Thursday, March 4, 2010

kisah pemuda beribu-bapakan babi




sekadar gambar hiasan

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah

S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang

di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut.

Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamuTuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik danmelakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawaseekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. NabiMusa terkejut melihatnya. "Apahal ini?, Nabi Musa berbisik dalamhatinya penuh kehairanan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilapsampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor
babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih
sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata
Nabi Musa

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah

ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu
lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang
sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka
pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di
sisi Allah s.w.t

Konsep Sabar, Syukur Dan Yakin

Sabar.
Saya berasa sangat yakin bahawa konsep sabar ini diajar dan dianjurkan oleh semua agama samawi dan juga apa jua bentuk kepercayaan. Kita diajak untuk bersabar dalam menempuh setiap keperitan dan dugaan hidup, juga bersabar dalam setiap musibah yang datang melanda. Namun yang sering berlaku adalah kita menjadi selalu tidak sabar apabila ujian tersebut benar-benar datang melanda hidup ini.
Apakah gunanya sabar? Sabar itu bukanlah sesuatu yang retorik, sabar itu sangat bermakna bila manusia betul-betul di uji. Bersabar bukan bermakna menyerah, tetapi mengambil satu langkah ke belakang untuk merancang langkah yang lebih panjang ke depan! Itulah gunanya sabar, kita akan mengetahui seperti apakah hati kita ketika ini. Malahan sabar itu bukan terhenti setakat itu sahaja, malah kita harus lebih banyak bersabar dalam menerima nikmat dan rahmat Tuhan Semesta Alam yang melimpah ruah itu. Kita malah hanya bersabar dalam menerima ujian dan keperitan hidup ini, tetapi kita jarang-jarang bersabar bila didatangi kesenangan dan kejayaan! Fikirkanlah....
Tuhan Yang Maha Kuasa menganugerahkan 3 ganjaran bagi orang-orang yang sabar :
  • •Kesejahteraan di dunia & akhirat
  • •Rahmat dan kasih sayang-Nya
  • .Petunjuk dalam menghadapi berbagai kesulitan
Syukur.
Seringkali sukar untuk mengungkapkan bicara syukur dalam hidup ini. Kita malah merasakan bahawa setiap rahmat dan kejayaan dan kesenangan yang datang itu sebagai sesuatu yang sememangnya layak untuk kita! I deserve it! Begitulah kata hati manusia. Tapi pernahkah kita bertanya kenapa Sang Pencipta memberikan rahmat dan kesenangan itu kepada kita ? Bukan kepada orang lain ? Nah! Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Hati menjadi tidak tenang dan bahagia kerana sering melihat apa yang tidak kita punyai. Kita sering mengimpikan sesuatu yang dimiliki orang lain, kebahagiaan yang dimiliki orang !
Bersyukurlah dengan melihat dan memahami penderitaan orang lain. Bersyukurlah dengan memperbanyak merenung jauh ke dalam diri dan bayangkanlah jikalau Tuhan Yang Maha Esa ini suatu hari nanti akan lari jauh tidak lagi memandang dan memperdulikan kita............
Orang-orang yang selalu bersyukur akan sering merasakan kecukupan di dalam hidupnya. Mereka dijanjikan kecukupan rezekinya oleh Tuhan Yang Esa dan tidak lagi berkeluh kesah melihat kesenangan dan kejayaan orang lain.
Yakin.
Ramai orang-orang yang telah berjaya di dunia ini memulai langkah pertama dengan penuh keyakinan. Walaupun kegagalan demi kegagalan yang mereka temui sepanjang perjalanan itu, tetapi akhirnya dengan keyakinan mereka yang jitu telah membuatkan mereka berjaya dan malah lebih berjaya dari orang lain. Begitulah hebatnya rasa sebuah keyakinan itu! Bagi manusia beragama, keyakinan bahawa akan adanya malaikat pencatit di kiri kanan kita, membuat kita betul-betul memanfaatkan apa jua yang ingin kita lakukan. Begitu juga dengan keyakinan akan adanya hari kita dibangkitkan semula untuk melihat neraca timbangan amal, akan membuatkan kita benar-benar takut akan siksaan akibat perbuatan jahat dan akhlak yang keji.
Orang-orang yang yakin memahami bahawa setiap amal perbuatan jikalau tidak dirringi dengan niat dan keihklasan yang baik, maka ia hanya akan menjadi amalan yang sia-sia dan menjadi sirna.......
Keyakinan bukan bermakna kitalah yang menentukan dan memastikan sesebuah kejayaan. Malah orang-orang yakin mempunyai pergantungan 100% kepada Yang Maha Kuasa setelah segala ikhtiar dan perancangan dilunaskan. Mereka inilah yang memami betapa segalanya yang berlaku di mukabumi ini tidak satu pun terlepas dari Genggaman dan Pengetahuan Yang Maha Esa.
Dengan mempertajam rasa SABAR, SYUKUR DAN YAKIN ini, hidup terasa lebih bermakna dan hati akan merasa lebih bahagia.
Kita sememangnya ditakdirkan untuk berbahagia dengan segala nikmat yang dianugerahkan Yang Maha kuasa!

Coretan~_^
Terima kasih kepada Tn Haji azizan diatas segala perkongsian yang mantap & padat & juga semua kakitangan Airborne Discovery.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails