Sunday, May 31, 2009

~petua untuk mengelak rasa cemburu~



Get ISLAMIC-Graphics

Cemburu Pertama Dalam Sejarah Manusia

Cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.

Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan 2 orang putera Nabi Adam. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Ini kemudiannya membawa kepada adegan-adegan dramatik yang mencemaskan. Klimaks kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini.

Petua Mengatasi Sifat Cemburu

1) Daripada 2 kisah cemburu yang membabitkan Iblis dan Qabil itu, kita dapati bahawa sifat cemburu tidak membawa sebarang kebaikan langsung kepada kita. Cemburu hanya memusnahkan diri sendiri. Tiada pengakhiran yang baik dan menggembirakan dalam hati manusia yang sering cemburu. Oleh itu sebelum anda mahu cemburu, cuba renung kembali kisah Iblis dan Qabil ini.


2) Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada 2 jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini:
Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia.

3) Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan.

Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi?

Imam Maulud, seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.


4) Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih bagus dan lebih mulia dari orang lain; holier than thou. Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa yang orang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Dengan ini, di samping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada Allah.


5) Dalam 3 senario di atas, saya ada sentuh tentang bab kahwin. Saya jadikan isu kahwin ini agak spesifik memandangkan saya kenal dan tahu beberapa orang kawan saya, dan kebanyakkan adalah perempuan yang mengeluh kerana masih lagi belum bertemu jodoh. Mereka agak depress.

Berkahwin memang seronok. Siapa tidak suka kahwin. Tetapi menjadikan perkahwinan sebagai alasan untuk memberikan kebahagian hidup agak kurang tepat. Pasangan berkahwin yang kelihatan gembira mungkin kerana sejak zaman bujang lagi mereka sudah memiliki gaya hidup yang ceria. Tapi apa akan jadi jika Lelaki A yang pesimis berkahwin dengan Wanita B yang bersifat sangat cemburu buta. Anda fikir dengan perkahwinan itu, Lelaki A dan Wanita B itu akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan hidup?

Perkahwinan hanya satu keindahan yang sementara. Jika ia tidak disulami dengan tanggungjawab, perkahwinan adalah satu bala. Terangkan kepada saya mengapa Britney Spears bercerai dengan suami pertamanya, iaitu Jason Allen Alexander setelah mereka sah menjadi suami isteri selama 55 jam sahaja? Saya juga ada seorang rakan (Melayu) yang menceritakan kisah sedih rakannya (Melayu) yang diceraikan suaminya setelah 1 tahun berumahtangga. Mengapa ini berlaku? Tiada kebahagiaan!

Maka, perkahwinan bukan tiket mutlak kebahagiaan hidup. Ketahuilah bahawa sebahagian dari kegembiraan itu terletak pada redha Allah ke atas manusia dan sebahagian lagi terletak pada cara seseorang itu berfikir. Kepada yang masih belum berkahwin, bawa-bawa bersabar. Bak kata senior saya, let's chill and relax...

Akan tetapi, perkahwinan juga sangat penting dalam kehidupan manusia. Saya ingin membantu, tetapi saya tidak boleh bagi kaunseling lebih-lebih kerana masih lagi belum berkahwin. Mungkin boleh baca artikel ini: What should I do to get married?

Jangan cemburu kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu menamatkan zaman bujang dan anak dara. Bila sampai masa yang ditetapkan Allah, anda pasti akan mendapatnya. Ini konsep tawakal dalam Islam. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Cuba aplikasikan konsep Taburan Normal dalam ilmu statistik untuk lebih memahami masalah ini.


6) Apa yang mereka ada tidak semestinya diberkati Allah. Kadang-kadang rezeki yang Allah beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata. Rasullulah bersabda:
Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.
(Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Istidraj adalah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari.

Jiran anda di sebelah rumah yang selalu pergi clubbing dan tuang arak dalam perut, tetapi kereta mewah ada 2-3 biji, menjawat pula title CEO di sebuah syarikat besar, maka ketahuilah bahawa rezeki yang mereka terima itu berkemungkinan besar adalah istidraj. Oleh itu, jika anda patuh dan taat pada segala-perintah Allah, melakukan solat tahajjud setiap malam, tetapi rezeki masih lagi dalam keadaan terumbang-ambing, maka janganlah terlalu risau. Rezeki sikit atau banyak adalah ujian dari Allah.

Jangan sangka dengan duit berkepok-kepok di bawah bantal akan membuatkan kita gembira. Kita gembira kerana Allah yang kasi kita gembira. Jika anda ada buku Ayah Kaya, Ayah Miskin, cuba selak semula bahagian awal buku itu, yang mana Robert Kiyosaki ada menceritakan kisah beberapa orang ternama yang kaya-raya waktu itu, akhirnya menerima kesudahan hidup yang menyedihkan setelah berlakunya peristiwa Great Depression. Lihat, semudah itu sahaja Allah mahu tarik kekayaan seseorang.


7) Masih lagi rasa susah untuk membuang rasa cemburu itu? Masih lagi tidak puas hati pada jiran ada rumah yang lebih besar dan selalu makan di restoran mewah? Baik, lihat 2 gambar di bawah ini. Gambar membawa sejuta erti.

Gambar ini tidak dapat dipastikan siapa yang tangkap. Anak kecil itu mengutip cebisan makanan yang sudah dibuang. Alangkah laparnya dia!


Gambar ini ditangkap oleh Kevin Carter. Gambar ini menyebabkan Kevin Carter membunuh diri tidak lama kemudian disebabkan kesan psikologi yang sangat mendalam.


8) Akhir sekali, cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi selalu sangat kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita ada.
Jika anda menyimpan makanan dalam peti sejuk,
dan menyimpan baju di dalam almari,
dan ada katil sebagai tempat tidur,
dan memiliki sebuah rumah...

Maka anda sudah jadi lebih kaya dari 75%
penduduk bumi yang lain!

(Sumber: Video The Miniature Earth)

Maka, bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu dan sekaligus mendatangkan kebahagiaan di dalam hati. Jangan apabila ia sudah pergi baru kita mahu bersyukur dan menangis kerana manusia selalunya begitu. Hargai sekecil-kecil nikmat Allah. Insya-Allah.




Celoteh ak (^^,):

Tidak dapat dinafikan dalam kehidupan harian kita tak terlepas dari cemburu ....walaubagaimanapun ,muhasabah diri kita balik mungkin tanpa kita sedar kita menghadapi masalah akidah .Tak yakinkah kita bahawa kesemua yg kita ada adalah yang telah Allah takdirkan & ketetapan Allah sejak azali lagii???....camnerpun ini tak bermakna kita tidak perlu berusaha .....usaha dulu lepas tu tawakkal dan redha apa keputusan Allah terhadap kita sebagaimana kata penulis atikel ni" syukur dengan apa yg dimiliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu & mendatangkan kepuasan dalam hati"....Tidak dinafikan ak sendiri tak terlepas dari hal ini ,dalam hal ini ada satu doa yg ak selalu amalkan,moga boleh dijadikan amalan & panduan.

surah Al-Hasyar ayat 10:

"........Wahai tuhan kami! ampunkan dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman ,dan jangan kau masukkan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang beriman .Wahai tuhan kami !sesungguhnya engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatmu"


Baru-baru ni ak berkesempatan survey bilik2 kosong memandangkan kebanyakan pelajar sekarang cuti semester ...terlihatlah ada satu kata2 didinding sebuah meja seorang siswi tu "duit adalah se gala2 nya ",mungkin itu prinsip hidupnya .Dalam hal ini,tidak dinafikan duit amat penting zaman tapi bg ak ia bukanlah segala-galanya,janganlah sampai kerana duit sanggup se gala2nya lebih2 lagi sekarang zaman ekonomi tengah merudum....Hati ak agak berdebar ...tak tahulah kenapa??? ,Hanya satu jer yang bermain dalam fikiran ak janganlah Allah masukkan dunia dalam hatiku walaupun sebesar zarah sekalipun & jangan Allah biarkan diriku terumbang ambing sendirian tanpa bimbingan dari-Nya..

"Ya Allah,jangan kau masukkan dunia dalam hatiku,cukuplah ia hanya ditanganku & jadikanlah ia sekadar ALAT untuk aku mencapai redamu..amin "...



InsyaAllah kalau berkesempatan ada artikel menarik yg ingin saya kongsikan untuk kawan2 untuk memujuk diri agar tak frust disebabkan result yang rata2 dari kita agak teruk berbanding sem lepas , ak jua tidak berkecuali.....sedih tak yah bgtau ,camnerpun tetap syukur.....Artikel ni bukan moga ia dapat dijadikan titik tolak kepada perubahan yang lebih besar selepas ni ,insyaAllah...mg dipermudahkan olehNya....


~Reda Allah ku pohon dalam setiap tindakan~






Drpd:http://hembusan.blogspot.com/2007/07/la-tahzan-2-jangan-cemburu-8-petua.html


Get orkut-Graphics


Hidup ibarat cabut gigi......

Drpd:http://hembusan.blogspot.com/2007/06/la-tahzan-1-hidup-ibarat-mencabut-gigi.html



Get ISLAMIC-Graphics


Hidup ibaraBerapa lama masa yang diperlukan untuk mencabut sebatang gigi yang rosak? Paling-paling 15 minit sahaja. Masa yang diperlukan untuk mencabut gigi ini adalah ibarat masa kita hidup di dunia ini. 15 minit jika dibandingkan dengan panjang umur manusia, mungkin 60-70 tahun, nilainya adalah sangat tidak signifikan.

Sekarang bandingkan 60-70 tahun hidup di dunia ini dengan kehidupan di Akhirat yang infiniti, yang kekal abadi, yang selama-lamanya, abadan abada. Apalah sangat yang ada pada nilai 60-70 tahun itu? Saya rasa kebanyakkan pembaca di sini paling-paling sudah berumur 20 tahun. Jika kita dapat hidup hingga umur 60 tahun, maka kita akan ada di bumi Allah ini selama 40 tahun sahaja lagi. Dalam masa 40 tahun ini sahajalah kita perlu banyakkan bersabar dalam menghadapi ujian Ilahi.

Nasihat Seorang Pakcik

Kira-kira 3 minggu yang lepas ada seorang pakcik yang merupakan ahli jemaah tabligh berbangsa Pakistan yang menetap di Afrika Selatan datang menziarahi Masjid Dublin. Beliau boleh bercakap beberapa kerat perkataan orang kita. Antaranya: "Jemput masuk tuan mulia". Beliau memberikan nasihat tentang banyak perkara, terutamanya dalam hal-hal yang bertujuan untuk meningkatkan iman kita.

Cuma satu sahaja nasihat beliau yang mungkin akan ingat saya ingat sampai bila-bila. Katanya lebih kurang,
"Success in this world is limited. Tribulation in this world is limited. But success in the Akhirat (Paradise) is infinite and tribulation in the Akhirat (Hellfire) is also infinite."

Faham ke? Maksud beliau, dalam dunia ini, kejayaan kita ini ada hadnya. Dan bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil kejayaan yang kita miliki. Begitu juga dengan musibah yang melanda. Jika pun sepanjang hidup kita ditimpa musibah, paling-paling ia berlaku dalam tempoh 50-60 tahun sahaja.

Tetapi di akhirat, kejayaan umat Islam yang mati dalam keadaan beriman teguh kepada Allah, ialah Syurga. Syurga adalah kejayaan hakiki manusia. Kejayaan inilah yang Rasulullah mahukan untuk umatnya. Kejayaan ini adalah selama-lamanya.

Maksud 'selama-lamanya' ini adalah melebihi nilai 1 juta tahun, hatta 100 bilion tahun. Kamu boleh bayang ke berapa lama tempoh 100 bilion tahun itu? Entahlah, saya pun tak mampu nak membayangkannya, apatah lagi menerangkannya. Apa yang saya boleh cakap, tempoh masa di antara letupan Big Bang dan hari ini ialah 13.7 bilion tahun.

13.7 bilion tahun diseksa di dalam neraka adalah satu perkara yang dahsyat lagi ngeri. Penjaga pintu Neraka, iaitu malaikat Malik juga adalah makhluk yang sangat bengis dan mengerikan. Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, malaikat Malik adalah satu-satunya malaikat yang tidak senyum kepada Rasulullah sallahu alayhi wasalam. Seringan-ringan hukuman ke atas ahli Neraka pula ialah ke atas Abu Talib, iaitu pakcik kepada Rasulullah. Hukuman itu ialah memakai sepasang terompah yang akan membuatkan otak Abu Talib menggelegak.

Kita yang baru tersentuh sedikit cerek panas kadang-kadang sudah menjerit melolong bagai orang gila. Ini baru cerek panas. Di neraka mana ada hukuman pegang cerek panas yang kepanasannya setakat 100-200 darjah celcius. Saya tidak pernah lagi mendengar kisah aneh orang yang menggelegak otaknya apabila menyentuh cerek panas.

Maka bersabarlah dengan musibah yang Allah turunkan kepada kita. Sama ada kita bersabar atau pun tidak, musibah itu tetap perlu kita hadapi. Jika kita bersabar, kita semakin mendekatkan diri dengan Syurga Allah. Jika kita tidak bersabar, jangan salahkan Allah jika kita kena humban dalam Neraka. Jesteru itu hadapinya dengan tenang, sabar dan solat. Selesaikan ujian itu langkah demi langkah.

Maka sebagai penutup, ingatlah petua La Tahzan #1 ini = Hidup ibarat mencabut gigi. Cabut gigi memang sakit, tapi sekejap sahaja sakitnya. Tapi doktor itu buat untuk kebaikan kita. Hidup di dunia dengan ditimpa satu dua musibah besar memang agak sakit, tapi sekejap sahaja sakitnya, paling-paling lama pun dalam 60-70 tahun sahaja. Allah menguji kita juga adalah demi kebaikan kita. Ujian mampu menghapuskan dosa-dosa silam kita, dan bagi para Nabi dan orang-orang soleh, ujian yang Allah turunkan kepada mereka adalah bertujuan untuk meningkatkan darjat mereka di sisi Allah.

Wallahu 'alaam.


Get orkut-Graphics


Friday, May 29, 2009

Happy birthday



Get ISLAMIC-Graphics


sedang ak menatap blog rakan2 tiba2 mesej masuk"kak Dah jom lah datang bilik ana cz kitorang nak sambut birthday Nurul & Syahirah..."kata ukti Farah."tunggu kejap ek cz kak Dah nak bersiap jap"balasku..terlupa pulak ak birthday diorang.....ish2 terpaksalah ak meredah embun pagi ke blok diorang...tak jauh pun hanya perlu melintasi 2 blok jer....

Sambutan agak simple jer ada kek & makanan ringan jer ,kek tu pun mak ukti Ainul yg buat.Ramai juga yg datang walaupun kelihatan dah megantuk semuanya tp diorang tetap datang semata2 untuk meraikan teman yg dah bagaikan saudara sendiri.... yg baru habis meeting pun usaha untuk datang...alhamdulillah .Selepas bukak majlis & sedikit ucapan kami menikmati hidangan yang tak seberapa....walaupun begitu ,sambutan tetap meriah dan hidup dengan ucapan2 nasihat

.Antara yg dapat ak simpulkan isi dalam ucapan diorang tadi:semakin bertambah umur bermakna semakin pendeklah masa menuju ke sakaratulmaut....jd persiapkan amal walaupun sesibuk manapun study& aktiviti lain ,moga ukwah yang dibina berkekalan & yg paling ak terasa kak Nad pesan supaya sesiapa yg tak balik kampung jenguk mak ayah lg...walau sesibuk manapun berpesatuan ibubapa juga perlu dijenguk jangan sampai diorang kecik hati,......alhamdulillah....ak sendiri tak der apa yg mampu ak ucapkan cuma harapan ak agar ukwah yg terbina ada nilainya diakhirat kelak.....

setelah tutup majlis dengan bacaan doa & doa tutup majlis ....semua bersurai ,itupun ada lg yg datang ...mujurlah makanan ada lg....tp bg diorang bukan nak makan sangat cuma nak meraikan teman jer........indahnya ukwah kalau dibina atas kasih sayang kerana Allah

jom kita nyanyi sama-sama...:

Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan ukhti Nurul & syahira
Allah selamatkan kamu...




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Get orkut-Graphics

BUAH HATIKU....MUAHH



Get ISLAMIC-Graphics

~IBUBAPA~
Tadi ak berkesempatan bercakap dengan ummi kesayangan ak.....rindu sangat2 kat mereka berdua ak tahu ummi pun macam tu .....asyik tanya bila nak balik duk sorang jer ker kat bilik cz dia runsing anak dara duk sorang takut apa-apaa jadi tp ak pujuk dia takper cz teman ak ada kat tingkat atas ,tahlah akhir2 ni ak nak privacy ,best gak huhu.... tp ak tak berkesempatan untuk untuk bercakap dengan abah memandangkan abah buat overtime kije,itulah kalau jawapan kalau tanya pasal abah ,lepas solat insya berjemaah terus gi pejabat balik...dlm pukul 12 mlm lebih2 baru nampak kat umah tp dia tak pernah megabaikan anak2 lagipun ummi ada sebagai sayap kiri,memang ak kesian sgt kat abah,cuma apa yg ak boleh bantu abah buat jaga perangai elok2,tolong tengokkan adik2 setakat termampu & dengar luahan dia tika ada peluang,apa agi kalau bukan mintak tolong tengok adik2 ,ak lak tak pernah merasa jemu cz dioranglah adik2 ak dunia akhirat,camnerpun doa ak tak putus-putus buat mereka semua....adik ak syuhada lak suruh balik cepat tolong ajarkan dia matamatik & prinsip akaun,ingatkan rindu ada udang disebalik mee...huhu gurau jerk....hari tu nak tolong ajar tak nak sibuk dengan kawad & aktiviti persatuan,tu pun aktiviti persatuan dia tak habis2 ....macam2 ragam adik2 ak ni....camnerpun mereka semua buah hati ak....alhamdulillah mereka semua mudah mendengar kata & prinsip hidup mereka jelas ,jadi tak susahlah ak mendidik mereka walau dari jauh cuma kadang-kadang mesti jugak ingat2kan takut mereka terlagha......moga Allah memelihara mereka semua....Ya Allah berkatilah mereka semua......

cuma kali ini ak terasa ingin berkongsi artikel yg diambil dari buku ust Hasrizal ......bg ak besar makna bg yang menghayati.....

~CINTA IBUBAPA TIDAK BERSYARAT~

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.

Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…

NAMUN…

Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!

Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.

Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.

Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?

Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.

Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab

  1. Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
  2. Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
  3. Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

  4. Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Peluk cium anakanda buat bonda yang mengasihiku atas hatinya yang begitu… Ameen.

notes;
untuk membaca lebih lanjut http://saifulislam.com/?p=474

p/s;
Buat teman2 yg masih ada mak ayah bersyukurlah & cubalah berbuat baik pada mereka walaupun seteruk manapun mereka ....inilah pesanan kawan baik ak yg sudah kematian ibu tersayang krn ibunya menghidap sakit jantung kalau tak salah ak....mg Allah merahmati arwah ibunya.-al fatihah



Get orkut-Graphics

Kenali FIS -Algeria

Kenali Harakah Islamiyyah (07)
Front Islamic Salvation (FIS) - Algeria
Setelah menggerakkan proses tarbiyyah melalui usrah di masjid-masjid sekitar pusat bandar, akhirnya sekitar awal tahun 80-an, FIS diisytiharkan penubuhannya. FIS atau ringkasan kepada Barisan Penyelamat Islam dipimpin oleh gabungan ulama' dan profesional Algeria. Antaranya adalah Prof. Abbas Madani dan Sheikh Ali Benhaj yang berasal dari Indonesia. Jun 1990, FIS yang melibatkan diri dengan pilihan raya mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya peringkat tempatan dan kebangsaan pusingan pertama ( 26 Dis 1991 ). Pilihanraya pusingan kedua pada 13 Jan 1992 akhirnya dibatalkan oleh Menteri Pertahanan Algeria. Akhirnya regim tentera mengambil alih negara dan mengisytiharkan pembatalan keputusan pilihanraya yang berpihak kepada FIS dengan keputusan yang membanggakan. Tentera membunuh aktivis Islam, mengepung masjid, melarang perhimpunan, menggeledah rumah-rumah aktivis dan menangkap 30,000 anggota FIS. Impaknya, FIS diharamkan tanggal 09 Feb 1992.

Cerpen: Bolehkah tanganmu kupegang?



Get ISLAMIC-Graphics
cerita satu malam ketika aku berbaring sebelum memejamkan mata
http://ibnureza.blogspot.com/

"Maafkan I... I mahu pegang tangan you! Err... boleh?"



Entah mengapa kumulakan kata dengan maaf. Sekadar berbahasa atau menunjukkan diriku ini gentlemen. Aini hanya diam. Diam bermakna membenarkan. Tetapi Aini bukan gadis zaman 50-an, atau 60-an, atau dulu-dulu. Aini gadis alaf baru yang ada ijazah kepujian. Aini bukan gadis sebarangan.


Masihkah Aini berpegang pada sifat malu dan cara berkomunikasi yang sinonim dikaitkan dengan wanita Melayu? Diam tandanya mahu. Malu tetapi mahu. Aku tidak pasti tetapi nafsuku begitu membuak-buak ingin menyentuh tangan halusnya yang runcing.


Mana kau tahu tangan Aini halus, tanya hati gelapku? Itu anggapanku saja. Seringkali aku menjeling-jeling tangan bogelnya. Rasanya tangan itu mesti lembut. Ohh... sebab itu aku teringin sekali menyentuhnya. Adakah dia rela tangannya kuusap?


Aini masih diam. Tubuhnya bergerak ke belakang, sedikit saja tetapi seperti dia mahu menjauhi aku.



"Kenapa you nak pegang tangan I?"



Tanyanya lembut. Suara halusnya cukup jelas kudengar. Tetapi aku pura-pura tidak perasan membuatkan Aini mengulang pertanyaannya tadi. Kali ini lebih kuat dan jelas.


Perlukah aku memberitahu tentang mimpi dan fikiranku yang berserabut. Tentang ingatanku kepada Aini. Di kepalaku hanya ada Aini. Ini memang cinta tetapi sebagai lelaki, nafsuku membara sama. Mahu dekat selalu dengan Aini dan mahu lebih intim lagi. Paling sedikit, aku teringin memegang tangannya, sekejap pun jadilah.


"Mana mahu jadi sekejap," itu kata temannya Osman. "Kau memang rasa hendak pegang kejap saja tetapi kau gerenti tak mahu lepaskan. Kena pula dia pun suka, sepanjang hari pun boleh tu..." Berdekah-dekah gelak Osman. Katanya itu realiti. Namun aku tidak pasti jika hanya teringin atau mahu terus memiliki Aini.



Minggu lalu ketika menghantar Aini pulang ke rumahnya, jari jemari kami tersentuh sewaktu aku dan dia sama-sama ingin mencari siaran radio. Berderau darahku. Aini cepat-cepat menarik tangannya. Sejak hari itu Aini selalu mencari alasan untuk menolak ajakanku daripada menghantarnya pulang. Selalu sangat dia pulang lebih awal atau menumpang temannya yang lain.



"Sudah empat tahun kita berkawan... Memang lama. Apa salahnya I pegang tangan you..."



"You rasa sudah tiba masanya kita boleh berpegang tangan?"



"Tak mengapalah kalau tak boleh. I hormat pendirian you."



"Kenapa pendirian i pula? Pendirian you sendiri bagaimana? Tak sama?"



Aku terkedu dengan pertanyaan Aini. Sudah lama kami berkawan, sejak di universiti lagi. Kami sering berterus-terang dalam apa perkara sekali pun. Cara Aini menjaga diri dan pendiriannya antara penyebab aku meletak minat yang tinggi padanya. Aini umpama mawar berduri yang ramai lelaki ingin miliki. Tetapi dia memilih aku menjadi buah hatinya.



"Lagipun kita akan berkahwin juga nanti 'kan."



Cara kami berpacaran mungkin tidak sama dengan remaja lain. Semuanya kerana pendirian Aini itulah. Walau ada rindu-rinduan tetapi kami tidak pernah bersentuhan. Sehinggalah baru-baru ini aku mula merasakan ingin menyentuh Aini, sekadar menyentuh tangannya pun jadilah.



"Ini bukan pendirian saja tetapi pegangan. Di mana pegangan you? Macam mana you boleh terfikir tiba-tiba hendak memegang tangan I?"




"Sebab I lelaki... jadi I rasa, perasaan teringin tu memang biasa dan semula jadi."




"Teringin bukan bermakna mesti buat. I teringin banyak perkara, I teringin nak pakai baju cantik-cantik tetapi semuanya jarang, jadi I tahu I tak boleh pakai pun. I teringin yang bersolek cantik, bergincu merah menyala ke tempat kerja, tetapi I tahu berdosa, jadi I tak buat..."



Peluh sejuk mengalir tiba-tiba. Aini tidak marah pun. Suaranya pun tidak tinggi. Dia bukannya melenting tetapi kenapa aku tiba-tiba kecut perut.



"Kita sudah biasa berterus-terang Amran, biarkan kita berterus-terang hari ini. I pun teringin hendak memegang tangan you. Teringin hendak berdakap dengan you dan ada kala teringin merasa diri dibelai... Sebab you lelaki yang I cintai..."



"Aini..."




"Tetapi teringin sajalah... You ingat hanya lelaki yang ada nafsu?"



Hujung minggu aku pulang ke kampung. Mungkin sudah tiba masanya aku dan Aini diijabkabulkan. Semuanya kerana keteringinan kami berdua. Emak bersetuju, ayah pun gembira. Eloklah masuk meminang kata mereka.


"Meminang?" Tanya Aini. Dia tiba-tiba terkejut. Wajahnya merah. Tidak pernah Aini terkejut begitu.



"Bila?"



"Bila-bila, asal saja you setuju."



Aini memandangku tepat.



"I rasa sudah tiba masanya kita hidup berumahtangga. I mahu pegang tangan you selama-lamanya, biar halal caranya."



"Amran, I minta maaf. You pilih I kerana you rasa I menepati sebagai wanita untuk you peristerikan. I tahu you bangga dengan pendirian I. Tetapi Amran, you sendiri tidak menepati lelaki yang sepatutnya menjadi suami I. I rasa pendirian kita kita tidak sama. Maafkan I...




p/s: moga cerpen ini membawa pengajaran kpd kita semua, Amin


wassalam





....................................................................







Salam kemaafan


Get orkut-Graphics

Wednesday, May 27, 2009

Beza orang beragama & belajar agama....



Get ISLAMIC-Graphics


http://disertasi.blogspot.com/2007/05/beza-orang-beragama-dan-orang-yang.html

Apa agaknya beza 2 istilah ini? Biasa saya sebutkan dalam pengisian yang saya sampaikan kepada audien. Orang yang beragama boleh jadi dia hanya mempunyai sedikit asas agama dan tidak belajar khusus dalam disiplin agama tetapi menghayati sedikit sebanyak ilmu tentang agama yang ada pada dirinya! Sedangkan orang yang hanya belajar ilmu agama semata-mata tetapi tidak beramal apalagi mempergunakan agama untuk kepentingan peribadinya ternyata jauh menyeleweng.

Namun begitu, orang beragama yang paling mulia ialah dia belajar ilmu agama hayati kemudian menyebarkannya sebagaimana para sahabat r.a. yang digelar sebagai Jil Qur'aniyyun Faridun oleh al-Syahid Syed Qutb iaitu Generasi Qur'an yang unik. Oleh itu, mari sama-sama kita koreksi diri kita di golongan yang mana agaknya?

notes : muhasabah diri buat diriku yg bersekolah agama .Adakah selama ini ak sekadar belajar agama se mata2??.....sudahkah ilmu itu ak praktikkan.....??sedangkan orang yg berilmu tp tidak beramal lebih teruk murka Allah dari orang yang tidak tahu....astarfirullahalazim.....mg petunjuk Allah mengiringi kehidupan.....
l

Get orkut-Graphics

Sekolahku......




Get ISLAMIC-Graphics


Bertahun lama aku meninggalkan


Laman sekolah yang penuh kenangan

Memori indah mengusik di jiwa

Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman

Usik mengusik bersenda gurauan

Kini setelah kita berjauhan

Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan

Kali pertama berkenalan

Senyuman mesra menyimpulkan

Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan

Kata semangat buat bekalan

Pesanan guru menyalakan

Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari

Jatuh tersungkur bangun kembali

Biar diranjau onak yang berduri

Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan

Namun di situ ku temu iktibar

Makin ku sedar erti kehidupan

Tak semudah yang difikirkan

Hingga kini masih ku simpan

Kata semangat buat bekalan

Pesanan guru menyalakan

Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari

Jatuh tersungkur bangun kembali

Biar diranjau onak yang berduri

Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan

Namun di situ ku temu iktibar

Makin ku sedar erti kehidupan

Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu

Tempat bermula ku menimba ilmu

Jasanmu guru mendidik daku

Namamu harum di dalam ingatan

"You're my lovely school, I love you, I miss you"

rindunyer zaman sekolah,rindu kat teman2 seperjuangan tak kira dari sekolah rendah sampailah ak sekolah menengah kat MMPPP& SMKA.......zaman gila2 memandangkn ak bukanlah budak skema .....byk ak dpt belajar terutama sekali macammana nak sesuaikan diri dari sekolah semua perempuan ke sekolah campur ,pd mulanya agak janggal ,yerlaa masa sekolah perempuan sajer mcm2 boleh buat,bebas tak yah pikir sangat terutama psl aurat ...yg ak igt sekali kat mp3(sek perempuan sajer) dulu mase bulan pose ade yg bawak makanan huhu ...lawak ...cuma bila nampak ust cover ar ....cepat2 sorok...nanti kantoi..... tp ak tak buat ar cuma menumpang jer...tp samer laa tu...hehe.....

mase kat mp3 adalah zaman plg sibuk ,kalu tak balik pkl 6 tak sahtu pun kdg2 margrib br sampai umah kalu bas lambat sampai ...kdg2 ader mesyuarat @ sbgainya ....walaupun begitu ak rasa puas hati krn byk dpt bljr & dpt pengalaman & yg lebih ptg dpt ilmu dr guru2 & disinilah ak juga bermulanya penghijrahan ......kenangan ak tak leh igt masa mengikuti program anjuran YIK selama sebulan bulan puasa untuk belajat b.arab ,dimana kami berkampung di Nilam Puri dkt ngn UM & KIAS ...terasa betul suasana islam, tambahan lak tgk kakak2 & abg2 yg sejuk mata memandang........dpt berkawan dgn kawan2 dr pelbagai sekolah agama di m'sia.....terasa ukwah islamiah ...tambahan lak ak pegang ajk penerbitan....tah mcmman nama boleh naik....tak der pengalaman langsung...mujurlah ader kawan yg membantu....yg ak tak leh igt kena berurusan dgn ketua yg agak menjaga pergaulan ...yer laa bdk tahfiz...tp ak rase dia jns pemalu jg kot ,maaf ek akhi Ismail ......
.walaupun sekejap program tu tp kenangan indah tak leh digambarkan ...walau tak berhubung loni tp masih tahu khabar berita diorg...rata2 sudah melanjutkn pengajian ke Mesir @PUN uIA..cz kebanyakn mereka bljr bdg agama ...camnerpun hbgn ak dgn mp3 masih tdk putus memandangkan masih ader adik ak yg bersekolah disana ....

Tingkatan 4 ak berpindah ke salah sebuah SMKA ,dr segi ilmu sudah tentulah jauh berbeza cz disini hanya ada b.arb tinggi ,dispg pend.quran &sunnah & syariah islamiah...walaupun begitu ,tdk mendalam .Ak berpindah sekolah pun senyap2 ,tdk ada org yg ak bgtahu hatta kwn baik ak,semua org terkejut ,tiba2 tak dtg sekolah .... adik2 usrah ak pun ak bg tahu melalui surat jer melalui perbantu ak ....mujur ak ader pembantu maser tu,maaf teman2 ak sebenarnya tdk sampai hati.

walaupun begitu hbgn ak dgn kwn2 mp3 tdk putus memandangkn ak selalu berhbg dgn kawan baik ak tak kira melalui telifon @pun ak ziarah umah dia time ader kelapangan,& dia sendiri selalu ajak kalu ader program kat mp3...Di SMKA mula menguji ak ,betullah kata kakak senior nk tengok kita amal @tak ilmu kita selama ini bila kita keluar maahad cz dah tak der org yg ingatkan kita lg,ak sokong kenyataan tu ....tp syukur disini walaupun tdk seislamik masa kat maahad tp masih dlm suasana islam .

Tugas pertama ak terima disini adalah menjadi ketua dorm .....pd mulanya ak tak nak terima tp kesian kat adik2 ak terima jer laa.....mmg berat cz bilik tu kucar kacir tak kira dr segi kebersihan ,lebih2 lg dr segi ukwah ....bygkn dlm satu bilik penghuni hampir 20 lbh tak silap ader 3@ 4 geng .....agak susah nk satukan diorg memandangkn diorang tak ngam atr satu sama ln....mujurlah ak ni jenis berkecuali,tambahan lg sikap ak yg lebih neutral ...bg ak kita saudara sesama islam mgapa nk bergaduh sama sendiri ....stp kali bergaduh telinga ak lah yg jadi pendengar setia....mjrlah ak ni belajar gak asas2 kaunseling memandangkan ak ni PRS,blh gak praktik ilmu......dlm hal ni ,cg PRS ak pesan "kita sbg org tengah jgn jadi batu api lak....."inilah ak pegang sampai skrg....seigt ak stp kali perjumpaan ketua dorm telinga ak lah jd mangsa leteran felo,cz perangai anak2 buah .....mcm2 ,sabar jer laa,budak2 tgh membesar...macam2 ragam....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Tambahan lak waktu tu ak sendiri ada masalah besar dgn rakan2 sekelas tak tahu sbb apa tp ak berpegang pd kata2 "kebenaran akan keluar juga,cuma cepat @ lambat ,camnerpun biasanya lambat ar,yg ptg ada kesabaran,berani kerana benar & takut kalau salah ....", memang mencabar...pelajaran tak yah bgtau mmg kucar kacir.... mujurlah ampaian sanggup mendgr esakan tangis ak...t.kasih byk2 ampaian ...disinilah ak mengenali kehidupan ,...alhamdulillah semua dipermudahkan ...Dorm yg ak pegang dapat nombor 3 untuk keseluruhan & ukwah atr diorang pun tak seteruk dulu....dpt pujian lg cz dorm ak suka bantu felo....huhu...kenangan indah & akhirnya pemulauan ak berakhir mcm tu jer & diorg minta maaf .....yer laa tak der sbb munasabah mmg patut ar minta maaf ......semua dah berakhir ak pun husnul zon jer .....mungkin ia berlaku krn silap faham kdg2 igt balik terkilan masih ader....astarfirullahalazim....camnerpun mgkin Allah nk membersihkan dosa ak kot...

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

pengalaman itu membentuk ak tetap pendirian jk ak dipihak benar....stp sesuatu ada hikmahnya....mungkin persediaan untuk menerima ujian yg lebih teruk pasni.......ak rasalah cz tahun lepas2 tu mmg ak menerima ujian yg lebih mencabar......terutama kematian kawan baik ak & ln2 ...tak perlulah ak ceritakan cukuplah itu semua tinggal sebagai kenangan dlm diary hidup ak sendiri......dlm menempuh ujian kita kena igt Allah uji sekadar kemampuan kita......terimalah dgn tabah & jgn berhenti berharap pd Allah ......kdg2 kita rasa kita terima ujian berat ...tp ingatlah ada lg orang yg lebih hebat Allah uji.....kan orang Allah sayangl
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Get orkut-Graphics












Tuesday, May 26, 2009

kita adalah tingkap untuk melihat ke dalam dunia ISLAM



Get ISLAMIC-Graphics

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah
dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di
Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk
pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di
dalam
bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki
yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen..

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen
tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada
dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli
tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas
tersebut pun berhenti. K etika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada
bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan
berpaling
ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi
kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada
pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! K enapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang
tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku
jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran
kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan
kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan
daku Ya Allah.... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20
sen!!!.
nota:

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di
atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. K adang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai
tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri
Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.


Get orkut-Graphics




.


Get ISLAMIC-Graphics

selama beberapa hari ak tidak keluar mana2 sekadar duduk dalam bilik & sekali sekala menziarahi masjid menjenguk adik2 seperjuangan tp petang ahad br ni sempat jg ak & kawan2 keluar makan kat luar...hehe...sekadar tukar selera malamnya pula tiba2 Farah telifon"K.Dah jom dtg masjid tolong kitorang habiskan makanan,jomlah...plz" ,camnnerpun alhamdulillah rezeki tak baik membazir ..tu pun kami sedaya upaya habiskannya sambil berbual mengeratkan ukwah ....alhamdulillah juga dah kemas dah bilik baru ak,pd mulanya agak teruk bilik ni cz bilik bekas bilik budak laki yg merokok ...nak muntah ak pd mula2 masuk, tp selepas di mop & diletakkan softlan tahan sikit baunya...insyaallah dlm proses hilanglah baunya tu.....yg menariknya semester depan ak tak perlu memanjat tangga lagi memandangkan ak duk di gf.....huhu.....semua org dengki.....kui3 gurau jerk....Hal ini mungkin disebabkan roomate ak yg mempunyai penyakit lelah ,walaubagaimanapun moga2 penyakitnya tak menyerang lagi semester ni....tp semuanya dalam ketentuan Allah ....mg dia dapat sembuh....hjg minggu lepas amal_ump sempat mengadakan pertemuan untuk kali kedua untuk semester lepas...

Amal ialah persatuan alumni maahad iaitu gbgn 3 buah maahad ,MML,MMP& MP3...di UMP amal masih baru jer generasi ke2 & ahlinya sendiri hanya 11 org....tidak banyak aktiviti yg dapat kami rancang memandangkan ahli kami yg tidak ramai.......cuma apa yg dapat kami buat hanya mengadakan perjumpaan ,disamping perkongsian ilmu & dalam proses membuat blog kami sendiri .......dan ada juga ura2 untuk mengikuti kelas di pondok sekitar kuantan ....mg2 dipermudahkan....tujuan AMAL ditubuhkan supaya jalinan antara budak2 MAHAD terus erat & tidak hanyut dibuai arus dunia remaja .

Alhamdulillah walaupun kami masih baru mengenali antara satu sama lain tp ukwah antara kami cepat erat.....cuma pd perjumpaan kali ni tak semua dpt menghadiri memandangkan sekarang cuti semester...cuma yg tak balik rata2nya megambil short sem @pun terlibat dengan program universiti......

Baru2 ni jg, ak berkesempatan berbual dgn kawan ak ,byk iktibar yg ak dapat .Apa yg benar2 memberi kesan pd ak ialah nasihatnya kita yg bertudung labuh @pun yg selalu pergi masjid perlulah menjaga tingkahlaku kita,&bijak dalam bergaul krn kita dalam perhatian masyarakat sekeliling....jgn pula kita menjadi fitnah pada ISLAM......astarfirullahalazim....

Petang tadi ak baru saja habis Test1 ....sekejap jer ek dah nak habis bulan 5 rindunya nak balik rumah.....berkenaan dengan masa sebagaimana yg dikatakan oleh oleh kata2 ahli hikmah"
Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."


Harapan ak moga ak dapt menggunakan kesempatan masa yg Allah berikan sebaiknya....tak kira bertapa sibuk dengan dunia tp tidak lalai dalam mencari bekal menuju negeri akhirat yg kekal abadi disamping dapat membawa teman2 & keluargaku sekali ......sebagaimana kata ahli hikmah makin bertambah waktu....maka makin mudalah kita menuju sakaratumaut .....Ya Allah terasa diri diselaputi dosa tp dlm masa yg sama tidak terlepas dr melakukan dosa .....mg pintu taubatMu masih terbuka untuk hambaMu yg hina ini........


~~reda Allah ku pohon dalam setiap tindakan....amin~~



Get orkut-Graphics










Monday, May 25, 2009

6 perkara yang ALLAH sembunyikan



Get ISLAMIC-Graphics


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

-Azran Utem-


Get orkut-Graphics

Sunday, May 24, 2009

BUKAN UNTUK SI MANJA!..



Get ISLAMIC-Graphics

Pencerahan bukan untuk orang manja


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.

Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”



Get orkut-Graphics

wanita......

"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi"


nota:

Minggu ini adalah minggu yang benar2 sibuk,habis sakit tubuhku krn perlu berpindah ke blok baru.Walaubagaimanapun alhamdulillah blok baru ni berhampiran dgn masjid mg2 ak dpt istiqamah untuk slt berjemaah terutama sekali slt margrib & subuh ,,,insya Allah .Banyak betul barang yg perlu diangkat. Habis sakit badan.Mgkin jg sbb ak baru jer habis kem .Walaupun kem ni amat memenatkan tak kira dr segi mental ,fizikal & emosi tp ak rasa benar2 puas hati krn disedarkan ttg tanggungjawab yg selama ini ak abaikan& cuba lari. Ak bersyukur krn ak atr insan terpilh utk disedarkn .Ya Allah jdkn lah hari mendatang lebih baik bg diriku....ak tahu slps ini byk tanggungjawab yg ak perlu pikul ,ak tdk berdaya Ya Allah melainkan dgn kekuatan dr Mu.

Apa yg ak dpt belajar kita bukan diciptakan dgn sia2 didunia ini ,kita adalah khalifah Allah yg bertanggungjawab memakmurkn dunia ini berdasarkn garis panduan yang Allah tetapkn .Apa yg benar2 merasakn diriku amat teruk ialah apabila ditanya ttg sirah Rasulullah .Malunya ak pd Rasulullah masih layakkah ak bergelar umatnya ,majoriti soalan ditanya tdk mampu untuk ak jawab dgn baik ...teruknya diriku ....maafkn ak wahai Rasullullah ....bertapa engkau sygkn kami tp kami seakan tidak menghargai......astarfirullahalazim....jangan engkau palingkan wajahmu dr kami di akhirat kelak......harapan ak mg ukwah atr peserta semakin hari semakin eraqt dlm keredaan & ptjknya ........peliharalah kami Ya Allah & bantulah kami dlm memperjuangkan agamaMu......keredaanMu ku pohon dlm setiap tindakan....



Get orkut-Graphics


Saturday, May 23, 2009

CINTA: ia penyakit, ia penawar!

by eslamicqueen

  • “macam mana nak rawat penyakit cinta??!! macam mana nak kuat menghadapi cinta?”
  • “gunakan CINTA untuk rawat penyakit CINTA..”

Cinta. Dia melindungi aku. Aku melindungi dia. Cukup. Noktah. Aku tidak mahu dia tersungkur rebah keranaku, dan aku tidak mahu terlalai kerana dia. Aku sepenuh hati mencintainya, maka aku ingin menjaganya. Menjaga agar dia tidak lari dari Pencipta Cinta. Dia mencintai aku sepenuhnya,maka aku dijaganya sepenuh hati agar tidak lari dari syariat. Maka, cukup! Cukuplah aku dan dia berkasih dalam doa. Cinta yang rahsia. Menggunung tinggi, tanpa sesiapa pun tahu. Dia juga tidak tahu, namun Allah tahu. Aku tidak tahu dia mencintaiku, dan dia sendiri tidak tahu aku mencintainya. Namun, Allah tahu. Lafaz yang tersimpan ini akan terluah setelah Allah mengizinkan. Kuasa hebat yang menyatukan dua hati yang tidak tahu menahu ini. Kuasa hebat yang telah menumbuhkan cinta itu. Ikatan dalam doa.

Cinta yang seni. Milik Pencipta yang dihadiahkan buat hamba-hambanya. Suci. Bersih. Kerja menyatukan itu urusanNya. Percaya pada ketentuan Ilahi, percaya pada ketetapanNya. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya, baik buruk sebab dan akibat. Cukuplah dengan keyakinan sepenuhnya pada Dia. Redha, bertawakal, berserah.

Cinta itu benar-benar menguji. Cinta sebagai ujian; menguji sejauh mana kebergantungan kita pada Allah, sejauh mana keyakinan kita pada Maha Kuasanya Allah yang mengatur segalanya, termasuk C-I-N-T-A!

Dia tidak perlu mengenaliku. Aku tidak perlu mengenalinya. Tiada sebab untuk kami berhubung; melainkan Allah telah menetapkan tarikhnya, bila, bagaimana dan di mana. Topik perbualan tentunya jadi lebih menarik dengan adanya redha Allah. Ta’aruf akan jadi lebih mesra dengan keizinan Pencipta. Maka, aku memilih untuk mendidik hawa nafsu kerana aku ingin benar cinta itu. Berusaha mendidiknya agar tunduk pada Pencipta. Yang Maha Menciptakan; Dia Tuhan yang mencipta cinta itu! Percaya bahawa S-A-B-A-R itu menjanjikan suatu yang lebih indah. Aku dambakan keindahan abadi daripada yang sementara. Hakikatnya yang sementara itu walau indah di mata namun langsung tidak bermakna! Mohon pertolongan dengan S-A-B-A-R dan S-O-L-A-T; tidaklah mudah melainkan hanya orang-orang yang khusyuk.

C-I-N-T-A itu saling menjaga. Dia menjaga dirinya untukku kerana Allah, aku menjaga diriku untuknya kerana Allah. Bertanggungjawab memelihara diri kerana Allah. Menjaga maruah dan peribadi. Tutur kata dan pergaulan. Hati dan jasad. Memelihara diri sebaik mungkin,kerana makhluk yang bernama manusia dicipta sifat cemburu. Cemburu menghuni hati itu. Perasaan cemburu itu ada andai hak milik peribadi yang sangat disayangi, dipandang, dipegang dan dirampas sesuka hati. Sesekali tidak mahu memadam api cemburu, oleh itu aku tidak sesekali ingin menyalakannya! Oh Tuhan, lindungi aku.

C-I-N-T-A- itu semangat. Pengislahan diri. Transformasi untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa. C-I-N-T-A- itu mengajar diri membentuk peribadi. Malu andai diri masih jahil. Malu kerana masih leka dan lalai. Malu kerana prestasi amal dan iman yang dirasakan tidak setaraf. C-I-N-T-A- sejati mentarbiyah diri mengenal Tuhan.

C-I-N-T-A itu memberi dan menerima. Aku beri, dia terima. Dia beri dan aku terima. Sebagaimana diri mengharapkan dia sempurna, maka aku harus sempurna pada pandangan dia. Sebagaimana dia mengharapkan aku sempurna, maka dia harus sempurna pada pandanganku. Sebagaimana watak yang kuharap dari dia, watak itulah yang harus ada pada diri. Sebagaimana watak yang dia harap ada pada diriku, watak itulah yang harus ada pada dia. Kita sering mengharapkan orang lain sempurna, namun kadang-kadang kita tersalah menilai diri yang belum pun melangkah ke arah kesempurnaan! Manusia tidak akan sempurna, namun berusaha untuk jadi sempurna dan lebih baik. Oh, bukan mudah! Tetapi, jauh sekali ia mustahil.

C-I-N-T-A- itu masa depan. Cinta yang dimulakan dengan cara yang baik, pasti akan berakhir dengan jalan yang baik. Cara yang dibentuk dengan acuan syariat, pasti hasilnya cantik dan indah. Cinta yang datangnya dari benih yang baik, pastinya akan melahirkan sesuatu yang baik. Cinta yang baik menyemai sifat-sifat kebaikan dalam jiwa keturunan.

Jalan yang SUSAH itu jarang ditempuh. Namun, siapa yang berani menempuhnya pasti akan berjaya. Yang SUSAH akan menjadi SENANG. Yang SUKAR di MUDAHkan. Wujudkah jalan yang SUSAH namun tiada RANJAU BERDURI? Cinta yang indah itu sukar diperoleh, sekali dapat cerah dunia. Cinta yang indah itu, dugaannya mencabar. Perlu keberanian, kekuatan, kesabaran..

Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (Al-Baqarah:45-46)

M-U-J-A-H-A-D-A-H- = berjuang melawan hawa nafsu

T-A-U-B-A-T- = iringi setiap DOSA, dengan TAUBAT

Kita hamba bernama manusia. Usah jadi malaikat. Usah jadi syaitan. Beribu kali jatuh tersungkur, beribu kali tersadai hilang arah tuju, hilang pedoman, hilang arah punca terus membuat dosa. Normal. Aku manusia. Manusia biasa. Hakimilah aku dan mereka sebagai hamba berjawatan manusia kerana kita sama-sama manusia. Tidak pernah terhindar dari dosa.

Usah membunuh C-I-N-T-A, kerana C-I-N-T-A- suatu anugerah. Tanamlah C-I-N-T-A sebagai fitrah, jangan biar jadi F-I-T-N-A-H.

Bukan mudah menjahit cinta tulus, bukan mudah, sangat bukan mudah! Sabarlah wahai hati, kerana yang sukar itulah akan paling dihargai!

“Ya Allah,kurniakanlah untuk kami cintaiMu,cinta orang-orang yg mencintaiMu serta amalan yg dapat mendekatkan diri kami kepada cintaMu…

Ya Allah,segala pemberianMu yg kami sayangi ,jadikanlah ia kekuatan utk kami mencintaiMu,dan segala apa Engkau pisahkan dari kami,sedangkan ianya amat kami sayangi,maka jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diri kami…

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan utk mengutamakan cintaMu,melebihi cinta kami kepada keluarga,harta benda dan meskipun air yg dingin ketika dahaga…

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu,para MalaikatMu,nabi-nabiMu,para RasulMu serta hamba-hambaMu yg soleh…

Ya Allah,hidupkanlah hati kami dengan cahaya cintaMu dan jadikanlah kami antara hamba-hamba yang Engkau cintai…

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hati kami dan redha kepadaMu atas setiap segala usaha kami…

Ya Tuhan kami,jadikanlah kami bagi-Mu akan apa yang Kau cintai…”


umairah shafei


p/s:alangkah indahnya jk menemui teman seperjuangan yang sama fikrah



Get orkut-Graphics

Related Posts with Thumbnails