

Utk mengisi masa kosong x der aper yg ak buat selain mengemas kini blog ,frienster & ln2 .Dispg menghabiskn buku2 yg dibawa dr rumah ,nk tido terasa sygkn masa tp tido jg skdr membetulkn balik system tubuh setelah beberapa bulan tidur tdk menentu. Tidur yg plg baik adalah dr pkl 11 mlm hga jam 3 pg cz masa tu tubuh kita aktif menggantikn sel2 yg rosak stlh seharian kita menggunaknnya.

Cti ni byk rancangan yg tergendala . Byk jg undgn rakan2 utk mengikuti program luar tergendala .Syok jg kalau dpt ikut kawan2 utk mengikuti prgram di pondok .Yerlaa kalau ramai2 mesti best dpt berbincang & keselamatan pun agak terjamin.Camnerpun cuti ni ramai jg atr kwn2 yg ambik short sem & begitu jg yg private collage .lgpun yg private cti tak lamer.Cmnerpun insyaAllah akhir bln 6 dpt jmpa semua.InsyaAllah.




Ada satu perkara yg ak terasa nk kongsi bersama,iaitu berkaitan perempuan .Walaupun ak bukanlah pakar dr segi cinta lantaran ak sendiri tdk pernah bercinta krn bg ak cinta lps ikatan yg sah lbh bermakna & diredai krn ia mengikut landasan yg btl kalau ada jodoh insyaAllah akn smpi bila tiba masanya kn Allah dah jnji wanita yg baik utk lelaki yg baik begitu jg sebaliknya...

Tp alhamdulillah sehingga kini ak diberi kepercayaan menyelesaikn masalah berkaitan cinta oleh kwn2 ,ak kwn dgn semua org dr yg alim hga yg gila2 yg ptg mrka jjr & ikhlas berkawan, ada yg mampu kembali aku heret balik ke pangkal jln & ada yg dah disedarkn tp tak mampu berubah ..insyaAllah mg Allah buka hatinya kita hanya mampu megajak tp hidayah milik-Nya.

Apa yg ak dpt simpulkn hati perempuan ni mdh terlagha dgn janji2 manis dr insan bergelar jejaka ,terutamanya apabila dikatakn ingin mengambil sbg suri hidup...hga kdg2 sanggup menyerahkn maruah diri dlm keadaan sedar @ tdk sedar astarfirullahalazim...mg mrka diberi ptjk .Bila berlaku keadaan begitu ...geram jg ak nk marah sedih& ksian pun ada ,org nasihat awal2 tak nk dgr .Antara kata2 yg biasa didgr :dah kenal lama dgnnya ,pak we blh dipercayai& ln2.Blh dipercayai mcmmanapun kita kena igt bila berduaan atr lelaki & perempuan pastinya ada yg ketiga.....saper lg kalu bukan syaitan.Mula2 tu mmg buat yg ringan2 jer tp akhirnya.....


Buat yg bercouple kembalilah ke jln keredan-nya.Kalau dah bertemu dgn insan istimewa jnji betul2 & ln2 serahkn pd Allah.. kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.


Apa yg membuat ak terdetik utk berkongsi hal ini ,krn tadi ak terbc satu berita ttg seorg perempuan yg sanggup menyerahkn gambar bogel nya menerusi MMS pd teman lelakinya krn terlalu syg &tkt kehilangan.Camnerpun teman lelakinya itu mengugut akn menyiarkn gambar itu sekiranya dia tdk memberikannya wang sebyk rm400. http://apipenang.blogspot.com



Buku yg ak cdgkn utk bc ttg cinta....ak terima nikahnya oleh ust Hasrizal,cinta oleh ust Pahroi & pemilik hatiku selepas Allah & rasuloleh Fatimah Syarha Mohd.Nordin.


Puteriku Sayang

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica feat Munif

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

(Ni adlh nasyid favourite ak sjk ting.3 lg kalau tak salah masa 2 HIJJAZ yg nanyi ...camnerpun org yg nyanyi 1st utk ak adlh kwn baik ak yg mempunyai suara merdu-Miah...hehe..jgn marah Miah ek...syg kamu=)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dlm cuti ni jg ak berkesempatan menghantar adik aku ke UPM & sempat mendgr talklimat ttg kedoktoran di m'sia ...ak agak terkejut bercampur gerun jg apabila dikatakn secara purata dr bumiputra hanya 30% lbh sj dr keseluruhn doktor diM'sia....Bg ak ,keadaan ini agak membimbangkn .....mg2 pd masa dpn statistik ini semakin meningkat....camnerpun mg dipermdhkn urusan adik ak utk menjadi dktor yg berjasa kpd agama....amin.Wallahuallam.

~slm syg ....carilah reda-Nya dlm stp tindakan ~

Monday, May 4, 2009

Aura Erdogan dan Ahmadinejad : benteng umat Islam kini

akpDua singa dunia islam kini

Pada awal tahun ini Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip Erdogan telah menggegarkan forum ekonomi dunia ketika itu berlansung di Davos, Switzerland. Apabila beliau dengan lantangnya mengkritik Presiden Israel Shimon Peres,secara berdepan di atas kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin. Setelah disekat untuk meneruskan kritikannya, beliau nekad dan terus meninggalkan forum tersebut. Perhatian dunia ketika itu terarah kepadanya kerana tindakan tegas beliau berhadapan dengan salah seorang kepala rejim zionis, Shimon Peres.

Hari ini, sekali lagi dunia menjadi kecoh dengan tindakan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semasa persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva. Beliau yang sememangnya terkenal dengan pendirian tegas terhadap barat dan Israel telah berjaya menjentik kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU sehingga mereka bertindak keluar dari dewan semasa persidangan masih berlangsung.

Dalam ucapannya beliau dengan tegas menyatakan bahawa zionis Israel dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menjadikan Holocaust sebagai ‘alasan’ untuk melakukan keganasan ke atas penduduk Palestin. Katanya lagi, mereka telah menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara itu (Palestin) kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi semasa Holocaust.

Pemimpin simbol kekuatan umat Islam

Sirah Islam telah membariskan figur-figur kepimpinan yang cukup hebat. Bermula dengan Rasulullah,empat khalifah agung : Abu Bakar, Umar, Uthman,Ali, Umar Abdul Aziz, muhammad Al Fateh, Sallehuddin Al Ayubbi dan ramai lagi. Umat islam pada ketika itu menjadi kuat di bawah kepimpinan mereka dan hasilnya Islam pernah memerintah hampir dua pertiga dunia. Apa yang perlu diteladani kini adalah , hanya pemimpin yang berpegang kepada sumber Islam iaitu Al Quran dan As Sunnah sahaja akan menjadi nadi kekuatan umat Islam untuk bangkit semula.

Berani menegakkan yang hak

Apabila pemimpin mempunyai dasar Islam yang kukuh, mereka tidak akan ragu-ragu lagi untuk pertahankan yang hak dan menyuarakan kebenaran, namun realiti pada hari ini betapa dhoifnya umat Islam kerana kita terlalu kurang mempunyai pemimpin Islam tegar mempertahankan prinsip. Mereka lebih suka mengambil jalan selamat supaya dilihat lebih toleransi dan moderat di mata dunia. Kita menantikan zaman Islam kembali gemilang dengan tertegaknya khilafah Islam. Namun, sejauh manakah impian ini akan direalisasi sekiranya kita masih mempunyai pemimpin yang sebegini?

Turki, Iran sudah.. Malaysia bila lagi?

Kemashyuran Malaysia sebagai Negara Islam yang moderat telah dibuktikan apabila pernah menerajui OIC. Dengan posisi ini seharusnya Malaysia mampu untuk menghasilkan suatu bentuk tindakan yang lebih “ jantan “ dalam membela nasib umat Islam yang tertindas khasnya di palestin. Saya membayangkan suatu masa nanti perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib juga mampu bertegang urat dengan Tony Blair berdebat tentang isu penindasan umat Islam di palestin. Di saat itu saya akan tersenyum bangga dan berkata “ itulah PM kesayangan kita”.

Oleh : Norsyahida Hashim

Timb.Exco JKP Perhubungan Dan Hal Ehwal Semasa

PMIUM 09/10
Related Posts with Thumbnails