Sunday, August 30, 2009

PALESTIN:(Terkini) Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis

Link


Khamis, 27/08/2009 – Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Wartawan Sweden, Donald Boustroum tidak berdusta ketika beliau melaporkan bagaimana beberapa keluarga Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza mendakwa tentera Zionis melakukan penculikan tersusun terhadap pemuda Palestin yang kemudiannya jenazah mereka dihantar pulang semula kepada keluarga mereka setelah beberapa organ badan mereka diambil. Beliau juga turut memberikan fakta jelas yang menunjukkan regim Zionis melakukan jenayah tersebut dengan tersusun terhadap rakyat Palestin yang diusir dari tanahair mereka secara paksaan.

Laporan oleh akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ menunjukkan kewujudan suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan keterlibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir



(Terkini) Israel tubuhkan mahkamah khas untuk menahan kanak-kanak Palestin


Khamis, 27/08/2009 – Pihak Keselamatan Israel telah mengumumkan bahawa mereka bakal membina sebuah mahkamah khas untuk kanak-kanak Palestin yang ditahan tentera Israel di wilayah Palestin yang mereka jajah. Ini merupakan keputusan yang pertama kali didengari sejak menjajah Palestin selama 42 tahun. Sumber Israel melaporkan, Jeneral Brigade Gadi Shamni, GOC Central Command bagi tentera Israel, telah mengesahkan penubuhan mahkamah tersebut yang bakal menghukum segala kes melibatkan tahanan-tahanan bawah umur.

Berdasarkan keputusannya, hakim bakal diberi latihan khas bagi melibatkan diri dalam kes-kes tahanan bawah umur tersebut dan akan dilantik melalui sistem Ketua Mahkamah Israel. Tahanan kanak-kanak Palestin sebelum ini, langsung tidak diberi layanan istimewa, malah sama seperti tahanan politik yang dewasa. Ketua Unit Undang-undang dan Hak Kanak-kanak Antarabangsa ( DCI ) cawangan Palestin berkata, mahkamah baru ini merupakan tidakan lewat dan terdesak Israel bagi menutup kegagalan sistem undang-undang mereka yang menghukum kanak-kanak seperti orang dewasa.

Quzmar menambah,penubuhan mahkamah tersebut bakal tidak membawa sebarang perubahan, malah akan menambah lagi tahanan rakyat Palestin yang tidak berdosa.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929


JANGAN LUPA MENDOAKAN SAUDARA2 KITA WALAU DIMANA MEREKA BERADA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails