ramai jer tanya ak ader ker drama tuh....
ader agi dalam latop dalam proses nak delete cz dah letak dalam cd....
cerita-cerita macam ni jarang ak delete tanpa wat backup dulu
cz ia ada value motivasi......
moga dengan tengok cerita-cerita begini........
menjadikan kita lebih bersyukur diatas kurniaan Allah kat kita ...
walaupun seteruk manapun yang kita lalui ada orang yang lebih teruk lagi diuji....
yang paling penting hati kena redha& berfikiran positive......
Akhirnya cutiku akan berakhir .....
.
.alah malasnya nak gi u...... ...
malas nak tinggalkan umah......
, lagipun hanya dalam minggu ni jer kami semua dapat berkumpul
dalam minggu ni jugak ak mampu tengok abah ak tersenyum....
sekurang -kurangnya dgn ini dapat mengurangkan stress abah bekerja....
yer laa ibu bapa mana yang tak suka kalau semua dapat berkumpul sambil bertukat-tukar cerita & gelak ketawa....
alhamdulillah ak mempunyai adik beradik yang tidak bersikap individualistik .......
saling ambik berat & nasihat menasihati jika ada yang terleka ....
moga Allah kukuhkan ikatan yang terbina dalam redhanya.....
terima kasih buat kawan baikku samihah atas buku-buku yang dipinjam tu.....
Buku tulisan Faisal Tehrani tu dah habis baca.....
.yang satu agi saya wat harta saya ek kejap raye nanti saya bagi......kui3....
x sempat nak habiskan......
alhamdulillah walaupun sekejap cuti ia bermakna bagiku...............
kerana ak dapat melihat sinar kegembiraan diwajah ummi dan abah....
moga Allah memberkati mereka berdua
& sentiasa tabah menghadapi apa jua dugaan yang bakal berlaku di masa depan......
.lagipun keredaan Allah terletak kepada keredaan ibubapa......
apa yang ak respect kat mak ayah ak ni dia tak pernah membezakan antara anak yang bijak dalam pelajaran & yang sederhana .....
Hal ini meyebabkan tidak timbul rasa rendah diri diantara kami ... rezeki masing-masing kan paling penting bagi mereka kami dah berusaha.....
yang lain-lain serahkan kepada ketentuan Allah....
cuma apa yang mereka nasihatkan tolong tengokkan adik-adik....
& jangan hanya tahu wat hal sendiri........
ketika ak berbual ngan ummi ak baru-baru ni ... ..
ummi ada ceritakan satu cerita yang berlaku kat sekeliling... ..
rasanya cerita tu xperlu ak ceritakan ..... cuma apa yang yang ummi ak katakan amat berbekas di hati ak....
"kita sebagai anak walaupun sebijak manapun kita sekalipun berkeluarga.....jangan letak ibubapa kat belakang (tak minta nasihat mak ayah dulu)terutamanya yang melibatkan hal yang besar-besar .....
kena jugak mintak nasihat mak ayah....
lagipun mak ayah lebih dulu makan garam daripada kita.......kalau jadi apa-apa ibu bapa jugak yang tumpang sama merasa...."
ak respect betul kat sorang saudara ku ni yang sanggup melupakan kekasih hatinya kerana patuh kat mak ayah tak berkenan dengan kekasihnya tu.....& sanggup terima pilihan makayah dengan redha......Yer laa dalam hal kahwin ni keberkatan adalah penting........ yang paling penting faktor agama seseorang kenalah diambil berat.......wallahuallam
walauapapun moga Allah permudahkan langkahku di hari-hari yang mendatang bersama petunjuk & redhanya..... sayang kamu semua along ,acik,ayat,akak& adik=)..
."BoLeh caYa kEr dGr yG penSyaRah ajar,mCm duk beRkhaYal jah....=p"
baju merah tu adik ak, lawan gaduh ak kat umah ..
Moga dia jadi pemuda yg soleh yg berjasa pd agama ....amin.
0 comments:
Post a Comment