Sunday, December 19, 2010

Mentertawakan orang

Kadang-kadang tanpa kita sedar kita tertawakan kelemahan oang lain .Tidak ramai antara kita yang beras kasihan &. mahu memperbetulkannya.Dalam hal ini,ada 2 perkara yg boleh kita renungkan:



Pertama, bagi diri seseorang, perlu selalu tingkatkan diri. Kita tidak boleh membiarkan orang mentertawakan kita. Kita dilarang membiarkan diri kita berada di dalam keadaan rendah dan akan diperkecilkan oleh orang lain. Ada orang yang suka dirinya ditertawakan. Ini kerana, dengan cara ini dia akan mendapat perhatian.


Cara ini salah. Mendapatkan perhatian dari orang lain dengan cara yang rendah hanya akan merendahkan lagi maruah kita.


Kedua, orang yang melihat kelemahan orang lain. Apabila kita melihat kelemahan orang lain, hendaklah kita sama-sama membantu untuk mereka meningkatkan diri. Jika seseorang itu membantu orang membuat kebaikan, dia akan mendapat pahala selagi mana orang itu berbuat kebaikan yang dianjurkannya.(maksud hadith)


Mentertawakan orang lain hanya membuatkan kita seolah-olah gembira tetapi tidak memberi kebaikan pada kita dan orang itu. Orang yang hebat ialah orang yang dapat menjadikan orang lain hebat sepertinya.


Nabi saw hebat, kerana baginda menghebatkan orang lain. Salahuddin hebat kerana dia berusaha menghebatkan orang yang ada di sekelilingnya. Muhamad al-Fateh hebat kerana dapat membimbing pengikutnya menjadi hebat. Jika sunnatullah ini yang kita ikut, insyaAllah, Allah akan turut menganugerahkan kehebatan pada kita. Hebat di dunia dan hebat di akhirat.


Semoga kita menjadi orang yang sentiasa meningkatkan diri kita dan meningkatkan orang lain. Agar, semua yang ada di sekeliling kita menjadi orang yang dianugerahkan kehebatan di dunia dan di akhirat, amin..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails