Monday, May 4, 2009

Aura Erdogan dan Ahmadinejad : benteng umat Islam kini

akpDua singa dunia islam kini

Pada awal tahun ini Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip Erdogan telah menggegarkan forum ekonomi dunia ketika itu berlansung di Davos, Switzerland. Apabila beliau dengan lantangnya mengkritik Presiden Israel Shimon Peres,secara berdepan di atas kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin. Setelah disekat untuk meneruskan kritikannya, beliau nekad dan terus meninggalkan forum tersebut. Perhatian dunia ketika itu terarah kepadanya kerana tindakan tegas beliau berhadapan dengan salah seorang kepala rejim zionis, Shimon Peres.

Hari ini, sekali lagi dunia menjadi kecoh dengan tindakan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semasa persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva. Beliau yang sememangnya terkenal dengan pendirian tegas terhadap barat dan Israel telah berjaya menjentik kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU sehingga mereka bertindak keluar dari dewan semasa persidangan masih berlangsung.

Dalam ucapannya beliau dengan tegas menyatakan bahawa zionis Israel dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menjadikan Holocaust sebagai ‘alasan’ untuk melakukan keganasan ke atas penduduk Palestin. Katanya lagi, mereka telah menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara itu (Palestin) kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi semasa Holocaust.

Pemimpin simbol kekuatan umat Islam

Sirah Islam telah membariskan figur-figur kepimpinan yang cukup hebat. Bermula dengan Rasulullah,empat khalifah agung : Abu Bakar, Umar, Uthman,Ali, Umar Abdul Aziz, muhammad Al Fateh, Sallehuddin Al Ayubbi dan ramai lagi. Umat islam pada ketika itu menjadi kuat di bawah kepimpinan mereka dan hasilnya Islam pernah memerintah hampir dua pertiga dunia. Apa yang perlu diteladani kini adalah , hanya pemimpin yang berpegang kepada sumber Islam iaitu Al Quran dan As Sunnah sahaja akan menjadi nadi kekuatan umat Islam untuk bangkit semula.

Berani menegakkan yang hak

Apabila pemimpin mempunyai dasar Islam yang kukuh, mereka tidak akan ragu-ragu lagi untuk pertahankan yang hak dan menyuarakan kebenaran, namun realiti pada hari ini betapa dhoifnya umat Islam kerana kita terlalu kurang mempunyai pemimpin Islam tegar mempertahankan prinsip. Mereka lebih suka mengambil jalan selamat supaya dilihat lebih toleransi dan moderat di mata dunia. Kita menantikan zaman Islam kembali gemilang dengan tertegaknya khilafah Islam. Namun, sejauh manakah impian ini akan direalisasi sekiranya kita masih mempunyai pemimpin yang sebegini?

Turki, Iran sudah.. Malaysia bila lagi?

Kemashyuran Malaysia sebagai Negara Islam yang moderat telah dibuktikan apabila pernah menerajui OIC. Dengan posisi ini seharusnya Malaysia mampu untuk menghasilkan suatu bentuk tindakan yang lebih “ jantan “ dalam membela nasib umat Islam yang tertindas khasnya di palestin. Saya membayangkan suatu masa nanti perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib juga mampu bertegang urat dengan Tony Blair berdebat tentang isu penindasan umat Islam di palestin. Di saat itu saya akan tersenyum bangga dan berkata “ itulah PM kesayangan kita”.

Oleh : Norsyahida Hashim

Timb.Exco JKP Perhubungan Dan Hal Ehwal Semasa

PMIUM 09/10

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails