Tuesday, March 15, 2011

ISU SEMASA:TSUNAMI JEPUN

1)

JEPUN: 11 cedera letupan gas hidrogen




FUKUSHIMA 14 Mac - Seramai 11 orang cedera dalam satu letupan gas hidrogen di loji tenaga nuklear di Fukushima hari ini, letupan kedua dalam tempoh tiga hari yang menggegarkan loji tenaga nuklear Jepun, di mana pihak berkuasa bertungkus-lumus untuk mengelakkan kecairan teras reaktor yang boleh menyebabkan bahan radioaktif berbahaya terlepas ke udara.
Kejadian itu memburukkan lagi krisis nuklear di negara matahari terbit ini ekoran gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang disusuli tsunami besar, pada Jumaat lalu.
Pasukan jurutera dan penyelamat berusaha sepanjang hujung minggu untuk mencegah malapetaka nuklear dan membantu berjuta-juta penduduk yang terputus bekalan elektrik atau air dalam krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua.
Dinding tebal yang melindungi teras di reaktor No. 3 di Fukushima masih utuh selepas letupan itu, tetapi penduduk yang masih berada di zon pemindahan dalam lingkungan 20 kilometer dari loji itu diingatkan tidak keluar rumah, kata kerajaan.
Sebelum letupan itu, seorang pegawai Jepun berkata, 22 orang disahkan mengalami pencemaran radiasi dan sehingga 190 dipercayai terdedah kepada radiasi. - Reuters

2)









OSLO 14 Mac - Risiko ke atas kesihatan ekoran letupan reaktor nuklear di Jepun agak rendah dan angin diramal membawa bahan tercemar dari loji-loji terbabit ke Lautan Pasifik tanpa mengancam negara-negara lain, kata pakar.
Tokyo berusaha mencegah sebarang peleburan di tiga buah reaktor loji nuklear di Fukushima dalam satu insiden nuklear terburuk sejak bencana Chernobyl di Ukraine pada 1986.
Tahap radiasi juga dilapor meningkat di loji atom Onagawa."Insiden ini bukanlah satu isu yang serius kepada kesihatan awam buat masa sekarang.
"Ia tidak akan menjadi seperti Chernobyl. Semasa letupan reaktor di Ukraine itu berlaku, ia beroperasi sepenuhnya dan tidak mempunyai sistem untuk mencegah pelepasan bahan radioaktif," kata Setiausaha Jawatankuasa Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Kesan Radiasi Atom, Malcolm Crick.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kira-kira 140,000 penduduk telah dipindahkan dari sekitar Fukushima.
Crick berkata, peleburan sebahagian bahan radioaktif di loji Pulau Three Mile di Amerika Syarikat (AS) pada 1979 diklasifikasikan lebih serius berbanding insiden di Jepun berdasarkan skala antarabangsa walaupun ia hanya membebaskan jumlah radiasi yang kecil.
"Ramai orang berfikir mereka telah terdedah kepada bahan radioaktif selepas bencana Pulau Three Mile.
"Paras radiasi bencana itu boleh diukur tetapi dalam istilah kesihatan manusia, ia tidak mendatangkan sebarang ancaman," katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, risiko ke atas kesihatan dari loji-loji atom Jepun terbabit masih rendah. - REUTERS

3)

JEPUN - Reaktor Nuklear Meletup Lagi



Pemerintah Jepun mengatakan ledakan telah terdengar pada reaktor lain dari penjana elektrik nuklear yang rosak akibat gempa, media tempatan melaporkan.
Menurut Badan Keselamatan Industri dan nuklear Jepun, ledakan terdengar di reaktor nombor 2 dari penjana elektrik tenaga nuklear Fukushima nombor 1 pada pukul 06:10 waktu setempat pada hari Selasa ini (15/3).
Sementara itu, tingkat radiasi yang semakin tinggi tercatat di wilayah utara ibukota Jepun Tokyo setelah ledakan di penjana elektrik tenaga nuklear Fukushima, pejabat berita Kyodo melaporkan.
Pejabat berita itu mengatakan peningkatan tingkat radiasi dikesan di prefektur Ibaraki antara Tokyo dan Fukushima.
Penjana tenaga nuklear Fukushima terletak 250 kilometer (155 mil) timur laut Tokyo.
Tiga ledakan hidrogen telah menghentam penjana elektrik tenaga nuklear Fukushima sejak Sabtu lalu setelah gempa besar dan tsunami merosak sistem pendingin reaktor.(fq/prtv)
sumber

4)


JEPUN: 10,000 maut di Miyagi saja




ANGGOTA tentera mengusung mayat di kawasan longgokan kereta yang musnah akibat tsunami di bandar Higashimatsushima di negeri Miyami, Jepun, semalam.
TAGAJO: Jumlah kematian akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun mungkin menjangkau 10,000 orang di satu negeri saja.
Seorang pegawai berkata demikian ketika jutaan penduduk negara itu berdepan dengan masalah ketiadaan air, bekalan elektrik dan makanan sempurna di bandar sepanjang pantai timur laut negara itu.

Ketua Polis Miyagi, memberitahu pegawai bantuan, beliau menganggarkan lebih 10,000 penduduk negeri itu terbunuh, kata jurucakap polis, Go Sugawara.
Penduduk Miyagi berjumlah 10,000 orang dan antara tiga negeri paling teruk terjejas akibat bencana itu yang melanda Jumaat lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, angka rasmi kematian di negeri itu hanya 379 orang.

Krisis nuklear mencetuskan ancaman baru bagi mereka yang terselamat daripada gempa bumi dan tsunami.
“Mulanya saya bimbang mengenai gempa. Kini, radiasi pula. Saya tinggal tidak jauh dari loji itu. Kerana itu saya datang ke sini untuk menjalani pemeriksaan sama ada saya selamat. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya negatif. Saya tidak tahu apa nak lakukan selepas ini,” kata Kenji Koshiba, seorang pekerja binaan di sebuah pusat kecemasan di bandar Koriyama, bandar berhampiran loji nuklear di Fukushima.

Menurut pegawai, sekurang-kurangnya 1,200 orang terbunuh, termasuk 200 yang mayat mereka ditemui di sepanjang pantai, dan 739 hilang, dalam bencana itu.
Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan berkata, sebuah helikopter tentera menyelamatkan seorang lelaki berusia 60 tahun yang terapung di laut di atas bumbung rumahnya selepas dihanyutkan oleh tsunami.

Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat sebelum ini berkata, gempa itu berukuran 8.9 magnitud tetapi pegawai Jepun menaikkan anggaran mereka kepada 9.0.

Namun, kedua-duanya adalah gempa paling kuat pernah dicatatkan di Jepun.

Gempa itu disusuli dengan lebih 150 gegaran kuat selepas gempa.

Pasukan penyelamat mencari mangsa di sepanjang ratusan kilometer pantai Jepun.

Sementara itu, ratusan ribu penduduk yang kelaparan bersesak-sesak dalam kegelapan di pusat kecemasan yang terputus hubungan daripada penyelamat dan bantuan.

Sekurang-kurangnya 1.4 juta keluarga terputus bekalan air sejak gempa itu melanda dan kira-kira 2.5 juta rumah terputus bekalan elektrik.

Suhu pada sebelah malam dilapor jatuh ke paras hampir beku.

Menteri Perdagangan, Banri Kaeda berkata, wilayah berkenaan mungkin berdepan dengan masalah bekalan elektrik lebih teruk dan bekalan tenaga akan dicatu bagi memastikan bekalan cukup untuk keperluan penting saja.

Sejumlah besar kawasan di luar bandar masih ditenggelami air dan tidak boleh dijejaki oleh kumpulan penyelamat.

Stesen televisyen NHK melaporkan, kira-kira 380,000 orang dipindahkan ke pusat kecemasan yang kebanyakannya tidak mempunyai bekalan elektrik. - AP
Sumber

nOTA:

salam,ak x setuju lah kalu m'sia guna tenaga nuklear juga utk jana letrik....gerun tgk kalu jadi kes2 camnie.... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails