Friday, May 8, 2009

~sekadar perkongsian~~

Baru2 ni aku sempat berbincang dengan seorg kenalan yang juga aku kagumi ,tapi tak sempat berbincang lama tentang isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu yg menganut agama islam .Isu status agama 3 anak beliau.iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun).

Apa yg ak respect kat dia(knalan) sikap sukakan ilmu& tak jemu2 mengadakn program & sanggup walau pergi walau di ceruk manapun.Mg Allah permudahkn urusan beliau.

Dlm isu ini apa yang menambahkan complicated isu ini cz kabinet masuk campur sedangkn yg kita tahu eksekutif tdk blh masuk campur tangan dlm kehakiman .

pada 26 April lalu Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya - Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 - kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.

Tindakan kabinet adalah tidak sepatutnya kerana kes ini masih dalam perbicaraan .Pd 5 mei lalu kes ini telah dibicarakn di mahkamah Tinggi Ipoh Perak& Kes ditangguh hingga 12 Mei. (link).Sepatutnya kabinet tidak boleh tergesa-gesa mengeluarkan keputusan(menetapkan agama asal anak) demikian. Sepatutnya hal ini perlu dibawa berbincang dengan ulama-ulama dan mereka-mereka yang lebih berautoriti. Apa yang berlaku ini hanya akan menambah rumit lagi kes ini bukan membantu menyelesaikannya.

Dr segi islam:Ini hujah yg sy bc dr Ust Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net)

Berlaku lagi isu yang dianggap sensitif berkait isu agama, sebagaimana kes jenazah individu yang dipertikai sama ada telah menganuti Islam atau tidak semasa hayatnya.

Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.

Pelbagai artikel ditulis dalam hal ini, saya tidak berhasrat untuk mengulang-ulang apa yang telah ditulis. Fatwa dari empat mazhab turut disertakan. Secara ringkasnya, majoriti mazhab berpandangan anak akan menjadi Islam secara automatik sama ada ayah atau ibunya menganuti Islam. Manakala mazhab Maliki pula hanya meletakkan kemasukkan Islam secara automatik itu hanya berlaku jika si ayah yang menganuti Islam. Justeru itu, menurut pandangan keempat-empat mazhab, kes yang berlaku di Malaysia ini, anak turut automatik menjadi Islam.

Bagi yang berminat membaca lanjut boleh merujuk di link berikut .

PKPIM juga ada mengeluarkan kenyataan yang baik, disamping menyertakan beberapa kes lama yang boleh dijadikan panduan dalam menetapkan sikap terhadap kes terbaru ini, iaitu :-

"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

"Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga.

"Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,"

Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara autoamtik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya tuurt serta menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.

Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan,

Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa


dan jawapan. Wallahu'alam.

Note:

Dlm keadaan skrang bg ak amat ptg sbg org islam mengetahui perundangan sivil & pemahaman perlembagaan malaysia bkn skdr utk exam .cz kalu dulu utk mempertahankn agama jihadnya dgn mata pedang kini jihadnya dgn kepetahan & kefasihan dlm pemikiran berhujah .tahniah buat adikku acik krn membuat keputusan tepat utk meneruskn pengajian dlm bidang LAW(Svil+syariah ) di UIAM walaupn ia bdg sukar utk mengekalkn pointer .....huhu...insyaAllah dipermudahkn ........,ak kantoi sikit berhujah dgnnya cz dia byk hujah sgt ,yg sesuai berhujahnya adik ak yg laki seorg lg cz kedua2 nya mcm anjing dgn kucing -jgn marah ek...syg kamu berdua....muahh










0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails