Monday, July 6, 2009

1. Anda hendaklah terus berusaha untuk berkomunikasi dengannya. Bahkan, diperingkat ini, mengekalkan hubungan dengannya menjadi lebih penting kerana ia membolehkan pintu komunikasi terus terbuka sehingga anda dapat terus bebincang dengannya. Usahakanlah untuk lebih kerap berkomunikasi denganya.

2. Elakkanlah dari mengambil pendekatan berleter dan “menyerang”. Berusahalah untuk memahami dirinya dahulu. Berikanlah pandangan anda dari posisi seorang yang ingin memberi huraian alternatif kepada perkara-perkara yang mendorongnya membuat pilihan sedemikian. Tidak mudah sebenarnya untuk seorang Melayu meninggalkan agamanya, jika tidak kerana sebab-sebab psikologi, sosial dan lain-lain yang begitu mendesaknya.

3. Jangan tertekan oleh masa untuk mengembalikannya semula. Yang lebih penting ialah untuk mengekalkan hubungan dan interaksi dua hala yang baik dan saling menghormati kerana dia bukan lagi seorang anak kecil.

4. Satu cara untuk lebih memahami dirinya ialah dengan memasuki jaringan sosialnya di internet seperti Facebook, Friendster dll. Dari situ, anda boleh dapat petunjuk mengenai faktor-faktor mempengaruhinya dan mengambil langkah untuk meminimakannya.

5. Carilah di internet mengenai masalah yang sama yang ditanyakan dan cuba dapatkan pengajaran-pengajaran dari jawaban-jawaban yang diberi. Anda boleh berusaha juga untuk mendapatkan nasihat dari Darul Arqam (www.darul-arqam.org.sg) yang mempunyai banyak pengalaman dalam masalah ini.

6. Mulakan interaksi anda dengan soalan-soalan yang cuba mencungkil darinya jawaban, kenapa dan bagaimana? i.e apa sebenarnya yang telah berlaku? kenapa agaknya mesti buat seperti itu? Jangan mulakan dengan mempersoalkan keputusannya atau meleterinya.

7. Pujuk dan ajak dia untuk mempunyai pemikiran yang terbuka agar ia sentiasa mempunyai “option” untuk menilai kembali keputusannya. Selama dia mempunyai pemikirang yang terbuka, selagi itu peluang masih ada. Pujuk dia untuk mempelajari semula Islam di Darul Arqam atau di mana-mana tempat yang sesuai untuknya, tanpa meminta dia untuk meninggalkan agama baru yang dipilihnya. Dengan ini, mungkin dia akan terjumpa apa yang dia tidak terjumpa mengenai Islam sebelum ini yang menyebabkan dia memilih agama lain.

8. Cuba kumpulkan teman-teman atau ahli keluarga yang boleh berpakat untuk bersama menangani masalah ini dengan cara yang saya cadangkan. Berhat-hati, agar tidak menyertakan individu yang hanya akan merosakkan hubungan baik yang dipelihara.

9. Setelah anda mula berbincang, akan mula timbul isu-isu tertentu yang anda mungkin kurang arif untuk menanganinya. Dapatkanlah nasihat dari yang pakar dan bolehlah meminta bantuan dari saya juga.

10. Jangan putus asa. Kekalkanlah optimisme. Jangan lupa untuk mendoakannya agar Allah taala mengembalikannya semula.
Link

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails