Akhirnya isu itu tenggelam begitu saja. Saya masih terus mengalami sendiri kesan dari mempraktikkan Law Of Attraction yang diajar dalam The Secret. Untuk kita menggunakanLaw Of Attraction dengan baik sekali, kita kena percaya yang ia adalah salah satu daripada bukti sebenar Allah Maha Penyayang, sentiasa menunaikan permintaan hamba-hambanya.
Cara penggunaan The Secret secara efektif adalah dengan Ask, Believe, Receive. Saya pula gabungkan ketiga-tigannya bersama dengan doa dan zikir, menjadikannya ada 5 elemen penzahiran buah fikiran kepada situasi sebenar di dunia sebenar.
Zikir untuk membersihkan hati, doa supaya diri kita dekat dengan Allah, yakni supaya permintaan kita berpotensi besar dimakbulkan. Selepas itu, bersedialah untuk merasai sendiri kesannya bila-bila masa.
Anda akan rasa permintaan Anda dimakbulkan dengan melihat sendiri situasi-situasi yang muncul secara kebetulan dalam hidup Anda. Jika Anda menemui banyak situasi berlaku secara kebetulan dan itu membuat Anda gembira, maknanya Anda menggunakan Law Of Attraction dengan baik. Ia juga bukti Anda seorang yang berfikiran positif.
Jika hidup Anda semakin banyak diserang dengan masalah, ada-ada saja masalah timbul tanpa disangka-sangka, itu maknanya fikiran Anda penuh dengan emosi-emosi negatif dan sikap Anda lebih banyak mengarah kepada sikap-sikap negatif misalnya dendam, kemarahan mendalam, skeptik, ragu-ragu dan sangsi.
Untuk belajar menggunakan Law Of Attraction dengan cukup baik dan supaya ia mendatangkan kesan yang baik-baik, ubah sikap kepada sikap yang baik-baik.
Nak tahu cemana nak gunakan Law Of Attraction dengan baik dalam kehidupan Anda? Syaratnya,elak merasa sakit hati walaupun disebabkan perkara-perkara kecilLaw Of Attraction akan menarik apa yang Anda mahukan HANYA apabila hati Anda dibersihkan selalu dan Anda tak menukar-nukar keinginan sehinggalah keinginan tu benar-benar dapat dicapai.
Nota:
T.Kasih buat Dr Asmadi yg bg idea pasal Hukum ini,camnerpun sbg org islam berhati-hati apabila m'baca ttg buku Law ini yg ditulis oleh org bukan islam...bijaksana untuk menapisnya...
alhamdulillah baru-baru ini saya jumpa buku ttg Law ini tapi diolah oleh orang islam "LAW OF ATTRACTION ,RAHSIA KEHIDUPAN"yg ditulis oleh Muhammad Rizwan ,terbitan Al-Hidayah...walau tak dijelas dengan terlalu detail ...tapi sedikit sebanyak dapat menjelaskan Hukum ini dari segi islam...
Baru-baru ini saya ada juga dengar ada satu hukum lagi "Quranic Law Of Attracion" yang mana dijelaskan hukum Law Of Attraction mengikut islam...wallahuallam...mg2 saya dapat jumpa buku b'kenaan ini ...amin..