Get ISLAMIC-Graphics
Dalam banyak-banyak ibadah, ibadah apa yang paling mudah dilakukan? Atau dengan kata lain, ibadah apa yang paling best?
Ramai orang malas nak buat ibadah. Sebenarnya, mereka bukan malas. Cuma mereka tak faham konsep ibadah. Mereka fikir ibadah itu hanya solat, puasa, baca Al-Quran, dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.
Ada juga yang lebih bijak (bijak sikit aje). Otak mereka ini agak maju berbanding mereka yang menganggap ibadah itu cuma solat, zakat, dan seumpamanya.
Biasanya kita dapat melihat contoh ini dengan mudah di kalangan artis tanah air. Mereka buat konsert amal yang mana di dalamnya begitu banyak hal-hal yang bercanggah dengan Islam, dan lepas penat-penat menyanyi, si artis ini akan kata: "Terima kasih kepada yang datang ke konsert amal malam ini. Semoga derma yang anda salurkan melalui pembelian tiket konsert ini dibalas kebaikan dari Allah." Ya, dengan kata lain si penyanyi dan yang datang ke konsert itu telah menganggap konsert itu sebagai satu ibadah. Ini bukan lagi trend mengurangkan rasa berdosa, tapi trend langsung tak rasa berdosa!
Huh, padahal dalam konsert amal tu begitu ramai umat Islam yang tak solat dek kerana leka tengok si penyanyi itu menjayakan konsert amal. Kenapa jadi macam ni? Ini kerana umat Islam telah menyalahgunakan konsep 'ikhlas' dalam ibadah.
'Saya buat konsert amal ini ikhlas kerana Allah'. Itu kata-kata lazim mereka. Nak buat sesuatu ibadah ni, pastikan kita betul-betul tahu konsep ikhlas dan faham, yang mana keduanya saling berkait-rapat. Kalau orang tu betul-betul faham, InsyaAllah dia akan ikhlas dalam melakukan ibadah. Tapi kalau orang tu ikhlas, tetapi dia tak faham apa yang dia lakukan, takut-takut ibadah yang dilakukan itu berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallahu alayhi wassalam.
Contoh: Awang baru habis SPM dan dia nak cari kerja. Katanya dia ikhlas berkerja untuk membantu keluarganya. Tiba-tiba dia ternampak iklan kerja kosong di 7-Eleven. Tanpa fikir panjang, dia pun apply kerja dan diterima. Esoknya dia mula kerja.
Kalau orang yang faham, dia tidak akan kerja di 7-Eleven. Sebabnya? 7-Eleven itu ada jual arak. Jadi, orang yang faham tidak memilihnya kerana dia akan dapat share di neraka akibat penjualan arak itu. Oleh itu, bagi orang yang faham dan ikhlas ini, dia akan cuba mencari kerja lain yang benar-benar halal. Awang pula ikhlas tapi tak faham bahawa dengan jadi cashier di 7-Eleven pun dia akan dapat share seperti dosa orang meminum arak (iaitu jika dia terlibat dalam transaksi jual-beli arak).
Pastikan anda benar-benar faham sebelum membuat sesuatu ibadah.
Ibadah yang Best
Jadi, apakah ibadah yang paling best tu? Jawapan mungkin berbeza-beza mengikut individu. Tapi bagi saya, ibadah paling best adalah tidur. Ya, t.i.d.u.r = TIDUR. Sebab ia begitu mudah dilakukan. Tidur tergolong dalam kategori Ibadah Umum. Solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya pula adalah Ibadah Khusus. Saya hanya nak sentuh tentang ibadah umum sahaja.Apa jua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita - seperti makan, tidur, main bowling, mandi, gosok gigi, dan sebagainya - adalah satu jenis ibadah jika ia dilakukan mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. InsyaAllah akan mendapat pahala. O{leh itu, jangan tunggu dah tua baru nak buat ibadah. Umur 17 tahun pun dah boleh buat ibadah banyak-banyak.
Tidur adalah satu perkara yang manusia lakukan setiap hari. Tak payah mak suruh pun, pasti kita akan tidur. Kita tak main bowling setiap hari. Kalau tak mandi satu hari pun manusia masih boleh hidup. Tak makan satu hari pun masih boleh survive. Tapi kalau tak tidur satu hari, alamat susahlah kita nak fokus dalam apa yang kita lakukan.
Sebab apa saya kata tidur itu ibadah paling best? Tanya diri sendiri...kamu suka tidur tak? Orang dewasa tidur secara purata dalam 6 jam sehari. Ia bersamaan dengan 1/4 hari. Kalau kamu mati umur 60 tahun, maka kamu tidur 15 tahun sepanjang kamu hidup!! Tak ke rugi kalau 15 tahun kita tidur, tapi selama 15 tahun itu lah tidur kita tidak menjadi satu ibadah?
Nak tidur bukan susah sangat. Asal ada tempat pasti kita boleh tidur. Di atas lantai, dapur, bawah pokok, dan di dalam bas. Bantal, tilam dan katil cuma satu bonus sahaja. Oleh itu, kita mesti jadikan tidur kita satu ibadah. Ikhlaskan tidur kita kerana Allah. Tapi kalau ikhlas sahaja, mana cukup. Oleh itu, mari kita fahamkan adab-adab tidur. Mudah-mudahan tidur kita selama 15 tahun itu (kalau mati umur 60 lah) akan jadi satu ibadah. InsyaAllah.
Adab-adab Tidur
- Bersuci (berwudhu') dan bersiwak (gosok gigi) sebelum tidur.
- Sebelum tidur, hendaklah terlebih dahulu bertaubat dari segala dosa, bersih hati terhadap sekalian kaum Muslimin, tidak menyimpan dendam pada orang lain, dan tiada berazam untuk melakukan maksiat apabila bangun dari tidur nanti.
- Hendaklah jangan terlalu mengambil berat sangat tentang keadaan tempat tidurnya supaya ia empuk dan lembut.
- Jangan cuba tidur dengan segera selagi mata belum mengantuk dan jangan cuba memaksa-maksa mata untuk tidur, kecuali jika ia berniat untuk senang bangun beribadat di tengah malam.
- Hendaklah tidur mengadap kiblat.
- Hendaklah membaca doa-doa sebelum tidur. Antaranya membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas.
- Hendaklah mengingati mati ketika mahu tidur.
.
l
Get orkut-Graphicsl
sumber:
mp://hembusan.blogspot.com/2006/09/ibadah-paling-best.htmlm
0 comments:
Post a Comment