bakal isterinya beberapa bulan sebelum majlis perkahwinannya kerana ia
merasakan seperti ada sesuatu yang bakal terjadi kepada dirinya. Maka,
dia pun menulis sepucuk surat untuk menyatakan rasa cintanya itu..
............ ......... ......... ....
BAKAL ISTERIKU,
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal
keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan,
bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku
dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara
aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah
Yang Satu.
Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan
puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat
menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang
menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah
kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon isteriku.
Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan
terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk,
ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu.
Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada
anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan
air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada
Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul
Mukminin itu?”
Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin
melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”Ibu itu
berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak
usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya”
Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita,
tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku,
kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang
yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi
melanggarnya apabila di belakang mereka.”Khalifah Umar ra. yang
terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga
dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut.
Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi
ke rumah gadis tersebut. “Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah
penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri,
pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anakyang soleh. ”Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim
menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak
perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin denganAbdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang
bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah
yang terkenal dan bijaksana.
Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan
pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan
iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka
lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah
berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah
hakikat sebuah baitul muslim.
telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain
(wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari
harta mereka".(An- Nissa':34)
Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita.
Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah
khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang
solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi
tidak terhampar di kakimu.
Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan
permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu
menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang
zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar
dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang
hakiki.
Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal
isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah
buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan
seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang
Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.
Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal
setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan
iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi
wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah
dan tarbiyyah.
Bakal isteriku yang dirahmati,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak
pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu
akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya
yang dirindui. InsyaAllah.
Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam
memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini
adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya
menanti masa. Yang terakhir ingin aku nyatakan, andai aku tidak
berkesempatan bertemumu ketika diijab qabulkan di dunia, semoga doaku
kita bakal bertemu di syurga ALLAH. Amin..
Salam buat teman solehahku...
------------ --------- --------- --------- -----
Maka, benarlah apa yang dirasakan pemuda tadi, ketika dalam perjalanan
dia menuju ke rumah pengantin perempuan di majlis pernikahannya itu,
maka berlakulah satu kemalangan yang telah meragut nyawa seorang pemuda
dan pemuda itu adalah bakal pengantin pada hari itu.
Semoga perkongsian cerita saya ini dapat memberi manfaat terutama
kepada bakal ke jinjang pelamin. Wallahu 'alam.
Perkahwinan bukan sahaja untuk kita tetapi untuk anak,
cucu dan keturunan kita.
Siapa mereka nanti, mungkin ia bermula dari kita.
Renung-renungkanlah .
celoteh ak:(^-^)
~syukran buat pemberi email ini!!
--
0 comments:
Post a Comment