Wednesday, June 10, 2009

~Menyusuri kehidupan

Pada suatu hari, seorang pemuda telah pengutuskan sepucuk surat kepada
bakal isterinya beberapa bulan sebelum majlis perkahwinannya kerana ia
merasakan seperti ada sesuatu yang bakal terjadi kepada dirinya. Maka,
dia pun menulis sepucuk surat untuk menyatakan rasa cintanya itu..

............ ......... ......... ....

BAKAL ISTERIKU,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal
keagamaannya
, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan,
bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku
dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara
aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah
Yang Satu.

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan
puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat
menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang
menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah
kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon isteriku.

Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan
terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk,
ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu.

Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada
anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan
air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada
Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul
Mukminin itu?”

Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin
melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”Ibu itu
berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak
usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya”

Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita,
tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku,
kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang
yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi
melanggarnya apabila di belakang mereka.”Khalifah Umar ra. yang
terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga
dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut.

Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi
ke rumah gadis tersebut. “Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah
penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri,
pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anakyang soleh. ”Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim
menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak
perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin denganAbdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang
bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah
yang terkenal dan bijaksana.

Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan
pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan
iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka
lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah
berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah
hakikat sebuah baitul muslim.

Calon isterikuku yang telah dijanjikanNya ,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah
telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain
(wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari
harta mereka".(An- Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita.
Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah
khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang
solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi
tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan
permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu
menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang
zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar
dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang
hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal
isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah
buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan
seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang
Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal
setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan
iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi
wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah
dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak
pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu
akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya
yang dirindui. InsyaAllah.

Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam
memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini
adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya
menanti masa. Yang terakhir ingin aku nyatakan, andai aku tidak
berkesempatan bertemumu ketika diijab qabulkan di dunia, semoga doaku
kita bakal bertemu di syurga ALLAH. Amin..

Salam buat teman solehahku...

------------ --------- --------- --------- -----

Maka, benarlah apa yang dirasakan pemuda tadi, ketika dalam perjalanan
dia menuju ke rumah pengantin perempuan di majlis pernikahannya itu,
maka berlakulah satu kemalangan yang telah meragut nyawa seorang pemuda
dan pemuda itu adalah bakal pengantin pada hari itu.

Semoga perkongsian cerita saya ini dapat memberi manfaat terutama
kepada bakal ke jinjang pelamin. Wallahu 'alam.

Perkahwinan bukan sahaja untuk kita tetapi untuk anak,
cucu dan keturunan kita.
Siapa mereka nanti, mungkin ia bermula dari kita.
Renung-renungkanlah .

celoteh ak:(^-^)
~syukran buat pemberi email ini!!


--

Tuesday, June 9, 2009

~Hati tikus

SEEKOR tikus yang bersahabat dengan seorang ahli sihir hidup dalam ketakutan di sebuah rumah besar. Apa tidaknya, dia sentiasa dikejar oleh seekor kucing besar peliharaan tuan rumah. Tidak tahan dengan penderitaannya, si tikus menemui ahli sihir.

"Tolong ubah diriku menjadi seekor kucing yang lebih besar daripada kucing di rumah ini. Aku sudah tidak tahan lagi."

Ahli sihir itu pun menukar tikus menjadi seekor kucing seperti yang dipintanya.

Setelah menjadi kucing besar, si tikus terus mengejar kucing yang mengejarnya dahulu. Kucing rumah lari lintang-pukang dibuatnya. Si tikus berjalan penuh bangga. Rumah itu seolah-olah dikuasainya. Tidak lama kemudian si tikus yang berubah menjadi kucing itu pun keluar dari rumah. Dia ingin berjalan-jalan di halaman rumah hinggalah ke tepi jalan raya.

Sebaik tiba di tepi jalan, datang seekor anjing mengejarnya. Si tikus yang menjadi kucing itu terkejut dan kecut. Dia bertempliaran lari menyelamatkan diri.

"Tolong, tolong aku wahai sahabatku tukang sihir. Ubahlah aku menjadi anjing garang yang lebih besar..."

Tanpa membuang masa, ahli sihir menggunakan kuasa sihirnya menukar tikus dari seekor kucing menjadi seekor anjing yang besar.

Sebaik menjadi anjing besar, si tikus terus melompat ke halaman rumah dan dikejarnya anjing yang mengejarnya sebelum ini. Oleh kerana badannya lebih besar, anjing itu pun lari. Sekarang, si tikus yang menjelma menjadi anjing itu semakin bangga. Dia melompat, menyalak dan berlari-lari di tepi jalan hingga ke seberang jalan.

Rupa-rupanya di seberang jalan ada sekumpulan budak nakal. Melihat sahaja anjing menyalak dan melompat-lompat, mereka jadi marah. Dengan lastik yang ada di tangan, mereka melastik si anjing itu. Batu-batu yang mengenai badan, kaki dan kepala si tikus itu sungguh menyakitkan. Si tikus yang menjadi anjing besar itu lari menyelamatkan diri... kembali menemui si ahli sihir.

"Tolong, tolong... matilah aku kali ini!"
"Mengapa?"
"Aku dilastik oleh budak-budak nakal. Tolong tukarkan aku menjadi..."
"Tak payah!" pintas ahli sihir.
"Kenapa?" tanya tikus kehairanan.
"Aku boleh menukarkan kau menjadi apa yang kau minta. Tetapi semua itu tidak ada gunanya, selagi..."
"Selagi apa?"
"Selagi hatimu tetap hati tikus. Hati yang pengecut."


Pengajaran: Perubahan hanya dapat dilakukan bila hati telah berubah. Misalnya, ramai orang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila telah kaya. Tetapi setelah kaya, pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain. Hakikatnya, orang kaya sekalipun kalau hatinya masih bakhil dia tidak akan membantu orang lain. Sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikitnya harta, tetapi oleh hati yang pemurah!

Sumber:link

~TintaBuatBakalSuamiku


Dihantar: akhlak_jelita*





Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana

pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.





Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.


Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

*diambil daripada sepaku.net

nota:Artikel "Mana satu pilihan hati"klik disini

Sunday, June 7, 2009

Hindari Kegelisahan

Pada suatu hari, seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masu'd. Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu'd: "Wahai ibnu Masu'd, nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."

Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tmpt. Pertama; ke tmpt org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah. Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi, contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika slps melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu."

Stlh mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd, lelaki itu pun kembali ke rumahnya. Beliau terus berwudhu' dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.


celoteh ak(^^,)

'Gelisah' ....walaupun gelisah tu kita pandang ia sesuatu yg negatif ,tetapi jika kita memandang dengan mata hati ketahuilah ia juga adalah anugerah....mengapa ak kata begitu??anugerah yg ak maksudkan disini ialah' petunjuk'......petunjuk bahawa hati kita sedang sakit lantaran dosa yg kita lakukan dalam kita sedar @ tidak sedar (kerana kita takder ilmu tentangnya @ terlalai) ia juga tanda Allah sayangkan kita,...

Bersyukurlah & cepat2 lah muhasabah diri sebelum anugerah ini bertukar menjadi
'bala' ......yg mana hati kita tidak lagi sensitif disebabkan dosa yg berterusan yg kita buat........bg ak ar cara yg nak tahu hati kita hidup atau tidak ,hati kita terasa gelisah setiap kali dosa kita lakukan @solat kita tidak khusyuk @ kita tak berpeluang untuk bangun untuk solat tahajjud kerana orang yg hatinya hidup dengan zikrullah sahaja kuat untuk bangun berqiamullai,jika berlaku keadaan 2 ini...muhasanah diri kita balik...mungkin dalam kita tidak sedari terbuat dosa.@ ada amalan yg biasa kita buat tp tertinggal kerana sibuk dengan dunia .....


Disini ada satu cara untuk elakkan kita melakukan dosa sepanjang hari itu.....iaitu dengan solat subuh diawal waktu...berjemaah lagi bagus....yerlaa nak bangun subuh awal ni bukannya mudah melainkan dengan kuatnya mujahadah menentang nafsu ,kalau dah di permulaan hari kita mampu untuk mengawal nafsu kita insyaAllah sekurang2nya sepanjang hari itu kita mampu untuk mengawal nafsu kita walaupun tidaklah sepenuhnya....wallahuallam.....ni pesan ustaz kat mahad dulu...

Alangkah indahnya jika dapat buat amalan walaupun sedikit tp ikhlas cz Allah tak lihat pada banyaknya amalan yg kita buat tp keikhlasan kita melakukannya itu penting ......kerana amalan yg ikhlas jer yg sampai disisi Allah......alangkah baiknya dalam masa yg sama kita muhasabah akhlak kita kan sebagaimana kita tahu akhlak merupakan intipati bagi segala ibadat.tanpa akhlak ibadat hanyalah merupakan adab resam dan gerak laku yang tidak ada nilai dan faedah ,dalam kata lain amalan kita hanya sia2....


'sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara jahat dan mungkar'
(Al-Ankabut:45)

Rasulullah(S.A.W) bersabda:
"sesiapa yg tidak dapat dihalang oleh solatnya daripada melakukan perkara jahat& mungkar beliau adalah bertambah jauh dari Allah"

Rasulullah s.a.w bersabda;
"Tidak ada satu perkara paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba di hari kiamat kelak lebih dari akhlak mulia" (Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi daripada abu darda dan Tarmizi berkata:Hadis ini hadis hasan sahih)


Ak sendiri tak senang duduk akhir2 ni,terasa bersalah tp tak tahu bersalah kat sape.....moga Allah memberiku petunjuk.....kita manusia biasa yg tak terlepas dari buat salah....maaf laa kawan2 kalau sms kalian lambat jer ak balas @pun berhari2 barulah ak balas,skype & ym pun aku menyepi,tp kalau ada hal2 penting ak tak kisah diganggu......mungkin ak perlukan masa untuk bersendirian kot....camnerpun kalian semua tetap dihatiku.....kepada adik angkatku nasrullah sedih jer ayat bagi kat akak ,harap tak kisah akak letak ayat awk kat sini"PERKENALAN kekal dalam hati,jd sekurang manapun kita kita bersms,akak tetap saya INGATI...PASTI!!"terharu akak ,akak pun ingat kamu ....moga impian kamu masuk UM berjaya....dan kos yg kamu nak tu dapat,elektrik kan huhu samalah kita....akak ajak masuk ump tak nak...tp bagus gak cz pasni kitorang kena pindah kat pekan ,agak tertekan jugalah dari segi pengurusan masa ......


Tadi dalam ak merenung sambil membelek-belek majalah yg ak baru beli...antara majalah favourite ak ugak ar sejak sekolah menengah lagi...kalau tak silap dulu ak tak pernah miss setiap keluarannya ....bagi ak, ak rasa majalah2 ni berisi ....apa lagi kalau bukan 'majalah mingguan wanita' ...membaca adalah minat ak,setiap kali nak exam ak mesti kumpul semua buku yg ak ada dalam almari takut tak bc buku pelajaran ...alhamdulillah minat ak kearah ni tp kadang2 tak kena masa... & setiap ak keluar bandar ak mesti beli tak kira apapun buku @ majalah ....kalau tak rasa macam ada sesuatu tertinggal....dan majalah ni antara ak beli @ tak pun majalah i....

Majalah ni keluaran yg lepas2 dah ak jilidkan ,sayang kalau buang cz banyak ilmu.......ada ustaz ak pesan :"kita sebagai daie perlu baca pelbagai bacaan termasuk sukan & hiburan ,agar kita mudah nak tarik mad'u terutama budak sekolah yg minat mereka pastilah ke arah ini,sekurang-kurangnya kita boleh meyampuk bila diorang cakap ,lantas diorang mesti akan senang dengan kita pastu pandai2 lah selitkan dakwah dalam keadaan bersahaja,....insyaAllah diorang mudah untuk terima....."Betul jugak cakap ustaz tu cz ak pernah praktikkan masa jadi prs dulu.....kenangan muda2....sekarang dah berumur...kui3...rindu kat ustaz, ustaz ni memang kesayangan kitorang cz sporting tp berisi & nasihat dia bersahaja,tambahan lak dia jadi sumber kitorang borak bila boring & pastu pinjam novel yg dia rampas untuk dibaca kat asrama hehe...ada udang disebalik mee...2 in 1,meyelam sambil minum air...ni lak kata2 ummi ak..mujurlah ustaz tak meyampah tengokn kitorang....nanti akhir bulan 6 kita jumpa cz nak gi ambil sijil SPm yg dah berabuk tu....bukan yg ak punya yg ak dah ambil teman kawan sambil jumpa cg2...dia tak sempat ambik cz duk wat praktikal kat sekolah kat setiu hari tu.....tapi sedih juga cz dah ramai cikgu2 ak terutama ustazah kesayangan ak 'ustazah zubaidah ' dah pindah ,insyaAllah dalam perancangan nak gi umah baru dia....dah berbuih mulut dia ajak datang umah dia.....asyik ada hal....mesti come baby baru dia.....


Berbalik kepada majalah wanita tadi ada satu artikel dalam ruangan 'kisah masyarakat' iaitu "DERITA ADIK IRSYAD kulit berdarah & bernanah"....siapa yg memandang pasti menitik air mata ......Disini ak sertakan gambar




Terdiam ak seketika,bayangkan kulit kita tegang & sekiranya digaru walaupun sedikit saja ia akan berdarah....inilah yg dideritai oleh adik Irsyad yg berumur baru1 tahun 10 bulan.....tengok kat baju dia ada darah.......,yg pastinya setiap malam dia meminta sehelai kain putih & esoknya pasti kain itu penuh dengan darah,penyakit ini dinamakan lchtyosis iaitu penyakit kulit yg jarang berlaku dan nisbah nya hanya satu dalam 300000 orang

walaupun tidak dapat merasakan sepenuhnya perasaan adik kecil ini,ak pernah mendengar rintihan seorang kawan ak yg berpenyakit psiorosis..penyakit ini juga penyakit yg jarang2 berlaku...... walaupun tak mirip sepenuhnya penyakit ini ia juga boleh berdarah sekiranya digaru .... ia sejenis penyakit kulit bersalin tidak secara normal ....maksudnya ia bersalin dalam kitaran 3 hari berbanding dalam keadaan normal kulit manusia dalam masa 28 hari,sekiranya dibuang dia akn berdarah...dan pedih sekiranya terdedah kepada air...walaupun kawan ak redha dengan takdir tp sedih tetap ada....mungkin kalau dia baca artikel ini dia lebih merasainya ......

walaubagaimanapun,Semoga Allah tabahlah si kecil ini menaggung dugaanNya & tabahkanlah hati kedua ibubapaNya......Setelah kisahnya didedahkan ke media alhamdulillah banyak pihak datang membantu...alhamdulillah ,sekurang-kurangnya ringan beban yang ditanggung ,kerana si kecil ini memerlukan 2 -3 batang tiub krim pelembab (stp tiub berharga RM70) sehari bagi mengelakkan kulitnya terus kering & menggelupas........

Bersyukurlah & hargailah kawan2 dengan kurniaan Allah terhadap diri kita & jadilah hamba yg soleh bukti kita syukur dia atas nikmat-Nya...dalam masa yg sama prihatin lah kepada orang sekeliling....cuba memberi sekadar terdaya ...sekiranya tak dapat memberi...doakanlah mereka......kisah2 begini membuatkan ak termenung seketika....alangkah baiknya jika ada duit dan duit itu dapat digunakan kepada orang yg lebih memerlukan......hiduplah secara bersederhana & didiklah diri untuk biasakan bersedekah.......


"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"
(al-hujurat:!0)
Rasa nak sambung lagi tp dah lewat dah.....moga berjumpa lagi....
P/s :

1-sebelum subuh disunatkan solat sunat subuh terlebih dahulu ,rakaat pertama baca surah Al-insyirah & rakaat kedua surah al fill ...insyaAllah terhindar dari perbuatan sihir....

2-en peter maaf ar ....pjg karangan ni...tak sempat nak belajar lg wat 'read more ' tu.......tunggu sifu jatuh dari langit kot...kui3....tak sempat mase sebenarnya....

3-buat adik2 kat umah...makan2 tu ingat org kat sini gak.....org sini makan angin jer. tau...tak sabar nak bertemu kalian....muahhh....sayang kamu semua....tengok zulyahya tadi teringat kat a.long....cihat ker???....(along ak mirip sebijik cam zul yahya...)

4-buat kawan2 lak ....kalian tetap dalam doaku...moga dapat bertemu kalian dalam cuti yg masih berbaki ni....kesian kat Pali tak sabar dah balik m'sia...boleh wat reunion sekali lagi lah...sedih tak dapat ikut yg lepas....mesti dah' mature' kawan2 ak ni cz lama ak jumpa....kawan2 mahad pulak ,apakata lepas ni kita buat reunion kita bila AMAL MAHAD adakan program....contohnya macam program kat MML yg semalam tu....disamping dapat kita berjumpa dapat meriahkan program AMAL.....betul tak???

5-Buat mila tahniah dapat kakak ipar sulung.....maaf tak dapat datang...mesti banyak yg nak kena basuh.....apa kata kita buli pengantin baru lak.....huhu...gurau jerk....semoga dipermudahkan urusan......

bersara kejap kot.....boleh caya ker ni.....huhu
tutu(^_~)......

kata2:
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka
belum bererti ia melihat"


~Reda Allah ku pohon dalam setiap tindakan~


Pesanan Terakhir Syed Qutb



Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau sirami pusaraku
Dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan teruskan perjalanan
Ke gerbang jaya

Saudara,
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih
Yang sedang merindu
Taman-taman di syurga Tuhanku
Bangga menerimaku
Burung-burungnya
Berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang
Mendapatkan rindunya
Janganlah gentar
Berkelana di alam abadi
Nun di sana
Fajar sedang memancar


(Ditulis beberapa jam sebelum menemui syahid di tali gantung pada tahun 1966)

Thursday, June 4, 2009

Kerana Ukhwah Itu Indah

www.iluvislam.com
oleh: UkhwaH
Editor: doraemong13


Menyedari dirinya sudah terlambat untuk ke kelas Physiology, Qistina berlari-lari anak tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sedang memerhatikan kegopohannya itu. “Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting aku cepat sampai ke kelas Profesor Azlan. Kalau lambat setakat lima minit takpe lagi sekurang-kurangnya aku tak dihalau keluar kelas kerana lambat.” Qistina memujuk hati. “Hai Qistina. Awal kamu masuk kelas saya hari ini ye?.” Seperti yang dijangka Qistina, Profesor Azlan pasti menegurnya. “Sorry Prof.” Qistina melontarkan senyuman kelat sambil mencari-cari tempat kosong.

"Hey Qis! Apasal kau lambat hari ini? Tak pernah-pernah kau lambat. Pelik juga aku.” Gadis tinggi lampai dan berkulit kuning langsat menyapa Qistina yang masih sibuk merapikan nota-nota kuliah tadi. “Eh Irah, sekejap ya. Nanti saya jelaskan. Jumpa kat kafé ya Irah?” Irah sekadar mengangguk tanda paham dan sebentar kemudian berlalu meninggalkan Qistina yang masih lagi sibuk menyusun nota-notanya.

Qistina dan Zahirah merupakan sahabat baik sejak di sekolah menengah lagi. Tidak mereka sangkakan jodoh mereka berpanjangan sehingga dipertemukan sekali lagi untuk berjuang bersama mengejar cita-cita yang sama juga di tempat yang sama. Keakraban mereka kadang kala dilihat oleh teman-teman sekuliah sebagai sesuatu yang pelik.

“Bagaimana awak boleh berkawan dengan Irah tu Qis? Dia kasar dan kata-katanya juga kadang-kadang boleh buat orang terasa. Tak macam awak. Bagai langit dengan bumi!”

Qistina hanya tersenyum apabila ada antara teman-temannya yang menanyakan soalan seperti itu. Baginya, orang lain tidak perlu mengetahui apa yang dia rasa dan lalui tapi cukuplah Allah sahaja yang mengetahui betapa ikhlasnya dia meneruskan sebuah ikatan persahabatan tersebut. Siapapun Irah dan bagaimana sekalipun pandangan orang lain terhadap sahabat baiknya itu, dia tetap akan berdiri teguh untuk mempertahankan erti sebuah persahabatan yang telah lama dibina. Qistina amat menyayangi Irah yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

“Assalamualaikum Irah”. Sapa Qistina pada Zahirah yang sedang asyik sekali meneguk ‘orange juice’ yang pastinya melegakan di saat cuaca panas terik seperti itu.

“Er waalaikumsalam. Ha sampai pun! Cepat bagitau apsal kau lambat tadi.” Irah menampakkan sikap kegopohannya. “Sabarlah awak, kalau ye pun bagilah saya ‘order’ dulu. ‘Jealous’ saya tengok awak asyik sekali meneguk ‘orange juice’ tu sampai saya datang pun awak tak perasan”. Seloroh Qistina dan kemudian dia berlalu untuk memesan air di gerai yang berdekatan. Irah terus meneguk ‘orange juice’ sambil dahinya berkerut menampakkan seribu tanda tanya pada riak wajahnya. Walaupun Zahirah sangat bersahaja dan sering didakwa sebagai seorang yang tidak mempunyai perasaan oleh teman-temannya namun jika sesuatu perkara yang melibatkan Qistina, dia pasti akan ke hadapan.

“Ha, air dah dapat, duduk pun dah sedap bukan main, sekarang baik kau cerita kalau tak aku takkan tegur kau untuk dua hari”. Ugut Irah. Mungkin sudah tidak sabar benar dia menantikan penjelasan daripada Qistina. “Er kenapa dua hari? Kenapa tak seminggu je?Sebulan ke?” Qistina ketawa kecil.

“Dua hari cukuplah. Nanti saya berdosa pula kerana memutuskan silaturrahim selama lebih tiga hari. Dah kau jangan nak buat lawak. Cerita cepat!” Bentak Irah. Qistina sebenarnya amat mengagumi Irah. Walaupun agak kasar namun Irah sangat rajin mempelajari ilmu agama dan setiap malam Jumaat Irah sering mengikuti Qistina pergi ke masjid berdekatan untuk menghadiri kuliah agama. Jadi tak hairanlah Irah banyak mengetahui pesanan-pesanan Nabi junjungan, Muhammad s.a.w.




“Irah, saya nak balik”. Qistina tiba-tiba bersuara. “Apa? Kau nak balik? Mana ada cuti. Cuti akhir semester lambat lagi. Kau kenapa Qis?Tiba-tiba je nak balik. Soalan aku apsal kau lambat tadi dah la kau tak jawab lagi”. Irah berleter panjang. “Irah, pagi tadi mak saya telefon. Katanya..” Qistina semakin tidak betah menahan hiba. Dia tertunduk kaku. Suasana tiba-tiba menjadi suram. Kafeteria semakin lengang dengan pelajar dan hanya tinggal mereka berdua.“Kenapa Qis? Apa yang mak kau kata? Irah yang kasar orangnya tiba-tiba menjadi lemah lembut dan mesra. Sambil mengangkat kepalanya, Qistina berkata “ Irah, ayah saya dah ‘pergi’ ”.

Tersentak Irah mendengar berita tersebut. Dia merapati Qistina dan memeluk erat sahabat baiknya itu.“Innalillah. Sabar ye Qis. Allah s.w.t lebih menyayangi ayah Qis.” Hanya itu yang mampu diucapkannya. Irah sudah sedia maklum akan keadaan kesihatan ayah Qistina yang lumpuh seluruh badan akibat serangan ‘stroke’ setahun yang lalu dan keadaan ayah Qistina semakin tenat sejak minggu lalu. Sejak ayah Qistina sakit, emaknyalah yang betungkus-lumus menguruskan keluarga. Mujurlah Qistina mendapat bantuan biasiswa. Setidak-tidaknya, dapat juga dia meringankan beban emaknya itu. Qistina juga sering mengikat perut dan berbelanja seminimal mungkin bagi menyimpan wang untuk dihantar kepada ibunya. Walaupun Irah dan Qistina bukan rakan sebilik, namun Irah sering berhubung dengan rakan sebilik Qistina mengenai keadaannya termasuklah makan minum Qistina.

Irah terus memeluk erat tubuh longlai Qistina sambil menyeka air mata Qistina yang semakin galak menghujani pipi teman baiknya itu.”Kenapa ujian Allah buat saya begitu berat, Irah? Saya tak sanggup lagi menahannya Irah. Saya lemah. Kenapa harus saya yang menerima ini semua Irah?Allah tak sayangkan saya ke Irah? Apa dosa saya sehingga begini berat sekali ujian yang harus saya terima? Irah, saya rindu ayah saya.” Tangisan Qistina semakin tidak terbendung.

“Qis, kau kena kuat. Tak boleh lemah macam ini. Kau ingat tak pesan Ustaz Rizal semasa kuliah agama minggu lepas? Walau apapun dugaan yang Allah turunkan buat kita, semua itu adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keikhlasan kita dalam menerima ketentuanNya. Ini takdir yang harus kau terima. Kita hamba-Nya sentiasa layak diuji. Kau, aku dan semua manusia tidak terlepas daripada ujian, hanya yang membezakan kita adalah bentuk ujian itu sendiri. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah s.w.t tidak mahu ayah kau berperang dengan dirinya lagi dengan terus dihimpit rasa bersalah melihat kepayahan emak kau membesarkan kau adik-beradik sedangkan arwah tidak mampu menolong apa-apa. Ingat Qis, setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya hanya masa yang menentukannya. Masa kita juga pasti akan tiba. Redha ye Qis. Berdoalah untuk ayah kau, Qis semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin dan semoga kau akan bertemunya lagi di akhirat nanti.” Nasihat Irah apabila melihat Qistina sudah tidak mampu berkata-kata hanya linangan air mata menjadi saksi kesedihannya mengiringi pemergian ayah tercinta.

Dua pekan sudah berlalu. Irah semakin gelisah seperti cacing kepanasan apabila kelibat Qistina tidak muncul-muncul juga. Setiap pagi dia pasti akan menunggu Qistina di lobi bangunan universiti kalau-kalau kelibat Qistina kelihatan di situ tapi hampa. “Mana budak ni. Dia tak nak ambil ‘exam’ ke? Lagi seminggu je tinggal ni. Kuliah dah la banyak tinggal”. Irah mengomel sendirian. Petang itu dia yang menghantar Qistina ke KL Sentral dan Terminal LCC. Mujur ‘flight’ ke Kelantan masih ada.

Sejak itu Irah tidak mendengar lagi khabar berita daripada Qistina. Irah cuba menghubungi Qistina namun telefon bimbitnya dimatikan. “Dila, Qis ada ‘contact’ kau?” Sapa Irah apabila melihat kelibat Adilah, teman sebilik Qistina semasa berlegar-legar di lobi tersebut. “Sejak pagi itu, saya langsung tidak terima sebarang berita daripada Qis”. Balas Adilah. Sebenarnya, berita mengenai kematian ayah Qistina hanya diketahui Irah sahaja. Walaupun Adilah merupakan teman sebiliknya namun dia mendapat berita tersebut setelah dua hari keberangkatan Qistina ke kampung halamannya dan itupun melalui Irah bukan dari mulut Qistina sendiri.

“Semasa Qistina sedang bersiap-siap untuk ke kuliah, tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon daripada emaknya. Yang saya pelik lepas je mereka menamatkan perbualan, Qistina terduduk kaku di atas katil. Apabila ditanya dia kata tiada apa-apa. Dia mengelamun panjang sampai saya menyapanya kerana telah terlambat untuk ke kuliah,” Terang Adilah kepada Irah semasa diberitahu khabar mengenai pemergian ayah rakan sebilknya itu. “Ya Allah, tabahnya kau Qistina. Tak sangka aku dalam menerima khabar hiba itu kau masih boleh pergi ke kuliah, tersenyum dan berseloroh denganku sehingga aku sendiri tidak dapat membaca penderitaan yang kau tanggung. Maafkan aku Qis. Aku bukan sahabat yang terbaik buat kau. Maafkan aku” Irah bermonolog.

“Ah tak boleh jadi ni, aku tak boleh diamkan diri sebegini. Apa tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat? Takkan sekadar berdiam diri sedangkan sahabat baik yang selama ini banyak membimbingku sedang bermuram durjana. Aku mesti lakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya aku tidak merasa bersalah pada diriku kerana membiarkan sahabatku sendirian menghadapi kesusahan. Aku mesti mencari tahu kenapa dia sudah lama tidak pergi ke kuliah.” Irah terus bermonolog dengan dirinya.

Setelah ‘check in’, Irah duduk di suatu sudut tempat menunggu sementara menanti untuk berlepas. Pandangan Irah tertarik pada sepasang suami isteri ‘orang putih’ yang sedang bergurau senda dengan puteri mereka yang dalam perkiraan Irah berusia lima tahun. Terdetik rasa cemburu dalam dirinya apabila melihat telatah manja anak kecil itu sambil bergelak ketawa bersama ibu bapanya. “Apakah khabar mama saat ini? Dah lama aku tak menghubungi mama. Ya Allah, semoga mamaku sentiasa dalam perlindunganMu”. Doa Irah dalam-dalam.Tanpa disedari menitis air hangat di pipinya.

Lamunannya terhenti lantaran terdengar pengumuman petugas yang mengarahkan para penumpang supaya beratur untuk menaiki pesawat. Irah segera menyeka air matanya sambil bergegas mengambil tempat di puluhan manusia yang sedang beratur menunggu giliran. Tidak seperti Qistina, Irah dibesarkan dalam keluarga yang agak mewah. Papanya memiliki sebuah perusahaan perkapalan yang berdiri teguh sehingga hari ini. Tapi sayang, kekayaan dan pangkat tidak menjamin kebahagiaan malah bisa menggelapkan mata dan hati yang mudah goyah dengan hasutan syaitan. Papa Irah sering tidak pulang ke rumah dan meninggalkan mamanya yang sedang berperang dengan penyakit kanser payudara peringkat akhir sendirian di rumah.

“Gila! Berkasih-kasihan dengan perempuan yang hampir seusia dengan anak sendiri. Ah persetan semuanya! Biarlah papa dengan dunianya yang penting aku ada mama! Aku harus tabah untuk mama! Mama perlukan aku!” Bentak hatinya ketika melihat papanya berpegangan tangan bersama seorang perempuan muda yang berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun ketika dia sedang melewati sebuah pusat membeli belah. Ikutkan hati mahu sahaja dia menyerang perempuan tersebut tapi dia tahu itu hanya kerja yang sia-sia malah akan membuatkan dirinya malu. Namun, luluh benar hatinya itu apabila melihat papa yang diharapkan menerajui bahtera rumahtangga di samping memberi semangat buat mama yang sedang berperang dengan maut, berpeleseran dengan anak muda seusia dengan anak gadisnya.




Qistinalah yang selama ini banyak mendorong Irah untuk terus kuat menghadapi ujian hidup yang pastinya tidak akan sepi mendampingi hambaNya. “Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakanku teman sebaik Qistina di saat aku memerlukan tempat untuk mengadu”. Irah melakarkan rasa syukurnya.

“Assalamualaikum”. Irah memberi salam.

Sejurus kemudian, kedengaran orang menyambutnya dari dalam dan dengan perlahan-lahan daun pintu dibuka.

“Wa’alaikumsalam. Oo Irah rupanya. Jemput masuk Irah”.

Wanita dalam lingkungan empat puluhan itu mempelawa Irah masuk sambil menyalami tangan anak gadis itu. “Mak cik sihat? Salam takziah ye mak cik. Irah minta maaf kerana tidak dapat menghadiri pengebumian pak cik tempoh hari”. Irah meluahkan kekesalannya. “Alhamdulillah mak cik sihat. Terima kasih Irah. Takpe makcik faham Irah sibuk. Bakal doktorlah katakan. Irah duduk dulu ye nanti mak cik panggilkan Qistina”. Pelawa mak cik Esah kemudian berlalu ke mana pun Irah tidak tahu.

Dia terus mengamati setiap sudut rumah itu. Sungguh sederhana malah baginya sungguh daif sekali. Kelihatan cahaya menembusi lubang-lubang kecil pada atap zink pondok usang tersebut. “Assalamualaikum Irah. Err..awak..” Sapa Qistina yang agak terkejut dengan kedatangan Irah. Lamunan Irah mati seketika. Dia lalu bangkit dan tanpa berlengah lagi dia terus memeluk erat tubuh Qistina. “Wa’alaikumsalam Qis. Kau sihat?” Irah semakin tidak tegar menahan tangis. Rindu benar dia dengan gadis kacukan Cina itu. “Alhamdulillah. Saya sihat. Awak? “. Sahut Qistina. “Alhamdulillah sihat juga. Tapi kenapa kau dah lama tak ke kuliah? Banyak yang kau dah tertinggal. Minggu depan dah nak ‘exam’. Semua orang risaukan kau, Qis.Banyak kali aku cuba hubungi kau tapi ‘handphone’ kau sentiasa ‘off’. Kenapa Qis?Kau ada masalah ke?”. Bertubi-tubi pertanyaan yang dilontarkan.

“Maafkan saya Irah kerana menyusahkan awak sehingga sampai ke sini awak mencari saya. Maafkan saya”. Qistina tertunduk. Kelihatan manik-manik kaca gugur membasahi lantai kayu kediaman tersebut. “Qis, kenapa?” Irah menggenggam erat jari-jemari Qistina. “Irah maafkan saya. Saya tidak mampu lagi untuk meneruskan pengajian. Saya orang susah Irah. Saya nak berhenti.” Irah tersentak. Mukanya tiba-tiba menjadi merah dan bengis sekali sambil air mata tetap tidak henti-henti mengalir meraikan suasana suram petang itu. “Apa Qis? Kau nak berhenti? Kau ulang sekali lagi! Aku tak dengar!” Irah tiba-tiba menjadi marah.

“Maafkan saya Irah. Saya nak tolong mak saya. Biarlah adik-adik saya yang meneruskan cita-cita saya. Saya tak sanggup melihat mereka berhenti sekolah gara-gara kesempitan hidup yang kami alami. Mereka masih kecil dan tidak seharusnya menanggung penderitaan ini. Jadi biarlah saya yang berkorban. “Qis!Apa yang kau cakapkan ni? Kau sedar ke tak apa yang kau cakapkan ni?Kau tahukan kita tinggal setahun setengah je lagi untuk ‘graduate’? Kau tahukan bukan mudah untuk sampai ke tahap ni tapi senang-senang je kau nak mengalah sekarang! Kau kata nak tolong emak dan adik-adik kau tapi apa yang kau mampu buat? Kelulusan apa yang kau ada? Setakat jual kuih? Kerja kilang? Berapa sangat yang kau dapat untuk membantu adik-adik kau? Cukupkah Qis? Berbanding jika kau bertahan untuk setahun setengah je lagi."

Sambil memegang wajah Qistina, Irah menunjukkan ruang-ruang di rumah tersebut. “Kau tengok ni!Kau tengok atap ni .Mampukah kau mengubahnya menjadi atap genting? Mampukah kau mengubah papan-papan ini menjadi batu? Mampukah kau mengubah kehidupan kau sekarang dengan mengalah sebegini?.Aku tahu Qis, wang bukanlah tujuan utama ‘profession’ ini tetapi sifat kemanusiaan itu sendiri. Kalau kau masih ingat dulu kita sama-sama pernah membina impian ingin berkhidmat untuk agama dan bangsa terutama mereka yang susah. Apa kau sudah lupa?Kalau kau undur diri apalah nasib rakyat kita yang mengharapkan pertolongan kau suatu hari nanti Qis? Lupakah kau kerjaya ini yang kau idam-idamkan sejak kecil? Tidak semua orang berpeluang tapi bila kau dah sampai tahap ni senang je kau nak tinggalkan. Kau pentingkan diri sendiri Qis! Sampainya hati kau nak tanamkan jauh ke bumi harapan emak dan ayah kau!”Irah semakin hilang sabar.

“Qis, aku dah malas nak cakap dengan kau lagi. Aku tak pernah ada sahabat yang cepat benar putus asa! Qistina yang aku kenal dulu sungguh tabah dan tidak pernah mengalah berperang dengan nasib hidup! Kalau profesor dan kawan-kawan tahu pasti mereka gelakkan kau, Qistina! Kau dah lupa kata-kata semangat yang pernah kau ungkapkan sebagai perangsang untuk aku terus bertahan melawan takdir hidup aku? Inikah Qistina yang amat aku kagumi dulu?” Irah terus lontarkan kekesalannya. “Irah, awak tak paham.” Qistina cuba membela diri.

"Dah la Qis, aku tak nak dengar apa-apa lagi. Aku balik dulu. Ambillah nota-nota ni. Kalau kau rasa ianya berguna untuk kau, kau tahu apa perlu kau buat. Aku tak kisah bersusah-payah demi sahabat tapi kalau kau sendiri putus asa dengan nasib kau apa aku boleh buat. Kalau kau rasa masa depan kau, emak dan adik-adik kau masih ingin kau bela, kau bacalah dan aku tunggu kau di dewan peperiksaan minggu depan. Sungguh aku menyesal kerana terlalu mengharap pada orang yang tidak ada matlamat hidup ni. Kau buatlah apa yang kau rasa terbaik!Semoga kau berjaya, Qis. Assalamualaikum”. Irah berlalu tanpa sempat membenarkan sepatah kata daripada Qistina untuk membela diri.

Air mati semakin galak menghujani pipi gebu Qistina. Pilu benar hatinya mengenangkan pengorbanan yang Irah hulurkan tapi berakhir dengan kekecewaan. “Maafkan saya Irah. Saya tak mampu. Maafkan saya”. Qistina menyesali diri sendiri. Sebentar lagi peperiksaan akhir semester tujuh akan bermula. Selepas ini mereka akan bersiap-siap pula untuk menjalani praktikum di hospital yang terpilih. Wajah setiap mahasiswa menampakkan kegelisahan. Ada yang lebam-lebam matanya akibat kurang tidur dan ada juga yang pucat lesu bagai mayat. Maklumlah inilah penentunya setelah bersusah payah selama hampir tiga tahun setengah untuk sampai ke tahap ini. Sesuatu yang pastinya bukan mudah.Segala pengorbanan dan kesungguhan tidak akan disia-siakan demi menggapai impian menjadi tunggak harapan bangsa dan agama. Semua pelajar mendapatkan tempat duduk masing-masing sesuai dengan angka giliran. Irah kelihatan sungguh gelisah dan acap kali juga dia melemparkan pandangan mencari-cari kelibat tubuh Qistina namun hampa. “Aku kecewa Qistina”. Irah tertunduk.

“Baiklah semua pelajar, peperiksaan akan dimulakan lima minit lagi. Sila semak angka giliran dan maklumat yang tertera pada kertas jawapan. Pastikan semuanya betul.” Pesan Prof. Madina kepada pelajar-pelajarnya.

“Prof! Maafkan saya kerana terlambat”. Pinta seorang mahasiswi yang agak kelam kabut dan sesekali dia menarik-narik nafas yang seakan sukar untuk dilepaskan.

Irah mengangkat kepalanya seolah-olah dia kenal benar akan suara tersebut.“Qistina! Alhamdulillah”. Irah menarik nafas lega. Dari jauh, Qistina melemparkan pandangan pada Irah dan mereka berbalas senyuman. “Terima kasih Irah. Kaulah sahabat saya di dunia dan mudah-mudahan di akhirat juga”. Kata Qistina pada Irah semasa keluar dari dewan peperiksaan. “InsyaAllah. Mudah-mudahan ukhwah ini sentiasa dalam perlindungan-Nya dan semoga kita sama-sama dapat menjadi seorang doktor yang beriman dan berbakti kepada masyarakat dan agama. InsyaAllah. Kita boleh!” Kata Irah penuh semangat. “Ya kita pasti boleh! Semangat!!” Sahut Qistina.




celoteh ak(^_~):
Bila baca kisah ni ak teringat kat ustaz ak KMPH dulu dia berpesan,katanya:"kamu hidup biarlah peka dengan masalah kawan2 kamu .....ada pernah ust jumpa anak murid ust yg selalu berpuasa & berbuka hanya dengan air masak jer.....pada mulanya kawan2 nya tak perasan.....tp akhirnya ada dikalangan kawan dia perasan ,setelah ditanya dia bgtahu keluarganya tidak menentu pendapatan & duit yg dia dapat setiap sem dia peruntukkan untuk keluarga......."Itulah pesanan yg ak ingat sampai sekarang........& satu lagi pesanan ustzh ak kat mahad dulu"Bukan semua yg kita miliki milik kita ....kadang2 apa yg kita miliki milik orang lain tp melalui kita......contohnya duit yg kita beri kat orang ......jadi janganlah kedekut....."lagipun dengan kita belanja orang ,rezeki yg kita miliki lebih berkat...insyaAllah..walaupun nampak jer berkurang tp teras.a sentiasa cukup....itulah berkat.Harap2 mutiara hikmah ini dapat ak aplikasi dalam hidup seharian.......

kenapa ak highlight dlm cerpen tu??? bagi ak betul seperti irah cakap yg penting dalam persahabatan adalah ikhlas........ak amat megambil berat soal ni.....moga ak juga sentias ikhlas berkawan dengan kawan2 ku&moga Allah berkati persahabatan kami.....persahbatan ikhlas tanpa berkepentingan saja yg akan kekal..........alahamdulillah Allah mengurniakan kawan2 yg ikhlas berkawan denganku.,cuma maafkan ak jika ak tak menceritakan masalahku pd kalian semua memandangkan ak tahu ada kalian korang semua ada masalah yg lebih berat pd ak...mungkin kalian meganggap ak tak menghormati kalian diatas sikapku ini,tapi ketahuilah ak taklah bermaksud demikian ,.memang sikap ak sejak dulu akan ceritakan masalah ak setelah semuanya dah settle sekadar menjadi panduan....

hadith Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Tidak sempurna keimanan seseorang itu sehingga ia menyintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri.” Kecintaan itu pula, haruslah yang merujuk kepada hal spiritual, bukannya semata-mata fizikal.
(dipetik dari blog akhie Naim)

Ak ada satu doa yg rasanya boleh kita amalkan untuk mencari sahabat yg baik ,kan seperti kita tahu pemilihan kawan amat penting sebagaimana ada hadis rasulullah (s.a.w) ttg minyak wangi tu......

Ni maksud doanya:
Doa 1:
Wahai tuhanku tambahkan daku ilmu pengetahuan agama & hubungkan daku dengan orang yang soleh & jadikan bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang yg datang kemudian &jadikan ak mewarisi jannatul naim....
(note:ada orang cakap ia doa dlm quran...sape yg tahu ia ayat & surah apa bgtahu ak ek...)

Doa2:
"Wahai tuhanku ak berlindung dari teman yang tidak lurus,mata memandang ak tapi hatinya memperbudakkan ak apabila dia melihat kebaikan disembunyi dan apabila dia melihat keburukan disiarkan"

Bg ak mengapa kita kena berdoa cz kita tak dapat bc yang dihati manusia.....manusia bila hatinya tidak didik dengan zikrullah macam2 dia boleh lakukan.....

Camnerpun dalam hal berkawan ni ,semuanya kena dimulakan diri kita sendiri.....keikhlasan kita akan sampai juga kepada kawan kita ...sebagaimana bila kita duduk berhampiran orang yg sedih ....kesedihan orang tu mampu kita rasakan walaupun tak sepenuhnya ....wallahuallam....pandai2 lak ak....tp ak rasa ada betulnya.....sentiasa doakan kawan kita dalam doa kita itu penting...& bimbing dia ke arah kebaikan setakat termampu.......

lari dari tajuk jap....
camner ek nak bg nasihat kat kawan2 non muslim bila diorang minta nasihat.,sebab dalam masa yg sama ingin jaga sensitiviti agama diorang.....yerlaa diorang pun kawan kita....


::inilah rakan2 seperjuangan di UMP....alhamdulillah kami saling memahami....syima jer takder dalam gambar ni ,cz dia yg ambik gambar.....~semoga Allah memberkati persahabatan kami~




Get orkut-Graphics

~sebagai pedoman untuk kita berhati2~




sebelum tu ak nak berceloteh dulu(^_~)

Tadi ak berkesempatan membuka email yg sudah lama tak bukak ,banyak juga email yg tidak berkesempatan untuk membukanya......& ini antara email yg menarik perhatian ak & ak rasakan berguna untuk kita sama2 mengetahui sekadar untuk berhati-hati....kebenaran cerita ak tidaklah ketahui....wallahuallam....moga Allah memelihara iman & islam yg kita miliki.....hargailah kedua nikmat ini kawan , krn kita yg terpilih untuk dianugerahkan anugerah yg paling besar ini.......muhasabah diri kita balik ....Adakah islam yg kita miliki adalah kerana kita dilahirkan oleh ibubapa yang muslimsemata-mata ????Adakah kita benar2 faham hakikat sebenar peggambungan diri kita ke dalam agama islam???...sama2 kita renungkan....

Untuk mengetahui hakikat sebenar peggabungan diri kita kepada islam ,bolehlah baca buku yang ak kira famous juga yang biasanya dijadikan buku teks usrah 'Apa ertinya saya menganut islam ?'hasil tulisan FathiYakan.Cemburu ak ngan kawan ak Miah cz dia berpeluang mendalami buku ini dengan bimbingan ustaz yang dikupas dengan begitu mendalam....cemburu ke arah kebaikankan,takperkan..hehe.....rindunya nak jumpa Miah.....harap impiannya untuk masuk udm kos syariah berjaya...amin....orang suruh mintak um tak nak...katanya nak dekat ngan rumah...belajar mana2 sama jer asal ikhlaskan niat kerana-Nya tambahan lagi belajar agama....Asmaa pun ada situ insyaAllah mudah nak balik kampung cz ma' ada kereta ,bolehlah jadi peneman, Ma' ni jenis berani sikit ,naik rungsing ak cz dia pandu sorang2 dari kelantan ke kuala terengganu ,katanya dah biasa...macam2 ... Ma' baru jer habis diploma B.Arab & pendidikan kat UDM,camnerpun indahnya ukwah kerana Allah...Asma tu kawan baik ak kat SMKAL & samihah lak kawan baik ak kat MAHAD,walaupun diorang berdua tak berpeluang lagi bertemu tp mengenali antara satru sama lain melalui penceritaan ak tak megumpat ek,cerita sikit jer....sekadar khabar terkini,harap kami semua dapat jadi kawan baik....amin...

Baru2 ni juga ak mengenali seorang teman online,dia dah ak anggap macam adik aku ,umurnya sebaya dengan adik ak kat UIA ,dia ambil kos pendidikan islam & pendidikan kat maktab di Kuala tengganu kalau tak silap laa .Dia dah ak anggap macam adik ak...dia pun rasa ak ni kakak dia...tak tahu kenapa kami cepat rapat walaupun hanya berhubung melalui skype ,alahamdulillah ....insyaAllah kalau berpeluang kami berharap dapat bertemu face to face lak.....insyaAllah ...kalau Miah & Asma dapat sambung kat udm ....insyaAllah peratus kami bertemu tinggi kot....amin...hehe...ada udang di sebalik mee...kui3 ...niat baik ek....(^_~)


Inilah email tu..........


KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA
PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!



Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.


Saya dilahirkan di
Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang
Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India
dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah

pergi ke Johor Bahru
untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa
tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing,
Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara
untuk sembahyang orang
mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin
Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian
seluruh Indonesia ... Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai

pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.
Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar
pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang
Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai
pendakwah dibayar RM60.00
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang.
Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu
Kristian Singapura.. Beliau
juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore ... Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.



Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh,
dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan
Agama dan saya terus
bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali
leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi,
Kota Raya dan Sg Wang Plaza.





Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama
pencari kerja. Pendakwah
akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah
menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.



Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling
Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang,
ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang
Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan
sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang
kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan

Islam Perak. Beliau
mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada
Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin
Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi
setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama,
ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,

2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob
(Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok

2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah

4. Tidak boleh kahwin.


Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam
pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.



PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD
ORANG ISLAM KITA

"Sebarkanlah walausatu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar."


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama
untuk
suami,isteri, anak-anak, kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'.....maha suci Allah.



Get ISLAMIC-Graphics
k
ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBAR. .






ALLAHUAKHBAR

_

Related Posts with Thumbnails