Sudah 2 hari kami tidak melihatnya. Akhir kami bertemunya pagi kelmarin sewaktu solat Subuh di masjid. Sebaik sahaja bilal iqamah untuk solat Subuh, dia pun masuk dan terus mengangkat takbir untuk solat sunat. Dimana dia mengangkat takbir ? Di sebelah seorang ibu di shof muslimat. Datang tuan imam dan menarik tangannya supaya kedepan. Dia mengangkat takbir semula disaat orang ramai sudah memenuhi shof untuk solat Subuh. Entah mengapa, sebaik sahaja dia mengangkat takbir untuk solat sunat, terus dia berputar kebelakang dan pergi semula ke sebelah ibu dishof muslimat itu. Kami semua kaget sebentar melihat remaja lingkungan 20-an yang berbaju kemeja dan berkain pelekat itu membuat aksi ‘pelik’ di pagi hari. Seorang abang datang pula kepadanya dan menarik tangannya ke depan lagi.
Kali ini lebih melucukan. Seperti ayam mahu disembelih, dia menggelepar dan terus terbaring ke lantai sambil mengangkat tangan ke dada selesai sahaja bilal melaungkan iqamah sambil terkumat kamit membaca sesuatu. Selesai solat, lantas dia menghulurkan tangan dan menggenggam erat tangan teman saya. Dengan wajah serius, dia mengucapkan ‘malikinnas..malikinnas..malikinnas…’. Sambil berdiri, dipegangnya Qur’an terjemahan, dibeleknya helaian demi helaian penuh khusyu’. Kami tidak pedulikan dan orang kampung kelihatan sepertinya sudah biasa melihat perilaku mamat seorang ini. Pulang ke rumah, semua ketawa mengulang cerita.
Petang Selasa lalu, sewaktu saya dan teman-teman beriadhah di tempat pengajian, saya telah saksikan ‘aksi’ peliknya. Ketika siap untuk memulakan riadhah, dari kejauhan kami melihat seorang remaja mengekori 2 orang budak perempuan dari arah belakang. Gayanya seperti bapa mengiringi anak ke sekolah pula. Setelah 2 budak perempuan ini memasuki kawasan dewan utama institut, dia pun meninggalkan mereka. Mungkin mereka berdua ini mahasiswi disini juga. Setelah itu, dari jarak 200 m itu, dia berlari laju kearah kami dengan memakai kain pelekat dan baju Melayu. Tempat berhentinya ditengah-tengah kami yang baru sahaja ingin memulai riadhah. Gayanya seperti sudah kenal dengan teman-teman saya yang lain. Sambil mengucapkan salam dan tersenyum-senyum, dia menegur sapa semua kami. Semua teman-teman pening melihatnya. Tiada siapa yang mengenalnya melainkan saya ,kerana dia orang di kampong saya. Dengan penampilan tersengih-sengih dan ketawa, dia melaungkan “nggak ada apa-apa..nggak apa-apa..teruskan..teruskan..saya bersama…”
Aduh…dia terpandang saya pula di celahan teman-teman yang lain. “ Ya….akhi…apa kabar…disini kamu rupanya…” Terus dipeluknya saya penuh erat. Teman-teman lain terkebil-kebil melihat saya dipeluk. Ucapnya pada saya “ akhi…assalamu’alaika ya ahlil kubur…alhamdulillah..wassolatu wassalamu ‘ala rasulillah…gimana(bagaimana) akhi…” Saya melepasnya semula.
Kami terus membuat bulatan dan seorang dari kami memulakan pemanasan (senaman). Lantas dia mencelah masuk di antara bulatan kami. “ Ya…mulakan..angkat tangan..ya..ikut..ikut semua..” Habis kami ketawa. Teman yang mengconduct’ riadah meminta dia keluar dengan baik berkali-kali. Apa yang dibalasnya. “emm..saya menggangu kalian nggak? Nggak saya tanya ini..saya menggangu nggak..?kalau mengganggu..saya keluar…” kami saling berpandangan. “ Ok lah, bang duduk dibelakang kami diluar..dan ikut dari belakang aja..” kata teman ini. “ ok, saya keluar..tapi tolong tampar saya dulu…saya bisa keluar..tapi tampar saya dahulu…”katanya sambil menghulurkan pipi. “kalau nggak tampar..saya nggak mau keluar…kamu tampar ya…tampar aja..tapi yang kuat ya…ya, yang kuat sikit..baru saya keluar..” Muak dengannya, teman saya terus memulai riadhah tanpa mempedulikannay atas nasihat kami semua. Kalau ditampar, rasanya mahu ditampar semula nanti….:)
Setelah kami tidak melayannya, dia lalu masuk semula dan terus ke tengah-tengah bulatan. Gayanya persis YB pula. Sambil tangan memeluk tubuh dan berlegar-legar memusing ditengah-tengah, seorang demi seorang dikalangan kami diperhatikannya. Akhirnya ‘boring’ dengan layanan kami, lantas dia keluar dan berlari ke jalan dan masuk pula ditengah-tengah beberapa mahasiswa yang sedang berjogging. Dibarisan belakang sekali, dia berjogging bersama.
Hasil kajian dan penelitian saya bersama teman-teman, maka rumusan awal mendapati beliau ‘gila isim’. Gila isim adalah gila yang hanya berlaku jarang sekali dan bukan setiap hari atau selama-lamanya. Tapi mungkin mamat ini lebih baik sedikit taraf keisimannya berbanding dengan seorang remaja ditempat saya dahulu. Sewaktu saya masih bersekolah rendah, ditengah-tengah orang ramai dimasjid, dia menjerit sekuat hati berkali-kali “aku anak angkat Dr.Mahathir..aku anak angkat Dr.Mahathir…”
Sebagai kesimpulan tahap pertama, yang boleh saya sampaikan :
1) Jangan belajar agama, membaca kitab-kitab baik soal hukum hakam, aqidah dan sebagainya tanpa ada guru. Jika tidak faham, bertanya kepada orang yang faham dan ahlinya.
2) Jangan berguru dengan sesiapa sahaja yang kurang beramal dengan ilmunya. Sebagai contoh, ustaz yang rokok pun masih dimulut, masjid pun jarang sekali nampak…
3) Jika mahu berthoriqat, pastikan thoriqat kita adalah jelas, sohih dari Nabi s.a.w, dilakukan oleh ulama’-ulama’ muktabar..Jangan terima thoriqat yang pelik-pelik dari sesiapa pun jika diragui. Thoriqat bermakna jalan. Jalan yang dimaksudkan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Maka mucullah pelbagai jenis zikir yang diamalkan oleh ulama’ untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Bagi saya, cukuplah dengan zikir Al-Ma’thurat yang disusun oleh Imam Hasan Al-Banna dari hadith-hadith Nabi s.a.w . Jika mahu berthoriqat yang lebih tinggi lagi, pastikan soal ilmu ‘aqidah sekurang-kurangnya sudah berjaya kita fahami basicnya agar apabila datang apa-apa jenis thoriqat, kita mampu membezakan antara yang benar dan yang salah, yang sohih atau tidak – wallahua’lam.
Celoteh ak:(^^,)
~berdasarkan pengalaman ,kesian kalau tgk kawan yg ada masalah sebegini...memang kadang 2 tindakan dia membuatkan kita tergelak.....mg Allah memberi hidayah pada kita semua.....walau apapun tindakan kita, pastikan ia tindakan yg rasional & berilmu dan dipandu dengan wahyu insyaAllah berjaya dunia & akhirat....." penyakit begini."..x der kaedah ker untuk sembuhkannya....?????
artikel bertajuk Study & dakwah bukan macam jongkang jongket
0 comments:
Post a Comment